Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Hukum Mencuri Nafas Semasa Mengaji

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ofadz :

Salam. Ustaz, saya nak tanya, apa nas dan dalil berdosa dan haram kita curi nafas bila mengaji? Terima kasih ustaz di atas pencerahan

Setakat pengetahuan Ustaz Love, Ustaz Love belum pernah lagi berjumpa dengan mana2 dalil atau nas daripada al-Quran mahupun hadis yang mengharamkan kita mencuri nafas semasa mengaji. Namun, jika tiada nas sekalipun (ataupun mungkin ada, tapi Ustaz Love belum terjumpa.. jika ada sesiapa yg dapat membantu, Ustaz Love sangat alu2kan), adakah boleh kita membaca al-Quran dengan cara mencuri nafas?

Sebelum kita masuk bab hukum, kita kena memahami bahawa setiap ibadah itu ada kaedah yang tersendiri yang warid (bersumber) daripada Nabi s.a.w.. kemudian disusun oleh para ulamak mazhab mengikut kaedah2 tertentu untuk memudahkan kita (sebagai orang awam) memahami dan mengikutinya. Sebagai contoh, dalam mazhab Syafie dinyatakan bahawa rukun solat itu ada 13.. tetapi, bila kita semak dalam hadis, tiada hadis pun yg menyatakan bahawa rukun solat itu ada 13. Adakah ulamak2 mazhab Syafie mereka2 atau membuat bid’ah? Tidak sama sekali. Bahkan datangnya angka 13 itu adalah daripada kaedah istinbat hukum daripada hadis2.. dari situ mereka membezakan mana satu hadis yg menerangkan bahawa ianya rukun solat, sunat2 dalam solat, perkara2 yg membatalkan solat dsb.

Begitulah juga dengan membaca al-Quran ini. Prinsip2 dan kaedah2 pembacaan al-Quran telah diterangkan oleh para ulamak dan qurra’ (qari) melalui kaedah tertentu, iaitu mempelajari al-Quran secara syafahi (mulut ke mulut) dan bertalaqqi. Tiada satu kaedah pun yang lebih baik untuk mempelajari al-Quran melainkan melalui cara berguru secara berdepan (atau mungkin menggunakan kaedah moden spt video conference yang kita boleh lihat dan dengar serta boleh menerima pengajaran secara langsung). Ini kerana proses belajar membaca al-Quran ini adalah melibatkan pancaindera mata, mulut dan telinga. Kena tengok dan dengar, kemudian ikut membaca. Ada antara bacaan al-Quran yang tidak boleh difahami melalui sesuatu kaedah tertentu, sebaliknya kena tahu melalui kaedah sima’ie (mendengar). Terutamanya bila melibatkan ayat2 tertentu yang ada bacaan Qiraat.

Berbalik kepada persoalan saudara tadi, konsep mencuri nafas semasa membaca al-Quran adalah menyalahi peraturan membaca al-Quran yang sebenar. Ini kerana, mencuri nafas itu bermaksud memutuskan nafas dan menyambung kembali pada tempat yang tidak dibenarkan waqaf (memberhentikan bacaan). Ia berbeza dengan terputus nafas (sama ada pada pertengahan ayat atau pertengahan perkataan), kerana ia masih lagi mengikuti peraturan waqaf dan ibtida’, jika memulakan kembali bacaan pada tempat yg betul.

Mencuri nafas semasa membaca al-Quran, sekalipun tidak berdosa, tetapi ianya tidak menepati kaedah membaca al-Quran (seperti yang kita dapat melalui kaedah syafahi dan talaqqi). Dan ia mencacatkan bacaan kita. Seumpama seorang penyanyi yang tarik suara tinggi masa korus, tiba2 nafas tak cukup, kemudian dia ambil nafas dan sambung balik.. dah tentu nyanyiannya akan menjadi sumbang. Begitu juga dengan bacaan al-Quran yang penuh dengan keseniannya, akan menjadi sumbang dan cacat jika mencuri nafas.

Membaca al-Quran bukanlah seperti kita membaca buku cerita. Membaca al-Quran itu kena berlagu (tetapi jangan buat lagu dondang sayang plak) spt mana yang disuruh oleh Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis. Nak melagukan al-Quran, kena ikut kaedah dan prinsip2 lagu tersebut (masa bila nak kena bawak lagu rast, nahwan, sikah, dsb).. dan kesempurnaan bacaan berlagu ini hanya dapat dicapai sekiranya kita mempunyai nafas yang panjang (tidak semput). Itu asasnya. Bayangkan kalau Syeikh Masyari Rashid al-Affasi atau Syeikh Saad al-Ghamidi mempunyai nafas yg pendek, dah tentu mereka tak dapat nak melagukan bacaan al-Quran yang menarik perhatian para pendengar.

Sebab itu, untuk menjadi seorang qari (terutama para imam solat) yang bacaannya bukan setakat sedap di telinganya, bahkan sedap di telinga orang lain, hendaklah berlatih memanjangkan nafas. Selepas selesai bab nafas, insyaAllah, mudah nak belajar bab lagu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum ustaz,…

    hurm kita tak curi nafas tapi selalu terputus nafas,..huhu…tapi akan sentiasa berusaha utk memanjangkan nafas..

    tq ustaz

    1. Waalaikumussalam…

      Terputus nafas tu biasa.. cuma, kena tahu nak mulakan balik dari mana supaya ayat yang kita baca itu tak lari maksudnya ;)

  2. Assalamualaikum, Ustaz… Sy terdapat sedikit kemushkilan. Sy nk tanya ustaz tapi kat mne ye??? Maksud sy private. Terima Kasih

      1. tak faham makna dia..jd cane nak bg tak lari makna? biasa kalau pts nafas abiskan kat huruf yg ‘ha’..atau abiskan satu perkataan dia yg bersambung tu..betul tak ustaz?

        1. Ustaz Love pun tak berapa faham soalan yg ditanyakan ni.. cuma kalau contoh yg lari makna disebabkan putus nafas dan tidak memulakan kembali bacaan di tempat yg betul (ibtida’) spt dalam surah al-fatihah :

          صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

          Kalau kita putus nafas kat غَيْرِ dan kita tak mulakan balik bacaan dengan mengambil dari غَيْرِ, tetapi kita mulakan dengan ٱلْمَغْضُوبِ, maka bukan setakat menyalahi kaedah waqf dan ibtida’, tapi boleh menyebabkan maksudnya tidak dapat difahami.

          1. oo..sy phm..tp makna nya taktau.kalau refer tafsir pon x semua boleh tau..bahasa arab lupe dah..huhu.mengaji berguru pastu tanda kat mana perlu start balik kalau putus nafas.tq ustaz

  3. Assalam , saye nak tanye . kalau kite pernah mencuri . lepas tu bile kite taubat kite wajib bayar balik dekat tuan dia kn ? macam mane jike kite takut nk berterus terang ? saye ad dengar ustaz kate boleh pkai surat/kertas . boleh tak kalau kite xtlis name dekat surat/kertas tu ? Thnks .

    1. Salam…

      Bergantung kepada maslahah (kepentingan) untuk berterus-terang itu.. jika dengan berterus-terang, akan menimbulkan permusuhan atau perkara yg lebih buruk (cthnya kena tumbuk ke, putus hubungan atau kena tangkap polis), maka lebih baik tidak berterus-terang. Jika kita yakin beliau berhati lembut, maka adalah lebih baik berterus-terang dan meminta maaf secara berhadapan..

      WA

  4. Salam

    Saya tidak tahu bahasa arab. Ada tak cara atau panduan supaya saya tidak berhenti di tengah ayat dan kemudian menyambungnya dengan salah.

    Saya selalu berhenti di tengah ayat kemudian tak tahu nak sambung dari mana. Harap ustaz boleh bagi panduan. Terima kasih

  5. Assalamualaikum. Sekadar perkongsian..
    Kalau kita tak faham bahasa arab, kita boleh berenti kat mana2 perkataan asalkan takde simbol lam alif kecik.. then kita sambung balik dengan menyebut semula perkataan yg kita stop tadi. Simbol lam alif kecik tu menunjukkan tak boleh berhenti.. jadi perlu juga kita tahu simbol2 lain dlm alquran rasm uthmani. Quran rasm uthmani banyak memudahkan kita esp bagi kita yg tak pndai bahasa arab mcm saya :)

  6. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya. Apa hukum kalau kita baca, contohnya surah pendek seperti surah al-Ikhlas, dengan satu nafas tapi di setiap akhir satu ayat itu dimatikan? maksud saya satu ayat itu dimatikan tetapi nafas tidak berhentikan dan ayat kedua terus dibaca?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× three = 27

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site