I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Doakan Anak Cepat Mati

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada diana :

assalamualaikum ustaz…

saya nak tanya… apa hukumnya seorang ibu sering mendoakan anaknya cepat mati, apabila timbul kemarahan.. punca kemarahan masalah kewangan. seperti tidak redha dgn kelahiran anaknya sendiri, sering pula menyalahkan anak yang tidak berdosa walaupun baru berusia 2tahun…..

Mendoakan diri sendiri cepat mati itu sendiri hukumnya haram, apatah lagi mendoakan orang lain cepat mati.. kecuali la jika ada perkara2 yang dibenarkan syarak spt orang itu seorang penzalim, penjahat dsb, yang mana dengan kehadirannya mengganggu kehidupan orang lain (ini termasuk dalam bab amar ma’ruf atau memperbaiki (islah) keadaan ummat).

Namun begitu, ada satu lagi doa yang lebih baik berbanding mendoakan orang supaya cepat mati, iaitu berdoa semoga Allah mengurniakan hidayah kepadanya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jika kekurangan itu dapat diperbaiki, insyaAllah, kebaikan yang ada padanya akan dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk kebaikan dirinya dan orang lain.

Berbalik kepada kes yang saudari kemukakan di atas, apa yang Ustaz Love nampak, sang ibu itu adalah seorang yang telah berputus asa dalam hidupnya. Sedikit tekanan menyebabkan beliau tidak dapat berfikir secara waras, sehinggakan tergamak nak menyalahkan kelahiran anaknya yang masih kecil. Tahap ini lebih teruk daripada tahap menyalahkan diri sendiri, kerana seorang yang menyalahkan diri sendiri itu biasanya menyedari kekurangan diri (tetapi tak mampu / tak mahu mengubahnya kepada lebih baik), sebaliknya seorang yang suka menyalahkan orang lain itu sebenarnya langsung tak nampak akan kekurangan diri. Bila dah tak nampak kekurangan pada dirinya, agaknya bila dia akan mengubah atau memperbaiki kekurangan itu?

Kebiasaannya mereka yang suka menyalahkan takdir (spt menyalahkan kelahiran anak) adalah mereka2 yang jauh daripada agama. Mereka tiada tempat untuk berpaut, ataupun berpaut pada dahan nan rapuh lagi sayu (T – T).. Apabila diuji dengan masalah, mereka akan keluh kesah dan gelisah, tapi bila diberikan kesenangan, mereka2 inilah yang akan menjadi seorang yang bakhil kedekut tahi hidung masin.

Bagi mereka2 yang kuat berpegang kepada agama dan yakin pada Allah, segala ujian nikmat dan ujian kesusahan, maka dikembalikan pada Allah. Ini akan menjadikan mereka sabar dan redha terhadap ketentuan yang Allah berikan.. tak menggelabah, tak gelisah, tak buntu, tak rasa tertekan dsb..

Jika berlaku sebarang masalah, muhasabah dulu diri sendiri. Kadang2 kita lupa nak muhasabah diri sebab terlalu sibuk nak muhasabah diri orang lain (mengumpat, fitnah, mengadu domba dsb). Mungkin juga kesusahan itu (masalah kewangan dsb) adalah akibat daripada kesilapan kita sendiri. Sama juga dengan kelahiran anak, ia merupakan anugerah daripada Allah. Kenapa waktu sedap2 nak buat anak (semasa melakukan hubungan seks), ibu tu tak terfikir pun pasal masalah? Time sedap, lupa diri. Time dapat anak, anak pulak yang disalahkan. Sungguh keji perangai ibu bapa yang sebegini.

Para ibu bapa kena sedar, anak itu hadir bukan untuk menyusahkan.. sebaliknya memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.. sebab itu anak itu dipanggil cahaya mata.. dan sebab anak juga selalunya dijadikan alasan para suami untuk bernikah lagi (sbb isteri mandul contohnya). Bahkan buah dada ibu yang dulunya tiada apa2 isi, sebaik saja anak dilahirkan, maka susu pun mengalir laju je keluar.

Jangan menyalahkan takdir, apatah lagi menyalahkan kelahiran anak.. cepat2 la menyesal berfikiran dan bersikap sebegitu, sebelum tiba waktunya dah terlambat nak menyesal, bila waktu menyesal itu ibu bapa dah berada di rumah orang2 tua, atau dibuang di tepi jalan. Belajar menghargai kalau nak dihargai.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. macam2 manusia ada atas dunia.. macam2 ujian yg mereka hadapi.. ujian yg sama, belum tentu kita berjaya, belum tentu orang lain gagal 😉

  1. Salam…sya nak kongsi sikit cerita saya,ni cerita dari kwn sya lah…mak dia slalu aje ckp/doakan yg x elok..mcm anak dara tua lah apelah…sikit2 bila mak dia marah jer mesti dia akn sebut andartu…ape dia teringin sgt ke nk tgok anak nye dgn gelaran andartu…hemmm…

  2. salam ustaz,ini ksh sye,sye mmpyai ayah tiri,die slalu mendera mak saye dan sye,die juga seorang pnagih.kalau die tkbleh dpt ap yg die nk die akn lpskn pd sye dn mak sye.tp brkt doa ayah tiri sye berubh mnjd seorang ayah yg baek..tp smue th hnye smentare,die kmbli mnjdi pnagih.die hlngkn diri sdh 2 bln.dn sye tau die akn pulng ble2 mse shje.trus terang sye dh pnat jd mgsa tengking dan pns brn die.dn sye tk sngup tgk mk sye mngs lg kerana ayh tiri sye.sye berdoa die agr die mati spye kmi tk hdup dlm penderitaan lg..dan stu lg alsn sye doa bgtu,sye tknk ayh tiri sye trus trusan mlakukn dose.lgpun sye ksian dgn die,die tiada ibu dan ayah dri kecil,dan ahli kuargeye jg mgusir nya.hanye sye dan mak serte adk sye dpt trime ye..tp die sie2 kn.ustz sye dh tk than dgn pragai panas baran ayah tiri sye.

    1. Sebaiknya saudari berbincang baik2 dengan mak. Jika mak sendiri tak sanggup nak berpisah dengan ayah tiri, tiada apa yang mampu saudari lakukan melainkan terus berdoa dan banyakkan bersabar. Jika mak saudari sanggup berpisah dengan beliau, jangan berlengah lagi. Pergi ke mahkamah syariah dan failkan permohonan cerai sama ada secara taklik khuluk, fasakh dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme