I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Curang Terhadap Kekasih

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ina :

Salam ustaz nak tanya tentang keterlanjuran. saya mempunyai sesorang kekasih. kami bercinta selama 2 tahun.saya dengan kekasih saya memang sudah terlanjur dan saya sangat sayangkan kekasih saya sehingga berjanji takkan pernah curang dengan orang lain. Masa’alah saya disini ialah apabila saya berada di luar negeri (menyambung pelajaran), kekasih saya pula tinggal disini. pada suatu hari tu saya ada bertemu dengan kekasih lama saya sehinggakan saya terlanjur dengan si dia tanpa saya sedari. selepas kejadian itu saya benar-benar menyesal dan selalu susah hati. saya tidak tahu apa patut saya lakukan?. saya menyintai kekasih saya tetapi saya merasa berdosa terhadapnya dan tidak sanggup untuk berhadapan dengannya kerana saya telah terlanjur dengan orang lain. Apa yang patut saya lakukan?patutkah saya berterus-terang padanya?dia pernah mengatakan pada saya bahawa jika saya berlaku curang dia terpaksa meninggalkan saya tapi saya tidak sanggup melepaskannya. adakah perkara yang sama akan di lakukannya?terima kasih.

Apa sudah jadi ni saudari? 2x terlanjur dengan 2 orang lelaki? Ini bukan perkara main2 dan mudah2 saja nak kata ‘ter’lanjur. Ini merupakan perbuatan zina dan berdosa besar. Jangan sekali2 saudari memandang perbuatan zina ini sebagai benda yang kecil. Kesannya sampai ke akhirat saudari akan menanggungnya.

Dalam kes saudari ini, saudari tak perlu nak fikirkan pasal orang lain (kekasih) dulu.. saudari lebih patut fikirkan pasal diri sendiri. Ustaz Love nampak daripada tulisan saudari yang kekesalan saudari itu bukanlah daripada kekesalan kerana melakukan zina, sebaliknya kesal kerana perbuatan zina itu dilakukan tanpa pengetahuan kekasih sekarang dan serba-salah sama ada nak bagitau atau tak. Macam mana kalau saudari tiada kekasih baru, adakah saudari akan rasa menyesal seperti sekarang sekiranya melakukan zina dengan bekas kekasih atau sesiapa saja? Ini bukanlah bertujuan untuk menyindir dsb, sebaliknya untuk sama2 saudari fikirkan, apakah dasar kekesalan saudari itu.

Ini bukan kali pertama saudari berzina (jika nak dikatakan saudari tak sedar, tak sengaja, tersalah dsb). Ingatlah azab Allah terhadap para penzina. Bertaubatlah sementara masih ada peluang. Itulah satu2nya perkara yang saudari perlu ambil berat buat masa ini. Bertaubat.. bertaubat dan teruskan bertaubat. Fikirkan pasal dosa yang telah saudari lakukan, bukan sibuk nak fikir pasal perkara yang belum berlaku (penerimaan kekasih baru).

Bila dah bertaubat nasuha, maka kekalkanlah taubat itu dan jauhilah zina serta perkara2 yang boleh menyebabkan kita hampir kepada perbuatan zina spt berkhalwat, dating, bercakap perkara2 yang mengghairahkan dsb. Susurilah taubat dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti solat, zikir, baca al-Quran, doa, sedekah dsb. InsyaAllah, amalan2 ibadah yang dilakukan akan memperkukuhkan lagi azam saudari untuk bertaubat.

Berkenaan dengan masalah saudari sama ada nak bagitau atau tak kepada kekasih sekarang tentang perbuatan zina itu, bagi Ustaz Love, tak perlu bagitau apa2 pun kepadanya. Simpanlah aib saudari itu kemas2, jangan heboh2kan. Saudari juga jangan sekali2 melepaskan rasa bersalah itu dengan melakukan zina lagi dengan kekasih baru (memandangkan saudari juga menyatakan yg saudari berzina dengan beliau). Cukuplah apa yang saudari lakukan sebelum ini. Bertaubatlah, sebab itu yang paling penting untuk saudari lakukan buat masa ini.

Jagalah diri.. jagalah maruah.. kesiankanlah kepada ibu bapa saudari.. jangan ikutkan sangat hawa nafsu.. Ustaz Love doakan semoga Allah memelihara saudari dan memberikan kekuatan kepada saudari untuk keluar daripada masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
  1. bab2 terlanjur mcm dh jd suatu yg sgt biasa dlm masyarakat malaysia hari ni, sampai dh tak de beza dosa besar dosa kecik…dunia akhir zaman …moga2 kita semua sentiasa dilindungi dari dosa2 besar…amiin

    1. zina pada masa kini adalah seumpama makan kacang.. mudah je makan, lepas tu buang kulit bersepah2..

  2. hmmm…bukan takot dah wat salah nga Allah tapi takot wat salah nga kekasih lak…semoga dapat hidayah dan terbuka hati nak bertaubat..

  3. tak boleh percaya dengan penggunaan perkataan ‘ter’ sebab perkataan ‘ter’ tu kan tidak di sengajakan..tapi kalau dah dua kali..mana datangnya ‘ter’ tu…

    1. kalau sekali pun, memang takde istilah ‘ter’ untuk berzina ini.. sbb zina bukanlah suatu perkara yg boleh dilakukan dengan tak sengaja mcm terkentut, terberak, terkencing dsb. Ia memerlukan banyak usaha spt membuka pakaian, bercumbu, ereksi dsb.

      1. btol2..xde ter pun..even lau nak g ke tmpt zina(hotel) xkanla TER jugak..huhu…smoge Allah kuatkna iman kite semua πŸ™‚

        1. kalau sebut ‘TER’ tu, nampak la macam sopan sikit.. seolah2 macam tak salah sangat πŸ˜€

  4. kesian pompuan ni..takde lelaki baik yg boleh membimbingnya..dua2 lelaki suka je ‘melanjur’kan diri dgn nya..

    dan pompuan ni pun salah jugak..walaupun bijak (belajar kat luarnegara) tp kurang ilmu agama..

    semoga masih sempat bertaubat n jumpa lelaki yg baik suatu hari nnt.. πŸ™‚

  5. SUBHANALLAH…. Semoga ALLAH sentiasa melindungki kita dari dosa2 besar …… dan kepada Ina saya doakan semoga ada niat utk bertaubat…. dosa besar tu dek…..

  6. assalamualaikum ustaz, saya ad soalan. sy penah terlanjur dengan kekasih, dan dah bertaubat. saya sudah meninggalkan pekara tersebut. saya dan kekasih berpisah kerana ingin sama2 bertaubat. masalahnya sekarang, saya ingin bekas kekasih mengahwini saya. namun bekas kekasih bertunang setelah berpisah dgn saya dan menyuruh saya melupakannya serta bersabar dengan dugaan ini. saya pula tidak dapat menerima tindakan bekas kekasih yg terburu2 akan berkahwin. saya merasa tertekan dengan keadaan ini dan bertindak menganggu hubungan mereka dengan mengaibkan bekas kekasih saya tentang ketelanjuran saya. saya rasa berdosa kerana saya telah bertaubat namun masih lagi membuka aib orang. namun setiap kali saya tertekan saya terus2 menggangu hubungan mereka. apa yg patut saya lakukan ustaz. saya ingin berkahwin, malangnya tiada siapa yang sudi berkahwin dengan saya, tambahan pula saya merasa rendah diri dengan keadaan diri saya. saya seperti putus harapan ustaz. salahkan saya berusaha untuk dijodohkan dengan bekas kekasih walaupun caranya membuka aib kami berdua?

    1. waalaikumussalam..

      memang kusut masalah ni.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry πŸ˜‰

      1. tq kasih ustaz. saya betul2 serabut sekarang. saya rasa bersalah membukai aib ini terhadap tunang bekas kekasih tetapi saya terus trusan melakukan dan bercadang untuk memberitahu keluarga bekas kekasih. saya cuba melupakan niat saya bagaimanapun bila sy terlalu memikirkan bekas kekasih akan berkahwin dalam masa terdekat saya berazam akan membuka aib kami kepada keluarga bekas kekasih

        1. Saudari kena banyakkan bersabar.. jangan ikutkan sangat perasaan.. dekatkan diri dengan Allah.. insyaAllah, Ustaz Love cuba cepatkan jawab soalan saudari ni πŸ˜‰

          1. bukan sy tak nak sabar ustaz. tapi sy tak pandai nak kawal emosi. harini saya ganggu mereka lagi ustaz. sy rasa hilang arah sangat. sy dah cuba bangun solat malam tapi siang hari hati saya tetap ada perasaan marah. saya rasa terainaya ustaz walaupun sy sedar apa yg terjadi salah saya juga

          2. kena kawal emosi tu.. jangan biarkan ia menguasai diri.. kelak kita juga yg menyesal nanti πŸ˜‰

  7. ustaz saya tak boleh kawal emosi saya. sy dah pun membuka aib kami kepada keluarganya. sy sampaikan melalui facebook. setiap hari sy buka blog ustaz dgn harapan ada entry pasal pekara ni. sy terlalu sedih ustaz. sy juga membuka aib kami kepada rkan2 tunang bekas kekasih. bekas kekasih meminta sy menghentikan perbuatan saya, namun saya nekad. saya juga bersumpah akan menggangu mereka sekiranya mereka akan berkahwin nanti.

  8. Ustaz saya mempunyai masalah yang sama dengan saudari Ina diatas… Perbezaannya cuma kekasih saya ingin mengahwini saya tahun depan. Adakah saya harus memberitahuinya? Saya dengan kekasih pernah “bersama” dan dia telah bertaubat lalu ingin mengahwini saya dan menjaga saya. Namun bergitu saya berdosa besar sekali lagi apabila bersama dengan kawan saya… Saya berazam nak bertaubat tetapi adakah adil bagi saya mengahwini kekasih saya padahal saya sudah curang kepadanya… Saya menyayanginya, ustaz, saya ingin menjadi isteri yang baik baginya tetapi apakah seharusnya saya buat?

    1. Pertama sekali saudari kena bertaubat..bkn semata2 azam nk bertaubat saja. Taubat nasuha..tinggalkan pwrbuatan maksiat tu dan menyesal serta berazam sungguh2 tak nak berzina lg. Seterusnya saudari simpan saja kisah zina saudari itu. Jgn diceritakan pd sesiapa pun dan teruskanlah niat untuk bernikah dan belajar serta berusahalah drp skrg untuk menjadi wanita solehah sblm bergelar seorg isteri.. WA

  9. aku lg best , kekasih aku bt dgn org lain , bg ksucian kt org lain . Xtau la nak ckp ape dah . Ape jenis mnusia la ad kt dunia skrg ni . Lepas 2 dye ckp still syg aku n kwn dye plk blh back up dye n ckp kt aku klu si laki yg bt dgn bekas kekasih aku 2 dh xnk kt dye pmpn 2 akn cri aku jugak sbb dye syg kt aku sgt2 . Npk sgt suh aku bhrp , xtau ke hati aku ni ngah hancur :’) . Klu dh syg kt aku xkn la sggp bt dgn org lain n dye ckp bnde 2 tbe2 trjadi cm2 je . Mudahnye bkate2.. Cube bg cdgn ape yg ptt sy bt tntg kes ni . Serius sikit eh bg cdgn 2 ^^

  10. Salam ustaz..saya pernah tinggalkan kekasih lama dan bercinta dgn kekasih org..tp skrg kmi bercinta setelah sy tgglkan kekasih lama dan dy pn sama..tetapi kekasih lama sy seakan berdendam dan selalu ckp dy hrap karma jd pd diri saya..dan selalu rasa setba salah kpd belas kekasih bf skrg..adakah btul kifarah akan berlaku sbg cth adakah sy jg akan ditinggalkan sbb sy prnah sakitkan hati org lain

  11. salam ustaz…slma 4 thun knal tunang die xpnah buat hal.. satu hari sy kluar dgn kwn llaki dn prpuan.. die nk mrah so die buat hal ..die brcinta dgn pekerja nye.. okey,..skrg kitorang dah brbaik..so .. sy xblh nk trima hakikat yg die brcinta dgn puan tu.. ya allah.. ape prlu sy buat utk trima hakikat. kami brdua cuba baiki blk hbgan kitorg.. okey..msalah skrg ialah mcmana nk trima dgn ikhlas sbb ari2 brmain dlm kpala yg die bcinta dgn puan tu..sy xblh nk trima hakikat.. slgi puan tu kerja lg ngn die n jnji x kn gatal dgn tunang sy..blh prcaya ke.. plez..jiwa tidak tenang dn x blh trima hakikat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme