I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isu Halal Coke Dan Ribena

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada pingu ijo :

ust,
maafkan sy nak mencelah..bole ust komen tak isu ribena dan coke dikatakan haram walhal jakim kata halal..
kalo betol halal,statement2 yg keluar bole menimbulkan keraguan.jd mgkin lebey baik kite jgn minum..

Kalau kita ragu2, maka tak payah la kita minum. Kalau kita yakin, maka minumlah. Ini berdasarkan kepada hadis yang menyuruh kita meninggalkan apa juga yang mendatangkan keraguan kepada kita, dan berpindah kepada perkara2 yg kita lebih yakin. Ini termasuk la dalam bab makanan dan minuman.

Itu masuk persoalan amalan peribadi.. sama ada kita nak minum atau kita tak nak minum, itu bergantung atas diri kita sendiri. Yang menjadi masalahnya, bila kita ragu2, kita sebarkan pulak keraguan kita itu dengan tujuan untuk menimbulkan keraguan kepada orang lain pula. Ini yang perlu diberikan perhatian, kerana setiap kenyataan yg kita keluarkan (terutama berkaitan halal haram), kita kena buktikan sebelum sebarkan. Kalau tak, ia akan menjadi fitnah dan dosa kepada kita sendiri (walaupun niat asalnya kita nak menyebarkan kebaikan).

Berkenaan isu coke, ribena, barbican, munchy’s dan apa juga produk makanan mahupun minuman, kita kena faham akan kewujudan suatu badan yang bertanggungjawab untuk menentukannya, iaitu JAKIM. Maka, adalah lebih wajar kita bertaqlid kepada kenyataan JAKIM yang lebih berautoriti dan dipercayai berbanding bertaqlid kepada khabar2 angin yang kadang2 kita sendiri pun tak tahu daripada mana asalnya.

Ustaz Love memahami, isu coke dan ribena yg dikatakan haram itu adalah kerana ia mengandungi sedikit alkohol yang terhasil semasa proses pembuatannya. Namun, kita kena juga mengkaji, berapa peratus alkohol yg ada dalam minuman tersebut? Dan adakah alkohol itu dicampurkan ke dalamnya semasa proses pembuatan air itu, ataupun ia terhasil daripada proses pembuatan air itu sendiri? Ini bukan persoalan macam arak yg kalau banyak pun haram, sikit pun haram.. Sebab alkohol itu bukan arak, tetapi dalam arak ada alkohol. Alkohol juga wujud dalam tapai, makanan kekacang dsb.

Jadi, Ustaz Love ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua pembaca agar berhati2 apabila menerima sesuatu berita dan menyiasat dulu sebelum mengambil keputusan untuk menyebarkannya. Jangan sampai kita menyebarkan fitnah dan berlaku zalim terhadap orang yang tidak bersalah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. Itu lah yang terjadi kalau rasa diri bagus sangat. Dengar aje orang kata benda ni haram. Terus cop haram dan sebarkan, tanpa usul siasat dulu naper kata haram… kalau tanya yang bagitau pon tentu dia pon kata aku tau dari kawan aku gak… dan paling sadis pergi serbarkan pulak pada kawan2 yang lain dan cuba timbulkan keraguan pada mereka.

    Diorg tu sedar tak yang khabar2 mcm ini boleh menjejaskan periuk nasi ramai orang. Nampak mcm kecil aje kan tapi ada kesannya.

    1. kita terlalu ghairah untuk menyebarkan berita kebaikan, sampai terlupa ada perkara yg lebih penting daripada itu.. iaitu menyelidik dulu berita yg kita nak sebarkan itu πŸ˜‰

      1. Salam Ustaz…

        Ustaz ,sya nak tanya betul ka kalau kita terminum setitis pun arak atau perkara yang memabukkan akan menyebabkab amalan kita tidak di terima oleh Allah selama 40 thn…

        Jadi kalau macam tu macamana nak sujud kepada Allah.. adakah Allah akan terima balik hamba-Nya..makasih ustaz

        1. Salam putera..

          seperti yg dijawab oleh Mohd Irfan, taubat itu akan menghapuskan segala dosa.

          hadis amalan tak diterima 40 tahun tak betul.. yg sebetulnya adalah 40 hari..

  2. time kasey ust atas penerangan….sbnrnye sy ni penggemar tegar ribena..memula rs ragu2..tp pastu sy yakin bhw ribena halal setelah meneliti dan mengkaji beberapa perkara seperti yg ust juga katakan kat atas..

    ade gak ckp2 kosong mengatakan tektik nak mengharamkan beberapa produk ni sbnrnye nak menjatuhkan produk terbabit..cthnye yg berlaku kat kopitiam yg dahulu didakwa sbg haram…dgr2nye disebarkan oleh pesaing terdekat..tp ni sy pon dgr tanpa fakta dan bukti yg kukuh..wallahualam..kang tak pasal timbul satu lagi fitnah…

    1. Sebab itu la kita kena siasat dulu sebelum percaya sesuatu berita.. macam2 cara org gunakan untuk jatuhkan orang lain.. takut2 kita dapat saham plak membantu fitnah2 seperti ini πŸ˜‰

  3. salam ustaz love,
    trima kasih atas entry ni… saye pon terkejut bila dapat tau ada yg kata ribena ni haram.. tp bila check balek dekat page JAKIM, mmg btul ada dapat pengesahan halal nya.. izinkan saya share entry ni ye πŸ˜€

    1. salam maizatul..

      sbb itu penting sangat kita siasat dulu sebelum percaya sumber2 internet ni.. takde masalah nak share.. sila2 πŸ˜‰

  4. Alkohol boleh terhasil dari process fermentation oleh sejenis kulat dan ada wujud secara semulajadi dlm kuantiti yg teramat sikit….

    Islam mengaharamkan arak keranan memudaratkan dan menyebabkan khayal/mabuk (lupapd tuhan)…lihat dari segi sains peratusan tertentu alkohol boleh memabukkan dan tahap plg bahaya boleh menyebabkan kematian.

    Jumlah alkohol yg wujud dlm Ribena dikatakan dlm kurang dari 0.05% jd xmemberi sebarang mudarat seperti arak ~20% alkohol.

    Al quran diturunkan utk panduan, ilmu sains membuktikan kebenaranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme