I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Drama Bercampur Aduk Dengan Maksiat

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Pn. Nora :

salam ustaz,

Apa kata ustaz ulas pasal isu menutup aurat. Saya tengok artis2 sekarang ni macam tak takut je dengan hukuman Allah. Terbaru fasha sandha pakai seksi dedah belakang badan, zarina tu sanggup dibayar dengan harga yg tinggi demi memperagakan tubuh badan. Saya yg tengok ni pulak rasa takut dan berdosa.

Anak2 saya umur 4 tahun, kalau tgk artis2 dikaca TV pun pandai cakap.. ee seksi berdosakan ummi. Artis dimalaysia dah macam barat bila ada je anugerah mula masing2 berpakaian tak cukup kain. Apa pendapat ustaz buat drama yg lakonanya ada yg tidak menutup aurat, pegang2 tanganโ€ฆ senang citer drama cinta elysaโ€ฆ pastu penghujungnya.. Terima kasih Allah. Betul tak cara tu. Terima kasih ustaz.”

Jika nak cerita pasal artis yg menutup aurat, setakat boleh cerita je la.. sbb ustaz ustazah pun ramai lagi yg belum sempurna menutup aurat.. jadi, apalah yang diharapkan dengan artis supaya dapat menutup aurat dengan sempurna. Namun, Ustaz Love tak dapat nafikan pengaruh besar yang dibawa oleh golongan artis ini.

Mungkin kita boleh ambil kes Wardina Safiyyah sebagai contoh.. rasanya tak perlu la Ustaz Love ulas bagaimana beliau pada zaman silamnya (Ustaz Love satu batch dgn beliau), cuma Ustaz Love nak ulas bagaimana besarnya impak seorang artis itu bila dah mula berubah. Perubahan yg Ustaz Love maksudkan di sini adalah perubahan pemakaian, iaitu beliau memakai tudung. Asbab beliau bertudung, maka pada masa tu ramai orang dah mula bertudung.. tudung Wardina (masa tu beliau pakai tudung wanita turki) telah menjadi laris.. begitu juga dengan kemunculan artis bertudung seperti Waheeda Wassini, Irma Hasmi, Diana Amir dll, maka ia memberikan impak yg bukan sedikit kepada masyarakat.

Sebenarnya, mereka2 yg membuka aurat ini kebanyakan beranggapan dengan membuka aurat itu lebih menyerlahkan lagi kecantikan mereka. Takde la mereka nak tayang rambut kalau orang kata rambut beliau macam Hantu Kak Limah ke, atau nak tunjuk kurap yg ada kat leher ke dsb (walaupun ada yg jenis tak kisah.. perut dah berlipat2 pun masih ada hati nak pakai ketat.. kihkih).. sebaliknya semuanya itu untuk menyerlahkan keanggunan dan kecantikan.. Macam artis, mereka ini menjadi lambang kecantikan dan gaya.. apa artis pakai, kita pun nak pakai (sekurang2nya, kalau tak jadi artis pun, boleh gak perasan ala artis).. sebab tu kalau terjumpa artis, ramai yg nak minta autograph (kalau zaman dulu2 la) atau bergambar sekali.. lepas tu tulis kat blog, letak gambar dengan artis.. betapa bangganya rasa hati.. Ustaz Love pun pernah terserempak dengan artis, tapi tak tergamak nak bergambar dengan beliau.. sbb beliau adalah artis wanita.. dan beliau adalah Adibah Noor.. tetapi beliau tetap senyum je kat Ustaz Love (perasaan Ustaz Love je kot? kihkih)..

Sebab itu, bila artis buka aurat nampak macam cantik, gorjes, canggih dsb, maka ramai yg nak mengikut.. bila artis2 mula bertudung, nampak lagi cantik plak mereka bertudung.. maka ia memberi kesan kepada pengikut2 dan peminat2 mereka untuk sama2 cantik bertudung.. mcm Irma Hasmie, Diana Amir, Catriona Ross dll.. makin cantik bila bertudung..

Jadi, pada permulaannya, peminat2 artis ini pun bertudung sbb nak ikut artis pujaan mereka, berubah kepada pakai tudung nak nampak cantik.. lama2 bila dah biasa bertudung, rasa macam tak selesa kalau tak bertudung.. kemudian bila dah bertudung, maka selalu la singgah masjid / surau nak solat.. bila dah melepak lepas solat, ada plak tazkirah ke, ceramah ke.. bila hari2 dengar tazkirah, lama2 rasa insaf hadir dalam hati.. tutup aurat pun bukan sebab nak ikut artis atau nak nampak cantik dah.. tapi semata2 kerana nak ikut perintah Allah.

Sebab itu, keikhlasan ini bermula dengan istiqamah.. jangan harapkan ikhlas pada ibadah yg kita tak pernah buat.. atau jarang2 buat.. hanya dengan istiqamah (berterusan melakukan amalan), akan melahirkan istikhlas (sifat ingin mencari dan menghadirkan keikhlasan).. contohnya dah istiqamah solat Dhuha, bila tak buat hati akan berasa resah.. dan akan sentiasa mencari2 peluang untuk melakukannya, dan hati akan teringat2 nak menunaikannya.. insyaAllah, daripada situ barulah akan lahir keikhlasan dalam beramal.

Bab artis seksi dan malam anugerah, ia memang dah jadi suatu kebiasaan yg berkait.. sbb industri perfileman negara kita ini nak menuju ke arah Hollywood (kononnya mereka dah maju).. makin maju, makin pelik.. sbb tu sampai sekarang kita susah nak terima, kalau masa belum jadi pelakon dulu, masa hidup susah, boleh je pakai pakaian labuh.. bila dah makin kaya, makin tak cukup kain plak.. itu bab yang memang seksi.. tak masuk lagi yg dah bertudung, umur pun dah lanjut tapi perangai tak senonoh (merujuk kepada seorang pengacara majlis)..

Jadi, buat masa ini, sangat terhad sumbernya kalau nak jadikan artis dan industri perfileman sebagai modal nak melakukan kebaikan.. walaupun matlamatnya baik, tapi kaedahnya memang tak boleh diterima.. macam cerita 3gp yg berniat nak memberi pengajaran kepada wanita agar tidak terpedaya dengan janji lelaki, tetapi menggunakan elemen2 seks untuk menjadikan jalan cerita menarik.

Ada juga yg cuba menerbitkan drama2 keagamaan.. ada yang berjaya, tak kurang juga yang gagal.. setakat ni, yg berjaya adalah seperti drama Nur Kasih, drama Tanah Kubur dan juga beberapa rancangan keagamaan seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Akademi al-Quran dsb.. genre agama ini memang menjadi pilihan masyarakat kita sbb ia sesuai untuk semua peringkat umur.. yang tak ok nya, bila rancangan agama, tapi isu2 di dalamnya banyak melanggar peraturan agama.. anak menengking mak ayah, ibu berzina, ayah tak bertanggungjawab, anak perempuan mengandung luar nikah dsb.. agak susah nak mencari falsafah kebaikan di sebalik filem2 keagamaan.. itu belum masuk watak2 ustaz yang suka menggatal, watak ustazah yg curang dsb..

Mungkin dah tiba masanya pihak2 yang berkaitan dgn agama (spt JAKIM, Jabatan Agama, NGO2 Islam dsb) menumpukan usaha untuk menerbitkan filem2 berunsur keagamaan ini.. dengan filem, dakwah itu lebih mudah masuk.. sbb setiap orang ada TV kat rumah.. jika dibiarkan patung Hindu (melalui filem Bollywood), berhala Jesus (melalui filem2 Hollywood) atau berhala Buddha (melalui filem2 Thai) masuk ke rumah2 orang Islam (melalui rancangan / filem yg ditayangkan di TV), maka tak perlu nak risau la pasal statistik murtad yang semakin meningkat di kalangan umat Islam.. memang takkan menurun..

Sementara itu, bagi ibu bapa, mereka kena mengawal rancangan apa yg sepatutnya ditonton oleh ahli keluarga.. jangan letakkan TV di bilik anak2.. kalau nak tengok TV, tengok sama2 kat ruang tamu.. supaya ibu bapa dapat menapis rancangan mana yg patut dilihat.. jangan plak anak dah sebut2 wanita tu seksi, haram dan berdosa (sbb ustazah bagitau kat sekolah rendah agama), mak ayah buat tak tahu je.. tukarlah kepada rancangan yg lebih sesuai..

Begitu juga jika menonton filem2 yg punya pengajaran, tetapi ada part2 yang tak elok spt berpegangan tangan, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberitahu kepada anak2 yg sama2 menonton filem itu, bahawa perbuatan itu adalah haram dan dilarang dalam agama.. jangan senyap je (sbb nak dengar dialog pelakon).. anak2 nak bertanya pun tak boleh..

Soal pelakon tak takut dosa tu, Ustaz Love pun tak berani nak komen.. biarkanlah urusan mereka itu dengan Allah.. tanggungjawab kita adalah untuk menjaga diri dan ahli keluarga daripada sebarang dosa dan maksiat.. sbb diri kita sendiri yg akan menanggung dosa, dan diri kita sendiri yg akan dipertanggungjawabkan di akhirat.. dalam pada masa yg sama, kita jangan lupa berdoa, semoga Allah memberikan hidayah kepada kita dan mereka.. mungkin juga asbab doa peminat2 mereka itu, Allah makbulkan dan memberikan hidayah kepada mereka ๐Ÿ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
    1. kalau ikutkan memang kena tangkap.. sbb berpakaian tak senonoh di khalayak ramai.. mungkin ada kaedah yg lebih baik drp menangkap ๐Ÿ˜‰

  1. Salam Ustaz,

    Terima kasih atas ulasan tu sangat terbaik. Saya pun belum sempurna menutup aurat tapi InsyAllah akan diperbaiki. Ya ustaz, saya bila kat umah jd ustazah plak pd anak2 sebab banyak benda yg takde manfaat dr yg bermanfaat. Kadang2 saya layan gak citer industan pastu anak tanya kenapa dia bercium(pakwe/makwe)…, saya jawab sebab dia sayang… hehe…tepaksa tukar channel lain… saya juger lbh suker tgk artis bertudung nampak lbh cantik dan manis…

    1. Salam Pn. Nora..

      Alhamdulillah.. ibu bapa memang sepatutnya menjadi ustaz dan ustazah di rumah.. sbb anak2 lebih banyak masa di rumah berbanding di sekolah.. berbanding di sekolah, ibu bapa di rumah lebih banyak peluang untuk mendidik anak2 dengan lebih khusus ๐Ÿ˜‰

  2. Assalamualaikum, Saya berusia 18 selama sekolah saya tinggal dengan saudara di usia 18 th saya tidak tau siapa ayah saya bahkan untuk melihat wajahnya saya tak pernah singkat cerita saya di lahirkan tanpa ayah ibu saya gangguan jiwa saat mengandung saya keluarga pun tak ada yang tau hingga pada akhirnya tetangga menghina mencaci maki saat sy lahir tidak ada pernikahan tidak ada yang bertanggung jawab sampai saat ini sy bingung jika nanti saya nikah bagaima ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme