I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Larang Bergaul Dengan Ipar Duai

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada jiwalara :

Ustaz,

Saya mempunyai seorang ibu yg kuat beragama tetapi terlalu mengongkong anak2. Saya juga mempunyai seorang suami yg mempunyai tanggungjawab terhadap ibu dan kakak2nya yg sudah kematian suami dan anak2 saudara yg sudah yatim. Masalah saya adalah, ibu saya tidak suka kalau saya bergaul mesra dgn ipar duai malah mengharamkan saya dari datang kerumah kakaknya. sekiranya saya engkar, katanya saya tidak akan bau syurga dan sudah derhaka kepadanya. Suami saya seorang yg lembut dan cuba memahami keadaan saya. Namun masalah ini semakin serius sehingga memberi masalah kepada hubungan kami suami isteri. Saya tahu apa yang dikatakan oleh suami saya adalah betul namun kerana kemahuan ibu saya menyebabkan saya tersepit. Ibu saya menggunakan ilmu agama yg dipelajarinya dalam menghukum dan mendoakan perkara yg buruk akan berlaku kepada saya sekiranya saya tidak dengar katanya. Tapi bagaimana pula dgn kemahuan suami saya yang inginkan saya bergaul mesra dengan kakak2nya dan ibunya. Adakah doa ibu supaya saya jatuh bala akan dimakbulkan. Saya harap ustaz dapat membantu saya.

Sejujurnya, Ustaz Love tak berapa pasti apa yang dimaksudkan oleh puan jiwalara dengan ‘ibu yang kuat beragama’. Adakah ibu itu seorang ustazah yang punya ilmu agama, ataupun ibu itu seorang yang banyak melakukan amal ibadah. Tapi, melihat pada kebiasaan orang tua, memang banyak ibadah time2 dah berumur ni. Banyak baca al-Quran, selalu ke surau, ikuti kelas pengajian, kelas marhaban dsb.

Tapi itu semua tidaklah menjadikan seseorang itu dikatakan kuat beragama jika semata2 bergantung pada ibadah saja. Orang yang banyak beribadah dipanggil abid (ahli ibadah), sedangkan orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya itulah yg digelar ulamak (manusia yang paling takut kepada Allah daripada kalangan hambaNya). Seorang yang jahil sepanjang hidupnya, kemudian diberikan hidayah dan berubah ke arah kebaikan, ditukar pakaiannya dengan memakai jubah dan kopiah atau tudung labuh dan jubah, ke hulu ke hilir memegang tasbih, mulut tak lekang dengan zikir, solat sunat sampai lebam dahi dan bengkak kaki dsb, sekiranya tidak didasari dengan ilmu, maka ibadahnya itu adalah ibadah abid yang mengikut2. Pakai kopiah dan bela janggut dah nampak macam ustaz, tapi bila ditolak ke depan untuk menjadi imam, takut dan segan.. sebab al-Fatihah pun baca tak betul..

Nyatalah, amal ibadah itu bukanlah penentu kepada kefahaman agama.. sebaliknya ilmu yang diteruskan dengan amal itulah yang akan menjadikan seseorang itu memahami agama dengan betul.

Tak hairan jika kita melihat seorang yang berpuluh kali menunaikan umrah, berkali2 menunaikan haji, solat jemaah tak tinggal, tapi masih lagi bergelumang dengan maksiat, berebut jawatan di masjid, mengumpat, memfitnah dsb. Sebab amal yg banyak itu tidak didasari dengan ilmu, jadi tak dapat kefahaman ibadah itu. Solat di surau, imam baru je habis bagi salam, jemaah wanita dah start bergossip.. ini contoh je.. kihkih.

Begitu jugalah dengan mereka2 yang belajar ilmu agama tinggi2, tapi bila tak beramal, ilmu itu sendiri tak mampu nak memberi manfaat kepada pemiliknya. Buah ilmu adalah amal, kerana ilmu tanpa amal laksana pohon tiada buah, laksana pistol tiada peluru dan laksana kentut tiada bau.. kihkih.

Berbalik pada kes puan tadi, Ustaz Love boleh memahami bagaimana konflik seorang ibu yang dikatakan kuat beragama, tapi tak memahami kehendak agama. Bukanlah Ustaz Love nak menyeru kepada puan supaya menderhaka kepada ibu, tetapi Ustaz Love nak puan bertindak bijak dengan mendahulukan perintah Allah berbanding makhluk.

Allah memerintahkan agar kita berlaku adil dan bersifat ihsan, dan memberikan bantuan kepada ahli keluarga :

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (an-Nahl : 90)

Apabila kita berkahwin, maka kita bukan setakat berkahwin dengan pasangan, sebaliknya berkahwin dengan keluarga pasangan juga (maksud kawen di sini adalah mempunyai hubungan.. bukannya melakukan hubungan.. kena faham betul2 ok.. kihkih). Kakak kepada suami adalah kakak kita juga, dan kita dituntut untuk menjalinkan hubungan baik dengan mereka dan bukannya menjadikan mereka musuh atau memutuskan hubungan dengan mereka.

Ustaz Love pun tak pasti apakah alasan ibu puan itu.. mungkin beliau ada alasan tersendiri. Yang ini puan kena tanya terus-terang dengan beliau. Namun, walau apa juga alasannya, ia tidaklah dapat memansuhkan perintah Allah yang menyuruh kita berbuat baik kepada ahli keluarga.. tak kira sekuat mana pun ibu itu beramal agama.

Jika ibu itu mendoakan keburukan kepada puan (kerana berbaik2 dengan ipar duai), maka sebenarnya beliau mendoakan kemurkaan daripada Allah (kerana Allah perintahkan suruh eratkan hubungan, beliau pula nak suruh putuskan hubungan). Sebaiknya saudari nasihatkan ibu itu tentang perkara ini. Mungkin boleh minta pertolongan ayah ke, atau sesiapa yang ibu hormati untuk menasihatkannya. Cuma, dalam menasihati ibu, kena jaga adab. Jangan berkeras dan berkasar dengannya. Walaupun ibu itu melakukan kesalahan, kita masih lagi dituntut untuk menghormatinya.

Apa pun, jangan tinggalkan solat hajat dan berdoa kepada Allah. Semoga Allah melembutkan hati ibu untuk menerima kebenaran dan mengenepikan keegoan. InsyaAllah, doa yang penuh pengharapan daripada seorang anak kepada ibunya, akan diperkenankan oleh Allah. Yang penting, jangan putus harap dengan rahmat Allah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. memang dilema kalau apa2 yg ibu suruh tak selari dgn apa yg mr hubby suruh…kdg2 ada gak me mengalami..cuma tak de lah serius sampai bab2 memutuskan silaturrahim

    1. jika perlu memilih, pilihlah situasi yang menang-menang. Letakkan keutamaan (awlawiyyat) dari segenap perkara sesuai dengan tempatnya πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum wbt..

    Ustaz Maaf kerana Lari tajuk, saya ingin menanyakan tentang Fadhilat Sural Al-Mulk dan ini yang saya perolehi:

    Yang menarik perhatian saya mengenai surah Al-Mulk utk dibaca kerana fadhilatnya itu. Apa yang menjadi kemusykilan saya kerana “Drpda Anas Ibnu Malik berkata: Nabi telah bersabda “Sesungguhnya seseorang lelaki seblum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripda kitab ALLAH kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka…… (p/s: untuk selbihnya sila beli buku Fadhilat Amlaan Surah2x Utama terbitan AL- Falah..Harga RM3.)

    Surah ini memberi keutamaan kepada kaum adam sahajakah? Bagaimana dengan kaum hawa? Keredhaan Suami lebih bagus ke ustaz @ Mendapat syafaat tersangat lah bagus?

  3. ustaz, terima kasih atas nasihat yg diberi. saya telah memilih utk taat kepada suami dgn engkar arahan ibu yg ingin saya tidak berbaik dgn ipar duai dan mertua. skrg ini ibu dan bapa saya sudah buang saya dan haraamkan saya dr bercakap dgn mereka.serta tidak benarkan saya berhubung dgn adik beradik saya yg lain.apa yg mampu saya lakukan hanya mendoakan semoga Allah ampunkan saya dan lembutkan hati kedua ibubapa saya

    1. berat jugak ujian puan ni.. apa pun, puan jangan berputus asa.. seorang anak, bila menghadapi cemuhan dan hinaan ibu bapanya, kena ambil sikap telinga tebal, muka tembok, tak tahu malu dan yg seumpama dengannya.. kalau mak ayah halau kita, lagi la kita nak dekat dengan mereka.. kalau mereka marah, lagi la kita nak buat mereka gembira.. umpama kucing yg memerlukan belaian tuannya, walaupun ditolak jauh2, kucing tu selamba je dok gesel2 dan mengiau2 menarik perhatian tuannya.. sehingga akhirnya tuannya berasa kesian dan meletakkannya di atas riba..

      jangan lupa berdoa semoga Allah melembutkan hati ibu bapa.. insyaAllah, dengan kekuatan doa, hati ibu bapa akan lembut kembali πŸ˜‰

  4. salam. ustaza..sy baru berkahwin 1 tahun. sy ada 2 org adik ipar perempuan yg lebih tua dripada sy. sy jd kakak ipar mereka krana sy berkahwin dgn abg sulung mereka. sy dapati dr hari pertama kami berkahwin, hubungn sy dan adik ipar perempuan tak pernah elok. sy selalu juga cuba-cuba bercakap, ajak makan, hantar kuih muih dan lain-lain. tp semuanya tak menjadi. hinggakan suami sy sudah tawar hati dgn sikap adiknya itu dan menghalang sy dripda mmberi apa2 pemberian kepada dia kerana adik ipar sy tidak pernah hargai pemberian sy dan pernah menolak mentah2 makanan yg sy beri. Hati sy betul2 rasa tersinggung… ketika hari raya, sy bersalaman dgan dia, tp dia salam dgn tidak ikhlas. sekadar di hujung jari shj…
    Lebih menyedihkan sy ialah, ibu mertua pula selalu kata agar sy jgn bergaduh dgn adik ipar sdeangkan kenyataannya sy tidak pernah bergaduh dgannya.. ibu mertua selalu memaksa sy agar menegur,bercakap dgan adik ipar walaupun sy sendiri telah mengajaknya beberapa kali dan tidak di endahkannya.
    sy terlalu buntu ustazah, pernah pd hari pertama sy di rumah ibu mertua, sy dengar mereka mengumpat sy di dapur kerana lambat basuh pinggan masa majlis kahwin sy. kata mereka, sy yg gatal nak berkahwin sgt, jd saya lah yg bertanggungjawab membasuh dan menyimpan semua barang selepas majlis kahwin sy. sedangkan ketika itu, sy masih dgan baju pengantin…. sedih hati sy.
    Dan yg paling menyayat hati apabila ibu mertua mula mempersoalkan adakah sy menggunakan duit anak dia (suami sy) untuk membeli perkakas rumah dan jika sy habiskan dan kikis duit suami sy. sy cukup malu bila di hentam begitu di depan adik2 ipar ketika ketiadaan suami sy … Suami pernah meminta adik dan ibunya supaya menerima sy, tp…semuanya hanya indah khabar dr rupa.
    Hingga satu tahap, sy pernah memohon di ceraikan kerana tak sanggup lgi di hina dan di malukan depan keluarga mertua. tp, kerana kasih sayang suami, kami masih bersama. tolonglah sy ustaza. apa perlu sy buat ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme