I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Selamat Hari Krismas

Salam…

Ustaz Love tak ada apa nak tulis pasal Krismas ni sebab Ustaz Love tak menyambut perayaan ni. Cuma terasa nak berkongsi sesuatu bila timbul mufti2 segera yang dengan mudah2 mengkafirkan orang2 yang mengucapkan selamat kepada non-Muslim yang merayakan perayaan keagamaan mereka. Jika boleh dielakkan, elakkanlah. Jika tak mampu nak elakkan, maka janganlah sampai melampaui batasan. Apa pun, keluar daripada khilaf itu lebih utama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
    2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
    3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

 

Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/10/selamat-hari-deepavali/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. salam..ustaz luv..hmm..klu lar kn..terwish sblm2 ni pd my ex lecturer or friends yg brbangsa cina..ms zmn2 study2 dlu n time kijer ms dolu2 mcmne ek??hu3..:(

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme