I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cubaan

Salam…

2 3 hari ni, Ustaz Love rajin layan Astro Oasis.. Rasanya rancangan baru sbb sebelum ni tak pernah tengok lagi.. Rancangan ni ala rancangan realiti jugak, tapi bukan la rancangan realiti yg tak reti masak pun sibuk nak nangis2, atau ada sesi penyingkiran dsb.. tetapi rancangan yang mendekati realiti kehidupan masyarakat.

Pengacaranya adalah Ustaz Akhil Hayy.. dan dalam rancangan ni, Ustaz Love memang suspek dan respek dengan beliau, sebab bukan mudah untuk mengacarakan rancangan realiti yang tidak diketahui apa natijahnya.. berbanding lakonan yg mengikut skrip dan arahan pengarah..

Ada 2 segmen.. iaitu segmen al-Ilm.. iaitu segmen ilmu.. dalam segmen ni sesiapa saja yg dijumpai, akan diinterview.. tanya pasal perkara2 asas dalam agama seperti Syahadah, doa qunut, istighfar dsb.. kemudian segmen kedua (tak ingat plak apa namanya) iaitu lakonan. Iaitu akan ada pelakon yg akan melakonkan watak tertentu untuk menguji keprihatinan masyarakat. Ada lakonan wanita mengandung yg berpura2 macam nak beranak, ada yg berlakon macam orang mabuk pegang botol arak, ada lakonan penyeluk saku dsb.. bila ada orang yg cuba menolong, maka cepat2 kamera yg menyorok dan pengacara berjumpa orang tersebut dan interview tentang pandangan beliau.. mcm mana perasaan bila nampak orang susah yg memerlukan pertolongan, macam mana cara nak bertindak dsb.. yg pentingnya, ada keprihatinan masyarakat untuk menolong..

Walaupun ada juga yg tak sporting (mungkin diorang ingat mcm rancangan Wakenabeb ke, prank ke dsb), tetapi keprihatinan mereka itu menjadi panduan kepada masyarakat, bagaimana cara nak berinteraksi sekiranya berjumpa dengan situasi2 seperti itu.. sebagai contoh, ada satu situasi seorang pemandu yg meletakkan kepalanya di stereng sehingga berbunyi hon panjang.. ada yg buat tak tahu, tapi ada juga yg cuba mengetuk2 cermin kereta untuk mengetahui keadaan pemandu.. Itu tandanya masih ada masyarakat kita yg prihatin dengan orang lain, disebalik ‘ramai’nya mereka yg takde rasa prihatin.

Tadi ada satu situasi.. pelakon melakonkan watak penyeluk saku dan mangsa.. berlaku kejar mengejar sehingga ‘penyeluk saku’ itu ditangkap.. tetapi situasi menjadi agak tegang, bila ada mamat entah dari mana tiba2 menyepak kepala ‘penyeluk saku’ itu sebelum sempat pengacara (Ustaz Akhil Hayy) sampai ke situ. Tapi alhamdulillah, semuanya terkawal.. yg pentingnya, ia memberikan pengajaran kepada masyarakat..

Ustaz Love harap rancangan ini akan diteruskan dengan segmen2 yg lebih mantap lagi.. cuma jika boleh, tagline akhir sebelum tamat rancangan (ومكروا ومكر الله ) tidak digunakan.. sbb itu bukanlah ayat yg sesuai untuk menyatakan bahawa kita cuma merancang, tetapi makar (مكر) itu memberi maksud perancangan jahat orang kafir.. maksudnya mereka (musuh Islam) itu melakukan perancangan jahat, dan Allah juga melakukan perancangan.. tetapi perancangan Allah lebih baik.

Apapun, tahniah buat Astro Oasis dan Ustaz Akhil Hayy kerana berjaya menerbitkan rancangan yg berkualiti ini..

p/s: Ustaz Love pun tak pasti waktu siarannya yg tepat.. Ustaz Love tengok siaran ulangan je..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. sy penah tgk skali je, pastu ada satu hari tu sy tertgk rancangan mcm ni gak tp arab punye rancangan kat tv alhijrah (sy rasa cubaan ni ikut program tu kot sbb mcm mirip je WA)..tapi sy lebih suke rancangan arab tu sbb betul2 menyentuh hati la ustad. tak silap tajuk dia ‘andai rasulullah saw ada bersama kita’ camtu kot tajuk dia..bess ustad tp sy lupa hari apa n jam brapa…ngeee

    1. tajuknya Law Kaana Bainana.. cuba cari video dia kat youtube.. sangat menyentuh hati (T – T)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme