I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isu Syiah | Umar Menyebabkan Kematian Fatimah

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada GreenApple :

Salam ustaz, mungkin saya tersalah tempat untuk mengajukan soalan kepada ustaz tetapi saya berharap agar ustaz segera membaca dan dapat menjawab pertanyaan saya ini.

Ustaz, seorang syiah telah bercerita kepada saya bahawa Syaidina Umar ra telah membunuh Syaidatina Fatimah. Ringkasnya begini Ustaz:

Syaidina Umar dan orang2nya telah menendang daun pintu Rumah Ali a.s yang kemudiannya telah menyebabkan daun pintu itu tercabut lalu terbang melayang mengenai batang tubuh Fatimah a.s yang juga kebetulan semasa itu sedang sarat mengandung.
hentakan kuat oleh daun pintu yang telah mengenai bahagian badan Fatimah a.s yang sedang mengandung itu telah menyebabkan Fatimah a.s mengalami pendarahan yang teruk dan seterusnya telah mengakibatkan beliau a.s mengalami keguguran yang mana tidak berapa lama kemudian telah menjadi sebab kepada kewafatannya.

Saya amat terperanjat mendengar cerita ini, saya cuba search goole untuk mencari jawapan tetapi tidak berjumpa. Oleh yang demikian saya memohon kepada ustaz untuk menghuraikan peristiwa tersebut.

Saya berharap ustaz dapat membantu. Wasalam

Sebelum Ustaz Love menjawab lebih lanjut, mungkin saudari GreenApple boleh merujuk laman2 blog dan website yang menceritakan tentang betapa mendalamnya permusuhan puak2 Syiah ini terhadap Khalifah Umar al-Khattab r.anhu.. sehingga ke tahap mereka mengkafirkan Saidina Umar r.anhu, bahkan menisbahkan Saidina Umar r.anhu sebagai berhala.. begitulah besarnya kebencian mereka terhadap para sahabat yang dekat dengan Nabi s.a.w. (spt Abu Bakr dan Umar), bahkan isteri2 Nabi s.a.w. sendiri tak terlepas daripada celaan dan hinaan mereka. Ini adalah asas akidah dan akhlak mereka, iaitu menghina isteri Nabi s.a.w. dan para sahabat r.anhum walaupun menggunakan pelbagai taktik dan helah.

Kisah ini (kematian Fatimah r.anha yang disebabkan oleh tindakan Umar) merupakan salah satu daripada kebohongan puak2 Syiah ini.. dan ini merupakan salah satu kisah2 yang agak besar untuk menisbahkan kekejaman Umar r.anhu terhadap keluarga Nabi s.a.w.. namun, hujjah rekaan yang tak berpaksi pada kenyataan, amat rapuh asasnya hinggakan cuma sekadar ditiup angin saja, bisa meranapkan keseluruhan asas kepercayaannya.. kihkih

Mari kita kaji satu persatu kebenaran kisah tersebut :

1. Kisah ini diriwayatkan dalam kebanyakan kitab2 Syiah.. kononnya Saidina Umar r.anhu telah menendang pintu rumah Ali r.anhu dan pintu tu terbuka dan terkena Fatimah r.anha sehingga mengakibatkan keguguran.. Jika kita baca sambil lalu, memang kita akan nampak betapa kejamnya Umar r.anhu sehingga mengakibatkan puteri kesayangan Nabi s.a.w. sampai keguguran!! Kalau kita baca pun dah sedih, agak2, macam mana pula dengan keadaan suami beliau, iaitu Ali r.anhu? Takkan la Ali r.anhu sebagai seorang sahabat yang paling agung sehingga dianggap maksum (oleh puak Syiah) langsung tak kata apa.. tengok je keadaan isteri kesayangannya.. betapa kisah ini direka oleh puak Syiah untuk menjatuhkan kredibiliti Umar, tetapi rekaan mereka itu sendiri telah menjatuhkan kredibiliti Ali r.anhu sebagai seorang suami yg sepatutnya mempertahankan isterinya. Kita sangat yakin, bahawa Saidina Ali r.anhu yang sangat gagah di medan peperangan, akan mempertahankan isterinya daripada disakiti oleh orang lain.. di sini sudah jelas akan kebohongan cerita ini.

2. Umum menerima (tak kira la golongan ahlus sunnah mahupun syiah) bahawa kira2 6 bulan selepas kewafatan Nabi s.a.w., maka Fatimah r.anha telah meninggal. Dikatakan (oleh puak Syiah), Fatimah r.anha meninggal disebabkan keguguran akibat perbuatan Umar r.anhu. Sekarang, sekali lagi akal yg logik akan dapat menepis pembohongan Syiah ini.. mana mungkin 6 bulan selepas keguguran, baru meninggal disebabkan kehilangan darah? Even kalau tumpah darah semasa bersalin sekalipun, dalam tempoh 24 jam (atau tempoh terdekat), doktor akan berusaha untuk menambah darah yang telah banyak keluar itu.. dan jika meninggal akibat pendarahan, biasanya akan mengambil masa yg singkat untuk menemui ajal.. Ini bukan cerita dongeng lepas tumpah darah (akibat keguguran), 6 bulan lepas tu baru meninggal? Sungguh karut puak2 Syiah ni.

3. Sebenarnya, di kalangan ulamak besar Syiah sendiri pun, ada yang meragui kesahihan cerita ini.. As-Sayyid Hussein Fadhlallah (Ulamak besar Syiah di Lubnan) telah menafikan peristiwa serangan ini, tetapi kebanyakan ulamak Syiah telah bertindak mengutuk dan melancarkan ‘perang’ terhadap beliau dan menuduh beliau sebagai seorang Wahhabi (golongan Wahhabi sangat terkenal dengan penentangan mereka terhadap Syiah).. lebih daripada itu, ulamak besar Syiah di Iran, al-Tabrizi telah menjatuhkan hukuman pemulauan terhadap beliau, kerana menafikan antara pegangan terbesar puak Syiah dalam nak menjatuhkan maruah Umar r.anhu dan menarik simpati atas ‘siksaan’ terhadap Fatimah r.anha.

4. Puak Syiah menggunakan hujjah bahawa kisah itu terdapat dalam kitab karangan ulamak besar ahlus sunnah, iaitu Ibn Qutaibah (al-Imamah wa as-Siyasah) untuk membenarkan hujjah mereka bahawa memang Umar r.anhu yang menyebabkan kematian Fatimah r.anha. Sedangkan hakikatnya, para ulamak menolak perkaitan Ibn Qutaibah dengan kitab tersebut, atau dengan lebih tepatnya bukan Ibn Qutaibah yang menulisnya. Sekalipun (Katakanlah) Ibn Qutaibah yg menulis kitab itu, satu kitab saja tidak mampu untuk menolak pegangan ahlus sunnah dalam mengisbatkan keadilan Umar r.anhu dan menafikan kisah mengarut ini.

5. Kebanyakan kisah2 berkenaan Ahlul Bayt yg dijadikan hujjah oleh puak2 Syiah ini diambil daripada kitab Sirah dan Tabaqat (Sejarah).. yg mana, seperti yg kita ketahui, sirah ini tidak terikat dengan fakta betul salah.. sebaliknya ia sekadar catatan.. betul atau salah sesuatu fakta itu ditentukan kemudian melalui kajian, dengan meneliti sanad periwayatan kisah2 tersebut.. selepas itu barulah boleh disahihkan.. bukan main kutip je.. even dalam kitab hadis sahih sekalipun, memerlukan kita mempelajari syarahnya agar kita tak tersilap dalam memahami maksud hadis, apatah lagi kitab2 sirah yang banyak dimasukkan unsur2 tak sepatutnya.

Jadi, Ustaz Love rasa, cukup la dulu 5 point di atas.. satu je Ustaz Love nak pesan. bila puak2 Syiah ini mendatangkan dalil (kononnya) akan keburukan para sahabat, maka campakkanlah dalil2 mereka itu ke longkang.. kerana mereka2 ini adalah puak2 yg terkenal dengan penipuan dan penyelewengan dalam agama.. alangkan isteri Nabi s.a.w. pun boleh dikatakan pelacur, apatah lagi para sahabat yg sangat mereka musuhi..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
    1. hujjah puak syiah ini cuma hujjah yg cuba menimbulkan keraguan.. umpama waktu pagi yg samar2.. bila matahari muncul, hanya kelihatan bayang2 saja.. langsung tak memberi mudarat pada cahaya 😉

  1. ust,
    maafkan sy nak mencelah..bole ust komen tak isu ribena dan coke dikatakan haram walhal jakim kata halal..
    kalo betol halal,statement2 yg keluar bole menimbulkan keraguan.jd mgkin lebey baik kite jgn minum..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme