I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isu Mendidik Couple

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada AshRazy :

salam…

ustaz, sy ade persoalan mengenai couple / kapel…
Sy tengok da makin ramai “ilmuan” berbicara mengenai hal ini…

Tetapi cara penulisan mereka seolah-olah mengharamkan hubungan antara lelaki dan perempuan… topik paling famous ttg zina mata, zina hati, pengharaman couple, cinta selepas kahwin n bnyk lg…

Pada pandangan sy, mereka ini mungkin terlalu memikirkan ttg hukum asal tanpa berbicara mengenai keadaan remaja zaman sekarang (public interest)… remaja yg sudah tidak lg knal akan Siapa Tuhan mereka, Siapa Nabi mereka… remaja yg sudah hilang ilmu mengenai halal n haram…

Remaja perempuan zaman ini perlukan Seorang lelaki sbg pendamping dan yg terbaik adalah Seorang lelaki yg mempunyai ilmu sehingga mampu utk menarik semula golongan perempuan yg sudah tersasar dari landasan agama dan memimpin mereka daripada lebih jauh tersasar… begitu juga sebalik nya (remaja perempuan menasihati golongan remaja lelaki)…

Bukan kah Lelaki itu Pemimpin Keluarga, masyarakat bahkan negara? wanita pula dijadikan sbg teman jua sahabat kpd lelaki?

Berkenaan isu cinta selepas kahwin dan kahwin awal lebih sesuai utk remaja muslim,,,
sy merasakan terdapat segelintir “ilmuan” seolah2 berkata2 tanpa melihat kejadian yg berlaku disekeliling mereka… mereka juga seakan2 tidak memikirkan berkenaan “Public Interest together with Future Planning”..

Apakah mereka tidak pernah pergi membuat tinjauan di badan guaman berkenaan kes2 permohonan cerai? atau lebih mudah membuat tijauan di firma2 guaman dan atau jabatan yg menguruskan hal berkenaan guaman di negara ini?

Maka, secara jelas nya remaja zaman ini perlu mendalami ilmu agama dan juga ilmu dunia… supaya mereka punyai ilmu / knowledge utk memimpin rakan2, Sahabat2, juga teman istimewa agar tidak jatuh ke lembah hina, agar tidak tersasar dari landasan agama…

Aqidah dlm hati masyarakat perlu diteguhkan semula… Pabila Aqidah dah mantap, maka hal2 berkenaan Syariah akan lebih mudah diurus…

“Islam itu Indah… Hanya Penganut agama itu yg sengaja merosak kan keindahan nya…”

Sekadar pandangan dari sy, insan yg masih punya banyak kekurangan…
mohon maaf di atas segala kekasaran bahasa dlm penulisan…

Minta Ustaz berkongsi ilmu dan pandangan Ustaz berkenaan hal ini…

Secara jujurnya, Ustaz Love tak nampak pun di mana persoalan yang saudara nak timbulkan? Apa yang Ustaz Love nampak, saudara sekadar meluahkan pandangan peribadi berkenaan isu couple dan hal2 yang bersangkutan dengannya.

Ustaz Love pun tak pasti dari mana sumber yang saudara dapat yang mengatakan ilmuan itu terlalu memikirkan hukum asal tanpa melihat public interest (atau dalam kata lain, maqasid syariah) atau dengan bahasa yang lebih kejam, ilmuan2 ini seolah2 terlalu jumud dan menyempitkan pemikiran hanya pada hukum-hakam dan tak melihat realiti semasa yang mana remaja perempuan perlukan bimbingan couple lelaki, isu kahwin awal, kadar perceraian dsb.

Pada pandangan Ustaz Love, saudara sendiri terlalu berteori sedangkan hakikatnya saudara sendiri kurang memahami apa yg saudara luahkan itu. Itu hak saudara untuk meluahkan pandangan, tetapi biarlah ianya berasas dan bukan semata2 memandang tanpa ilmu dan memahami hakikat sebenar kehidupan.

Para ilmuan (Ustaz Love fokuskan pada Ustaz2 arus perdana, sama ada yg terkenal, atau tak terkenal.. ustaz jabatan agama, mahupun pendakwah bebas dsb) semuanya ada cara tersendiri dalam memahami dan berinteraksi dengan masyarakat. Tak semestinya cara seorang ustaz itu sesuai dengan semua orang.. ada yg suka ustaz jenis berjenaka, ada yang suka jenis serius, ada yang suka jenis baca kitab, ada yg suka jenis cakap berapi2 dsb.. masing2 punya cara dan golongan yang menyukai cara mereka.

Berkenaan isu couple dan yg melibatkan perhubungan antara berlainan jantina, maka kita kena berpandukan asas dan batas yang telah ditetapkan oleh agama. Bukan semata2 berpandukan logik akal kita yang singkat ini. Tak dapat dinafikan seorang perempuan itu lebih mudah menerima nasihat daripada seorang lelaki yang dicintainya, tetapi itu bukanlah tiket untuk menghalalkan segalanya. Tahukah kita berapa ramai mereka2 yang tersalah pilih pasangan yg disangkakan beragama, sedangkan hakikatnya memakai topeng agama? Ada yang tersilap memilih lelaki yg mengamalkan ajaran sesat, ada yg terpedaya dengan serban dan janggut sang lelaki beragama hingga tergadai maruah dsb.

Sebab itu, kita kena melihat keutamaannya dari sudut agama.. seorang wanita itu siapakah yang bertanggungjawab padanya? Jika dia belum berkahwin, dah tentu yg bertanggungjawab ke atasnya adalah bapanya.. maka, bapanyalah yang lebih layak untuk menasihati dan menegur serta mengawal anak2 gadis. Berbeza jika beliau dah berkahwin, maka tanggungjawab itu telah berpindah kepada sang suami.

Jadi, atas dasar apakah seorang lelaki itu menuntut untuk bertanggungjawab (memberi nasihat, menegur, mengawal dsb) seorang wanita itu, sedangkan mereka tiada apa2 ikatan pun (bukan mahram, tiada ikatan pernikahan dsb)? Sebab itu, jangan terlalu terburu2 untuk bertanggungjawab sebelum tiba masanya.. takut2 nanti, bila dah tiba masa untuk bertanggungjawab (dah jadi suami isteri contohnya), diabaikan pulak tanggungjawab itu.

Adakah ini bermakna kekasih lelaki tak boleh memberi nasihat kepada kekasih wanita? Bukan itu maksudnya.. maksudnya di sini adalah, kekasih lelaki hanya bertanggungjawab untuk menegur atas dasar sesama Islam (contohnya nampak kekasihnya buka aurat, maka menjadi tanggungjawab kekasih lelaki untuk menegur.. tanggungjawab ini umum, sesiapa saja yg nampak kena tegur.. tak semestinya kekasih itu saja yg layak menegur). Kekasih lelaki masih belum layak untuk menentukan siapa kawan kekasihnya, minta izin kalau nak keluar, jaga makan pakai dsb.. belum masanya lagi (tunggu akad nikah dulu).

Ustaz Love tak nampak isu public interest di sini.. apa interestnya kepada public? Seorang anak perempuan masih berada bawah tanggungjawab seorang ayah.. bila dia berada di kolej / universiti, maka tanggungjawabnya adalah sebagai pelajar yg kena mematuhi peraturan. Tiada mana2 peraturan pun yg menulis klausa couple dalam peraturannya.. bermakna, ia bukanlah isu yang perlu diambil perhatian, sebaliknya ia menjadi isu peribadi. Terpulang pada individu masing2, asalkan jangan sampai melanggar peraturan seperti berkhalwat, berzina dsb.

Jadi, kalau nak couple, couple la.. sapa nak larang? Cuma jangan sampai menyalahkan pihak2 lain disebabkan mereka menentang coupling ni. Mereka2 itu cuma menyatakan secara realiti apa yang couple biasa buat, iaitu buat maksiat. Siapa yang berani mengatakan maksiat itu berpahala? Hanya orang2 yang kurang memahami erti ‘public interest’ ini sahaja yang menggalakkan perhubungan luar nikah ini. Tiada seorang orang awam pun yang suka melihat perbuatan2 couple di tengah2 public.

Pada pandangan Ustaz Love, cukuplah seorang anak perempuan mendengar nasihat daripada bapanya, dan seorang anak lelaki mendengar nasihat daripada ibunya. Itu lebih selamat daripada mencuba2 untuk meluahkan perasaan dan meminta nasihat daripada pasangan.. kelak terhutang budi, tergadai body.

Pasal soal perceraian tu, Ustaz Love malas nak ulas.. sbb perceraian itu banyak faktornya.. bukan semata2 sebab kawin awal atau lambat..

Apa pun, Ustaz Love mengucapkan terima kasih atas pandangan itu. Cuma sebolehnya, jangan salahkan para ilmuan bila mereka bercerita perkara2 yg ada asasnya dalam agama melalui ayat2 al-Quran mahupun hadis. Hukum tetap hukum.. soal kita tak mampu nak amal, itu persoalan lain. Jangan sesekali kita nak berhukum berdasarkan dengan apa yg kita amalkan (sebaliknya beramallah dengan apa yang dinyatakan dalam hukum melalui al-Quran dan hadis)..  😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
        1. bila maksiat dah berleluasa, orang dah tak segan silu nak buat maksiat.. orang pulak segan nak buat baik.. takut org kata la, org pandang serong la 😀

    1. mama zharfan.. mama zharfan pnsyarah uia ya?ana da soklan skit..urm antara byak2 u la kan kat malaysia ni,apa benar dkat uia aktiviti usrah lebih meluas dn byk brbndng u len(conth uitm,um dsb)?

  1. betul ustaz…cm mna pun tinggi dan bijaknya ilmu kita dan fakta depan mata..takkan sama tinggi dan kebenarannya Al-Quran dan Sunnah…sy pun sebenarnya tak berapa setuju tentang ‘islamik couple’ yg org2 luar agungkan..terasa juga diri ini nak ada yg sayang..cuma belum sampai seru kot.lg pun sebagai pelajar..ada lg perlu di tekankan..couple dgn buku…hehe..skdr pndangan…

    1. Kita beramal dengan al-Quran dan hadis dan menjadikannya hujjah untuk beramal, bukannya memanipulasi dalil untuk membenarkan amalan kita 😉

  2. kat tempat sy belajar memang ramai yg bercouple.. dorang ckp couple utk beri inspirasi nak belajar..mungkin dorang xrasa yg mak ayah la pencetus inspirasi paling hebat 🙂

    1. diorg kurang faham apa matlamat belajar tu.. kalau anggap belajar itu sebagai ibadah, niat kerana Allah, maka tak perlu apa2 bantuan makhluk wanita ke, gadget ke dsb untuk berjaya.. 😉

  3. Sangat membantu ustaz.Terima kasih.Mungkin entry ini dri 6 tahun yg lepas,tapi ilmu takkan lapuk dek zaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme