Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Lafaz Taklik

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada nafisa :

saya telah berumahtangga selama 20tahun. pada awal perkahwinan dulu saya pernah meminta suami berjanji tidak akan mencari perempuan lain saya meminta dia berjanji agar tidak curang jika tidak bermakna dia telah mentalakkan saya, lalu dia pun berjanji dengan lafas yang saya arahkan satu persatu. (saya tidak akan curang dengan awak jika tidak bermakna saya telah ceraikan awak) masalahnya sekarang dia telah berkahwin lagi satu tapi perkahwinan itu hanya bertahan tak sampai seminggu dengan 1kali bersetubuh kerana perempuan itu bukanlah anak dara malah sudah melahirkan anak (suami saya tertipu) apabila saya bertanya kepada dia adakah dia lupa kepada perjanjian kami dulu, jawabnya dia ingat tapi baginya perjanjian itu dah terlalu lama dan itu bukanlah kehendak dirinya dia melafaskan hanyalah kerana mengikut kehendak saya demi menjaga hati saya sedangkan dihatinya tidak pernah terniat untuk menceraikan saya. apakah sebenarnya situasi kami sekarang ni?

Pertama sekali, puan kena pastikan dulu apakah definisi curang yang difahami oleh puan dan suami. Jika kedua2nya memahami bahawa ‘curang’ itu dimaksudkan dengan lelaki itu berkahwin lagi (suami pun faham itulah yang dimaksudkan dengan curang ketika melafazkan taklik itu), maka jatuhlah talak. Sekiranya curang itu dimaksudkan dengan kefahaman yg umum iaitu melakukan zina dengan pasangan yang tak sah (wanita simpanan contohnya), maka ia tidaklah menjatuhkan talak. Sebab berkahwin lain (poligami) itu bukanlah perbuatan curang, sebaliknya sesuatu yang diharuskan dalam agama.

Apa pun, Ustaz Love nasihatkan puan suami isteri untuk memfailkan kes ini di mahkamah syariah untuk menentukan kesahihan lafaz curang itu, adakah ia memberi maksud kahwin lagi atau berzina dengan wanita lain. Ia penting kerana dalam menentukan lafaz taklik yang tidak difahami secara jelas ini, hanya suami saja yang boleh menentukan niat sebenar itu. Dan ia memerlukan penjelasan dan penerangan panjang lebar (seperti di mahkamah) atau mendapatkan bantuan pegawai kaunseling di jabatan agama, supaya hukum itu dapat diperjelaskan.

Lafaz suami itu dah jelas, yang tak jelasnya adalah maksud curang itu sendiri. Bila lafaz dah jelas, tak perlukan kehadiran niat. Sebab itu kena tentukan melalui jalan kaunseling keluarga.

Jangan biarkan keraguan ini berpanjangan. Sahkan ia secepat mungkin. Kalau betul talak tak jatuh, hati pun akan tenang dan tenteram. Kalau talak jatuh, boleh cepat2 rujuk sementara belum berlalu tempoh edah.

Dalam keadaan puan suami isteri pun dah lama berkahwin, anak2 pun dah besar2, perpisahan bukanlah jalan terbaik untuk dilakukan. Jangan pula ambil ringan perkara ini. Pujuklah suami untuk selesaikannya dengan bertemu pegawai kaunseling di jabatan agama. InsyaAllah, mereka boleh cadangkan tindakan terbaik untuk dilakukan.

Kes puan ini juga boleh menjadi panduan buat pasangan yang baru bernikah atau tengah merancang nak bernikah agar jangan melakukan perkara2 yang boleh membuat kita menyesal kemudian hari. Cukuplah dengan lafaz taklik yang dilafazkan pengantin lelaki setelah selesai akad nikah, tak perlu nak tambah dengan lafaz2 yang baru. Kalau nak berjanji lautan berapi sekalipun, jangan melibatkan perkara talak. Kita tak tahu akan datang, cabarannya macam mana. Even dah 20 tahun kahwin pun, belum menjamin lagi kebahagiaan berpanjangan dalam perkahwinan.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan urusan puan sekeluarga dan menunjukkan jalan yang terbaik untuk puan dan suami ambil.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

265 Comments

Add a Comment
    1. sekali air bah, sekali pantai berubah.. apa2 pun, kita kembalikan segalanya kepada Allah.. insyaAllah, kita akan lebih redha dan sabar ;)

  1. Salam Ustaz…. betul kata ustaz tu……..jgn menambah apa yang dah sedia ada… kerana kita ni manusia hati boleh berubah….kita tak tahu apa yang bakal berlaku………..

  2. Askum ustaz love,

    Saya ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami saya melafazkan “Jatuh talak kalu massage atau cakap ngan lelaki tu”. saya dah delete no. lelaki tu. lelaki tu telefon saya balik dan saya angkat. saya sempat cam suara dia dan terus letak. saya hanya sempat cakap hello jer. adakah terjatuh talak tersebut walaupun saya tidak tahu yang lelaki itu yang telefon saya?
    saya amat memerlukan pandangan dan nasihat dari ustaz….

    1. Waalaikumussalam puan..

      Talak taklik jenis ini tak berapa jelas.. jadi kena tanya dan minta penjelasan suami dulu apakah maksud beliau dengan ‘cakap dengan lelaki tu’? Adakah dia maksudkan dengan cakap sepatah mcm hello tu pun jatuh talak, atau maksudnya ‘cakap’ itu adalah berborak melayan lelaki itu.. atau adakah maksudnya ‘cakap’ itu adalah kalau puan bercxakap walau sepatah dengan lelaki tu (tak kira saudari tahu atau tak) dsb.. ini kes cemburu rasanya..

      apa pun, adalah lebih baik pun dan suami berjumpa dengan pegawai kaunseling di jabatan agama supaya penjelasan lebih tepat dapat diberi.. kadang2, kalau melalui tulisan ni ada yang salah faham.. ;)

    2. ASSALAM USTAZ…bru bru nie sy dgn suami bergaduh tp sy yg mulakan dulu perkara kecik saja,saya maki hamun suami sy n arwah mak n ayh mertua sy,maki seperti babi,kampang dll,kami bergdh melalui sms,sy pksa suami sy lafaz ceraikan sy,suami sy dlm keadaan marah n tertekan dgn tindakan sy dia menaip sms menyatakan sy ceraikan awk,lp[s tu sy bls sy suh dia ceraikan sy talak 3,sy pksa n maki dia,dia pon balas sms sy ceraikan awk talak3,adakah jatuh talak 3 n kami xleh nk rujuk semula??tp suami sy dlm keaadaan pksa n sy mnyesal ustaz dgn pksaan sy…suami sy bgthu dia xde niat tp di pksa oleh isteri

      1. Lafaz yang sorih (jelas) seperti yg ditulis oleh suami itu tak memerlukan penjelasan niat.. sama ada beliau berniat atau tak, talak telah jatuh.. dan tak boleh rujuk semula kecuali puan telah bernikah kembali dan bercerai dengan suami baru.. paksaan yg puan nyatakan itu tidak memenuhi syarat ‘terpaksa’ yg menggugurkan lafaz talak.

        semoga ia menjadi pengajaran buat puan dan suami.. kalau marah, gi mandi.. jangan bercakap perkara2 yg bakal membuatkan kita menyesal sampai ke mati.. buat masa ni, puan dan suami kena failkan pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah.. WA

  3. Assalamualaikum ustaz,
    saya ingin bertanya apakah syarat untuk sah lafaz taklik? bagaimana jika isteri melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami dan kemudian suaminya ingin memberi amaran dengan berkata “nak kena taklik ke?” tapi isteri tidak bersetuju dan menjawab tidak mahu ditaklik. Adakah sah lafaz taklik itu walau tanpa persetujuan isteri?

    1. Waalaikumussalam…

      Apabila berlakunya perkara yg ditaklikkan (digantungkan) ketika lafaz talak, maka ketika itulah talak jatuh.. contohnya seorang suami melafazkan : “Kalau kamu kentut sekali pada hari ini, maka jatuhlah talak satu”.. ini lafaz taklik yang sorih (jelas).. kalau yg tak jelas (spt lafaz suami : kalau kamu makan nasik, maka kita berpisah.. ‘pisah’ di sini kena ditentukan adakah ia bermaksud talak ataupun nak hantar isteri balik rumah mak dia), maka kena rujuk suami dulu akan maksud perkataannya itu. Talak yang dijatuhkan secara taklik, sama seperti talak biasa, tak memerlukan persetujuan isteri.. sebaik dilafazkan, maka akan kekal taklik itu sehinggalah terjadinya benda yg ditaklikkan, baru jatuh talak.. selagi tak berlaku perkara tu, tak jatuh lagi talak..

      Bagi kes di atas, itu bukan lafaz taklik.. itu hanyalah suatu ancaman atau ugutan saja dan belum berlaku taklik lagi.. ;)

      1. as salam ustaz.saya bar saja bergaduh pasal kad atm. semalam saya keluar bersama dia untk jolok duit.sampai di shell dia suruh saya isi minyak sedangkan dia nak jolok duit saya.saya dengan tidak niat kata”tangan bang sui,sbb dia cepat sgt habiskan duit sedangkan saya berusaha simpan sikit duit untuk anak2. jadi dia ters pukul di pipi saya dengan kuat sebab marah. saya mla menangis sebab rasa sakit yang teramat. dia surh saya keluar jolok dit sedangkan masa itu saya sedang menangis.Jadi saya beri kad tu pada dia, tapi dia menyurh saya pergi juga. saya dengan rasa sakit terus memandu kereta pulang ke rumah. dalam perjalanan itu, dia ters lafaz talak’ jath talak sat kat kau ,kala sampai rumah. saya ters memandu sehingga satu simpang ingin saya pergi ke mesin atm di kawasan lain, sebaik saya belok , dia ters memukul ke mata saya sehingga saya berlmuran darah di tudung, dan dia terus trn dari kereta. saya yg berlmuran darah terpaksa balik ke rmah sbb tudung dan muka saya penuh dgn darah. adakah talak satu t jatuh ke atas saya? dan dia pernah ceraikan saya melalui telefon dan sms dengan talak satu pada tahn lepas.jadi ustaz, cuma saya nak tahu kali ni jatuh talak ke berapa? tahn lepas masa di mahkamah saya cma bagi tahu pasal dia lafaz talak melali telefon. sms ,saya tak bagi tahu pada hakim. Dan akhir sekali ,sekiranya kami nak rujuk balik perlu pergi ke pejabat agama ker? sebab dia tidak mah pergi pejabat agama lagi katanya. saya buntu akan masalah ni ustaz, dh la saya saudara baru..tak tahu pada siapa patut saya bertanya.

        1. Ustaz Love nasihatkan agar puan memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah.. dan bagitau sepenuhnya cerita tentang kronologi perceraian puan melalui telefon, sms dan kes cerai dalam kereta itu. Ustaz Love tak dapat nak jelaskan kerana gambaran yg puan berikan agak samar. Biar mahkamah tentukan dulu berapa kali dah jatuh talak. Kalau sah yg puan dah 3x kena talak, maka dah tak bleh rujuk dah. Kalau mahkamah kata baru 2 talak, puan boleh rujuk kembali (sama ada nak failkan pengesahan rujuk atau tak.. cuma dinasihatkan untuk failkan pengesahan rujuk untuk memudahkan urusan pada masa akan datang).

          WA

  4. Assalamualaikum…soalan saya,saya pernah bercadang/berbincang (selepas) mengenai lafaz taklik iaitu sekiranya suami menduakan saya, maka jatuh lah talak..apabila saya tanyakan pada suami, dia hanya menjawab “ya,saya setuju”…adakah lafaz taklik itu boleh di pakai?sekiranya suatu hari nanti suami saya menggunakan alasan “saya terpaksa bersetuju untuk menjaga hati awak”, adakah lafaz taklik itu batal?

    1. Waalaikumussalam mama..

      Lafaz itu mempunyai kesamaran dari segi taklik.. iaitu berkaitan dengan taklik “menduakan” itu. Adakah maksudnya jika suami mempunyai kekasih lain, atau mempunyai perempuan simpanan (zina) ataupun dimaksudkan dengan bernikah satu lagi? Perlu dapatkan penjelasan suami tentang maksud sebenarnya dengan istilah menduakan itu.

      Jika lafaznya jelas spt : “Sekiranya abang bernikah lagi, maka jatuhlah talak ke atas saya” dan suami mengakuinya, maka jatuhlah talak sekiranya suami bernikah lagi.

      Namun, perlu diperhatian juga persetujuan suami.. adakah maksudnya setuju menjatuhkan talak, atau setuju yg talak itu sudah jatuh. Jika setuju menjatuhkan talak, maka ianya bukanlah taklik (kerana lafaz setuju itu menunjukkan kesediaan). Jika suami mengakui yg sememangnya jatuh talak jika melakukan perkara tersebut, maka ia dikira sbg talak taklik dan tiada apa alasan yg boleh mengubahnya.

      Apa pun, Ustaz Love nasihatkan puan dan suami agar bertemu dengan pegawai kaunseling nikah cerai di pejabat agama.. penjelasan yg lebih jelas dan tepat boleh diperolehi berbanding membaca jawapan ini.. sbb kadang2 apa yg kita baca tak sama dgn apa yg kita dengar dan bersoal-jawab sendiri dan mengelakkan salah faham.

  5. Adakah jatuh talak sekiranya..suami hantar mesej seperti ini “abg kasi kerja hujung bulan ni ila keje..kalu ila keja juga abg jatuhkan talak dekat ila”
    Adakah jatuh talak tersebut sekiranya si isteri masih bekerja dan dalam masa yg sama si suami tidak menjatuhkan talak dan masih menizinkan dia bekerja.

    Sekian, Wasallam

    1. Pada pandangan Ustaz Love, talak belum jatuh lagi.. sbb kenyataan itu menyebutkan perkara yg belum berlaku (iaitu lafaz talak).. berbeza jika dikatakan “kalu ila keja juga hujung bulan ni, maka tertalaklah / jatuhlah talak”, maka yg ini baru dinamakan taklik..

      apa pun, Ustaz Love nasihatkan agar puan dan suami bertemu dengan pegawai kaunseling agama di jabatan agama untuk mengesahkan perkara ini.. sbb berbincang sendiri secara berdepan itu lebih tepat berbanding membaca penulisan ;)

      1. Assalammualaikum,

        Ustaz Love. kalau mcm itu dengan kenyataan di atas..talak tidak akan terjatuhlah,sekiranya si isteri terus bekerja.

        Wasallam

        1. Waalaikumussalam..

          Sukar untuk Ustaz Love menentukannya secara pasti.. sbb ia sangat bergantung kepada niat suami itu sendiri.. jadi, nasihat Ustaz Love, puan dan suami pergilah berjumpa dengan pegawai kaunseling di jabatan agama untuk penjelasan lebih tepat ;)

  6. Salam Ustaz,pada 19mac sy telah bertengkar dgn suami dlm sms..sy telah memberi tekanan dan menggugut suami utk memalukan suami dgn rakan sekerjanya,pada ketika itu suami sedang dlm meeting dan sgt tertekan dan marah lalu dia sms sy ckp “Ko msg aku kacau aku,kawan aku pegi kilang aku atau apa sj cara,ko upah org ke,call ke,fb ke,apa sj bentuk hbgan yang ko kaitkan aku,kawan2 aku,fam aku,jatuh talak atas ko”! Lepas tu sy pun sms dia..kemudian suami ckp dia xde niat sikitpun nk ceraikan sy atau nak bertaklik,dia ckp mcm tu sbb nk bg sy amaran,dia xnk sy malukan dia lagi sbb sy pernah jumpa skandal tempat kerja dia sebelum ni..dia jugak ckp dia tgh dlm keadaan marah dan tertekan waktu tu..jadi bagaimana ustaz? Adakah jatuh talak klau suami xberniat?

    1. Salam puan Lina..

      Pada pandangan Ustaz Love, lafaz taklik itu adalah jelas (iaitu “jatuh talak atas ko”).. cuma yg perlu diteliti adalah maksud “kacau” itu (ayat “Ko msg aku kacau aku”).. adakah itu perkara yg ditaklikkan? Adakah maksudnya jika puan sms beliau, maka akan jatuh talak? Atau jika puan berniat mengganggunya dengan sms ketika itu, jatuh talak? Jika maksudnya kalau puan sms akan jatuh talak, maka jatuhlah talak disebabkan puan telah membalas smsnya.. talak tak kira talak dgn sebutan yg jatuh ketika itu juga (aku talakkan kamu) atau talak taklik (yg digantungkan dengan sesuatu perkara yg jika berlaku perkara itu, akan jatuh talak), tak memerlukan niat.. yg perlukan niat cuma lafaz talak yg tidak sorih (kinayah iaitu secara sindiran.. spt “kita dah tiada apa2 hubungan”.. maka, di sini memerlukan niat untuk menentukan ianya bermaksud talak atau bukan).

      Ustaz Love nasihatkan puan dan suami agar bertemu dengan pegawai kaunseling agama di pejabat agama untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini..

      WA

      1. Terima kasih Ustaz atas jawapan itu, ada satu lagi soalan nak tanya Ustaz Love, selepas 19 Mac itu kami ada bersama..adakah itu dikira rujuk? Sah ke rujuk tanpa lafaz dari suami tetapi melakukan hubungan intim dan selepas itu saya ada bertanya pada suami apakah niat dihatinya melakukan hubungan intim dia menjawab niatnya adalah untuk rujuk kembali. Saya telah pun berbincang dgn suami dan bersetuju untuk ke pejabat agama. Terima Kasih

        1. jika benar telah jatuh talak, maka wajib melafazkan rujuk sebelum melakukan hubungan intim (menurut mazhab Syafie). Apa pun, adalah lebih baik puan dan suami ke pejabat agama dan ceritakan segala masalah bermula daripada lafaz taklik sampai la kepada rujuk.. jika benar telah berlaku perceraian, puan dan suami kena failkan di mahkamah dan failkan juga kes rujuk..

          WA

          1. As Salam Ustaz,

            Tak boleh ke lafaz taklik di kite ” gostan” balik.. kadang2, time marah semua keluar.. dah menyesal, nak tarik balik pulak..

            Jatuh talak kerana taklik ni kira talak jenis ape ek ustaz? Talak baain atau rajie ?

          2. Assalam Puan Ida..

            Talak secara taklik itu merupakan sejenis talak juga.. ia bergantung pada lafaz taklik.. jika lafaz taklik itu menyatakan jatuh talak satu atau dua, maka ia termasuk dalam talak raj’ie (boleh rujuk).. jika lafaznya talak 3, maka ia talak ba’in kubra.. jadi, bila berlakunya situasi yg ditaklikkan itu, jatuhlah talak tanpa dapat digostan2 lagi..

            Walaupun talak tak boleh gostan, tapi masih ada ruang untuk kembali rujuk (bagi talak raj’ie).. semasa dalam iddah itulah (yg agak lama iaitu 3x suci atau sehingga melahirkan anak (bagi wanita mengandung)) memberi ruang kepada pasangan untuk memikirkan kembali berkenaan perhubungan mereka dan memperbaiki keterlanjuran lidah (yg pantas je nak melafaz talak) menerusi kaedah rujuk (sebelum tamat iddah).. tapi kalau dah lafaz taklik talak 3 dan berlaku apa yg ditaklikkan, maka tiada jalan lain lagi..

            sbb itu sebelum nak memulakan pergaduhan atau pertengkaran, letak kemas2 dalam kepala otak, jangan sebut apa2 pasal talak.. baik pihak suami mahupun pihak isteri.. lebih baik baling pinggan kat dinding, sbb pinggan boleh beli baru.. tapi, talak itu cuma ada 3 kali saja.. lepas tu yg ada cuma gila talak ;)

          3. Assalamualaikum… UL… Sy ingin kepastian tentang statement UL di atas. Benarkah mengikut Mazhab Imam Syafie, rujuk mesti dgn lafaz? Ape status suami isteri yg tidak menyedari bahawa mereka telah tercerai atas taqlik. Dan sekiranya terkeluar lagi lafaz taqlik dlm tempoh itu (masih belum ada lafaz rujuk) apakah status lafaz itu?

          4. sebaiknya mereka merujuk ke mahkamah syariah. Pada pandangan Ustaz Love, status lafaz taklik dlm tempoh iddah itu jatuh talak jika dilanggar. WA

    1. waalaikumussalam…

      soal tanggungjawab suami isteri ni memerlukan penjelasan yang agak panjang.. kebetulan dah ada satu soalan seperti ini yg Ustaz Love dah save dalam draft.. insyaAllaj, nanti Ustaz Love jawabkan dalam entry itu ;)

      1. assalammualaikum ustaz..mohon penjelasan..
        1)saya ada bergaduh dengan suami.sy hubungi suami berkali kali tapi tidak berjawab.jadi sy menghantar sms menyuruh dia menjawab panggilan sy berbunyi
        “u jawab call i skrg ,kalo tak i pg sn'(maksud sy trus pg jmpa dia pd mlm tu jgk kalau dia tak jwb call sy)..lepas tu suami balas..’kalo u datang sini jatuh talak’.tp sy tak pegi tempat itu pn.mlm tu sehingga hari ini.selepas berbaik sy tnya suami dia maksudkan dtg sini tu utk mlm itu sahaja atau pd hari hari lainnya …dia kata utk mlm itu sj kerana dia mnjwb sms sy. adakah jika sy pergi tempat itu selepas ini jatuh talak krn pd waktu dia lafazkn tidak menyatakan waktu /masa cuma dia membalas mesej saya shj..mohon jawapan ustz…t.ksh…

        1. waalaikumussalam puan ina..

          Pada pandangan Ustaz Love, ia bergantung pada niat suami itu sama ada taklik yg dilafazkan itu adalah untuk waktu itu atau waktu2 lain juga.. jika beliau dah menyatakan sebegitu (untuk malam itu saja), maka tidaklah jatuh talak.. tapi, Ustaz Love nasihatkan agar puan dan suami merujuk perkara ini ke mahkamah syariah untuk pengesahan.. situasi sebenar akan lebih jelas untuk diketahui dan difahami..

          WA

        2. situasi phone tak berjawab ni mmg sesuatu yg lazim berlaku antara suami isteri. mmg sakit hati. tapi ada seseorang pernah nasihatkan saya, “jadilah org yg mengharap, bukan orang yg menentukan”. meaning, tak adala rasa tertekan dan panas hati jika kehendak kita tak dipenuhi seperti yg kita harapkan. :)

          1. jadilah orang yg mengharap pada Allah, dan bukan org yg mengharap pada makhluk ;)

  7. saya sedang mengambil degree tahun akhir. bakal konvo november ini. saya dan suami telah bergaduh dan saya telah meminta beliau agar menceraikan saya kerana beranggapan bahawa kami tiada persefahaman lagi. beliau berkata bahawa akan pergi ke pejabat agama pada hari isnin untuk menyelesaikan masalah tersebut. pada hari isnin paginya, saya mengingatkan beliau mengenai usulnya. dalam perjalanan, beliau berkata ‘tidak payah la kita pegi sana. nanti aku ceraikan kau lepas kau konvo’. apakah ini bermaksud talak taklik ? apakah talak telah jatuh ? bila masa idah saya bermula dan berapa lama ? macamna untuk rujuk semula ? perlukah difailkan masalah ini ke pejabat agama ?

    1. pada pandangan Ustaz Love, itu belum dikira taklik sbb ada lafaz ‘nanti’.. bermakna jika lepas konvo itu tiada apa2 lafaz talak dilafazkan, maka tidaklah jatuh talak.. berbeza situasinya jika suami mengatakan, “sebaik saja lepas kau konvo, maka jatuhlah talak”.. maka, ketika itu baru berlaku taklik.. dan sebaik saja habis konvo, terjatuhlah talak disebabkan lafaz taklik yang dilafazkan sebelum itu.

      apa pun, Ustaz Love nasihatkan puan dan suami agar memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz ini di mahkamah syariah.. biar hakim yang menentukan sama ada ia lafaz taklik atau bukan.. sbb kalau terangkan melalui penulisan, dikhuatiri berlaku silap faham.

      WA

      1. Suami saya telah mengucapkan lafaz berikut:- kalau kau ke kuala lumpur, jatuhlah talak, dan kemudian beliau megatakan lagi: kalau kau ke kuala lumpur pada 17 hb maka jatuhlah talak. Soalan saya ialah adakah saya sampai bila-bila tidak boleh ke kuala lumpur (sebab lafaz pertama tadi tidak menyatakan tempoh). Mohon penjelasan ustaz. sekian.

        1. taklik yg pertama itu tidak diletakkan waktu tertentu.. jadi, sekiranya puan pergi ke kuala lumpur pada bila2 masa, maka jatuhlah talak.. dan habislah taklik yg pertama (ia hanya untuk satu waktu tu saja.. bukannya sampai bila2).. kemudian, kalau puan ke kuala lumpur pada 17hb, maka jatuhlah talak ke 2..

          apa pun, Ustaz Love nasihatkan puan dan suami merujuk kes ini ke mahkamah syariah.. biar mahkamah yg buat keputusan ;)

  8. Salam Ustaz…

    Ingin bertanya seandainya saya melafazkan ” kalau awak keluar rumah juga jatuh taklik” dan diulang lagi sewaktu isteri hendak keluar rumah. Persoalanya, niat saya sebenarnya adalah ingin menakutkan dan mengancam sahaja agar dia berfikir dan langsung tidak berniat menceraikan. Ini kerana kes pertama sebelum ini disebabkn “taklik” juga dan kami rujuk semula selang beberapa hari. Jadi saya beranggapan isteri akan dengar dan takut serta tidak akan keluar rumah. Adakah jatuh talak sedangkan saya tidak berniat menceraikan.

    1. Salam junairi..

      apakah maksud lafaz ‘jatuh taklik’ itu? jika dimaksudkan lafaz ‘jatuh taklik’ itu dengan jatuh talak atau jatuh cerai, maka jika isteri itu melanggarnya, jatuhlah talak. Ustaz Love nasihatkan saudara memfailkan permohonan pengesahan lafaz di mahkamah syariah.. biar mahkamah yg tentukan jatuh atau tidak talak itu.

      Nasihat Ustaz Love.. jangan main2 bab talak ni. Banyak lagi cara boleh dibuat dan bukannya mengugut2 untuk jatuhkan talak dsb.

  9. assalamualaikum ustaz mohon penjelasan
    1. suami saya menghantar sms berbunyi ” lepas kenduri adik, ayang jangan risau abang lepas ayang” adakah lafaz taklik itu sah.
    2. bagaimana jika mahu merujuk semula?

    1. waalaikumussalam..

      1. lafaz itu tak jelas.. kena tanya pada suami sama ada dia maksudkan lepas kenduri adik, puan telah jatuh talak ke, atau lepas kenduri adik beliau akan jatuhkan talak? jika beliau maksudkan jatuh talak lepas kenduri, maka sebaik saja lepas kenduri, jatuhlah talak.. kalau dia maksudkan lepas kenduri baru nak jatuhkan talak, maka talak tak jatuh lagi sehinggalah beliau melafazkan talak.

      2. jika telah sabit jatuh talak, maka boleh rujuk dengan lafaz “aku rujuk kembali dengan kamu” atau yg semakna dengannya yang dilafazkan oleh suami kepada isteri dalam tempoh edah.

      Ustaz Love cadangkan agar perkara ini difailkan ke mahkamah syariah untuk pengesahan yang lebih jelas.

      WA

  10. saya bergaduh dgn suami kerana saya terjumpa pil khayal dalam poket seluarnya.kebetulan pd mlm minggu yg lps dia keluar pkl 12mlm hingga 8pg.jadi saya mengesyaki dia pergi disko dgn kwn2.suami saya juga suka main mesin judi.pernah beberapa kali saya intip dia dlm kedai main kuda pd waktu mlm.setiap kali saya marah dia tak mengaku bermain hanya tengok saje.bila saya tanya kenapa pil khayal (ecstacy) berada dlm seluarnya dia tak mengaku kepunyaannya malah memaki hamun saya.kemudian dia mengamuk terus dia naik tangan ke muka saya.lps tu dia ckp “kalau kau keluar mlm lg cari aku, jatuh talak kat kau”.dia ulang kali kedua “kalau kau keluar malam lps balik keje, jatuh talak”.Persoalannya adakah jatuh talak sekiranya saya keluar juga mlm ni atau mlm lain utk tujuan pergi kedai atau balik ke rumah ibu bapa saya?sekiranya saya minta izin utk keluar mlm adakah talak itu tetap jatuh?dan adakah sah cerai taklik jika dia tak berniat nak cerai tp cuma nak ugut dan takutkan saya?sekiranya suami saya masih melakukan kegiatan berjudi atau berdisko atau pulang lewat smpai subuh perlukah saya hanya mendiamkan tanpa tindakan apa2?bagaimanakah saya boleh pertahankan hak sebagai isteri?saya jadi bingung dan tertekan dgn masalah ini.

    1. 1. Jatuh talak jika keluar rumah mencari suami pd apa2 juga mlm.
      2. Jatuh talak jika keluar mlm lepas blk kerja.
      3. Izin atau tak, tetap jatuh talak sbb tak dinyatakn syarat minta izin itu dlm lafaz taklik.
      4. Apa juga niat suami dah tak relevan sbb lafaznya adalah jelas lafaz taklik yg akn jatuh talak sekiranya dilanggar oleh isteri.
      5. Puan perlu menegur beliau atau berusaha meminta bantuan ahli keluarga untuk menasihati suami.
      6. Sbg isteri, puan punya hak untuk menasihatinya, berdiam diri dan tak putus2 berusaha dan berdoa, atau puan adukan perkara ini ke jabatan agama utk mendptkn khidmat kaunseling. Atau jika dah tak tahan sangat, puan failkn permohonan fasakh atau khuluk di mahkamah syariah. Tahi judi mmg payah nk berubah tp tak mustahil boleh berubah.. WA

  11. salam….
    ustaz,sy dan suami sudah hampir 4 tahun berpisah.suami pun sudah lama tidak memberikan nafkah anak-anak.pada suatu hari suami saya menghantar sms yang berbunyi ‘kalau saya tidak angkat panggilan telefon dia saya bukan lg isteri dia’ dan dia juga berkata ‘mulai hari ini kau bukan lg isteri aku’.dia juga selalu mengirim sms yang berbunyi ‘aku lepaskan kau untuk mencari kehidupan baru’….jadi adakah ucapan-ucapan tersebut bermakna telah jatuh talak ke atas saya?

    1. Salam puan maria..
      Lafaz2 tersebut bergantung atas maksud suami melafazkn. Jika dimaksudkn dgn talak, maka jatuhlah talak. Sebaiknya puan failkan kes ini di mahkamah untuk pengesahan..

  12. salam ustaz,

    Sy penah brgaduh dgn suami dan meminta cerai tp suami sy tak mahu bg.xsmpai satu hari, kami berbaik semula dan suami sy ada cakap.

    ‘kalau awk minta lagi, jatuh eh..sy bg terus’

    Tak lame kmudian, suami sy mnarik balik kate2 dia. Kami penah brgaduh lagi dan sy mmnta cerai. Sy confuse sme ada jatuh talak atau pun tidak sbb suami ckp dia tjuan dia cakap menda tu dulu smate2 nak mgugut sy. Adakah sy telah jatuh talak?

  13. mmnta cerai. Sy confuse sme ada jatuh talak atau pun tidak sbb suami ckp dia tjuan dia cakap menda tu dulu smate2 nak mgugut sy. Adakah sy telah jatuh talak?

    1. Suka kan bila bergaduh je nk minta2 cerai..yg lelaki plak ugut2 nk lafaz cerai.. Bila dah terlepas ckp baru terasa menyesal.. Ustaz Love bkn nk berleter, tp cuma nk bg nasihat. Jika nk selesaikn masalah, bkn dgn cara menambahkn masalah.
      Lafaz suami itu tak jelas sama ada ia bermaksud cerai atau tak. Lain la kalau dia lafazkn perkataan talak atau cerai, baru la jatuh talak tak kira apa niatnya sama ada meniatkn cerai atau ugut dsb.
      Ustaz Love harap puan dan suami dapat mbawa kes ini ke mahkamah syariah untuk mengesahkn perkara ini. Setakat soal jawab di internet belum tentu situasinya sama dgn bicara di mahkamah.. WA

  14. assalamualaikum ustaz,
    bagaimana jika taklik itu dihntar mlalui sms tanpa lafaz..spt “KALAU ABG MAKAN NASIK YG AWAK BUAT MULAI HARI NI JARIH TALAK. SAMPAI MATI KALAU ABG NK MAKAN ABG KENA GI MAKAN KT KEDAI ATAUPUN TMPT LAIN”
    ada bbrp prkara ygbmengelirukan saya:-
    1. sms tersilap taip JARIH bkn JATUH tp semasa menaip dlm fikiran adalah JATUH.
    2. sms saya tabpa melafazkannya.
    3. taklik saya sndiri yg keluarkn dan syarat perlanggaran bkn dikenakan keatas isteri tp keatas diri saya sendiri dn tanpa persetujuan isteri
    4. saya berbuat demikian hny utk amaran dn xterfikir prkara ni serius dsbbkn saya ingatkan taklik boleh ditarik balik atau dibatalkan.. semasa sms terdetik dlm hari saya.. “xpelh, aku nk sms camni utk bg dia amaran. nnti malam aku bgtaulh dgn dia yg aku bayalkan taklik ni”..

    skrg dh 2 hari bini saya masak special utk menarik prhatian saya tp saya tak memakannya krn bimbang akn kesahihan taklik. bini saya jwb taklik yg abg bg tu bkn utk saya tp utk abg sendiri.. syarat perlanggaran yg abg buat abg kenakan keatas abg sendiri bkn keatas saya. jd saya tidak akan melanggar apa2 syarat taklik sekalipun dn saya tdk pnh bersetuju dgn taklik abg tu.. itu yg mmbuat saya semakin pening.. bagaimana ya ustaz.. tak tahan dah dari menahan makan masakan yg isteri saya hidangkan ni.. duk mkn hari2 kt kedai rasa nk muntah.. stiap kali mengadap mknn kt kedai setiap kali tulh terbayang masakan isteri kt rumah..

  15. assalamualaikum ustaz,
    bagaimana jika taklik itu dihntar mlalui sms tanpa lafaz..spt “KALAU ABG MAKAN NASIK YG AWAK BUAT MULAI HARI NI JARIH TALAK. SAMPAI MATI KALAU ABG NK MAKAN ABG KENA GI MAKAN KT KEDAI ATAUPUN TMPT LAIN”
    ada bbrp prkara yg mengelirukan saya:-
    1. sms tersilap taip JARIH bkn JATUH tp semasa menaip dlm fikiran adalah JATUH.
    2. sms saya tanpa melafazkannya.
    3. taklik saya sndiri yg keluarkn dan syarat perlanggaran bkn dikenakan keatas isteri tp keatas diri saya sendiri dn tanpa persetujuan isteri
    4. saya berbuat demikian hny utk amaran dn tak terfikir prkara ni serius disebabkan saya ingatkan taklik boleh ditarik balik atau dibatalkan.. semasa menaip sms terdetik dlm hati saya.. “takpelh, aku nk sms camni utk bagi dia amaran. nanti malam aku bgtaulh dgn dia yg aku batalkan taklik ni”..

    skrg dh 2 hari bini saya masak special utk menarik prhatian saya tp saya tak memakannya krn bimbang akan kesahihan taklik. bini saya jwb taklik yg abg bg tu bkn utk saya tp utk abg sendiri.. syarat perlanggaran yg abg buat abg kenakan keatas abg sendiri bkn keatas saya. jd saya tidak akan melanggar apa2 syarat taklik sekalipun dn saya tdk pnh bersetuju dgn taklik abg tu.. itu yg mmbuat saya semakin pening.. bagaimana ya ustaz.. tak tahan dah dari menahan makan masakan yg isteri saya hidangkan ni.. duk mkn hari2 kt kedai rasa nk muntah.. stiap kali mengadap mknn kt kedai setiap kali tulh terbayang masakan isteri kt rumah..

    1. 1. walaupun yg ditaip itu adalah JARIH, tetapi itu bukan perkataan utama.. sebaliknya perkataan TALAK / CERAI / yang semaksud dengannya itulah yg menentukan sesuatu lafaz itu bermaksud cerai atau bukan. Dalam hal ini, lafaz talak taklik itu tetap dikira.

      2. sebarang bentuk penyampaian yg memberikan maksud jelas sebagai talak (tak kira sama ada menggunakan lisan, tulisan mahupun isyarat anggota), maka dikira sebagai talak.

      3. taklik itu sama ada digantungkan pada perbuatan isteri, perbuatan suami, ataupun pada perkara lain (contohnya : jika terbit matahari pagi esok, maka jatuh talak), ia tetap dikira sebagai lafaz taklik. Apabila berlaku perkara yg ditaklikkan itu, maka jatuhlah talak. Ia tak memerlukan persetujuan isteri untuk suami menjatuhkan talak atau mentaklikkannya.

      4. taklik tak boleh dibatalkan.

      Ustaz Love nasihatkan agar saudara dan isteri memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik ini di mahkamah. Biar mahkamah sahkan sama ada itu lafaz taklik atau bukan, dan sama ada lafaz taklik itu hanya sekali atau selama2nya (memandangkan saudara menyatakan kena makan di kedai sampai mati.. adakah ia bermaksud sampai mati tak boleh makan masakan isteri, kalau tak jatuh taklik.. ataupun bagaimana).

      Jika mahkamah memutuskan ia bukan lafaz taklik, alhamdulillah. Jika sebaliknya (seperti apa yg Ustaz Love jelaskan di atas), maka itu dah nasib saudara sendiri tak nak berfikir dan bertanya dulu sebelum membuat keputusan menjatuhkan taklik. Semoga ia menjadi pengajaran yg berguna, bahawa talak ini bukan suatu permainan atau alat bantuan mengajar. Nak mengajar isteri bukan dengan talak. Makan la kat kedai sampai muntah pun.. kalau mahkamah putuskan taklik itu untuk sekali makan masakan saja, maka bolehlah saudara makan masakan isteri (yg akan mengakibatkan jatuh talak) dan rujuklah kembali.. dan peganglah kemas2 dalam kepala, jangan diulang lagi perkara berkaitan talak ni.

      WA

  16. assalamualaikum,
    terima kasih diatas penerangan..
    yg dikata makan kt kedai sampai mati sy sendiri pun yak pasti dgn maksud sy..tp ucapan tu lebih kpd nk bg isteri rasa simpati.. sy tak berani nk pandai2 bg penjelasan lebih takut nanti apa yg saya perjelaskn menjadi condong kearah membela diri semata2 utk mengelak dari taklik itu dikira..tq.

    1. adalah lebih baik saudara failkan pengesahan lafaz taklik di mahkamah syariah.. supaya yang kabur dapat dijelaskan..

  17. Salam uztaz…

    1 ) sy nak bertamya bagaiman kalau suami gagal memberi nafkah mengikut kemampuannya, erti kata tak beri langsung tp susu & brg anak2 masih diberinye…makan minum , api air, rumah semua ditanggung mertua…bila diajak berbincang akan bawa ke pergaduhan…..

    2 dulu sy bekerja dan suami ada mengunakan wang gaji sy… sy membantu tp niat dihati sy mengatakan itu hutang suami kepada saya.. apa suami kena melunaskan hutang2 kepada sy…

  18. salam ustaz, sy nk tahu sgt apekah hukum sebenar takliq yg dibaca oleh suami slps akad nikah?? boleh atau tidak si suami tidak mahu melafazkan takliq itu kerana berpendapat ianya seakan meletakkan syarat atas perkahwinan itu sedangkan si suami tidak mahu langsung ada syarat yg berkaitan dgn penceraian, perpisahan atau yg sewaktu dgn nya…

  19. As’kum , ustaz . Saya ingin tanya jika suami melafaz talak ” kau buad perangai lame kau aqu cerai jatuh talak 1 kad kau . Sedangkan dia tidak sebut perangai yang mana 1 dan sewaktu dia menghantar sms itu dalam keadaan marah adakah talak itu sah ustaz ?? Saya musykil kerana dia tidak menyebutkan perangai yang mane sewaktu dia melafazkan itu .

  20. salam ustaz..saya ada bergaduh dgn isteri.sy cakap,”kalau kau gigit aku mulai hari ni sampai bila2 kita dah xde apa2″.adakah kata2 sy ini lafaz taklik?sy sendiri x yakin adakah sy maksudkan cerai atau tak sebab masa 2 dlm keadaan marah dan nak isteri sy berhenti gigit tangan sy sebab sakit.

    1. ustaz..sy ada cakap juga,:kalau kau gigit aku mulai hari ni sampai bila2 kita dah xde apa2.ini taklik.kau jgn main2.adakah kalau isteri sy gigit sy selepas ini jatuh talak?lg1,sebelum ini sy sedang tidur,isteri kejutkn sy sebab dia baca sms sy & curiga.sy dlm keadaan mamai bangun & ckp,:aku ceraikan kau.kemudian sy baring semula&tidur.sy kemudian dengar isteri menangis dan tanya sy ckp apa tadi.sy kata sy mamai.sy marah sb dia ganggu sy tidur.sy x sedar mcm mana boleh keluar perkataan aku ceraikan kau.mungkin marah dan mamai kerana diganggu tidur.adakah jatuh lafaz cerai itu ustaz?

      1. Assasalamualaikum Ustaz Love.
        Taklik tak boleh di tarik balek. Jika saorang suami itu membuat beberapa taklik, misalnya 3 taklik pada masa yang berlaianan. Misalnya, kalau engkau hubungi Sharifah jatuh talak. Lama kemudian dia berkata pula kalau engkau hubungi Ziana, jatuh talak. Tak lama kemudian kalau engkau hubungi Siti engkau jatoh talak. Si isteri tidak hubungi Sharifah dan Ziana. Tetapi satu hari si isteri hubung Siti, maka jatohlah talak. Kalau mereka rujuk, hanya taklik hubungi Siti sahaja yang gugur, sedangkan taklik kepada Sharifah dan Ziana tidak gugur lagi kan kecuali talak 3. Jadi bila mereka rujuk, isteri masih boleh jatoh talak jika si isteri hubungi Sharifah atau Ziana. Jadi bagimana hendak membersihkan semua takliknya, boleh tak dalam masa eddah, si isteri hubungi Hapsah dan Sheeda, kemudian baru rujuk kembali. Bersihkah taklik mereka. Atau ada cara lain dari sisi syarak. Harap dapat Ustaz Love reply memalui e-mail saya. Jasa baik Ustaz Love hanya Allah yang membalasnya.

        DpdSalam

        1. Assasalamualaikum Ustaz Love.
          Taklik tak boleh di tarik balek. Jika saorang suami itu membuat beberapa taklik, misalnya 3 taklik pada masa yang berlaianan. Misalnya, kalau engkau hubungi Sharifah jatuh talak. Lama kemudian dia berkata pula kalau engkau hubungi Ziana, jatuh talak. Tak lama kemudian kalau engkau hubungi Siti engkau jatoh talak. Si isteri tidak hubungi Sharifah dan Ziana. Tetapi satu hari si isteri hubung Siti, maka jatohlah talak. Kalau mereka rujuk, hanya taklik hubungi Siti sahaja yang gugur, sedangkan taklik kepada Sharifah dan Ziana tidak gugur lagi kan kecuali talak 3. Jadi bila mereka rujuk, isteri masih boleh jatoh talak jika si isteri hubungi Sharifah atau Ziana. Jadi bagimana hendak membersihkan semua takliknya, boleh tak dalam masa eddah, si isteri hubungi Sharifah dan Ziana, kemudian baru rujuk kembali. Bersihkah taklik mereka. Atau ada cara lain dari sisi syarak. Harap dapat Ustaz Love reply memalui e-mail saya. Jasa baik Ustaz Love hanya Allah yang membalasnya.
          (Pembetulan: maaf Ustaz, ada kesilapan sedikit pada nama Hapsah Dan Sheeda sebenarnya Sharifah dan Ziana)

  21. Assalmualaikum ustaz…saya ingin bertanya pada ustaz..macam ni ustaz suami saya ni suka main dengan talak pantang saya buat salah sikit..dalam tempoh 5bulan kami kahwin sudah masuk 5,6 kali dia lafaz tapi xjelas..maksu saya yang xjelas tu “kalau kau kluar dari bilik@rumah aku hantar kau balik umh mak bapak kau”..”kalau tangan aku naik dkt muka kau kite cerai”..pernah skali dia tmpar saya..saya pernah ajak dia pergi mkhamah untuk pastikan lafaz cerai sah @pun tidak…tapi suami saya tak nak pergi..adakah sah lafax cerai itu ustaz..???

  22. Salam ustaz, sy tgh buntu skrg dan takut jika talak dah jatuh, baru2 ni sy dan suami bergaduh lps tu dia tulis mcm ni X balik apa sial.!! Mulut kau jaga.!! Jgn sampai aku ceraikan kau.!!! Adakah jatuh talak ke atas sy?

  23. Salam Ust. Saya telah bergaduh dengan suami malam 29/11 jam 8.45pm.semasa gaduh tu saya ada terlepas cakap kalau jadi apa2 pada anak, kita bercerai. dan pada masa itu juga suami lafazkan kalau nak sangat, malam ni cerai (tapi dia tak berniat nak bercerai) adakah itu dikira lafaz taklik ust? Adakah jatuh talaq ke atas saya?

    1. Pada pandangan Ustaz Love, itu bukan lafaz taklik.. tapi sebaiknya puan failkan permohonan pengesahan lafaz ini di mahkamah syariah untuk keputusan lebih jelas dan tepat.

  24. Assalam Ustaz Love ,

    Nak Tanya Cik Puan Yang Mengajukan SOk lan Dea Menambah Taklik Depan Saksi ker ? ble ker tanpa saksi atauuu perlukan saksi ..

    Saya Belum Berkahwin Tetapi Insyallah Bakal Mendirikan Rumah Tangga Jujur Saya Sangat Brminat Tentang Taklik Ini Dimaakah Saya Boleh Mencari buku atau bahan Panduan untuk saya merujuk tentak Taklik Ini … Saya Memang Terlalu Takjub Dengan Namanya POLIGAMI (Nauzubillah) Saya Paham Agama Itu Mudah Tetapi Saya juga Wanita Yang Tidak Boleh Menerima Pologami Itu Sendiri Samaada Poligami , Curang (perempuan Simpanan ) atau yang sewaktu dengannya Kerana Zaman Rasullulah Sendiri Apa bila Kita lihat Fatimah R.A . Tidak Pernah Di Madukan Oleh Saidina Ali (bahaginya Walau Deri Segi Hukum Tiada Larangan ) bukan MENIDDAKAN Hukum ALLAH Tetapi Saya Kurang Menyukainya Dan kalau Boleh Ia Tidak berlaku … Oleh Itu Saya Mahu meminta penjelasan Adakah Lafaz taklik itu Mesti di hadapan SAKSI atau Hanya PERJANJIAN MULUT tapi NIAT TAKLIQ ?
    Dimana Saya Boleh Mendalami Tentang ILMU seperti Lafaz Taklik , Dan yang berkaitan Alam PERKAHWINAN

    Jazakallahu Khairan Jazak Ustaz

  25. assalam ustaz, apakah hukum suami mengatakn kepada bapa kandung si isteri bahawa saya bukan lagi tanggungjawab si suami?

  26. masalah saya…
    1. Masa bergaduh saya pernah berkata kpd suami…klu dah x suka hantar saya balik ke rumah mak bapak saya….suami saya menjawab jomlah….tp dia x hantar pun saya balik ke kg…..(bila saya tanya dia kata x niat pun ke arah itu
    2. Suami berkata kepada saya nak cerai ke ? saya jawap jgn main sebut je,jgn cakap apa-apa pergilah ambil borang ke mahkamah biarlah hakim yg menjatuhkan…suamipun ajak saya pegi ambil boring..bila dah ambil saya kata x nak isi..jadi boring tu x jadi hantar semula terbiarlah begitu sahaja…(

  27. salam ustaz…masalah saya…semasa tengah marah yg teramat sangat pada suami saya buka pintu sliding doo bilik dan selak langsir serta adalah saya buat sesuatu perkara yg teramat bodoh…tiba2 suami berkata klu org nampak…jatuh talaq….tp masa tu saya dan suami x pasti ada org ke tidak di kawasan tersebut……macamana ye ustaz….dan takliq tu sampai bila….bila saya tanya suami dia kata niat dia waktu tu saja…

  28. assalammualaikum, ingin bertanya jika isteri ingin bekerja di suatu tempat yang tidak dibenarkan oleh suami, melalui sms suami mengatakan jika kau pergi jatuh talak (memaksudkan pergi bekerja di tempat tersebut). Isteri tidak pergi pada ketika itu dan hanya pergi selepas 5 bulan. Tolong jelaskan adakah taklik tersebut hanya terpakai pada ketika itu sahaja? terima kasih.

    1. itu kena tanya pada suami.. dia maksudkan waktu itu saja ataupun terpakai selama2nya.. Ustaz Love nasihatkan, sebaiknya kes ini dirujuk di mahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yg lebih tepat..

      WA

    1. Pada pandangan Ustaz Love, itu bukan lafaz cerai taklik.. sbb ada perkataan ‘nanti’.. berbeza kalau dia sebut “pergilah ke rumah ore tua mu.. kalu mu tak pergi, jatuh talak”.. apa pun, sebaiknya puan dapatkan pengesahan daripada mahkamah syariah untuk jawapan yg lebih tepat.

  29. Salam…ustaz love…adakah sah jatuhnya talak sekiranya suami saya berkata ” awak pergi naik atas kemas kain baju awak…awak keluar dari gate ini jatuh talak satu”…….dalam saya cuba mengelak untuk keluar gate itu pada ari ketiga selepas bertengkar akhirnya saya melangkah keluar dari gate tersebut….

    1. itu kena tanya maksud kat suami.. adakah beliau maksudkan sampai bila2 tak boleh keluar melalui gate itu, ataupun maksudnya untuk ketika beliau melafazkan taklik itu.. sebaiknya puan failkan permohonan pengesahan lafaz taklik di mahkamah untuk jawapan yg lebih tepat.

  30. saya bergaduh dengan isteri mengenai duit..isteri saya memegang duit tersebut..dan nmpak seperti hendak membaling duit itu ke lantai..lalu saya berkata padanya kalau kau buang duit tu jatuh talak..dengan tak disangka isteri saya buang duit tersebut..saya tergamam dan terus beristifar panjang kerana tujuan saya ialah supaya dia tak buang duit itu..saya tahu perbuatan saya salah tapi saya tak bermaksud untuk menceraikannya..selepas itu saya dan isteri pulang ke kampung dan saya menceritakan pada ibu saya..pada malam kami hendak pulang ke rumah sambil menunggu bas ibu saya memberi tahu yang kami boleh rujuk semula dengan cara saya melafaskan rujuk kepada isteri saya dan saya pun melafazkan rujuk kpdnya di depan ibu saya..soalannya adakah sah lafaz rujuk saya itu..tambahan pula di tepi jalan..

    1. sah lafaz rujuk itu.. sbb lafaz rujuk tak memerlukan tempat tertentu.. namun, sebaiknya saudara failkan permohonan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah syariah untuk direkodkan.

      WA

    1. part denda tu Ustaz Love tak pasti.. sbb ada mahkamah syariah yg tak mengenakan sebarang denda untuk lafaz cerai luar mahkamah.. prosesnya dalam masa 2 minggu ke atas..

    1. takde masalah sama ada nak ke mahkamah atau tak.. cuma sebagai rekod saja.. kita tak tahu masa akan datang macam mana.. ditakuti bakal menyusahkan kita kelak kalau tak merekodkan perceraian dan rujuk dengan pihak mahkamah / jabatan agama.

  31. Assalamualaikum..
    Ustaz saya nak bertanye.. Saya dan suami relah berselisih faham dan apa hukum apabila suami berkata “saya akan lepaskan kmu suatu hari nanti, amin”? Die seakan berdoa.. Minta penjelasan ustaz..
    Terima kasih..

  32. Ustaz, sy dan suami dah x bersama sejak 2 bln sblm saya bersalin pd october 2012. Malah sejak bersalin saya tidak menerima sebarang nafkah zahir (wang) dan batin (hatta kasih syg &perhatian pun xde dah). Dah byk kali ajak berbincang tapi tak pernah berjaya utk jumpa dan bincng. Saya teringat lafaz taklik masa lps nikah yg kata klu lebih 3 bln dia atau wakilnya tak memberikan nafkah, dan sy byr rm10 di pejabat kadi, jatuh talak. Soalan sy, adakah talak hanya jatuh bila sy byr rm10 atau memang dah jatuh talak sbb dah lebih 3 bln xde nafkh? seandainya suami mmg terus senyap sampai jun 2013, adakah mmg dh tertalak? dan kira habis idah juga? sbb dah lebih 8bln dr waktu terakhir terima nafkah. Adakah sy perlu ajak suami je ke pejbt kadi utk sahkan? Mohon penjelasan. Syukran

    1. syaratnya puan kena adukan ke mahkamah dulu. Bila dibicarakan dan hakim memutuskan untuk membenarkan perceraian melalui taklik itu, barulah puan akan diperintahkan membayar RM10 dan ketika itu terbatallah ikatan pernikahan.

      WA

  33. Assalamualaikum ustaz, saya menghadapi masalah yang serius setelah isteri memfailkan saman ke atas saya di mahkamah rendah syariah..Untuk makluman ustaz saya dikurniakan 3 org cahaya mata sepanjang enam tahun perkahwinan..

    Isteri memfailkan kes kerana mengatakan bahawa jatuh talak ke atasnya sedang saya hanya menghantar sms dalam bentuk soalan kepadanya dan bukan memberi taklik..dan jatuh talak 3 katanya..

    Saya harap ustaz dapat merungkai adakah jatuh talak tersebut berdasarkan sms tersebut..untuk pengetahuan ustaz saya tidak pernah mengabaikan tggjwb sebagai suami dan memberikannya tmpat tinggal yg baik mahupun nafkah zahir dan batin..

    Walaubagaimanapun semasa menulis sms2 tersebut saya tidaklah berniat memisah dan hanya ugutan supaya dia membalas sms2 saya..

    SMS1: Kau ckp je nk talak berapa meh aku bagi..betul aku sakit hati kau buat aku mcm ni..

    Jwpn sy: Sy hanya berniat bertanya dan tidak menjatuhkan ke atasnya..

    SMS2: Ko nak aku buat mcmni ke?..Kalo aku tulis lagi sekali ko tak jawab tepon consider jatuh talak nak?

    Jwpn sy: Sy masih bertanya dan tidak berniat memisah..

    SMS3: Aku boleh buat wlupn ko x jwb nak

    Jwpn sy: Sy tidak menjatuhkn ape2 pn.

    SMS4: Nak ke?..nak aku buat..kalo ko x reply msg aku ni atau jwb dlm 10 min aku tulis cmtu ko tak jwb aku buatkuatkuasa mcmtu

    Jwpn sy: Sy blum menulis kuatkuasa tersebut wlupn sy mengatakn dlm 10 min..sbb memerlukn sy menulis begini ” dlm 10 min jika ko tak jwb..”

    SMS5: Mulai harini. aku tak benarkan kau menyentuh sebarng akaun aku dn segala perbelanjaan adlh utnuk ank2 aku shj..segala yuran aku yg byr..disebabkn kau nusyuz aku xkkn berikan segala bhgian utk kau..

    Jwpn sy: Sy tidak bermaksud memisah, dan hanya ckp pasal akaun..sy berckp dia nusyuz juga adalah utk memberitahu supaya dia mnjwb panggilan/sms sy..

    SMS6: ayh tak tau ape yang ibu fikirkan lgi..ayh cube kol dari tghri smpai ptg..bkn sekali ibu bt ayh mcmni..ayh da terus trg ayh ada ibu je..kalo ada ayh sembunyi pn semua utk pulihkan keadaan je..mmg byk slh pada ibu..ayh minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut..biarlah begini, kalo ibu tak sudi bercakap dgn ayh lagi biarlah ayh pegi..kalo ibu nk akhiri ayh boleh lepaskan ibu dgn baik..
    ayh takkan kol ibu lagi sekian..

    Jwpn sy: Sy tidak berniat memisah dan merasakn sy tidak melepasknnye sbb sy menyebut perkataan “boleh”..tp sehingga hari ini sy tdak lafaz..

    SMS7: Ape yg pernah aku berikan menjadi hak kau..setakat itu shj..insyaAllah aku balik lepas ni kau tak perlu jwb segala panggilan aku dan aku akan bebaskan kau..

    Jwpn sy: sy masih tiada niat melepaskannya..dan sy menulis perkataan “akan”..sy tidak lepaskn dia..

    SMS8: Knp tak jwb..ataupun nk kol..biar abis sumenya..alang2 biarla cpt..lagi bagus..

    Jwpn sy: sy masih tdak berniat..sbb sy tidak pn kol dia..sy hnya ingin dia jwb panggilan sy..dan berckp..dan sy tdak lafaz ape2..

    SMS9: Kau nk jwb aku ke tak..kalo ko tak jwb aku lepas talak pakai msg ni je, jgn uji kesabaran aku..

    Jwpn sy: Sy tidak berniat memisah sy masih bertanya dan tak lafaz..dan sy mengatakn lepas pakai msg bermksud sy dgn niat perlu menulis aku dgn ini…..

    SMS 10: Ok kalo ini yang kau nk..next sms will be the end..

    Jwpn sy: Sy tdak menyatakan perkataan “hubungn” dlm teks tersebut..sy dgn penuh kesedaran sengaja tidak menulis hubugn sbb sy bermaksud sms terakhir..dan bukan hubgn..

    Saya ingin meminta pendapat/penjelasan ustaz tentang perkara ini..adakah msg2 sy tersebut adalah taklik atau bukan..dan apekah jatuh atau tidak ustaz..sy agak terkejut sbb sy balik dari outstation isteri menghulur fail mahkamah sdg setahu sy sy tdak melepaskn dia..dan semua msg2 tersebut sy meletak beberapa perkataan utk tdak jatuh..

    sy minta jasa baik ustaz menolong sy yg jahil ini..utk memberi penjelasan..

    1. susah untuk Ustaz Love menyatakan sama ada kenyataan2 di atas sudah jatuh talak atau belum.. oleh kerana mahkamah telah mengeluarkan saman untuk perbicaraan, maka saudara tunggulah terangkanlah semasa perbicaraan nanti dan tunggulah keputusan daripada hakim.

      Nasihat Ustaz Love, saudara perbaikilah diri. Seorang yang waras tidak akan menggunakan talak sebagai ugutan (sekalipun tiada niat nak cerai ataupun tak). Banyak lagi cara untuk menyelesaikan dan memperbaiki masalah, sedangkan talak itu hanyalah satu2 cara untuk memutuskan perhubungan.

      WA

      1. salam ustaz

        nak tya jika taklik di buat mcm ni …sy tengok border pas suami dlm dompetnya dlm kereta tanpa pengetahuanya.selepas masuk dlm kereta suami bgtahu sy adakah sy tgk border pasnya dlm dompetnya jatauh talak..mula sy cakap tidak..lama kemudian cakap ye..sedangkan suami ckp tak jatuh sebb dia cakap masa tu

        1. Ustaz Love nasihatkan puan suami isteri failkan pengesahan lafaz talak di mahkamah. Biar hakim yg tentukan.

  34. Assalamualaikum..

    nak tanya saya sudah berumah tangga dan memiliki anak 2 org.. masalahnya setiap kali kami suami isteri bergaduh..si suami mesti akan mengugut dengan perkataan “mungkin hari aku bukan suami ko lagi” , “klu mcm ni kita berpisah je” dan mcm2 lagi ayat..setiap kali bergaduh.. baru-baru ni saya bergaduh lagi berpunca daripada duit.. akhir pergaduhan dia guna ayat ini “”mungkin hari ini je aku sebagaisuami ko ” .

    saya nak tanya adakah ia boleh menjatuhkan talak.. bila saya kata nk rujuk pejabat agama dia kata pergilah..lenkali jgn nak kedekut sangat..

    adakah ia dah menjatuhkan talak kepada saya.. minta bantuan coz xnak bergelumang dgn dosa maksiat..

    1. lafaz2 itu memerlukan niat si suami untuk ditentukan sama ada ia bermaksud talak atau bukan. Ustaz Love nasihatkan puan memfailkan kes ini di mahkamah syariah.

      WA

  35. slmulikum ustazasaya nak tanya solan bru2 ini saya ada sms kepada isteri saya berbunyi berpisah tah kita aku sja membyrkan hutang piutang awak aku tak tahan lagi secara paksaan ada kah talak jatuh

    1. jika dimaksudkan berpisah itu dengan nak bercerai / talak, maka jatuhlah talak. Sebaiknya saudara failkan permohonan pengesahan lafaz ini. Ustaz Love pun tak berapa faham sangat perkataan yg saudara gunakan.

  36. assalammualaikum ustaz, saya ingin bertanya, apakah hukum jika suami berkata, “Lepas 2 minggu, kalau awak nak, jatuh”..Sah tak kalau suami beri kuasa talak kepada isteri? Kalau sah, tapi saya cakap nak cerai lepas 4 minggu, jatuh tak talak? Saya keliru sangat. Suami cakap, dia nak bagi saya pengajaran supaya tak main-main hal ni.

  37. Salam ustaz..baru2 ni sy bergaduh dgn suami. Katanya, lepas 2 minggu, kalau sy nk, jatuh. Ni dikira taklik ke? Macam mana kalau saya ckp nk berpisah lepas 3 minggu? Saya keliru sebab bila tanya suami, katanya untuk tempoh 2 minggu ja, tapi sy takut sampai bila2 saya tak boleh cakap nak berpisah

    1. Ustaz Love nasihatkan agar puan memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak di mahkamah syariah. Susah Ustaz Love nak jelaskan sebab ia bergantung pada cerita kedua2 belah pihak dan berkaitan dengan isu niat. Hakim syarie lebih layak mengadilinya. WA

  38. salam,ustad,sy nak tanye kalau si suami tidak bercampur dgn istri selama 4 bln atas sbb si suami ckp dia letih dan tkt tidak dpt memberi perhatian ketika melayan istri,adakh ini dkire talak taklik yg mgikut dlm sijil pkahwinan itu?

    1. tak jatuh lagi.. sbb taklik yg dibaca selepas akad nikah / dalam sijil nikah itu disyaratkan agar isteri mengadukan perkara itu kepada hakim dan membayar sejumlah wang untuk tebus talak (kalau tak silap).

  39. “ko nak aku lepaskan ko , aku lepaskan ko , ko jgn kcau hidup aku lagi . .” adakah kata2 sebegini boleh menyebabkan jatuh talak ?

    1. boleh, dengan kehadiran niat cerai.. sebaiknya pergi ke mahkamah syariah dan failkan permohonan pengesahan lafaz cerai..

  40. salam ustaz nak tanya…saya bergaduh ngn suami saya…saya tak nak balik ke rumah…dia myuruh saya balik juga…dan saya ada msj dia…saya kata “kalau aku balik malam ni…kau ceraikan aku”dan dia menbalas “ok”….adakah jatuh talak saya?

    1. itu bergantung pada niat suami.. kalau ‘ok’ itu bermaksud “kalau kau balik malam ni, kau tertalak / tercerai”, maka jatuhlah talak. Sebaiknya puan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yg lebih tepat. WA

  41. perlukah istri saya berkata sesuatu contohnya AKU TERIMA setelah saya ucapkan lafaz rujuk …apa perbezaan lafaz taklik dan lafaz cerai…sekarang ini isteri saya telah memfailkan prmohonan perceraian sbb dia kata x sah cara yang saya lakukan..mcamana 2 ustaz ?

    1. isteri tak perlu kata apa2.. suami saja yg perlu lafaz ayat rujuk. Sama seperti keadaan semasa lafaz talak.. isteri tak perlu nak sebut “saya terima talak itu” dsb.

      lafaz taklik adalah lafaz talak yg digantungkan dengan sesuatu.. contohnya lafaz “Kalau kau keluar dari rumah ini, tercerailah kau dengan talak satu”.. lafaz itu digantungkan pada syarat berlakunya perbuatan keluar dari rumah itu.. kalau isteri tak keluar rumah, maka tak jatuh talak.

      lafaz cerai / talak yg biasa boleh berlaku sama ada dengan lafaz yg jelas (aku ceraikan kau) atau dengan lafaz sindiran / kinayah dengan niat cerai (aku lepaskan kau)

      memang sepatutnya saudara dan isteri memfailkan permohonan pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah supaya keputusan yg tepat dapat diberikan oleh hakim.

      WA

      1. trimaksih utk penerangan tadi…soalan sya seterusnya…istri sya telah keluar rumah hampir 2 bln..sya mencarinya d kmpung tetapi tiada..bapa mertua sya thu d mana istri sya tpi x mahu bg thu sya…sya telah siasat dan adik2 ipar serta mak mertua sy telah critakn pda sya bahawa istri sy mempunyai hubungan dengan lelaki lain…lelaki tersebut sering ke rumah mertua sya bila istri sya pulang ke kampung dan mereka sering keluar brsama…bapa mertua sya seolah2 memberi restu pd hubungan mereka sdangkn sya masih suaminya…sya ada berjumpa lelaki ini dan bertanya d mana istri dn anak2 sya kerana sya syak dia tahu d mana istri sya tinggal..dan dia berkata pada sya yang sya tiada hak ke atas istri sya ini kerana istri sya telah buka fail ke mahkmah syariah d sik kedah dan istri sya menjadi hak mahkamah…ada ke mcam 2 ustaz dan 1 lgi lelaki ini telah berkata yg sekarang ini dia telah d amanahkan oleh bapa mertua sya agar menjaga istri sya…apa punya pak mertua ni..soalannya sya nak saman nusyuz pda istri sy dan perintah kembali taat..pd sya…bagaimana caranya..tq ustaz

      2. saya juga telah buat laporan polis tentang istri sya yg telah kluar rumah..ada 2 laporan..sya akan datang masa perbicaraan nnti pada 5hb 5. 2013 ini..bagaimana klau istri sya akan menafikan bhawa sya telah lafaz rujuk kpdnya…adakah mahkamah akan mempercayai kata2nya?..saya tidak akan sesekali melepaskannya dan andai kata terjadi juga apakah peluang hak penjagaan anak akan berpihak kpanya..utk pengetahuan ustaz istri sya tidak bekerja..saya mempunyai 3 orang anak bersamanya..2 perempuan dan 1 lelaki..2 orang anak perempuan saya menghidap penyakit Thallasemia iaitu penyakit kurang darah merah.,anak2 saya memerlukan rawatan tiap2 bln d hospital iaitu membuat pemindahan darah..pada pendapat ustaz adakah peluang saya utk mendapatkn hak jagaan anak saya ini cerah…sbb sya akan kemukakan yg istri sya ini bukan contoh seorang ibu yg baik..tambahan lgi tiada pendapatan tetap…sya pasti d hari perbicaraan nanti istri sya akan menceritakan keburukkan sya tiada yg baik melainkan buruk sja..harap ustaz dapat jelaskan dengan terperinci..trima kasih ustaz

        1. saya amat yakin bahawa lafaz rujuk saya itu sah dan mengikut hukum syarak..saya akan bawa istri saya pulang tapi bagaimana sekiranya istri saya enggan pulang dan berkeras ingin berpisah…tujuan saya ingin membawa istri saya pulang ialah agar kami dapat berbincang dengan tenang tanpa pengaruh atau desakkan mana2 pihak ini kerana bapa mertua dan abg ipar saya melarang istri saya dari kembali kpd saya..mereka mempenggaruhi istri saya agar berpisah dgn saya..mereka bukan nak meredakan keadaan tapi mengeruhkan lagi situasi yg telah melanda rumah tangga sya…tolong saya ustaz saya da buntu…saya mahu menyelamatkan rumahtangga saya ini..

  42. istri sya memfailkan lafaz seperti ini…pada 25hb 08 2011 jam 12.40 mlm telah berlaku pertengkaran antara saya dan suami mengenai wang dan suami saya ada berkata seperti ini ” kalau hang buang duit itu ” dan waktu itu saya memegang wang sebanyak rm200 dan saya melontarkan duit itu ke lantai dan suami saya berkata “aku bagi hang talak 1 “…soalannya ustaz adakah ini lafaz taklik atau lafaz cerai ? sedangkan saya masih ingat dengan jelas semasa kejadian saya melafaz kan seperti ini..”kalau hang buang duit itu jatuh talak 1 ” dan istri saya terus membuang duit tersebut..saya tahu telah terjatuh talak1 dan saya tahu itu lafaz taklik dan kami telah rujuk dalam tempoh edah…masaalahnya sekarang istri saya telah memfailkan lafaz yang saya ucapkan itu seolah2 lafaz cerai..macam mana tu ustaz…adakah mahkamah akan percaya pada kenyataan isri saya..? dan kalau benar adakah telah terjadi lafaz cerai dan bukannya taklik…saya bimbang kalau mahkamah akan menyebelahi kenyataan istri saya…sedangkan saya melafazkan lafaz taklik dan ayat sebutan saya tidak terputus seperti mana yang istri saya failkan tersebut..tolong saya ustaz..saya da buntu..sbb sya tahu yg istri sya memang ad niat utk berpisah dengan sya..

    1. Assalamualaaikum..wr.wb
      Pak ustadz yg terhormat..
      saya telah berumahtangga selama 7 tahun dan telah di karunia sorang anak perempuan umur 6 tahun, Langsung saja ya pak ustadz..
      Dulu saya pernah bertengkar dgn istri saya. istri saya minta cerai..Sehingga secara spontan saya melafaskan kalimat di bawah ini dalam keadaan marah dan spontan/reflek tanpa niat dan pada waktu yang berbeda-beda.
      1. kalau macam ini terus cerai saja dah.
      2. saya ceraikan dikau nanti
      3. Memang dikau nak saya ceraikan
      sungguh saya menyesal pak ustadz.. Dari masing2 kalimat di atas apakah jatuh talak pak ustadz…??? mohon penjelasannya. Terima kasih pak ustadz
      Wassalamualaikum wr. wb

      1. 1. jatuh cerainya jika diniatkan cerai ketika itu.
        2. tidak jatuh cerai
        3. tidak jatuh cerai

        sebaiknya kasus saudara ini diadukan kepada kadi supaya perbiacaraan dapat dilakukan untuk menentukan kesahihan lafaz. WA

    2. lafaz taklik ke, lafaz cerai ke, dua2 tu memang lafaz cerai.. cuma lafaz taklik itu tergantung dengan sesuatu yg disyaratkan.. dalam kes saudara ni, memang dah jatuh cerai dah isteri tu.. dan bila saudara dah rujuk, maka saudara dan isteri telah kembali dalam hubungan nikah.. apa yg perlu saudara buat adalah memfailkan pengesahan lafaz talak dan rujuk di mahkamah.. tak perlu takut mahkamah menyebelahi mana2 pihak sekalipun sebab saudara dah pun melafazkan rujuk.. cerita terus terang dalam mahkamah.

      kalau isteri dah memang tak nak dah kat saudara, apa lagi yg saudara dapat katakan.. lepaskan saja la cara baik.. jangan kusut2kan fikiran..

  43. salam ustaZ
    saya ad bertengkar dgn isteri dan sya menyatakn jika awak bercerita pada org lain ttg masalh kita sya cerai awak dgn talak satu.isteri sya tidak memahami maksud masalah kerana bginy umum.

  44. asalmulaikum ustaz saya ada solaaan saya diminta olih isteri saya untuk menuis surat talak tetapi saya tidak ada niat langsung dan rasa tertipu selepas surat yang saya buat itu saya tidak membaca nya dan saya terus menangis di hadapan isteri saya tanpa rela dan tidak ada niat sedikit pun dan yang menyedikan kan lagi ayah2 tersbut datang nya dari isteri saya dan saya menulis nya dan tidak tahu akan menyusun kata2 talak tersebut di dlm kertas yang sediakan olih isteri sayaada kah jatuh talah harap dapat di jawap ustaz

  45. askm ustaz..saya dan isteri telah di sahkan bercerai talak 1 ( talak ra”jie ) oleh mahkamah rendah syariah sik pada 6hb 5 2013..ia berkaitan taklik yg saya lafazkan pada isteri sy pada 25hb 8 2011..dan surat perceraian pun telah di keluarkan..masaalah saya sekarang ini..isteri saya enggan membuat pengesahan lafaz rujuk kerana selepas taklik terjadi saya telah melafaz rujuk kpdnya dalam tempoh edah ( belum habis edah pertama ) di saksikan oleh ibu saya..saya pasti lafaz rujuk saya itu sah..sekarang ini isteri saya beranggapan yg kami telah sah bercerai padahal saya telah rujuk kepadanya..apa yg harus sy lakukan dan apa tindakkan yg patut sy ambil..bagaimana pandangan mahkamah dlm hal ini..?

    1. failkan permohonan pengesahan lafaz rujuk di mahkamah.. kebiasaannya mahkamah akan menerima pakai pengakuan pihak suami, sbb hak talak dan hak rujuk adalah milik suami dan tak memerlukan persetujuan isteri.

  46. As-salam Ustaz Love,

    Saya ingin mendapatkan kepastian, saya dan suami sering bertengkar & ada ketikanya saya seperti sudah tidak mampu lagi bertahan dan meminta suami agar menceraikan saya tetapi suami enggan. Suatu hari ketika kami tidak bergaduh suami ada menyatakan “kalau abg nak, lame dah abang ceraikan awk” Keesokan harinya saya ada bertanyakan mengenai perkara itu tetapi suami mengatakan dia tidak berniat menceraikan saya ketika kata-kata itu dilafazkan. Adakah sudah jatuh talak ke atas saya?

  47. As salam ustaz love..sy ada bbr kemusykilan mengenai lafaz takliq ni..
    Sy dan suami pernah bergaduh n dia menyuruh sy pegi mahkamah buat tuntutan sblm jumaat ni kalau tidak akan jatuh talak 3…so pd hr tersebut sy telah berjumpa kaunselor n dia advice sy ke mahkamah utk buat tuntutan tersebut..so the next day iaitu khamis sy ke mahkamah utk buat tuntutan pengesahan lafaz..maka sy dah buat n x jatuh talak 3 ke atas sy.. mengikut prosiding sy dan suami kena hadir di mahkamah utk tentukan lafaz tersebut di hadapan hakim..mslhnya suami sy x mau hadir ke prosiding tersebut dan dia suruh sy taril balik pengesahan tersebut kalau x kami akan bercerai…bleh x ustaz tlg sy dgn mslh ini, sy buntu n tersepit ant permasalahn ini

    1. Cadangan Ustaz Love, tak payah tarik balik permohonan pengesahan lafaz tu.. kena ajar sket lelaki macam ni.. sesuka hati dia nak gunakan talak sebagai senjata nak menyusahkan isterinya.. seandainya puan menarik balik permohonan itu, adakah puan yakin beliau takkan gunakan lagi senjata talak tu untuk menyusahkan puan? Kalau ikutkan, tak payah buat pengesahan lafaz pun takpe, cuma sebagai langkah berjaga2 dalam memastikan kita tak tersalah dalam penilaian. Sebab itu ada perlukan perbicaraan dan keputusan daripada hakim.

      Apa pun, terpulang pada puan.. sebaiknya puan buat istikharah..

  48. assalammualaikum ustaz,saya dah lafas cerai ,bagaimana saya nak rujuk kembali selain dari saya ke jawi.bolehkah melalui sumber lain

    1. rujuk boleh dilakukan serta merta kepada isteri, tak perlu ke jawi pun.. cuma, untuk memudahkan prosedur, sebaiknya tuan kena buat permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah syariah.

      WA

  49. sya telah memfailkan pengesahan lafaz rujuk di mahkamah rendah syariah kkb dan sebutan kes adalah pada 28/5/13 tetapi isteri saya tidak hadir..dalam tuntutan pengesahan lafaz rujuk saya menyatakan cara saya melafaz rujuk adalah seperti berikut..”saya berselawat ( di dalam hati ) dan menyebut nama isteri saya lalu melafaz aku rujuk kamu menjadi isteri ku” selepas itu kami bersalaman dan isteri mencium tangan saya..pada pandangan ustaz adakah cara lafaz rujuk sya itu sah.? perbicaraan ini di tunda pada 8/7/13..dan soalan sya seterusnya.. sehingga sekarang sya tidak tahu di mana isteri sya berada ( cuma bapanya yg tahu ) sya amat rindukan anak2 sya..sekiranya tahu di mana mereka berada bolehkah sya mendapatkn ank2 sya ..? sya pasti akan terjadi pertengkaran tpi sya sebagai bapa dan suami sya pasti yg sya berhak…sya juga pasti bahawa lafaz rujuk sya itu sah mengikut hukum syarak dan seandainya isteri enggan mengikut sya pulang ke rumah sya akan failkan permohonana nusyuz ketasnya…terimakasih ustaz

  50. Assalammualaikum Ustaz,

    Saya mempunyai sedikit kemusykilan. Adakah jatuh hukum talaq sekiranya si suami katakan “Kalau awak nak saya lepaskan, saya lepakan”si isteri tidak mejawab selepas berlaku pertengkaran kecil namun tiada sebarang niat pun.

  51. Salam ustaz…adik saya melafazkan taklik kepada isterinya melalui sms kepada isteri dengan ayat…”kalau awk tak duduk serumah dengan saya lepas 1 jun 2013 jatuh talak 3″.. Pada 27 mei dia menceraikan isterinya dengan talak 1. Pada 1 jun isterinya tidak duduk serumah dengannya…adakah berlaku talak 3?

    1. jika dia maksudkan “lepas 1 jun 2013″ itu maksudnya “bermula 1 jun 2013 dan seterusnya”, maka jatuh talak 3. Sebaiknya, failkan permohonan lafaz cerai di mahkamah untuk pengesahan..

      WA

      1. Asalamualaikum Ustaz,

        Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang masalah dan situasi yang saya hadapi.
        Baru-baru ini saya dan isteri ada bertangkar.dalam pertengkaran ini saya ada menyebut
        “Mulai Hari ini Abg bukan Suami syg” sedangkan saya tiada niat untuk berpisah dengan isteri saya.
        saya harap ustaz dapat memberi pandangan dan huraian tentang perkara ini.adakah jatuh talak ustaz?
        Pandangan ustaz amat saya hargai

        Terima kasih

  52. As salamualaikum Ustaz,

    Apakah terjadinya cerai taklik dgn berkata “Kalau abang buat lagi macam malam tu (tinggikan suara pada anak), abang ceraikan sayang”.

    Terima kasih sangat Ustaz.

    1. Pada pandangan Ustaz Love, itu bukan lafaz taklik sekalipun ada “kalau”.. jika lafaznya berbunyi, “Kalau abang buat lagi macam malam tu, jatuhlah talak ke atas sayang / tercerailah sayang”, maka ini adalah lafaz taklik.

      WA

  53. Salam Ustaz..saya ada 2 soalan :

    1.saya bertengkar dgn suami dan sbbkan dia
    terlalu marah dia telah berkata “kalau u cakap
    sepatah lg I ceraikan u dgn talak 1″. Ketika itu
    saya hanya berdiam tetapi dlm perjalanan
    saya untuk keluar dr bilik tidur tanpa disedari
    saya ada berckp sesuatu (suami terdengar).
    persoalan saya adakah jatuh talak?

    2. Jika sudah jatuh talak dan kemudian
    suami rujuk semula..adakah suami atau isteri
    masih terikat dgn taklik yg dibuat sebelum
    bercerai atau adakah taklik tersebut sudah
    gugur sbb sebelum ini suami ada buat taklik
    jika saya bercakap dgn bekas kekasihnya lagi maka jatuh talak 1..adakah saya masih terikat dgn taklik itu selepas suami lafaz rujuk?

    1. 1. Ia bergantung kepada niat suami.. adakah dia maksudkan “u cakap sepatah” tu untuk tempoh masa semasa bertengkar itu saja, ataupun memang dimaksudkan bila2 masa saja yg puan mula bercakap dengannya.

      2. Jika ada 3 taklik dibuat, maka ketiga2nya itu akan jatuh bila dilakukan perkara yg ditaklikkan. Contohnya jika suami lafaz taklik :
      “kalau esok pagi turun hujan, jatuh talak satu atas kamu”
      “kalau kamu bercakap dengan dia, jatuh talak”
      “kalau kamu tak masak hari ni, jatuh talak”

      .. maka, jika berlaku salah satu atau ketiga2 perkara itu, jatuhlah talak.. sekalipun ia berlaku semasa masih dalam edah, atau dah pun rujuk pada talak yg pertama.

      Ustaz Love nasihatkan agar puan suami isteri memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah untuk mengesahkannya.

      WA

  54. baru-baru saya berkahwin, ada juga beberapa kali saya menyuruh suami saya untuk lepaskan saya atau ceraikan saya. Adakah itu diambil kira? Dan bagaimana kah saya ingin tembuskan dosa saya itu?

    1. menyuruh suami supaya menceraikan puan tidak dikira sebagai lafaz taklik / talak, tetapi perbuatan meminta cerai tanpa alasan munasabah itu adalah haram dan berdosa. Puan kena minta ampun daripada suami dan bertaubat serta berazam tidak akan mengulanginya lagi.

  55. A slm sya nak bertanya,tahun lepas suami saya ad bg taklik pd sya.dia menyatakan ‘kalau kau buka dan tengok facebook dia jatuh talak satu’.maksd facebook ‘die’ adalah fb bekas isterinya.pada bulan lepas sya ada meminta kakak saya utk buka facebook org berkenaan dn sya juga melihat facebook org itu ttp tdk secara menyeluruh.persoalan disini org lain yg buka fb berkenaan ttp sya hanya melihatnya.adakah jatuh talak berkenaan?minta jasa baik ustz utk perjelaskan..
    dhia recently posted..Soal Jawab : Bakal Suami Baik Tapi MerokokMy Profile

    1. Ustaz Love tak mampu nak jelaskan.. puan kena dapatkan penjelasan daripada suami puan apakah yg dimaksudkan daripada lafaz takliknya itu.. adakah ia membawa maksud literal iaitu ‘jika saudari sendiri yg buka FB itu’ ataupun ‘jika saudari melihat FB itu, tak kira siapa pun yg buka’.. WA

  56. dan jika suami pernah berkata kepada saya ‘kadang-kala saya rasa saya menyusahkan awak, kadang-kala saya rasa saya lepaskan je lah awak, kasi awak balik pat mak bapak awak..’ adakah itu diambil kira juga?

  57. salam ustaz. kalau suami pernah taklik talak satu ats satu alasan, dan kemudian dia ceraikan sy talak 1 bukan disebabkan taklik tersebut… sebab lain. adakah terbatal taklik yg terdahulunya. dan apakah hukum kalau suami berkata aku takkan sentuh kau lagi.. adakah jatuh talak? terima kasih..harap sudi menjawab

  58. As salam Ustaz, saya ingin bertanya, saya telah mendirikan rumah tangga untuk tempuh 8 tahun ,makin lama saya merasa makin kosong. Sifat suami saya makin ketara suka meninggikan suara dan memanggil saya dengan Pandir atau sebagaimananya, jika saya tersilap sedikit dia akan mula memanggil saya KAU dan AKU. Saya tahu saya bukan isteri yang baik namun saya sendiri tidak mengerti kerana suami saya akan bersikap baik bila dia mahu saya menunaikan tanggugjawab ditempat tidur namun akan dingin selepas itu, satu hari untuk mendapat sms atau panggilan darinya adalah mustahil. pendek kata sekarang jiwa saya sangat kosong. saya tahu dia suami yang baik, saya benar-benar ingin berubah ingin mencari apa yang kurang dalam diri saya mahupun untuk mendalami agama. Namun suami saya kerap menghalang bila saya meminta untuk ke majlis Ilmu, beliau juga memang sukar untuk solat dan selalu memarahi anak-anak dengan panggilan bodoh dan sebagainya jika sedang marah. Saya kerap mengalir airmata kerana saya raso sayo makin tidak dihargai, saya pernah melihat dalam handphone gambarnya berpelukan dengan wanita lain, bila saya bertanya dia selamba menjawab sudah tiada, saya merajuk sehingga 2 minggu tidak bercakap namun dia langsung tidak memujuk. Namun rajuk saya langsung tidak berbekas dihatinya. Saya melakukan solat istikarah solat hajat meminta yang terbaik kerana hati saya makin lama makin pedih, sy pernah mohon untuk dia melepaskan saya kerana saya tahu saya bukan isteri yang baik untuk dia. Saya amat sedih. saya bukan terlalu mementingkan duit tapi bila saya meminta duit darinya dia selalu marah dan ucapannya” Habis duit tu nak habiskan untuk kau jelah” Saya benar-benar tertekan. saya tidak mahu menjadi isteri yang derhaka dengan bersangsi buruk pada suami sendiri tapi hati saya tidak tahu sampai bila boleh bertahan. Saya adalah isteri bukanya dicari bila mahu. Saya meminta hak saya untuk disayangi, bukan untuk didera hati dan perasaan saya. Sekarang yang saya nampak cuma kosong. Sikap suami makin berubah makin bukan seperti yang saya kenal. Namun saya tahu dia adalah yang terbaik. Adakah berdosa jika setiap kali dalam doa saya memohon yang terbaik untuk saya dan rumah tangga saya, saya tidak meminta yang bukan-bukan namun saya mengharapkan kesudahan yang baik. Harap ustaz dapat memberikan pandangan dan nasihat untuk saya.

  59. ustaz,suami sya, pernah berkata, klu u kje pada hari tu, i akan ceraikan u.. kemudian die menarik balik kata – kata itu.. adakah talak sudah jatuh.. bgaimana keadaan sekarang?

  60. Assalamualaikum Ustaz

    Saya dan bekas suami ingin rujuk semula setelah lebih dari 2 tahun berpisah. Kami tiada ikatan dengan sesiapa maknanya beliau tiada isteri dan saya tiada suami. Kami ditemukan Allah S.W.T semula setelah menjalani ujian masing-masing. Kami berhasrat untuk kembali bersama sebagai suami isteri. Ustaz saya ingin kepastikan ADAKAH PROSIDUR NIKAH KAMI SAMA SEPERTI MULA DAHULU. MAKSUDNYA PERGI KRUSUS, UJIAN HIV, DAN LAIN-LAIN. Tolong bantu saya ustaz. Terima kasih.

  61. Slm..sy nk tny..kes sy skrg suami abaikan tggjwb slh satunye slama 7 tahun dia tdk memberi nafkah kpd sy..sy bkerjaya tp gaji sy makin lama mkin kecil n anak ada 3 org..suami sy lnsg tdk membantu dri segi kewangan..umah sewa xbyr,bil2 juga dia abaikan termsk duit utk byr pngasuh..sy dh bg pluang utk dia brubah slama 7 thn..ada masa smp sy terpksa ikat prut..mkin lama hubgn sy ngn suami mkin teruk krn betmbh mslh2 lain serta hlg kepercayaan,kami dah x sehaluan dan sefahaman..memutuskn untuk bercerai..mslhya sekarang suami sy cakap kalau saya yang menuntut akan makan masa yang lama..sekiranya dia yang menuntut dpt singkatkn masa..sekarang ni dia menutut atas sebab saya nusyuz..ada pihak mengatakan sekiranya sy mengaku nusyuz semua hak penjagaan ank n harta sy blh di tuntut oleh suami. saya keliru..tolong bantu saya.

    1. Saya nasihatkan puan buat panggilan ke mahkamah syariah untuk bertanya pasal undang undang syariah ni. Jika perlu barulah pergi berjumpa peguam syariah. Ada peguram bantuan yang percuma tidak perlu bayaran. Cuba cari di mana dalam internet…

  62. salam, saya telah berumah tangga lebih kurang 24 tahun. suami saya tidak bekerja dah hampir 6 tahun atas sebab tidak boleh bekerja dengan orang. selama itulah segala2nya saya yang taggung. akhir2 ini saya telah berjumpat dengan seseorang yang boleh memberi kegemberiaan kepada saya. saya ingin menuntut cerai dari suami saya kerana merasakan dia tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik malahan dia ada menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis..Jika dirujuk kepada lafas taklik ditelah tidak menjalankan tanggung jawabnya..

  63. assalammualaikum ustaz..
    mslh sy,suami prnh lafaz taklik thn lps yg b’bunyi klu sy keluar dr rumah dgn niat tgglkn die jatuh talak..27 mei baru2 ni kami gduh n sy keluar dr rumah dgn niat xnk hdup dgn die lg..soalan sy adakah jatuh talak??lps tu kami tggl b’asingan tp dh bbrp kali kami b’sm..adkh tu dikira sbg rujuk??

  64. Assalamualaikum ustaz.. Mohon penjelasan secepat yg mgkin..
    TAHUN LEPAS kami btengkar teruk dan sy ada ugut suami nak pergi rumah isteri ptama.. Krn tlalu marah, dia cakap ” Kalau u pergi rumah i antara u dgn i dah tak ada apa2″.. Jadi sy tak pergi.. SEMALAM sy pergi rumah dia duduk dlm kete depan gate umah dia sbb tlalu marah dia Off hp seharian jadi sy tgu dia depan umah dia. Dia ckp pd sy “lupa ke apa yg dia ckp tahun lepas” .. Pd ketika itu sy btul2 tak ingat ttg taklik itu.. Sbb baru bulan lepas sy cakap nak pergi rumah dia dgn niat nk jmp isteri ptama dia cakap “pergilah”.. Sebenarnya kami slg menyayangi di antr l sama lain tp bila marah tak pk pnjg.. Sekiranya taklik ini jatuh maka jatuh lah talak ke 3 utk sy.. Skang kami btul2 panik dan kami tak nak bpisah krn kami baru saja dapat anak.. Tolong lah ustaz beri penjelasan.. Tolong lah…

    1. Kalau dia maksudkan kata2 “lupa ke apa yg dia ckp tahun lepas”, itu memberi maksud jelas taklik yg dilafazkan tahun lepas masih valid dan bukanlah dia bermaksud taklik itu hanya untuk waktu itu saja (waktu kejadian). Dan jika dia berniat bahawa lafaz “kita dah tak ada apa2 hubungan” itu sebagai lafaz cerai, pada pandangan Ustaz Love, talak yg ditaklikkan itu telah jatuh.

      Sebaiknya puan suami isteri failkan permohonan pengesahan lafaz cerai ini di mahkamah untuk menentukan kesahihan perceraian tersebut. Biar hakim syarie yg memutuskannya setelah mendengar penjelasan kedua pihak.

  65. Mohon penjelasan lagi ustaz..
    Dia sering lafazkan, sekiranya dia ceraikan sy secara tidak langsung isteri pertama jgak dia ceraikan dan kalo dia ceraikan isteri ptama sy juga dia akan ceraikan. Jadi dlm soal ini adakah talak jatuh juga pada isteri pertama?

    1. Kata2 beliau itu ada banyak kemungkinan.. boleh jadi ia taklik, boleh jadi ia cuma cadangan (dengan mengatakan AKAN menceraikan). Sebaiknya perkara ini juga diceritakan kpd hakim semasa perbicaraan nanti.

  66. Maaf ustaz… Skali lg sy btanya.. Dalam situasi sy semalam, sy betul2 lupa Akan taklik yg pernah di ucapkan pd tahun lepas. Sekiranya sy ingat pasti sy tidak Akan pergi ke Rumah dia.. Adakah taklik itu sah Walhal sy btul2 lupa? Hnya suami yg ingat taklik itu dan sy btul2 tak ingat. Dan sy baru btanya pd Suami, dia kata masa dia lafazkan tu dia tidak terfikir pun selamanya sy tidak blh ke Rumah dia.. Ianya hny bsifat sementara.. Dan Suami bkata begitu hny utk mengugut dan mngelakkan sy pergi ke Rumah dia utk tidak mngeruhkn keadaan. Mohon pjelasan skali lg..

    1. Sama ada isteri itu lupa ke, sengaja lupa ke, tak sengaja ke, jika beliau melanggar taklik, maka talak tetap jatuh.

      Berkenaan penjelasan suami itu, Ustaz Love secara peribadi tak nampak mcm beliau saja nak ugut, sbb beliau mengingatkan taklik yg dilafazkan tahun lepas.

      Ustaz Love faham situasi cemas yg dialami oleh puan suami isteri. Sebaiknya puan cepat2 failkan permohonan lafaz cerai di mahkamah untuk mendapatkan jawapan yg lebih jelas sama ada puan suami isteri sudah dikira bercerai atau masih lagi suami isteri.

  67. salam.ustaz love..baru ni sy gaduh dgn isteri dan ada bagitau dekat isteri sy,,aku rase nak cerai mu..jatuh x?

  68. Salam ustaz,
    hari raya 3 hari yang lepas, saya ade tersebut, dengan tidak sengaja, yang saya “belum berkahwin” lagi agar saya boleh memperolehi duit raya. (semua nya jenaka). dan dalam hati tiba2 tersedar dan ragu2. adakah jatuh hukum talak?

  69. Assalamualaikum Ustaz Saya Saya nak tanya Ustaz Suami Saya Ada Lafaz Taklik dgn saya Suami saya kata Kalaw Dia bercinta Degan Perempuan Yang saya kenal tu Maka Jatuh talak Satu atas diri saya Saya nak tanya Ustaz seandainya suami saya X bercinta degan perempuan tuh tapi suami saya Ambek perempuan tu jadi perempuan simpanan Saya Nak tanya ustaz Taklik yang suami saya lafaz pada saya Boleh jatuh ke tidak…

  70. Asalamualaikum ustaz, sye nk tanya ustaz kalau suami ckp ‘ kalau aku kena buang kje kite cerai’ adakah sah cerai tpi sekarang dia tak dibuang kje ..

    1. Assalamualaikum…ustaz,

      Sy bru sudah bernikah hampir 2 tahun…bakal menimang cahaya mata kedua tahun nie…. sy isteri kedua.. dalam rumah tangga kami sering saja berlaku pertengkaran dengan suami saya semenjak isteri pertama tau tentang pernikahan kami…. hubungan saya dengan suami selalu dikongkong..suaami kdng2 blik kadng2 x … blik pun sekadar memnuhi tuntutan batin… nafkah zahir kadang2 ada kdng tiada… setiap kali bergaduh perkara yng kecil pun suami sering mengugut sy dengan talak…baru2 nie berlaku pertengkaran antra kami sehinggakan suami hantar sms kepada sy…jika sy dtng ke tempat kerjanya akan jatuh talak tanpa izin dia terlebih dahulu…. bagaimana skiranya suatu hari sy pergi ketempat tersebut tnpa sy sedari kerana kt situ merupakan kawasan mmebeli belah..adakah jatuh talak… contoh seperti shah alam…apakah bila sy masuk area shah alam tanpa izin dia talak akan jatuh…sbb dia menyatakan begitu…sy harap ustaz dapat membantu saya dlm hal ini..sy betul2 buntu skrng nie sedangkan sy selalu pergi berjumpa kawan2 di sana …
      tolonglah reply kt email sy…sekian wassalam

      1. Assalamualaikum ustaz..

        Ustaz, baru2 nie sy bergaduh dengan suami…sy minta suami dtng ke rumah… tapi suami kata lau pergi ke sana jatuh talak 3 .masa tu suami sedang kerja dan terlalu marah sngt dengan saya…apakah jatuh talak jika suatu hari dia blik ke rumah sy? sy isteri ke -dua. Apa yng harus sy buat utk mengelakkan dr berlakunya jatuh talak sebb skrng nie sy perlukan dia kerana sy tengah sarat mengandung…. sy harap ustaz dpt replay masalah sy kat emai @ pun di ruangan ustaz nie..sy buntu sekarang nie….apakah talak jatuh bila dia dtng area rumah sy @ bila dia masuk ke rumah sy sekarang nie…

        Terima kasih..

  71. Salam ustaz,pd awal perkahwinan,ssy pernah memaksa suami sy menyebut,klau abg hisap rokok,jatuh talak 3,dia sebut klau abg hisap…sy cakap habiskan ayat,jatuh talak..dia cakap…talak brp?sy tanya..3..dia jawab tp x lama slps tu,dia hisap jgk dan sy tanyakn psl lafaz tu dan suami cakap x sah sbb sy Paksa dan dia x niat langsung utk ceraikn sy kerana hisap rokok,sy ingin tahu,adakah jatuh talak 3 itu,n perkara ni 10 thn dulu?apakah taraf 5 org anak sy ini?terima kasih ustaz,tolong balas ye.

  72. Salam ‘alaik Ustaz.
    Sy telah melafazkan ta’liq kpd istri sy “Engkau keluar rumah tanpa izin Aku,aku ceraikan kau”.

    Situasi ini berlaku adalah krn Isteri sy sudah 2x melakukan perbuatan keluar rmh tnpa izin sy ketika hubungan kami tegang.
    Baru2 ni,isteri sy baru shj kematian anak saudaranya.Sy ada bertanyakan kpd beliau,”Nak balik kg x?”,tp x dijawab.
    keesokan paginya,isteri sy bercakap dlm telefon bersama kakaknya bahawa Dia akan pulang ke kg bersama anak saudaranya yg tinggal di KL.Isteri sy terus shj mengemaskan beg dlm keadaan marah dan bersiap mahu pulang ke kg.Pada mulanya sy bersikap tenang.Akan tetapi apabila beliau sudah melawan kata2 sy,sy tidak mengizinkan beliau pergi dengan melafazkan ta’liq sperti di atas..mohon pencerahan ustaz…salam alaik

    1. Jika beliau balik ke kampung juga tanpa izin saudara, jatuhlah talak jika saudara maksudkan “aku ceraikan kau” itu dengan maksud “engkau tercerai ketika itu”. Kalau saudara maksudkan sebagai “aku AKAN ceraikan kau”, talak tak jatuh.

      Sebaiknya saudara sahkan lafaz ni di mahkamah syariah. WA

  73. Salam Ustaz,

    saya kini sedang mengandungkan anak kedua, dan anak pertama masih kecil. suami saya seorang yang tidak boleh dibawa berbincang, dan tidak mendengar nasihat. Namun, terdapat beberapa perkara yang dilakukannya tidak menyenangkan hati saya dan keluarga saya. Contohnya, beliau pergi mendaki gunung bersama rakan2 selama seminggu dan menggabaikan tanggungjawab sebagai suami ketika di rumah. Masalah yang timbul tidaklah begitu besar, namun apabila diajak berbincang dan diberi teguran, beliau akan mengugut dan mengajak untuk bercerai. Saya mohon nasihat ustaz, apakah yang harus saya lakukan kerana setiap kali ditegur akan diajak bercerai. Tujuan saya adalah untuk berbincang untuk kebahagiaan rumahtangga namun, yang berlaku sebaliknya.

  74. ustaz..sy nk mnta pnjelasan.baru2 ni sy tlh bgdh gn suami sy..msg2 tengah dlm perasaan mrah n skt ati..lalu suami sy telah ckp “aku ceraikan ko”..tp dlm keadaan mrah…keesokan nya suami sy m.map..so pe status sy ketika ni…adkh sy perlu ke jbtn agama @ stahu sy ketika isteri dlm iddah suami blh ruju’ isteri itu…plxzzzz..sy perlukan pnjelasan..

    1. Status puan telah tercerai. puan dan suami perlu pergi ke mahkamah syariah untuk failkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk. rujuk perlu dilakukan di mahkamah untuk tujuan rekod.. senang nanti kalau jadi apa2 di kemudian hari.. WA

  75. salam ustaz,..saya dn isteri ada pernah berbual pasal kesetiaan saya,..masa tu mmg saya tidak ada perempuan lain,..sampai satu ketika isteri saya asyik menanyakan kalau ada pernah keluar dgn perempuan lain x,..ada pernah mesej atau berhubung dgn perempuan lain x,..jadi untuk memuaskan hatinya saya telah berkata,..”ok xpa,kalau kata abang curang jatuh talak satu”,..tetapi pada masa tu saya x tahu dan tidak faham macam mana sesuatu talak jatuh yang menyebabkan penceraian,..selepas selang beberapa tahun saya telah 2 kali curang dengan isteri dengan “meliwat”lelaki(pondan) pada kali pertama.,dan “beronani”pada kali kedua,..adakah jatuh talak saya itu,..tetapi pada masa saya mengucapkan talak tu niat saya jika saya curang pada wanita,..saya sekarang sudah betul2 insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan bodoh ini lg,…tolong bantu ustaz,..
    KELIRU recently posted..Soal Jawab : Ibu Kurang Ajar Dengan AyahMy Profile

    1. Jika ketika melafazkan taklik itu saudara memahami maksud ‘curang’ itu dengan berzina dengan wanita, maka tak jatuh talak jika saudara meliwat lelaki.. onani juga tak dikategorikan sbg curang sbb ia perbuatan sendirian berhad.

      WA

  76. assalamualaikum ustaz..suami sya berpoligami..sya isteri kedua..suami saya pernah berkata “jika dia menceraikn isteri pertama,maka sya pn akan di ceraikan dan jka dia menceraikn sya mka isteri prtma pun akn dia ceraikn”mohon pnjelasan ustz apakah lafaz diatas adalah lafaz takhlik?

    1. Pada pandangan Ustaz Love, itu bukan lafaz taklik, sebaliknya lafaz janji nak menceraikan.. Kalau dia cakap “jika saya menceraikan isteri pertama, maka awak pun tercerai sekali”, maka ketika itu barulah dikira lafaz taklik. WA

  77. assalamualaikum ya ustaz.

    saya ada kemuyskilan,mohonberi penjelasan yg secerahnya pada sy yg jahil ini.

    Kes saya begini, sy ada teman wanita@GF. pada suatu hari isteri sy bertembung dgn tmn wanita@GF sy itu. tiada berlaku pertengkaran. cuma sy jelaskan pada teman wanita sy@GF , “perempuan (isteri saya )” yg bertembung dgn nya tadi kononnya “teman wanita” sy juga.

    Utk tenteramkan hati GF sy tu , sy katakan padanya sy dah tak nak kat perempuan tu.

    Adakah kata-kata sy itu boleh menjadi satu talak pada isteri saya walaupun sy tiada niat cerai krn masa saya cakap tu , sy anggap mcm seorang kekasih yg tak nak pada pasangannya lagi?

    Kes , kedua pula , sy bergaduh dgn isteri saya td. Krn kurang sabar , sy telah menceraikan isteri sy. Setelah 30 minit , keadaan kembali tenang. Isteri sy memujuk dan kami berbaik.Dalam pujukkan itu , kami tidak pun menyebut “marilah berbaik” atau “kita rujuk”.Tetapi dua-dua pihak telah berkata bahawa berbaik itu bukan tujuan utk kami rujuk , cuma utk sejukkan keadaan shj.

    Dalam masa itu juga , kami berkelakuan intim(ringan-ringan@oral sex) tapi tidak hingga bersetubuh krn kami anggap bersetubuh itu rujuk.Semasa hubungan intim itu juga sy dan isteri sy masih menafikan kami masih belum mahu rujuk dan kami berdua masih menganggap masih dlm keadaan bercerai.

    Selepas kejadian itu , sy pulang ke rumah ibu sy. Sy beritahu adik sy yg sy telah berpisah dgn isteri sy.

    Sehari kemudian , sy bertemu kembali dgn isteri sy dan sy mengikuti beliau pulang ke rumah kami. Sekarang kami masih tinggal sebumbung dan masih melakukan “ringan-ringan@oral sex” dan tidak bersetubuh.

    Pernah juga sy berkata ,” sy dah bukan suami awak lagi , kita kan dah berpisah”, semasa kami tinggal bersama.

    Sehingga kini juga kami berdua masih lagi menganggap dlm keadaan bercerai. Isteri sy juga masih tidak mahu rujuk , cuma dia intim dgn sy krn layan perasaan shja.

    Soalan sy utk kes kedua:
    1) Adakah perbuatan “ringan-ringan” dgn isteri sy tu juga dikira rujuk walaupun dua-dua pihak tidak berniat dan tidak rela?

    2) Jika perbuatan itu sudah dikira rujuk , adakah jatuh kembali talaknya kpd isteri sy krn sy memberi tahu adik sy yg sy telah berpisah dgn isteri sy?

    3)Jika tidak jatuh talak krn memberi tahu adik sy yg sy telah berpisah, adakah kembali jatuh talak krn sy berkata ” sy bkn lagi suami awak , kita dh berpisah” semasa kami masih tinggal bersama itu?

    TOLONGLAH USTAZ , HATI SY CUKUP SERABUT. SAYA MALU NAK CERITA DI PEJABAT AGAMA SAMPAI MCM NI SEKALI. JAHILNYA SAYA. TOLONGLAH SAYA DEMI ALLAH.

    1. kes pertama :

      Itu bukan lafaz talak secara kinayah (sindiran) sbb saudara sendiri memahami maksud kenyataan itu dan tujuan kenyataan itu dikeluarkan.

      kes kedua :

      1) dalam mazhab syafie, rujuk itu mesti melalui lafaz dan bukan perbuatan semata2. Jadi perbuatan ringan2 sama ada dgn rela atau tak, bukan penentu kepada rujuk.

      2) pemberitahuan atau penceritaan itu bukan mengulang lafaz talak. jadi, tak jatuh talak yg baru. Jika dilafazkan talak yg baru, walaupun semasa iddah, jatuh talaknya.

      3) itu juga sebagai pemberitahuan dan penceritaan, dan bukannya suatu lafaz talak yg baru.

      Sebaiknya saudara memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah syariah. Jangan malu untuk mendapatkan kebenaran sbb kalau betul kita malu jahil, kita pi belajar agama dgn ustaz di masjid. Kenyataan Ustaz Love di sini tak boleh dijadikan hujjah memandangkan penerangan bertulis kadang2 mengelirukan berbanding berbincang secara berdepan.

      WA

  78. Asalamualaikum ustaz, sy ingin btanya mgenai takliq yg di mn suami sy yg terikat pd takliq yg di lafaznya. Suami ay mengenakan dua takliq pd sy.takliq pertama,dia akn mceraikan sy dgn talak 3 klw sy bkerja d tempat yg sy nak sgt bkerja.cuma suami x stuju sbb smpi jam 7 mlm. Jd sy pun batalkan niat nk keja.Takliq kedua dia kata “klu sy buat begini2, jatuhlah talak satu pd kmu” semalam dia tlh melanggar takliq yg di buatnya sndiri.maknanya sy telah sah di talak dgn talak 1 ..apa kah talak 3 yg sy sebut d atas td akan jatuh pd sy jika sy bkerja d tempat yg sy mksdkn td ketika sy masih dlm tempoh iddah. Utk pgetahuan ustaz,sy msh blum rujuk dgn suami. Dan jika sy sdah rujuk dgn suami ttp msh bkerja adakah talak msh d guna pakai.trma ksh.

    1. taklik boleh jatuh walaupun dalam tempoh edah. sebaiknya puan dan suami failkan pengesahan lafaz taklik dan rujuk di mahkamah syariah. WA

  79. Ya Allah.sy tlah mlakukan ksilapan besar krn sy bru bkerja ari ni ustaz.sy juga x ingin bpisah dgn suami.skiranya suami cuma buat ugutan talak tiga tu tetap sah juga ke ustaz. N mcmn cara kmi nk rujuk smula..

  80. Dan satu lg ustaz,sy td kerja hanya sejam lbh tanpa gaji,sy cuma praktik td sblum bmula bsok.setelah nmpk balasan dr ustaz,sy lgsung brenti.adakah sy di kira jatuh talak tiga juga…mohon reply ya ustaz…

    1. Ustaz Love cadangkan puan dapatkan nasihat drp mahkamah syariah sebab susah nak pastikan melalui keterangan bertulis ni. Apa yang Ustaz Love nampak, lafaz taklik yg suami puan lafazkan itu jelas telah jatuh bila puan melanggar taklik dgn bekerja di tempat tersebut. WA

    2. Maaf.. Ustaz Love terlepas pandang. Perkataan suami puan “akan menceraikan dgn talak 3″ itu bagaimana? Puan kena bertanya kembali kepada suami adakah suami memaksudkan akan menceraikan atau tercerai sebaik saja puan bekerja. Sebaiknya puan dan suami selesaikan isu ini di mahkamah syariah.

      WA

  81. Assalamualaikum..ustaz..saya ada keraguan..berlaku pertengkaran antara saya dan suami..suami saya seorg yg panas baran.. Pada pertengkaran yg lepas2 suami ada memuk saya..saya katakan yg sy x tahan lagi d pukul..dia berjanji dan mengatakan sekali lg kalo tangannya menyakiti saya ‘kita habis’ ..saya sgt musykil ustaz..adakah jatuh talak ke atas diri saya kerana suami masih memukul saya..saya juga bimbang apakah hukum nya jika kami masih serumah jika talak sudah terjatuh? Mohon pencerahan uztaz..

    1. Puan kena tanyakan pada suami itu, apa yg dimaksudkan dengan perkataan “habis” tu? Kalau dimaksudkan dengan “telah tercerai”, maka jatuhlah talak. Sbb lafaz itu kinayah (sindiran) yang memerlukan penjelasan drp suami.

      WA

  82. assalam ustaz,saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekiranya suami mengatakan menyuruh isterinya mencari lelaki lain,sebelum tu berlaku pertengkaran mengenai cuti dan isteri mula mengatakan orang lain boleh je senang je untuk mendapat cuti kenapa dia tak boleh.suami ingat isteri membandingkannya dengan orang lain padahal bermaksud menyedarkannya untuk luangkan sedikit masa dengan mengambil cuti.setiap kali untuk isteri memintanya bercuti setiap kali tu la berlaku pergaduhan dan setiap kali tu jugalah isteri makan hati dengan suami, seolah-olah kerja sahaja difikiran suami

      1. ustaz saya nk tnya,saya melahirkan seorg bayi pd ogos lepas sekarang usia bayi 4 bln dah,semasa usia bayi 14hari saya dan suami balik ke kg saya untuk berpantang,dlm bln 10 kami bergaduh dan suami lafazkan ,pas ni xpyh balik rmh lagi duduk jer dgn mak awak.lepas tu dia xpernah hubungi kami dua beranak,nafkah zahir pun sengaja di lambat2 kan setiap bulan dan jumlah sedikit sedangkan dia seorg pegawai kerajaan berpangkat tinggi.apa kah saya layak untuk tuntut apa2 perceraian,sbb memang saya rasa tiada persefahaman sudah dlm hubungan kami.apa saya tidak layak menuntut eddah atau apa2.mohon penjelasan dr ustaz.

        1. sebaiknya puan adukan perkara ini di pejabat agama dan hadiri kaunseling perkahwinan. InsyaAllah, pegawai tersebut akan menerangkan apa yang puan ingin tahu berdasarkan situasi yang berlaku dalam perkahwinan puan.

          WA

  83. Salam ustaz.. suami baru cerai talak 1 dengan saya 1 december lalu diluar mahkamah semasa saya mengandung 8 bulan. Setahu saya iddah habis selepas melahirkan anak dan dia tidak boleh rujuk balik. Dia mahukan penyelesaian tentang perceraian didalam mahkamah selepas saya melahirkan anak. Soalan saya, apa berlaku pada status saya dan suami jika saya tidak mahu ke mahkamah untuk failkan perceraian, kerana cerai ini adalah kehendak suami, tetapi saya tidak mahu. Dan jika dia berkahwin lagi, adakah isteri dia akan datang mendapat status isteri kedua, kerana tiada rekod tentang perceraian kami di mahkamah? Terima kasih.

    1. talak itu adalah hak suami.. macam tu jugak dgn rujuk.. isteri tak berkuasa nak menghalang talak sekiranya suami telah melafazkan talak. Apabila suami memfailkan pengesahan perceraian di mahkamah, mahkamah boleh membuat keputusan walaupun tanpa kehadiran pihak isteri. Kalau kes perceraian tak didaftarkan di mahkamah, perceraian tetap telah berlaku. Sebaiknya puan bekerjasama dgn suami untuk memudahkan lagi urusan dokumentasi dan tuntutan selepas perceraian.

      WA

  84. Salam ustaz..adakah ianya adalah lafaz taklik jika suami tiba2 menyanyi “kalau aku kaya..bini pun aku tuka” di hadapan isterinya? adakah boleh jatuh talak sekiranya pada suatu hari nanti suami itu menjadi kaya?

    1. tak jatuh talak dgn lafaz macam tu.. bini bukan pakaian yg boleh tukar2 macam tu je.. suami tu mungkin nak melawak je..

  85. Assalamualaikum ustaz

    Saya berkahwin dengan suami dan dikurniakan dua orang anak. Masalah saya ialah suami saya cuba berkomunikasi semula dengan skandal lama (pelajar sekolahnya sendiri) untuk memulakan perbualan. Saya mengetahui hal ini selepas memeriksa hp dia. Semasa bergaduh, dia mengeluarkan kenyataan di sms berbunyi ” Kalau kita tiada anak lagi, dah lama abang ceraikan ayang”
    Adakah kenyataan ini sah ustaz? tolong bantu saya.
    Terima kasih.

  86. Ustaz,suami saya mengalami stress@gangguan emosi neurotik.dlu gangguan emosi ni blaku waktu dia stress kerja,dia xblh pergi kerja smpai rasa nk bunuh diri kerana stress dgn kerja tu.tp tu smua berakhir lps dia tukar tmpat kerja keluar negara.skrg dia skali lg dia mengalami gangguan emosi tersebut tetapi diluahkan ke saya.dia tiba2 mjadi benci kpd saya krn waktu dia stress ni saya tidak mendampingi dia dluar negara.waktu saya melawat dia kesana,perasaan benci ke saya diluahkan dgn mgatakan xblh tgk muka saya dan nk bcerai dgn saya dlm keadaan tangan badan ketar2.stelah saya kembali ke tanah air,stp hari dia telefon saya dan marah2 ungit hal2 lama sepanjang 5thn kami kahwin dan mgatakan kebencian kpd saya dan mengatakan lebih baik mati dari hidup sama saya.ada kalanya saya on handphone dan membiarkan dia marah2 sndri sehingga penat.dia tidak boleh melihat gambar saya dan anak kerana kebencianny kepada saya dan mengatakan tangannya ketar setiap kali mdapat sms dr saya.apa yg mengejutkan saya,dia memberitahu ibunya dia telah menceraikan saya semasa telefon sedangkan saya tidak mendengarnya.adakah sah talak dr seorg yg sdg stress gangguan begitu?dan sahkah talaknya sekirany dia memberitahu org lain bahawa dia telah menjatuhkan talak ke ats saya sedangkan saya tidak mendengarnya?

    1. jika dia melafazkan talak dalam keadaan tak sedar, maka tidak jatuh talak. Jika dalam keadaan sedar, jatuh talaknya sekalipun talak itu tidak dilafazkan di hadapan isteri. Sebaiknya puan failkan pengesahan lafaz cerai ini di mahkamah syariah supaya puan dapat keputusan yg lebih jelas dalam kes ni.

  87. Salam ustaz….
    Sy tlh 6 thn brkwin. Baru2 ni sy dpt tahu yg rupa2nya sy isteri no2. Dia sorokkn drp pengetahuan sy sbb tahu sy xkn kawen dgn dia. Tp bila hal ni terbongkar, sy telah menyuruh dia memilih smda sy @ bini prtma dia. Dan suami mngatakn dia smmgnya xpnh mncintai isteri prtma krn prkwinan mereka dtentukan oleh org tua. Dia mmg brniat menceraikn isteri prtma apabila rmh yg dia bina utk kemudahan ank2 mereka sdh siap ( dlm pembinaan ).. Katanya dia xnk khlgn saya n mnta bg dia ms shgga rmh itu siap utk anak2 dia dan akn melafazkn cerai kpd steri prtama.Sy memberi dia peluang kedua dgn meyuruh dia bertaklik bhwa jka slps ini dia dlm keadaan sedar telah bersetubuh dgn isteri prtamanya, maka akan jatuh talak kpda kedua2 isteri dia. Itu sbg jaminan krna sy xkn terima dia lg jka slps ini dia tlh brsetubuh dgn perempuan itu.. Soalan sy
    1) adakah lafaz taklik ini sah hanya suami n sy yg tahu. Isteri prtma blm tahu apa2 pon psl sy & taklik ini.
    2) adakah jika suami telah brsetubuh dgn isteri prtamanya itu, akan jatuh talak kpd kami brdua spt yg suami taklikkan itu.
    3) suami jg brkata, sekiranya talak telah jatuh dia xkn beritahu isteri prtma shgga rmh mereka siap krna xmahu menimbulkan mslh atra dua keluarga. Jdi, adakah akan jatuh talak kpd isteri prtma itu mengikut taklik suami ataupun hanya sah brcerai bila suami lafazkn talak nti apbl rumah sdh siap sprt yg suami niatkn..
    4) lafaz taklik sdh tdk blh ditarik blk kan uztaz?

    Sy akn sgt2 brterima ksh jka uztaz blh mnjelaskn keadaan sy ini..

  88. Salam ustaz.. semasa kami bergaduh… sy paksa suami bersumpah dpn alquran utk ceraikan sy jika dia mengmbil dadah lagi.. suami sy berkata… jika itu yg boleh buat u maafkan I ok la.. I sumpah kalau I hisap dadah lagi.. u boleh tinggalkn I.. tapi jgn tingglkn dia sekarang. Suami sy br lepas accident dan 3kali dibedah. Dia juga ada masalah mental yg perlu mkn ubat setiap hari. Dia terpaksa melafazkan memandangkn keadaan dia yg uzur.. dan sy nekad hendk keluar rumah ketika itu.

    1. jika beliau maksudkan dgn kenyataan itu kalau beliau hisap dadah lagi, maka tercerailah puan, maka jadilah kenyataan itu sebagai lafaz taklik.

      WA

  89. Salam… suami pernah menceraikan sy dgn taklik. Bl kami rujuk pej agama mmg sudah jatuh talak 1. Masalahnya, suami tidak mahu laporkan ke mahkamah syariah berkenaan hal ini. Dan die telah rujuk smula tidak lama selepas itu. Rujuk itu juga tidak dibuat di depan mahkamah. Dan sekarang sy mahu bercerai dgn suami kerana die mengulangi perbuatan lama iaitu terlibat dgn dadah, perempuan & mencederakan sy. Apakah patut sy buat krn kes yg dulu blum dilaporkan di mahkamah.

    1. Puan failkan sekali permohonan cerai (fasakh / khulu’) dengan permohonan pengesahan perceraian dan rujuk yg terdahulu di mahkamah syariah.

  90. Assalamualaikum..Sy ingin bertanya satu soalan..Pada 31/8/12 suami telah melafazkan cerai kepada sy..Sy telah pun melaporkan hal ini kpd pejabat agama dan mereka memberi sy satu tarikh yg lebih kurang sebulan untuk sy dan suami pergi ke mahkamah untuk pgesahan lafaz cerai tersebut..Jd sblm smp tarikh ke mahkamah tersebut suami ada merujuk sy kembali tetapi sy tidak menjawab sama ada sy mahu rujuk semula dgn nya..Selepas itu ada terjadi perhubungan intim antara sy dan suami..Semasa smp tarikh ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai suami tidak memberitahu kpd hakim yg dia ada nerujuk sy semula selepas dr lafaz cerai tersebut..Hakim di mahkamah telah putuskan yg lafaz cerai suami itu adalah sah maka tertalak lah sy dgn talak satu..Tetapi lafaz rujuk tidak diberitahu suami..Sy telah melalui edah sehingga 3 bulan..Apabila cukup 3 bln sy telah mndapat surat cerai dr imam yg nikah kn sy..apabila msk bln ke 4 sy telah dilamar dan bertunang dgn org lain..Apabila bekassuami sy dpt tahu dia telah dtg ke pejabat agama dan memberitahu yg dia pernah merujuk sy sblm ini..Sy langsung tidak tahu yg dia dtg je sini membuat pengesahan lafaz rujuk yg sblm ini telah di lafaz..Sy telah di beritahu yg sy telah sah dirujuk suami semula oleh pjbat agama tersebut..Tetapi mencurigai cara suami melafaz rujuk tersebut..Setelah lama di lafaz baru di buat pengesahan..Suami melafaz rujuk antara sengkang masa sy dan suami tidak mengetahui status lafaz cerai suami..Adakah sah lafaz rujuk tersebut..Sy benar2 keliru..

    1. Sah lafaz rujuk suami itu.. kerana rujuk itu hak suami dan tak perlukan jawapan drp isteri. Walaupun secara teknikalnya dia tak bagitau pasal rujuk itu di mahkamah, namun dari sudut syarak rujuk itu adalah sah dan haram bagi puan untuk menikahi lelaki lain.

      WA

  91. As salam ustaz. Sy nak tanya beberapa soalan. Semalam saya ada bergaduh dengan suami sy. Kami bertengkar sampai suami sy ada beberapa kali cakap kpd sy, “pergi berambus la kau,keluar lah kau”. Sy ingin hentikan pergaduhan tersebut kemudian sy pura2 ingin keluar,sebelum sempat sy keluar,sy ada terdengar suami sy sebut “kalau kau keluar,kau bukan bini aku”. Sy pon tak jd keluar dan berbaik semula dgn suami. Selepas tu,sy tanya kpd suami bila dia suruh sy berambus td tu,apa niat dia? Suami sy ckp,dia tak berniat pon nak bercerai, sekarang sy musykil,bagaimana status talak taklik yg dilafaz tu? Sy tanya suami,abis esok sy nak keluar mcmana? Suami sy ckp,bukan esok,td je. Mcm mana ni ustaz? Sy was was sakit sampai takut nak keluar.. sy sampai suruh suami sumpah pegang alquran. Sy buntu ustaz. Sampaikan suami ajak keluar td pon sy tak nak keluar. Tolong ustaz balas segera. Sy dah rasa mcm nk gila. Tolong la ustaz. Tolongla balas

    1. Lafaz taklik yang tak jelas biasanya bergantung kepada niat suami itu sendiri. Jika itu seperti apa yg dimaksudkan oleh suami, maka itulah yg kita pegang.

      WA

  92. Jadi ustaz, perkataan “kalau kau keluar,kau bukan bini aku ” ni seumpama kinayah la ustaz yg memerlukan niat sebenar benarnya dr suami? Mcm tu ke ustaz? Mcm mana pula perkataan “kau tak layak jd isteri aku”? Adakah perkataan tersebut kinayah juga? Mohon ustaz jelaskan. Sy sedang cuba untuk buang sifat was was ni ustaz kerana sy tahu bahawa syaitan la yg memdatangkn rasa was2 tu. Mohon ustaz jelaskan.

  93. Salam ustaz, hari ini isteri saya ada menelefon saya dalam keadaan happy dan ayat pertama dia adalah “salam, ini bukan suami saya ke?” maka saya pon respons dan berkata “bukan” sebab kononnye nak “go with the flow” tanpa niat. Adakah jatuh talak saya?

    1. bukan.. lafaz kinayah itu adalah lafaz kebarangkalian. Bukan semua lafaz kita boleh nisbahkan dgn maksud cerai walaupun ada disertai niat.

  94. Askum ustaz..bagaimana kalau seseorang tu,lafaz seorang diri hanya sebaris ayat ni sahaja “jangan kacau@ganggu aku”.ini lafaz kinayah?

  95. salam..ustaz..baru2 ni saya ada pergi kepejabat agama untuk buat sesi kuanseling..surat sampai dirumah…saya berikan kepada suami..tapi dia tak boleh terima. dia marah2. selepas tu di telefon kakak dia katakan dia dngan saya dh tak ada apa…apa pendapat ustaz.

    1. jika dia berniat cerai, maka kenyataan ‘dah tak ada apa’ itu dianggap sebagai lafaz cerai (kinayah)

    2. salam ustaz…baru2 ni suami saya ada berkawan dgn seorang janda…saya suruh dia tinggalkan janda tu…tapi suami saya berkata….kalau abg nak tinggal..abag akan tinggalkan dua2 sekali..dia juga ada berkata..menyesal berkahwin dgn saya…apa pendapat uastaz..adakah talak jatuh keatas saya…?

        1. salam ustaz…
          Baru2 ini saya suruh dia tinggalkan janda tu…tpi dia kata sampai bila2 pun dia tak mau tinggal..suami saya ada berkata kepada sya ` aku dapat lagi terbaik dari ang`..dia juga ada berkata `kalau berpisah dgan ang pun aku tak kecewa…. bagaimana pendapat ustaz…

  96. Salam ustaz..apa hukumnya jika si pelafaz itu tidak mengingati apa yg beliau lafaz sama ada lafaz soreh@kinayah.dlm keadaan was-was beliau tidak yakin samaada lafaz ataupun tidak.minta pandangan ustaz?

  97. Assalamualaikum..saya nak tanya mengenai rujuk..adakah melakukan persetubuhan boleh dijadikan rujuk?

    1. Ada pandangan yg mengatakan bersetubuh itu sudah dianggap rujuk, tapi dalam mazhab Syafie, perlukan lafaz yg jelas untuk dianggap rujuk. WA

  98. Kalau orang tu berfahaman mazhab shafie,tapi mengamalkan wahabi,dikira sah ke rujuk dgn persetubuhan? Dan perlukah niat rujuk semasa bersetubuh?

  99. Salam ustaz,

    Moga ustaz sihat walafiat selalu, saya ada sedikit persoalan. biasalah kalau hidup suami isteri ni, mesti ada je nak berbalah.. kadang2 benda yg remeh temeh pun nak berbalah.. satu hari tengah2 saya termenung terkeluar ayat.. ‘orang perempuan tak ade tak syok gak… maksudnya kalau saya sorang2 xde dengar riuh-rendah isteri jadi xseronok hidup… tibe2 datang le suara2 was-was kata saya dah keluarkan ayat lafaz soreh@sindiran sedangkan saya x niat pun nak cerai…

    suara2 was2 tu selalu dok kacau hati sampai jiwa pon kacau… bagi mengelakkan was2 beberapa saat selepas saya lafazkan (time termenung tu) orang perempuan xde xsyok gak…. maksudnya kalau bini aku balik kampung atau kursus… Saya yakin saya xda niat nak cerai atau apa cuma was-was tu masih lagi menyerang hati…

    Adakah lafaz talak terjadi? Mohon penerangan ustaz..

    Terima kasih

    1. itu bukan lafaz talak.. banyakkan istighfar dan membaca surah an-nas setiap kali diserang dgn penyakit was2 ni..

    1. Pada pandangan Ustaz Love, ia perlukan niat.. berdasarkan hadis “setiap sesuatu itu dikira dengan niat”. WA

  100. satu lagi ustaz..suami saya ada berkata kepada saya…aku tak heran dengan hang…hang nak pi..pi la.. apa pandangan ustaz?

    1. salam ustaz
      Baru2 ini saya bergaduh dengan suami saya. saya suruh dia tinggalkan janda yang dia dok kwan sekarang…dia marah2 kata sampai bila2 pun dia tak mau tinggal..dia berkata kepada saya..`aku dapat yang terbaik dari ang…dia juga ada berkata kepada saya kalau berpisah dengan ang pun aku tak kecewa. apa pandangan ustaz..

  101. Salam ustaz.
    Sy ingin,mendapatkn kepastian.
    1.sy ada masalah,bila sy marah,sy tak dapat mengawal diri.
    2.sy bergaduh dengn isteri(tahap yg kritikal sngt)
    Kemarahan sy pada tahap hilang kawalan diri iaitu pada level 2-3.(bukan marah biasa.)
    Sy ada terbaca dlm hadis yg memberitahu(MEMANG ADA HADIS MEMBERITAHU MENJATUHKN TALAK KETIKA MARAH TIDAK SAH,IA MERUJUK KEPADA MARAH KETERLAUAN SUAMI TERHADAP ISTERI SEHINGGAKAN TIDAK TAHU APE YG DIPERKATAKN?)
    sy mulai cerita
    Sy bergaduh dngn isteri.punca nye ialah,sy tak suka isteri pakai pakaian tu,sy tertekan pilihan pakaian yg isteri pilih sy tak berkenan.
    Kemudian berlaku pertelingkahan.maklumlah gaji sy tak mampu lihat isteri sy pakai pakaian cantik macam org lain.
    Mula mula sy marah biasa.lama kelamaan,kemarahan sy bertukar menjadi agresif dan kertelaluan terhadap isteri lalu memukul berkali kali dan meludah isteri berulang kali
    Kemudian isteri sy tak dapat menahan kesakitan tiba tiba isteri sy meroyan lalu isteri pergi ke dapur ambil pisau hendak tikam sy.
    Bila melihat isteri begitu akibat sy masih memukul berulang kali.sy pegang pisau itu.
    Isteri pn dh macam org tak sedar dngn perbuatannye.
    Melihat isteri ketika itu sy lg bertambah marah,sy tak dapat menahan perasaan marah lalu hilang kawalan hilang pertimbangn diri seolah olah tak kenal isteri sy.lalu sy memukul lg isteri.kami berdua ketika itu bagaikn dirasuk iblis.
    Sedar tak sedar.kemudian isteri bertindak memukul diri sendiri berkali kali dan isteri sy pegang tangan sy dan paksa sy cekik leher isteri.
    Tapi sy tak cekik.isteri berkata(BUNUHLAH AKU BARU PUAS HATI KAU)
    sy marah lg ustaz,walaupun isteri mula diam dan kemudian isteri berkata hendak keluar rumah ke rumah ibu bapa nye.
    Sy ckp(KLO KAU NK KELUAR PERGI RUMAH MAK BAPAK KAUNPERGI DNGN AKU)isteri sy tak nak sebab takut sy mengamuk di rumah ibu bapa nye.lagi pun bapa isteri sy ada masalah kesihatan takut kalau ape2 terjadi nanti.
    Sy zalim usTAZ dengn isteri sy.terlaMpau marah sangat tanpa sedari kelakuan sy.smpai isteri berkata pd sy,MARAH SY MACAM SYAITAN DH TAK KENAL SAPE DIRI SY.DH KENA RASUK)
    Sy tak peduli dngn kata isteri lalu memukul lg isteri.isteri pn memukul diri sendiri berulang kali.pada masa itu,sy benci melihat isteri,dalam telinga sy ni dipenuhi bisikan syaitan.sy mundar mandir ke sana sini dh macam org hilang akalnye.teruk ustaz.
    Dalam masa tu juga isteri sy hamil anak pertama.
    Bila melihat isteri dh macam nk pengsan sy berasa marah sangat2 diri sy dh macam org hilang pertimbangn diri,telinga dan hati sy dipenuhi bisikan iblis,hati sy berkata nk ugut isteri dan nk menakutkan isteri dengn perkataan cerai supaya klo sekiranye masih memukul diri sendiri.
    Isteri masih buat lg macam tu.
    Lalu sy dh tak fikir ape2 lg.hilang kawalan diri,tak sedar sape diri sy dengn dikawal oleh bisikan iblis lalu sy berkata pd isteri(AKU CERAIKN KAU DENGN TALAK TIGA)SEKALI GUS USTAZ.)kemudian isteri meroyan dan sy tersedar lalu sy pergi ke isteri dan berkata papa tak ada niay tak ada niat.sy menyesal ustaz menyesal dngn kelakuan sy,sy tak sedar apa yg sy cakap ustaz.bagaimana sy boleh bercakap dan mengeluarkn perkataan itu.sy mengikut nafsu syaitan.apa yg sy ckp sy tak tahu tak sedar…tlg ustaz beri penjelasan.boleh email ke sy..sy menyesal.sy memng tak tahu hukum cerai berai ni.sy ni kurang ilmu agama.isteri pn begitu juga.

  102. Assalamualaikum ustaz
    Saya ada berbalahan dengan isteri saya, saya tak bermaksud untuk melepaskan atau apa lagi nak berpisah dengannya. Cuma pada satu hari, saya telah memberi satu pesanan ringkas melalui telefon yg berbunyi
    “awak pergije samada kuar dari umah atau apapun..bg saya da habis ..tammat..wpn sy tak lafazkan..tp sy akan lafazkan masa kita di jabatan agama. Jgn salahkan sy. ini yang awk mahu ”
    Saya memang tak berniat, saya tertekan atas desakan isteri untuk keluar dari rumah..Adakah talak jatuh ke atas isteri saya, sedangkan saya tak ada niat langsung utk melafazkannya.. Sebabtu saya ada bgtau saya akan lafazkan di jabatan agama kalau dia betul-betul mahukan penceraian. Terima Kasih Ustaz,,

    1. Sebaiknya saudara failkan pengesahan lafaz tersebut di mahkamah untuk mengetahui kesahihan lafaz tersebut. Walaupun saudara kata tak ada niat, perkataan ‘lafaz’ itu sendiri mengandungi maksud kinayah. Lafaz apa di jabatan agama kalau bukan lafaz cerai? Takkan lafaz syahadah kot?

  103. Assalamualaikum ustaz, mcm mna plak jika si isteri pg mahkamah buka fail cerai? Jatuh ke tdak talak ke atas si isteri ni td? Si suami pd mula nya xnk ceraikan, tp dia nk ceraikan jika si isteri minta tukar mahkamah.. Soalan sy,jatuh ke talak jika si isteri ni buka fail di mahkamah? Dan kalau si isteri tukar mahkamah, jatuh talak jgk ke?

    1. Talak hanya jatuh dengan lafaz.. jika dia kata nak ceraikan, tapi belum melafazkan cerai, maka tak jatuh talak.

  104. As salam, ustaz. Adakah jatuh talak jika sy menyebut “aku lepaskan kau” tanpa niat bercerai. Minta tolong ustaz bg penjelasan, sy dh bercerai talak 2 sebelum ni. Jika perkataan tersebut jatuh, habis lah rumahtangga sy ustaz. Tolonglah sy. Sy sygkn rumahtangga sy ustaz. Sy terlepas ckp begitu krn sy dlm keadaan letih,isteri membebel sbb tak sabar. Sy selalu kerja balik lambat. Sy selalu outstation, kalau sy outstation sy selalu bw isteri, dia tak selesa. Dia membebel ckp nk balik,sy letih sampai serabut kepala, lepastu sy terckp aku lepaskn kau ,sekali. Isteri terkejut, dia ingat dh jatuh talak,dia menangis hari2. Sy tak sempat nk bt pengesahan sbb outstation. Tolonglah jelaskn ustaz supaya kami tenang. Ay takde niat untuk berpisah. Cuma serabut shj. Dan beberapa bulan yg lepas isteri sy ada bertengkar dgn sy dia minta lepaskan dia. Sy cuma ckp “pergi la kemana kau nk pergi,berambus” tanpa niat cerai. Suruh dia keluar shj untuk tenangkn diri masing2. Ustaz tolong la balas. Beritahu sy samaada talak itu sorih atau kinayah. Terima kasih

    1. lafaz kinayah ini adalah lafaz yang boleh membawa maksud talak dan boleh juga membawa maksud bukan lafaz talak TETAPI ia mesti disertai dengan niat untuk menceraikan. Kalau tak ada niat, maka ia bukanlah lafaz cerai. WA

  105. Jadi ustaz, mengikut hukum fiqh, perkataan “aku lepaskan kau” ialah lafaz kinayah yg memerlukan niat ke ustaz? Perkataan itu bukan lafaz sorih kan ustaz? Sy keliru, byk dlm internet, ada yg mengatakan itu lafaz sorih ada yg mengatakan itu lafaz kinayah. Yg mana satu sebenarnya ustaz dlm mazhab safie perkataan “lepaskan” ialah kinayah kan ustaz? Sy keliru. Sy risau ustaz,tolonglah bg penjelasan.

  106. saya nak tanya kepada ustaz ..semasa 2 tahun perkahwinan saya bersama suami saya pernah menyatakan begini Allah akan haramkan kemaluan saya buat suami andai dia berzina ngan oranglain kat luar dan suami saya menyetujui ..setelah perkahwinan saya mencecah ke 5 tahun Allah buka satu rahsia suami rupanya dia pernah pergi rumah urut dan pernah 2 kali bersetubuh dengan pelacur itu sewaktu saya mengandung di usia perkahwinan yg ke 3 tahun..macamna lafaz yang saya lafaz tu..dan sekarang Allah trunkan musibah buat suami iaitu penyakit HEP B..

  107. “mengulangi lafaz taqlik”

    Soalan 1 :
    Salam ustaz…selepas akad nikah,pengantin lelaki akan membaca lafaz taqlik dan tandatangan…
    Masalah saya ialah: selepas 3 hari saya nikah, saya dengan sengaja tanya suami kandungan lafaz taqlik itu..masa tu kami dlm kereta dan suami yg drive…suami pun mengulang kembali lafaz itu…saya dengar tp mcm khayal….lepas sampai dirumah, saya tanya balik pada suami ” tadi abg lafaz ada tak sebut Jika dia mengadu kpd mahkamah dan mahkamah mendapati ianya benar , maka jatuhlah satu talak keatasnya”..
    Suami pun ckp entah mcm ingat2 lupa…saya pun yg dgr ni mcm ingat2 lupa…
    Apa hukum taqlik itu? Adakah diterima paka..sbb saya dan suami lupa ada tak sebut ayat yg mahkamah tu..
    Mohon pendapat ustaz…

    soalan 2 :
    Kawan saya ni nak kahwin..jd saya ngusik dia ha nanti lepas nikah, kau kena baca lafaz taqlik…die pun tanya pada suami saya taqlik apa?
    suami saya pun pergi kearahnya dan bercakap seperti berbisik ke telinganya…
    Adakah taqlik terpakai semasa suami menjelaskan kpd kawan saya tu?
    Saya tak dengar semasa mereka berborak..
    Mohon pendapat ustaz

  108. assalam..satu ari sy telah mghtr sms bbunyi sy tawar ht dgn abg..suami mbls..klu mcn tu pegi cari lelaki lain
    selepas suami blik umah sy tye adekh die bmaksud menceraikn sy..suami sy kta tak ade maksud ape2.
    suami sy kta klu ade niat mesti hakim da jatuhkn talak3..kte msti da kne talak 3(suami sy merujuk penceraian kami sebelum ne) utk menjelaskn &membincagkn sms diatas…soalan sy ade k sms dan perbualan sy& suami ade menyebabkn jatuh talak..?

  109. asslamuaikum… saya ingin tahu..sekiranya suami lafaz cerai berbunyi bergini “mula malam ini aku tak inzin ko bermain internet,tanpa izin aku,sekira nya ko ingkar jatuh talak 3,besok nya tu suami ckp aku minta maaf aku tarik balik kata2 aku,isteri main jugak internet…adakah jatuh talak sekiranya isteri bermain internet…
    Walau pun suami telah izin..tapi bila sya main internet dia marah..dan dia meharamkan saya main internet..saya tahu suami ckp bohong…kerna dia takut.

  110. Suami saya suka ckp berbelit,ramai yg ckp jatuh talak…saya dah pun fail lafaz cerai di buat oleh suami..talak tidak jatuh..saya masih tak puas hati apa yg suami beritahu hakim…dia ckp pun dlm keadaan takut…bolehkah saya fail balik lafaz suami saya tu…sbb saya tak cita hal sebenarnya kepada hakim..saya ada mintak tututan faksk kepada suami..saya sudah fail permohonon cerai..hampir setahun..suami tak penah dtg pun..kat mahkmah..sekarng saya masih lagi was2 dgn suami saya nie…

  111. Assalamualaikum ustaz..
    sy nak tanya, timbul salah faham suami isteri yg membuatkan tibe2 suami naek angin dn suami terlepas kata “aku ceraikan kau” dan ayat seterusnya dlm waktu yg sama, “mmg aku dh ceraikan kau dah” dan sambungan ayat lg “mmg dh jatuh dah talak” sedangkn ayt pertama tu mmg suami lafaz,..ble ditnye pd suami,dia kata ayat kedua dan ketiga tu bkn die niat lafaz, tp merupakan penjelasan atau pemberitahuan pd istri pada ayat yg pertama,.. so berapa talak yg jatuh kalau macamtu ustaz? tq

  112. Salam ustaz. Saya nak bertanya adakah jatuh talak apabila suami berkata “selepas ni, jangan ganggu aku lg. Kita hidup masing2, berasingan”. Adakah jatuh talak saya? Mohon pencerahan dari ustaz. Terima kasih

  113. assalamualaikum ustaz…
    Nak tumpang tanya..sy dan isteri dah kahwin 4thn…selepas tue kami mendapat cahaya mata anak pompuan..selepas anak dh umur 3thn..kami ada pernah membuat perjanjian antara suami isteri..si isteri minta saya berjanji kalau saya bermeseg ngan pompuan lain atas dasar niat curang maka jatuh talak..sy pun telah berjanji ngan isteri saya dgn syarat begitu…tetapi selepas itu sy ada msg ngan pompuan lain tapi itu hanya kawan saya tp dengan tiada niat nak curang..jadi apakah jatuh hukum ustaz kalau begitu..minta jasa baik ustaz kalau boleh perjelaskan masalah sy dgn lebih terperinci… Terima kasih

  114. salam ustaz saya bnr2 prlukn pndgn ustaz..saya dan suami ade bertengkar sewaktu pjlnn blik ke rmh org tua saya,sehingga suami saya melafazkan kata dua pd sy.”awk pilih awk nk hidup dgn org awk ikut org awk nk hidup dgn umi papa awk nk blik umh umi papa awk,awk da tak de pape dgn org..’adakah ini merupakn lafaz taklik dan selepas suami bkte bgtu saye jwb saye pilih nk ikut umi n papa nk hdup dgn umi n papa dan pd mse tu suami sgt tkejut dan engan antr sye blik umh kluarga sye sbb thu skre nye sye pulang ke rmh keluarga sy maka sy dan dia tak ada apa2 ikatan lg.sy ttp mendesak supya mghntr sy pulang ke rmh org tua sy dan akhirnye dia mgalah dan trus hntr sy plg ke rmh org tua sy dan dia meluahkan rasa menyesal memohon maaf atas pbuatannye,skrg kami msh bsme.adakah hbgn kami msh sah sbg suami istri atau tidak? mohon pnjelsn ustaz.

  115. salam ustaz. saya baru berkahwin setahun lebih. tapi pada awal tahun ini, saya dapati suami saya telah curang dan saya meminta cerai di mahkamah tetapi setelah dipujuk suami, saya telah batalkan permohonan saya.hubungan kami menjadi dingin kerana dia banyak berdiam diri ketika di rumah kerana dia tidak mahu terjadi pertengkaran mulut. tetapi baru-baru ini, selepas makan tengahari, kami tidak ada bergaduh, dia telah tersebut 3 jenis taklik, dalam tempoh masa 1 jam, tanpa niat cerai dan tidak sedar ia adalah taklik kerana kurang pengetahuan agamanya. dia telah cakap 1.kalau kau keluar pintu ni, aku lepaskan kau. selang 10minit saya buat apa yang ditaklik 2.kalau kau bangun dari duduk depan tv tu, aku lepaskan kau.selang 10minit saya buat apa yang ditaklik 3.kalau kau bangun dari katil tu aku lepaskan kau.selang beberapa minit saya lakukan apa yang ditaklik kerana kami berdua tidak tahu ia adalah lafaz sah dan suami pun kata takpe. adakah ia jatuh talak 1 kerana taklik selepas itu tidak sah kerana bukan lagi suami isteri yang sah? atau adakah ia talak 3 kerana talak jatuh walaupun dalam eddah? atau ia tidak jatuh kerana tujuannya tidah berniat cerai, hanya untuk menakutkan isteri. sebolehnya, kami berdua tidak mahu perceraian kerana kami berdua masih sayang menyayangi dan tidak mahu berpisah dan kahwin lain kerana cina buta .

  116. salam ustaz..

    saya ada bertengkar dengan suami saya kerana pihak ketiga.dah suami sy telah bertaklik ” jika sy menghubungi wanita tersebut melalui sms ke atau call maka jatuh talak”. namun kerana taklik ini sy tidak boleh berjumpa wanita tersebut untuk mendapat kan kepastian mngenai hubungan beliau dengan suami sy. Jadi ustaz jika sy melanggar taklik ni adakah jatuh talak? keadaan menjadi semakin sukar kerana sehingga hari ini suami sy tetap berhubungan dengan wanita tersebut. sehingga hari ini sy tidak boleh membuat apa2..hanya melihat saja hubungan mereka.adakah taklik ini sah?

  117. Salam ustaz,
    Saya bergaduh dengan isteri saya melalu sms (isteri selalu melawan cakap saya). Lalu saya menulis “Maybe one day I may let u go……so u can fly wherever u want to” adalah ini dikira jatuh talak?
    Jika ia kenapa? Jika tidak jatuh talak, apakah yang situasi yang membolehkan jatuhnya talak dlm situasi di atas.

  118. salam ustaz sy nak tanye..sy bergaduh dgn suami sy..sy trlampau skt hti dgn prngai dye sy pun mse tu x blh nak kawal perasaan mrah sy..bahasa percakapan sy dgn dia masa tu pun agak kasar dye pown melafazkan .”jgn sampai aku ceraikan ko sbb kurang ajar ko ni” adakah lafaz ini sah ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× 4 = sixteen

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site