I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Review Filem : Velayudham

Salam…

Ustaz Love hentikan sementara entry soal jawab untuk memberi laluan kepada entry review filem ni.. kihkih.. Takut ada yang tension asyik2 entry soal jawab, macam la tinggi sangat ilmu Ustaz Love ni.. InsyaAllah, Ustaz Love akan sambung entry soal jawab lepas ni.

Macam biasa, Ustaz Love sangat tertarik untuk buat review filem tamil berbanding filem Melayu. Bukanlah niat nak melupakan jatidiri, sebaliknya Ustaz Love nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Kalau dulu entry tentang filem hantu Kanchana dan sambungannya, kali ni Ustaz Love akan membawakan anda menelusuri sebuah filem aksi bertajuk Velayudham.

Velayudham adalah tajuk filem yang diambil daripada nama hero filem itu iaitu Velu, atau nama penuhnya Velayudham.

Watak Velayudham ini dihasilkan oleh seorang wartawan wanita bernama Barathi yang kematian 2 orang sahabat semasa sama2 menyiasat sebuah sindiket pengedaran dadah, pelacuran dan pembuatan wang palsu yang didalangi oleh Menteri Dalam Negeri yang kurap (korup). Ia berkaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas Afghanistan yang ingin melakukan kekacauan di India dengan melakukan pengeboman di tempat2 awam.

Ketika menyiasat aktiviti tersebut, mereka telah ditangkap oleh kumpulan penjahat itu. Dua orang kawannya dibunuh. Sebelum mati, kawan dia bagitau yang kejahatan mereka itu hanya dapat dibanteras dengan watak imaginasi (superhero). Oleh kerana ini adalah filem rekaan, maka memang banyak la ‘kebetulan’. Kebetulan selepas membunuh 2 orang kawan Barathi dan menikamnya, penjahat tu tercampak mancis kat petrol dalam kereta, maka penjahat tu meletup dengan kereta sekali. Barathi amik peluang ni dengan meninggalkan nota yang menyatakan penjahat tu dibunuh oleh Velayudham dan akan ada letupan bom di beberapa tempat lalu melekatkan pada mayat penjahat. Bila mayat penjahat tu ditemui, maka nota itu disiarkan dalam TV. Orang jadi tertanya2 dan gembira sbb ada seorang superhero untuk jadi penyelamat.

Watak hero iaitu Velu (lakonan Vijay) datang ke bandar dari kampungnya untuk menguruskan membeli barang2 hantaran perkahwinan adiknya. Vijay sangat menyayangi adik perempuannya iaitu Kaveri. Kebetulan, waktu turun tu, adiknya tertinggal barang dalam keretapi. Velu naik balik untuk amik barang tu dan ternampak satu kumpulan sedang menyamun barangan dan duit satu keluarga yang pengsan sebab termakan ‘biskut pengsan’. Lalu dia berlawan dan menyerahkan penjahat tu kepada polis. Polis tanya namanya, dia bagitau namanya adalah Velayudham. Kemudian baru dia sedar barangnya dicuri dan dia nak menyelamatkan barangnya yang dicuri, dia mengambil sebuah motosikal untuk mengejar pencuri tu. Dia tinggalkan motor tu kat kawasan jauh daripada orang ramai dan motor tu meletup… kebaboommm!!

Rupanya motor tu telah diletakkan bom oleh pengganas.. Maka, saksi kejadian pun berterima kasih dan gembira sebab mendapat pertolongan Velayudham yang berjaya menyelamatkan mereka. Ada beberapa lagi babak coincidence yang sebenarnya bukan hakikat, tapi tak disengajakan. Hinggalah akhirnya Barathi (wartawan wanita tadi) berjumpa dengan Velu dan menceritakan perkara itu.

Babak yang silih berganti antara kelakar, aksi, sedih memang menyebabkan Ustaz Love kembung perut dan menangis sebab lawaknya yang terlalu mendalam. Dikuatkan dengan skripnya yang mantap. Antara skrip yang Ustaz Love tak dapat lupakan adalah semasa babak dalam keretapi bila Velu ajak kawan sekampungnya makan makanan yang dimasak oleh adiknya. Kawan dia siap bagitau, dia tak sanggup nak makan makanan Kaveri (adik Velu) dan bagi makanan tu kat anjing. Yang paling tak tahan bila dia kata : “Kita dah biasa nampak ibu mengandung muntah2, tapi hari tu untuk pertama kali dia nampak anjing muntah (sbb makan masakan Kaveri)”.. kihkih..

Walaupun filem ni filem aksi, tapi jalan ceritanya memang menarik. Bila babak komedi, semua pelakon termasuk hero boleh berlawak.. bila babak sedih, semua boleh jadi sedih.. tak bergantung pada pelakon yg muka lawak untuk mewujudkan komedi, atau pelakon yg bermuka sedih untuk watak sedih.

Part akhir yang sangat menyentuh hati, bila Velayudham bagitau orang kat satu stadium.. “Bila kita lapar, kita akan makan. Bila kita sedih, kita akan menangis. Tapi bila kita marah, kenapa kita nak suruh / tunggu orang lain untuk menzahirkan kemarahan kita? Velayudham ada dalam diri setiap orang dan setiap orang kena bertindak atas perasaannya. Setiap 5 tahun sekali, kita ada peluang untuk ‘menzahirkan’ kemarahan itu (melalui undi)”.. itu antara kesimpulan daripada skrip dia.. Ustaz Love tak dapat nak salin semua, sbb Ustaz Love tengok kat Astro First. Dia pun cakap laju je.. kihkih

Apa pun, Ustaz Love bagi filem ni 9/10 bintang. Memang menarik dengan plot cerita dan skrip yang mantap. Falsafah pun banyak gak. Jadi, sila la terpengaruh dengan entry Ustaz Love ni.. kihkih..

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. salam ain..

      minat saja ok.. asalkan jangan obses.. suatu masa dulu, hampir2 filem bollywood (Hindustan) nak diharamkan tayangan di Malaysia.. sbb wanita2 Melayu terlalu obses sampai sanggup nak tukar agama kerana terpikat dgn lelaki2 Bangla / India yg mirip pelakon Hindustan.

  1. kawan saya minat betul kt vijay tu. tiap kali datang rumah, dia mesti suh kami tengok filem tamil.
    tapi kalo part lawak, memang ayat dia kelakar betul. tak perlu muka lawak pun. part aksi plak, melampau2 terer nye. hehe. kalau part family, memang touching habis.
    ^_^

    1. itulah hasil kemajuan industri perfileman di India.. industri perfileman di Malaysia ni masih lagi jauh ketinggalan.. sbb tu kalau tgk drama Melayu, pelakon drama dah bawak watak sedih siap keluar air mata pakej sekali dengan air hidung dan air liur, tambah lagi dengan air peluh kat ketiak.. tapi penonton tak rasa sedih nak nangis pun.. siap boleh gelakkan lagi pelakon yg melakonkan babak sedih itu.. sungguh menyedihkan (T – T)

  2. wah…ustaz rupanya kita sama je suka tengok citer tamil ek, itulah hero tamil yang yatie minat sangat, setiap ceritanya tak pernah terlepas…hihi

  3. standing ovation la ustaz.
    totally awesome.
    somehow,saya sendiri tak boleh buang identiti minat citer tamil.
    btw,ni mesti conjugate dgn citer Ra-one yg entah mcm ape – ape ntah.

    1. kihkih.. Ra-one tu memang cerita robot.. tapi kalau tengok cerita Tamil yg tajuk Robot tu (lakonan Rajnikandh), memang kalah 10-0 la Ra-One.. yg cerita Velayudham ni cerita orang kampung biasa yg tiba2 jadi superhero secara tak sengaja πŸ˜€

  4. Assalamualaikum ustaz.. sy ada pertanyaan ni, maaf la klu soalan sy ni agak kelakar.. Tapi perkara ini amat penting bg sy..
    Mcm ni, sy baru tgk ceramah Ustaz Ahar Idrus ttg isu pertunangan ..
    http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0&feature=player_detailpage

    Masalahnya di sini, sy pernah ada seorang kekasih, dan dia ada menyatakan hasrat untuk menjadikan sy sebagai isteri dia.. dan sy sudah menyatakan persetujuan.. klu mengikut kata2 drp Ustaz Azhar Idrus tu, kami sememangnya sdh d sahkan bertunang klu diikutkan drp hukum syarak, dan haram klu ada laki lain masuk meminang..
    Cuma sekarang ni sy sudah memutuskan hubungan dgn dia (selepas melakukan solat istikharah) tanpa menyebut sal memutuskan pertunangan
    Sy nak tau apakah sy masih tunangan dia atau pun tidak..? atau sy perlu meminta putus dengan menyatakan ingin memutuskan pertunangan? Mohon bantuan ya ustaz.. terima kasih..

  5. waduh kok kena langgan astro 1st lg la ni..mesti mak kata asal ko rajin langgan astro 1st skang ni..cite tamil lak tu.

    ustad rekemen kan mak…kihkihkihkih

    1. kihkih.. sila la melanggan.. Ustaz Love dah tengok 4x dah.. part yg paling lawak masa Speedu nak mencuri duit hantaran. kihkih πŸ˜€

      1. Hebatnya ustaz…bleh ingat citer..sampai bleh wat sinopsis…macam karangan B.M plak..hihihi ^-^

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme