I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Ibu Bapa Dan Kekasih

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Siti :

Assalamualaikum ustaz,,
sy sekarang tgh m’hadapi masalah dgn mak n abah sy…sy x tau kenapa mak abah sy buat macam nie…sy x tau apa salah sy..kadang2 sy rasa terabai sgt2..sy dah lama pendam prasaan dgn apa yg mak abah dh buat…kemarin sy telefon mak tanya rlst upsr adk mcm mn…mula2 ckp elok ja cerita mcm2 la…abis 2 mak ckp kat sy knp gna 2 handphone abah marah mak sbb bagi sy gna 2 phone…sy pon geram la knp abah x marah sy sndri…knp nk marah mak plak…dah 2 saya ckp la kat mak “laaa knp nk marah plak” sebelom nie saya guna 2 phone x dak masalah pon..knp sekarang baru nak marah2…sy x paham knp sejak2 nie mak n abah suka cari kesalahan sy..kadang2 benda kecik pon depa kait2kan hinggalah besaq…sy da nyatakan hasrat sy ingin b’kahwin dgn seorg lelaki yg masih lg blajr…mak x setuju….abah plak bila tau sy kawan dgn laki ,,dya nak bg kawin terus sbb abah x suka anak2 dya kawan ngan laki…kemarin sy dlm x mampu nk kawal prasaan sy ckp kat mak,,,knp la x mau bg sy kawin kalau dah x suka n nak sgt cari pasal ngan sy..??dah 2 mak marah…mak ckp “awat laki 2 bleh bg apa kat ang yg ang nak sgt kawin awai2 nie….sy snyap ja la x kata apa…sy takot nnt bila saya ckp lg mcm2 mak sy kat….mak kata lg kat sy “ang mmg x b’syukur lgsung org dh sara ang 20 taon ang nak lg kat laki 2..”lepas 2 mak terus letak telefon…saya rasa bersalah la….
saya rasa mcm nak kata ja kt mak “ya mmg laki 2 x leh bg apa2 kt sy skrg tp sekurang2nya laki 2 mampu bagi sy kebahagiaan…sy bkn impikan lelaki yg hensem2 n kaya tapi sy impikan lelaki yg mampu bawa saya ke syurga…kalaulah umi abah sara saya dgn kesenangan pon tapi saya x bahagia mcm mn???ust sy nmpk dlm keluarga saya bnyk sgt kekurangan dari segi hidup berkeluarga ikut Islam…knp mereka x leh nak terima pandangan saya sedangkan mereka menghatar saya mngaji agma….dgn ilmu yg saya ada,,sy nk la jgk b’kongsi ngan family saya dulu…kadang2 sy jelous tgk kawan2 sy yg lain bahagia ja ngan keluarga depa…bila sakit mak ayah depa dah risau dh..tp kalau sy nk kena tggu samapi teruk2 baru la nk b’ubat 2 pon skali 2 ja…sy dah x tau nak buat apa lagi sekarang…ust sy bkn nk masuk belah laki yg sy kawn nie,,,tp ust lelaki 2 mampu didik sy dgn agma n ilmu yg dya miliki….ya mmg skrg dya x mampu nk bg kesengan lg pd sy tp sekurang2nya dya mampu didik sy dgn syariat Islam…saya kebingungan x tau nk buat mcm mn lg dh…

Sekiranya benar pelajaran agama yg saudari belajar itu memberikan manfaat kepada hidup saudari, nescaya saudari tidak akan beranggapan buruk terhadap keluarga sendiri. Sepatutnya pelajaran agama yg saudari dapat membolehkan saudari membuat penilaian yang tepat terhadap segala keputusan yg saudari nak buat. Mungkin benar yang saudari masih muda dan mentah, tetapi bila dah ada keinginan nak kahwin ini, sudah tentu saudari ini seorang yang sudah lama mencapai akil baligh dan telah punya pemikiran yang matang.. sebab budak2 belum baligh, mereka ni takde nak fikir pasal kahwin2 ni.. main kahwin2 lepas main masak2 tu ada la..

Terus terang Ustaz Love katakan, Ustaz Love agak kecewa bila saudari membandingkan keluarga dengan seorang lelaki yg saudari cintai. Bagi Ustaz Love, perbandingan itu merupakan suatu perbandingan yg sangat tidak tepat.. jika saudari memahami apa yg diajarkan dalam ilmu agama yg saudari belajar itu, nescaya saudari akan mengetahui betapa lebihnya keluarga itu berbanding orang lain (Ustaz Love cerita bab ni sbb saudari belum bersuami.. kalau dah bersuami, itu lain kisahnya).

Tapi, itu semua selalunya dilupakan disebabkan tenggelam dalam alam percintaan. Jerat percintaan ini tak kenal siapa, ustaz ke, ustazah ke, cikgu ke, pekebun ke.. bila dah terpikat, maka kentut pun terasa wanginya.. menguap pun nampak comel.. korek idung pun nampak gentleman..

Sebab itu, bila seseorang itu bercinta, maka ada kalanya dia macam lupa diri.. lupa asal usul.. lupa agama.. lupa Tuhan.. Ustaz Love sampai sekarang tak percaya adanya istilah Islamic Couple.. bagi Ustaz Love, itu hanyalah istilah rekaan bagi menghalalkan perhubungan tanpa ikatan. Hakikatnya, sama saja.. kadang2 lebih teruk daripada yg couple ala2 tak Islamik..

Berbalik kepada masalah saudari ni, Ustaz Love tak nak ulas panjang pasal isu ibu bapa.. saudari boleh rujuk entry2 sebelum ini tentang pentingnya menjaga hati ibu bapa, mendapat restu dan redha ibu bapa dsb. Cuma mungkin sedikit yg Ustaz Love boleh ulas tentang tindakan bapa saudari itu sebaik mengetahui anaknya berkawan dgn lelaki..

Itu kemungkinan reaksi tanda tak setuju bila saudari menjalinkan perhubungan dengan lelaki.. kalau saudari fikir secara reverse psychology (pemikiran terbalik), itu tandanya bapa saudari nak suruh saudari memikir.. mana yg patut diutamakan.. adakah berkahwin atau fokus pada pelajaran. Kadang2, seorang bapa ni dia ada cara tersendiri nak menegur anak2nya.. Mungkin maksud beliau, lebih baik putuskan saja perhubungan saudari itu.. tetapi nampaknya, saudari lebih melihat bahawa lebih patut berkahwin daripada berhubungan dengan lelaki.

Ustaz Love nak fokuskan lebih kepada pandangan saudari terhadap lelaki tersebut..

Atas dasar apakah saudari boleh terlalu yakin yang lelaki itu adalah pilihan yang tepat untuk mendidik saudari? Adakah semata2 berdasarkan “ayat2 cinta”? Ataupun tingkah laku yang menawan? Ataupun apa?

Jika itulah yg saudari nampak, nampaknya saudari telah tersilap dalam membuat penilaian. Tiada orang yg lebih mengenali diri seseorang itu, melainkan dirinya sendiri. Orang lain mungkin nampak macam best je beliau tu, hakikatnya beliau saja yg tahu best ke tak best diri beliau tu. Macam Ustaz Love sendiri, mungkin ada yg nampak Ustaz Love ni macam hensem je berdasarkan penulisan dalam blog ni, tetapi hakikatnya, Ustaz Love yg lebih tahu diri ini hensem ke tidak =.=”

Jangan tersilap dalam membuat penilaian, terutamanya berkaitan jodoh ni.. Ia memerlukan penelitian yg sangat mendalam.. bukan semata2 menilai dari pandangan mata kita saja. Berapa ramai orang yg nampak mcm ‘alim’, tapi tak bertanggungjawab terhadap keluarga sendiri.. dan berapa ramai pasangan yg bahagia, walaupun suami isteri bukanlah ustaz mahupun ustazah.. kebahagiaan dalam perkahwinan sangat bergantung pada restu dan keredhaan ibu bapa.. kerana redha Allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa.. Kalau ibu bapa tak redha, Allah pun tak redha.. mcm mana saudari nak mengharapkan kebahagiaan dalam perkahwinan?

Itu satu bab.. bab yang lain pula, saudari kena teliti keutamaan yg perlu saudari dahulukan pada masa ini.. adakah patut mendahulukan perkahwinan, atau mendahulukan pelajaran? Walaupun kita dah berdenyut2 nak kahwin, tapi itu bukanlah semata2 alasan untuk bernikah. Nabi s.a.w. dah ajarkan, kalau tak mampu nak tahan nafsu, banyakkan berpuasa.. tang berpuasa tu kita tak berapa nak nampak, tang kahwin tu jugak yg kita nampak dulu. Sedangkan keutamaan pada waktu ini bagi seorang pelajar, adalah menyelesaikan pelajarannya dulu.

Banyak cabaran sebenarnya jika bernikah semasa belajar ni.. apatah lagi bagi mereka2 yg tak mendapat restu keluarga.. memang susah.. dah la susah pasal belajar lagi, rindu kat pasangan lagi.. kalau ada rezeki, mengandung dan beranak awal.. ditambah lagi dengan masalah kewangan.. sebab itu setakat ada ilmu saja tidak cukup sekiranya kita tidak bijak untuk menggunakan ilmu tersebut.

Statistik perceraian sangat tinggi (sekitar 15 minit satu perceraian).. kebanyakannya disebabkan masalah kewangan. Itu belum diuji dengan pasangan curang, anak2 sakit, tak cukup makan dsb..

Saudari masih muda.. percayalah.. apa yg ibu saudari katakan itu memang betul.. tiada ibu yang nak melihat kemusnahan masa depan anaknya berlaku dalam keadaan beliau boleh cuba selamatkan daripada berlaku. Allah telah memberikan keluarga yg terbaik buat saudari.. jangan bandingkan dengan keluarga orang lain, kerana jika saudari bandingkan dengan keluarga orang lain, seolah2 saudari macam tak bersyukur dengan apa yg saudari ada.. Bandingkan saja dengan Ustaz Love.. saudari lebih beruntung kerana adanya ibu yang memberikan pendapat tatkala saudari teringin nak berkahwin.. sedangkan Ustaz Love sendiri kematian ibu masa jaman sekolah lagi.. sungguh tachingg (T – T)

Nasihat Ustaz Love, ikutlah kata2 ibu.. selesaikan dulu pelajaran saudari.. jika benar lelaki itu ditakdirkan menjadi jodoh saudari, lambat macam mana pun, insyaAllah tetap akan disatukan suatu hari nanti. Sementara itu, perbaikilah perhubungan dengan ibu.. insyaAllah, bila kita baik hubungan dengan ibu bapa, kita akan melihat betapa banyak rahmat yg Allah akan curahkan dalam kehidupan kita.

Semoga Allah memberikan yang terbaik buat saudari dan keluarga..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 Comments

Add a Comment
  1. Salam…
    Bagi Embun, bahagiakan ibu bapa sblm membahagiakan diri sendiri… Klu dah jodoh xkemana…

    Sejahat2 org tua, mereka tetap yg membesarkan kita…

    Skdr pendapat dr saya…

    1. Assalamu’alaikum. Siti sayang, sy rasa mcm nk peluk2 awak skrg ni. Mmg, ibubapa kita mungkin bkn roll model tbaik utk kita. Mungkin mmg byk kurangnya mereka jika dbandingkn dgn ibubapa org lain. Mungkin mmg benar keadaan ssbuah kluarga mmbuatkn si anak mrasakan ingin segera ‘keluar’ dari keluarga tsebut dgn bkahwin & bina khidupan/kluarga sndiri. Nk bkahwin pula dilarang sdgkan HR. ath Thabrani, dihasankan oleh Al Alban ada mnyebut, “Barangsiapa menikah maka ia telah menyempurnakan separuh iman, hendaklah ia menyempurnakan sisanya”
      Sy xnafikan, dlm dunia realiti, mmg ada keadaan2 begini.
      Pdangan sy, cara tbaik dan tmudah adalah dgn Siti ‘beralah’ dgn ibubapa mmandangkn mreka adalah IBUBAPA kita. Biarlh sakitperit dlm hati tu Siti pendam dlm2. Satu hri nnt, bila Siti bpeluang mjadi seorg ibu, Siti jgnla ulang ‘ksilapan’ ibubapa Siti dulu. Byk2 istighfar bila mhadapi situasi mcm ni dgn ibubapa. Dktkan diri dgn Allah. Slalu fikir +ve ttg ibubapa. InsyaAllah, hati pun akn lebih tenang

      1. nak berkahwin itu memang digalakkan.. tapi ianya digalakkan bila sudah cukup syarat untuk berkahwin.. jangan memandang halangan ibu bapa untuk kita berkahwin itu sebagai satu ‘kesilapan’, sebaliknya muhasabahlah diri adakah kita dah cukup syarat untuk bernikah. Ibu bapa selalunya memandang dengan pandangan jauh, sedangkan kita selalu memandang dengan pandangan dekat iaitu nafsu.. adakah bila telah selesai keperluan nafsu itu, maka selesai segala2nya? memuaskan nafsu itu cuma sebahagian daripada perkahwinan.. sedangkan matlamat perkahwinan itu bukan setakat menyelesaikan keperluan nafsu, sebaliknya untuk dibawa sampai ke syurga..

        jadi, jangan tergesa2 dalam nak berkahwin ini.. menyegerakan perkahwinan bukanlah bermaksud tergesa2 dan tergopoh gapah.. kerana tergesa2 itu adalah daripada syaitan 😉

    2. Salam Embun..

      Kadang2 kita tak sedar yg tindakan ibu bapa itu adalah untuk kebahagiaan kita sendiri 😉

  2. assalamualaikum ust..
    pada tahun 2006,saya berkwn dengan seorg pemuda dan direstui keluarga.ketika itu kami berhajat utk bernikah secepat mungkin kerna itulah yg terbaik dan kami berdua pon dah mempunyai kerja yg baik.
    malangnya ibu membantah niat kami utk berkahwin pada penghujung thn 2006 setelah tidak sampai setahun kenal (ketika itu umur 26 thn) dengan alasan nak tunggu abg sy yg ketika itu sdg menuntut di luar negara dan akan balik pada tahun yang berikutnya.ibu suruh sy tangguhkan dulu sethn dan sy bersetuju..kalo diikutkan,abg saya balik pada jan 2008..jadi sy merancang utk berkahwin pada mac 2008..mak sekali lagi suruh tangguh hingga ke julai 2008..pada ketika mak buat keputusan tu,adalah pada bulan ogos 2008.mak kate buat apa nak rushing..sebelum ni setahun lebih boleh tunggu,takkan 3 bulan pon tak bole nak sabar sikit..dah gatal sgt ke?
    nak dijadikan cerita,kami mengalami krisis dan berpisah pada november 2007 (bukan sbb org ketiga)…skang ni bekas kekasih sy telah berkahwin dan baru2 ini dikhabarkan die bru menerima cahaya mata manakala sy masih bersendiri.

    jodoh,ajal dan maut di tangan Allah SWT..tp kdg2 sy terkilan dengan sifat ibu saya yg nak sgt perfect event dan everything in order di mana tindakan ini menyumbang kepada ape yg telah terjadi..walaupon sy redha,tp kdg2 sy diam2 menyalahkan ibu sy kerna dia yg suruh tangguh sampaikan sy dan bekas kekasih kerap berbalah kerana mengutamakan emak dan akhirnya berpisah..

    skarang pulak ibu push sy cepat2 berkahwin dan jgn memilih sgt.. selain itu ibu sy desak sy upaya berkahwin dengan sesiapa yg mahukan saya kerana umur dah makin meningkat..sedih sy ust,tp sy perbanyakkan berdoa spy sume ini berakhir dan ibu sy senang hati sekiranya sy berkahwin..

    1. pembetulan:
      “pada ketika mak buat keputusan tu,adalah pada bulan ogos 2008.”

      Ogos 2007,bukan 2008..terima kasih utaz kerana sudi luangkan masa utk membaca..

      1. waalaikumussalam waniey…

        bersabarlah.. kerana itu semua adalah takdir yg telah ditentukan.. itu memberi maksud jodoh dah takde.. kalau ada jodoh, walau mcm mana halangan pun yg datang, insyaAllah akan tetap bersatu. Jadi, jangan memandang bantahan ibu itu sebagai punca, sebaliknya cuba lihat hikmah disebaliknya.. mungkin ada yg tersirat di sebalik kejadian itu..

        Ustaz Love doakan semoga Allah kurniakan jodoh yg terbaik buat saudari 😉

        1. ust,
          sy mmg cube jd pozitip..tapi selepas kejadian itu,saya ada bertemu dgn beberapa calon.saya dah mls nak bercinta,rasa sesuwai terus je bgtau mak..as usual ade je tak kene.tak setaraf sbb lepasan spm katenya.skang bile dah terlajak,disalahkan saya pulak yg memilih..mmg saya menurut ape ibu ckp,tp dalam diam rasa kecewa dan terkilan sangat2….;(

          1. jika benarlah bagai dikata (lelaki itu sesuai), maka buatlah ikut adab dan caranya.. bukannya bila mak tak nak, terus reject lelaki tu.. sepatutnya, suruh lelaki tu bawak rombongan merisik.. biar orang tua selesaikan dengan orang tua.. mungkin mereka lebih pandai mengambil hati dan berkata2 😉

  3. Salam ustaz

    Saya suker baca blog ustaz, bila baca mesti gelak sorang2… hehe.. ulasan padat dan terbaik. Sebelum kahwin je rasa tak sabar nak kahwin bila dah kahwin baru rasa manis, pahit, kelat, masam semua ada… Kahwin awal mungkin nak elak dr berzina kot ustaz… zaman sekarangkan makin canggih, nafsu semata-mata.

    Dulu saya masa remaja selalu gak melawan ckp mak tapi bukan yg berat cuma ringan2 jer. Bila dah kawin susah nak beranak lepas tu saya rasa mcm tulah punya susah mak saya bela dulu… sekarang saya asyik nak buat yg terbaik jer untuk ibu saya. Apa saja dia nak makan atau jenjalan pasti saya akan tunaikan… Ayah dah lama ninggal, masa umur saya 6 tahun…

    1. Salam ibu muda..

      Alhamdulillah.. selagi ada hayat, berbuat baiklah dengan ibu bapa.. sentiasa memohon keampunan mereka dan lakukan apa yg disukai mereka.. insyaAllah, bila ibu bapa redha kepada anak2, maka kehidupan anak2 akan dipenuhi dengan kebahagian, walaupun hidup dalam kesusahan 😉

  4. sebagai ibu bapa mereka punya banyak cara untuk megajar kita…suka dengan penjelasan ustaz, cukup jelas…anak2 pulak sepatutnya perlu ada target dalam kehidupan..jangan hanya megikut kemahuan sendiri

    1. terima kasih yatie.. kadang2, kita terlalu mengharapkan ibu bapa untuk memahami kita, tetapi kita lupa perkara yg lebih utama iaitu memahami hati ibu bapa 😉

  5. awat nak salah kan mak pak kite lak bile depa tak seperti ustazah or ustaz?

    sy bkn nk kata pa la kan, fmly sy pun bkn dr golongan yg warak, ada kucar kacir nye gak.

    Alhamdulillah lah, bile kite dekat kan diri ngan Allah dan cuba mendalami Islam sedikit demi sedikit kite kan dpt petunjuk dari Nya. Plus dgn sokongan rakan2 x kira la rakan realiti or maya.

    Peh tu kite pelan2 cuba serap kan apa saja ilmu yg kite dpt hari ini dgn bercerita mcm borak2 santai2 sama famly kan. takpun beli buku2 islamik paling sempoi pun majalah solusi tu beli tiap2 bulan letak atas meja tempat mana fmly kite selalu duduk lepak2 kalo nampak majalah sure depa amik kan. lg satu dgn perbuatan kite kalo dulu solat tunggang langgang byk tak ikut time kite ubah dgn mendahulu kan solat dan ngaji.

    lelama rutin kite tu jd seronok sbb tiap perbuatan kite tu jd perhatian pd tiap ahli keluarga kite. tak yah la nak marah2 sentap2 bagai…buruk2 mana pun tu mak pak kite. tak baik tau memburuk kan org tua kite hanya sbb2 mcm ni. nak mendalami agama byk cara. bkn lelaki tu sorg je leh bawak kite ke syurga…menjaga hati org tua kite pun bleh bwk ke syurga gak kan ustad kan ?

    maaf kalo kata sy salah sbb sy pun baru ‘bangkit dr mimpi….’

    cuma sy nk ckp awk untung ada mak pak yg masih nak amik tau hal awak…kalo awk di tempat sy…??? (^^,)

    1. Kalau Ustaz Love berada di tempat Jiejah, dah tentu Ustaz Love tak punya peluang nak simpan misai dan janggut.. kihkih 😀

      Benarlah bagai dikata.. jangan disebabkan kita mendengar guruh di langit, air di tempayan kita buangkan.. jangan disebabkan mencari syurga yg belum pasti, kita menempah tiket untuk ke neraka plak nanti 😉

  6. mmg betul semua niat ibu bapa utk kebaikan anak2.kebanyakan anak2 tatau nak menilai apa yang tersirat sbb belum rasa keperitan ibu bapa nak besarkan anak2.ibu bapa mana yang tak mau anak2 tu ke arah yg terbaik dlm idup masing2.
    tapi jgn menafikan kalo ade ibu bapa yg terlalu obses nak jadikan anak2 mereka terlampau perfect sehingga membuatkan masa dpn mereka lagi kucar kacir..bidang pelajaran,pekerjaan,jodoh,cucu dan sbg nya sebagai contoh.kdg2 ade golongan ibu bapa terlalu masuk campur dan menetapkan SOP sehingga anak2 pulak jadi dilema..
    sebagai anak,saya berdoa agak sy berpeluang menjadi ibu bapa yg bole memberikan yg terbaik utk anak2 dan anak2 juga bole melaksanakan apa yang terbaik untuk diri aya kelak….amin…

    1. setiap manusia diberikan akal untuk berfikir.. anak2 adalah merdeka dan bebas untuk membuat keputusan sendiri.. semuanya bergantung atas hikmah dan kebijaksanaan anak2 itu sendiri.. umpama menarik rambut dari dalam tepung.. bermakna, tindakan perlu dilakukan, cuma kena bijaksana. bukan mengikut membuta tuli, atau membantah dengan cara yg menyakitkan hati.. namun, segala usaha yg dilakukan itu akan kembali juga kepada penentuan Allah s.w.t.. Jadi, baik buruk, serahkan saja pada Allah dan redha.. jangan menyalahkan ibu bapa semata2.. 😉

  7. saudari siti,sedikit sebnyk kakjem fhm luahan hati yg d tanggung oleh saudari,nasihat kakjem banyak2 lah berdoa kpd Allah dan buatlah solat sunat istikharah..InsyaAllah segala permasaalahan boleh diselesaikan selagi kita mendekatkan diri kita kpdNya….

  8. Salam….. orang kata kalau jodoh tak kemana…. saya berkwan dgn lelaki ni mak tak setuju…. kwan pula lelaki tu mak tak setuju…. final kepada perkahwinan saya …… saya kenal dan berkawan dgn suami saya…. bertahun lama nya tanpa melibatkan perasan…. entahlah tuhan dah menentukan jodoh…. kami serius beberapa bulan terus nikah….. tapi tak tahulah kenapa saya dah ada 2 anak…. mak mcm tak sukakan suami saya…. saya redha ajalah…..saya jalani kehidupan mcm tak ada apa2 yg berlaku…..walaupun dalam hati hanya Allah shaja yg tahu…… kadangkala kita merasakan sesuatu itu baik buat kt tapi buruk pada pandangan org lain…. dan kadagkala kita merasa buruk utk diri kita, sakit utk menelannya…. tapi itulah yg terbaik utk kita… hikmahhya datang kemudian…….. sesungguhnya hanya Allah jualah yg mengetahui segalanya….. Salam

    1. Salam puan zaza..

      Hikmah daripada sesuatu peristiwa ni kadang2 ambil masa yang lama untuk kita sedar.. jadi, banyakkan bersabar dan muhasabah diri sebelum tidur. insyaAllah, suatu masa nanti kita akan nampak juga hikmahnya 😉

      1. salam ustaz…nk tnya sah tak sesuatu perkahwinan yang menggunakan juru nikah yang berjudi dan fasik serta wali pun fasik…. pendek kata saya telah di paksa nikah..sy blom pun membuat sebarang permohonan di mana2 pjbat agama…hiv, segal bnda yg sedemikian pn saya belum buat…sy di paksa menikah dengan sepupu lelaki saya..kami memg di jodohkn sejak dri kecil lg…sekarang sy berumur 21 thn, sy telah lama mengenali boyfriend sy,sejak 5 tahun dahulu…semua keluarga boyfriend sy menerima sy seadanya…sedangkn fmly sy langsung tidak mahu nk menerima niat baik boyfriend sy hendak melamar saya..malah sy telah di kahwinkan wlupun tanpa mngikut undang2…. mak sy lumpuh krn sebelum ni sy cuba nk ingkar..sy baru saja mndapat kerja..sy dh redha dengan pilihan keluarga sy..tp mereka sama sekali membelakangkn perasaan sy…meka malah cepatkn pernikahan sy,sy bru tahu 2minggu sebelum nikah…sy tanya dengan abg sepupu sy knp xbgtaw awal2 nk nikah…dia ckp abg2 n kakak2 sy xbenarkn sbb takut sy akn btindak utk memberontak.sy dh usulkan permasalahan ni dengan jawi, semua adik beradik sy marah dan tidak menyuruh sy col mak sy…salah sy ka mak sy jd lumpuh?????? salah ke kalau kalau sy usulkan permasalahan ni dengan jawi??? bagi mereka kahwin sy ni sah….bg sy lgsung xsah..tp skg tgh nk bawa kes ke mhkmah syariah….sy cma nk tahu berpotensi x perkahwinan sy ni xsah…. semasa sy d akad nikah, imam tu tnya pun sy setuju ke x…sy xtanda tgn apa2 surat pun….sy rsa mcm jd patung hidup je….sy dh cb nk korbankan perasaan sy dan niat keluarga boyfriend sy…. tp meka malah membuat perkara yang salah..jadi sy putuskan sy akan mengikut hati sy kali ni…. :(:(:( salahkah saya……….

    2. apapun yang terjadi kuatkan semangat sajalah…bukan semua hati orang kita dapat nak jaga, kadang kala hati kita sendiri pun tidak ada sapa yang nak jaga. =(

      1. tak perlu susah2 nak jaga hati orang.. cuma jaga kelakuan kita jangan sampai menyakitkan hati orang 😉

  9. Saya juga ada mengalami masalah ini, saya sudah tamat belajar di tingkatan 6 dan sedang menunggu keputusan peperiksaan, ibu bapa saya mahu saya melanjutkan pelajaran dan mereka mahu saya dahulukan belajar ini sebelum saya berkahwin… padahal saya sudah penat untuk belajar dan saya tidak mahu sambung belajar lagi, pada masa yang sama saya ada tmn llki, sasya sudah janji dengan dia untuk tidak sambung belajar lagi…sekarang keadaan menjadi keruh…apa yang harus saya lakukan???

      1. zaman sekrang nih… sy lihat…. org bg tumpuan utk kursus org kawin jer… takde kursus utk parenting…. sebb sy lihat.. makin pelik-pelik berlaku… sy seorang pelajar ipta yg melihat suasana sebenr kehidupan remaja skrg… mak bapak tak bagi kawin… suruh sambung… tp saya lihat mcm menggalakkn aktiviti percintaan ank2… sering sy dengar… mak kawan2 sy memberi keizinan balik satu kereta bersama dgn pakwe… berkenalan dgn pakwe anak tu sendiri… adakah mereka tau tu semua penggalak maksiat…kadg2 sy pikir ibubapa zaman sekrg mcm menghalalkan couple2 nih… terlalu percaya kat anak… so siapa yg patut dipersalahkan…. tepuk dada tanya iman…. bkn sy ingin menyalahkan ibubapa… tp klu dah bara disiram minyak…. saya mohon…. org kat luar sana berfikir melalui otak dan bkn perasaan…. jgn nk menyalahkan remaja shj…

        1. dan saya nak bertanya pada ustaz love….. patut ke zaman sekarang nih ibu bapa memaksa nak perempuan belajar…. sampai setinggi2nya…. tidak membenarkan nak berkahwin…. tidak membenarkan anak itu bercinta…. berpuasa….. sedangkan anak itu usia mencecah 20-an…. ader nafsu…keinginan utk berpasangan….. ditahan… ank memendam perasaan… lepas abis blaja cube mencari jodoh…tidak ader yg mahu memandangkan anak dara degree… kompom tinggi hantaran…. sudahnyer andartu… zaman skrg ni dah lelaki yg betul2 “lelaki” kurang….dan kebyknnyer blaja takat diploma…. pohon ustaz beri pendapat yg sewajarnay…

        2. kalau semua nak dimasukkan dalam kursus itu, ia akan menjadi satu kuliah.. bila tamat nanti, bukan sijil kursus kahwin yg kita dapat, sebaliknya diploma kursus kahwin plak.. ilmu parenting ini terlalu luas dan perlu dipelajari sebelum melangkah masuk ke dalam kursus perkahwinan..

          tiada orang yg berfikir guna kepala lutut.. cuma mungkin cara berfikir itu berbeza menurut ilmu dan pengalaman masing2 😉

  10. assalamualaikum ustaz…disini saya nak bertnya pasal restu dari dua belah keluarga dalam perkahwinan,ceritanya begini…sy dengan teman sy kami sama2 setuju hendak mendirikan rumahtangga,semua syarat2 dalam perkawinan kami dah ikut syarak…masalah disini…hubungan kami tak direstui dari belah pihak ayah lelaki,belah sy semua terima hubungan kami,ayah belah lelaki tak menerima sy disebabkan sy bukan asl dari tempat yang sama,maksudnya disini belah lelaki negeri sembilan sy kelantan.ayah belah lelaki tak terima sbb kami asal jauh,n ayah si lelaki pula tidah suka pada org kelantan,sy tak memahami sangat ustaz..kena salah ke hubungan kami nie bersatu disebabkn beza negeri n tak suka budaya tingkah laku org klntan,tak semua org klntan bersifat yang ayah si lelaki tu tak suka,sebelum ni pun ada adeq si lelaki nak bertunag dengan org perempuan kelantan juga tapi dimarhi n tak restu,disini jugak teman lelaki sy,orgnya baik,solat tak tinggal suka tlg org,yang jadi masalah dia,dia tak berani nak berdepan bgthu ayah dia sendiri pasal hububgan kmi nie,dia hanya berhubung gan mak nya sahaja samaikn hajat dia,satu lagi apa yang si teman lelaki sy buat semua kne marah,tak kne,balik lewat marah,teman lelaki sy bekerja sbgai kontraktor,sampaikan dia tak ada teman keluar lepak2 malam,lps abis kja balik umah,balik lwt tak boleh balik awl tak boleh ,jadi semua tak kne pada pandngan ayah dia,apa-apa hal keputusan semua kne ikut cakap ayah dia,semasa saya hadiri kenduri adek perempuan dia kawin pun ayah dia buat sy macm org asing,tp sy tak kisah sy hadir sbb mak kakak dan nenek teman sy mintak hadir.slps masjlis,ayah dia selalu carikan perempuan sekitar kwasan umah nak dijodohkan dengan teman lelaki sy,tp alhamdulillah teman lelalki sy setia pada yang satu,sebelum sy pun teman lelaki sy setia pada pasngan dia,semua wanita y berpasangan dengan teman lelaki sy sebelum nie pun ayah dia tak suka n berusaha jugak mencari untuk jodohkan dengan wanita pilhan ayah dia n rekemen dari teman-teman n kawan2 ayah teman lelaki sy,ustaz,sy kesiankan dekat teman lelaki sy,bnyak dugaan dia hadapi,apa2 hutang dia kenA byr,termasuk hutang adeq2 dia,ayah dia tak marah adeq2 dia tapi sebaliknya teman lelaki sy kena marah ( pendek kan cerita ustaz) SY NAK TAHU ADAKAH BOLEH SY TERUSKAN PEERKAHWINAN INI,WALAUPUN TEMAN LELAKI SY SUKA PADA SY,TERIMA SY,FAMILY SY TERIMA TEMAN SY,DAN AYAH BELAH TEMAN LELAKI SY SAHAJA TAK MENERIMA SY,KALAU SY TERUS KAN PERKAHWINAN NI ADAKAH SY TAK AKAN BAHAGIA,WALAUPUN KAMI KAWIN SBB NAK ELAK MAKSIAT,WAJIB KWIN DNGAN UMUR KAMI DAH 26 TEMAN SY NAK ADA TEMAN KONGSI MASALAH,URUSKAN HAL2 MAKAN PAKAI SIA N NAK ADA SEBUAH KELUARGA SEDANGKN ADEQ2 DIA N KAKAK DIA SUDAH RUMAH TANGGA,KAMI NAK BERKAHWIN KMI AKAN TERIMA SEMUA APA DUGAAN Y AKAN KAMI TERIMA NANTI,KERANA KAMI PRCAYA INI JODOH KAMI,UTK PENGETAHUAN USTAZ KAMI SLLU SOLAT N BERDOA AGAR HUBUNGAN KAMI DIREDTUI KEDUA2 PIHAK,HARAP USTAZ SAPAT FAHAMI APA Y SY CERITA DAN BAGI KATA2 NASIHAT…SERIBU UCAPAN SY UCAPKAN ASSALAMUALAIKUM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme