I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Batas Dan Adab Pergaulan

Salam…

Ini entry kedua dengan tajuk yang hampir sama.. sebab entry yang sebelum ni, Ustaz Love baru tulis muqaddimah, pastu nak save draft.. ingatkan tekan button save draft, rupanya tertekan button publish.. sampai la Ustaz Love cek, ada komen kat entry tu.. baru perasan yang entry tu dah dipublish.. kihkih.. Sungguh teruk dah penyakit pelupa Ustaz Love ni.. (jangan sebut nyanyuk tau.. nanti Ustaz Love tanak kawan.. kihkih).

Entry ni Ustaz Love rasa agak penting, sebab tu nak ambil mood dulu.. tapi kalau nak tunggu mood ok, sampai ke sudah la tak siap entry ni..

Dalam syariat Islam, kita ditetapkan oleh batasan2 tertentu.. betapa banyak pun makanan yg kita boleh makan, tetap ada makanan yg diharamkan kita untuk makan.. bukanlah banyak mana pun binatang yang diharamkan kita makan, tapi yg sikit tu la selalu menjadi fokus.. elok2 makanan dah halal, ada DNA binatang tak halal plak.. susah juga kan? Tapi inilah ujian untuk kita.. sbb kita takkan dibiarkan untuk mengaku beriman tanpa kita diuji.. batasan2 agama (hudud) ini adalah sebagai ujian buat umat Islam..

Begitu juga dengan pergaulan.. betapa luasnya kebebasan yang Allah berikan untuk umatNya bergaul, tetapi tetap punya batasan2 tertentu.. batasan ini perlu dijaga supaya tak terjerumus dalam perkara yang diharamkan oleh Allah seperti zina dan maksiat.. Umpama kita meniti di tepi2 tebing sungai, kemungkinan untuk jatuh ke dalam sungai itu adalah lebih tinggi, berbanding kita berjalan di jalanan yang jauh daripada sungai.

Asas kepada pergaulan ini ditentukan kepada 2 bahagian yang mempunyai pecahan2 yang lain.. 2 bahagian itu adalah adab dan batasan pergaulan dengan mahram dan juga dengan bukan mahram. Jadi, persoalan mahram dan bukan mahram ini menjadi pokok persoalan yang utama sekiranya kita ingin membicarakan soal pergaulan. Kerana mahram itu adalah mereka2 yang haram dikahwini.. juga berada dalam lingkungan saudara2 rapat yang kemungkinan agak kurang untuk berlaku perkara2 yang melibatkan nafsu.. Sebab itu tiada ayah yang ditangkap khalwat dengan anak perempuannya, ataupun ibu yang dipandang serong kerana memeluk anak lelakinya.

Berbeza dengan mereka2 yg bukan mahram, tersentuh sikit je, dah naik segala2 bulu dan otot yang ada.. itu baru ‘ter’.. belum lagi sentuhan dengan sengaja.. gosokan.. cumbuan dsb.. sbb itu mereka2 ini bila ditangkap berkelakuan kurang sopan, kita menggelarkan ‘kena tangkap basah’.. sebab kedua2nya telah basah semasa ditangkap.. apa yg basah itu, tak payahlah Ustaz Love terangkan.. kihkih

Itu secara asasnya.. kalau nak jelaskan semuanya dalam satu entry, nescaya akan menjadi panjang.. Jadi, Ustaz Love akan cuba bincangkan bab adab dengan mahram dan bukan mahram dulu..

Bagi sesama mahram, maka tiada sekatan pergaulan.. boleh bersalaman.. boleh berpelukan.. tetapi, tetap perlu menjaga batasan2 yang ditetapkan.. sebab sesama mahram sendiri, walaupun boleh bersentuhan dan boleh membuka rambut, tetapi, tetap punya aurat sesama mahram. Aurat sesama mahram adalah antara pusat dan lutut.. bila sebut macam ni, ramai juga yang bertanya, kira boleh ke dedahkan payudara kepada adik beradik lelaki atau ayah atau pakcik?

Walaupun aurat yg wajib ditutup sesama mahram itu adalah antara pusat dan lutut saja, tetapi bahagian2 tubuh yang boleh menimbulkan keghairahan kepada lelaki juga wajar ditutup.. maka tidaklah patut seorang anak gadis yang sudah akil baligh, untuk mendedahkan sebahagian tubuhnya kepada adik beradiknya.. ditambah lagi dengan banyaknya kejadian sumbang mahram pada zaman ini, maka sesama adik beradik pun kena jaga diri juga. Sebab itu Nabi s.a.w. memerintahkan kepada para ibu bapa untuk memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun.. kerana pada waktu itu, kebiasaannya anak2 perempuan dah akil baligh dan mengalami perubahan2 fizikal.

Begitu juga dengan para bapa.. apabila anak2 perempuan telah baligh, maka para bapa kena melayan mereka seperti seorang wanita, dan bukan lagi seperti seorang kanak2 yang ditimang, dimandikan, dibasuh berak dsb. Kena sensitif isu2 kewanitaan spt perjalanan haid, pakaian yang sesuai dsb.. dengan keprihatinan para bapa ini, maka anak2 akan dapat dijauhkan daripada bahaya gangguan2 yang tak diingini.. Maka, jika sebelum ini anak2 selalu memakai seluar pendek di dalam rumah, sebaik saja mereka baligh (atau lebih awal daripada itu), suruhlah mereka memakai seluar panjang..

Begitu juga dengan pakcik makcik, kena faham apabila anak2 saudara telah baligh, tidak boleh lagi melayan mereka macam kanak2.. kadang2, mereka2 ini dah ada perasaan malu, tapi tak tahu nak nyatakan macam mana dengan pakcik makcik ni.. sebagai orang tua, pakcik makcik la kena faham situasi anak saudara mereka.. Layan mereka seperti seorang dewasa, insyaAllah, mereka akan dapat menerima perubahan itu.. jangan terus2an melayan mereka seperti kanak2, kelak mereka akan berasa rimas dan menjauhkan diri daripada keluarga..

Ustaz Love pernah terbaca ada seorang remaja ni mengadu bahawa beliau telah ‘ter’zina dengan kakaknya sendiri.. berpunca daripada kakaknya yg memasuki bilik beliau untuk menonton tv bersama2.. sehingga kedua2nya tertidur.. dalam keadaan mamai, kakaknya telah terangsang dan melakukan hubungan zina dengan adiknya..

Dalam zina takde istilah tak sengaja.. sbb perbuatan zina ini bukanlah semudah nak kentut.. sbb itu ‘terkentut’ itu biasanya dikaitkan dengan keadaan tak sengaja kentut.. tetiba je keluar.. sbb caranya mudah sangat nak keluar.. berbeza dgn perbuatan zina.. kena ada proses naik nafsu, kemudian buka pakaian dan seterusnya.. bermakna, zina itu memang dilakukan dengan sengaja.

Sebab itulah, para ibu bapa perlu memerhatikan perkara ini.. anak2 yang telah baligh, tubuh badan mereka adalah privasi.. begitu juga dengan bilik mereka.. maka, ajarlah mereka untuk menghormati privasi adik beradik yg lain.. adik beradik lelaki tidak sepatutnya memasuki bilik adik beradik perempuan apabila mereka telah baligh.. sama keadaannya dengan bilik ibu bapa.. kalau nak masuk, kena minta izin.. sebaiknya, apa juga aktiviti (nak berbincang ke, berborak ke, buat kerja sekolah ke dsb), jika nak dilakukan bersama2, maka buatlah di bilik study, atau di ruang tamu.. bukan di bilik tidur.

Dalam hal ini, menutup lubang2 / punca2 berlakunya maksiat dan dosa itu (sadd az-zaraaie’) sepatutnya lebih diutamakan.

Masuk bab dengan bukan mahram, maka bab ini sebenarnya agak luas.. bukan setakat aurat saja perlu dijaga, bahkan tutur kata percakapan, gaya berjalan, berpakaian, pandangan dsb juga perlu diberikan perhatian..

Ustaz Love teringat ada member dulu, waktu kat sekolah sangat warak.. sang perempuan yg menjadi kekasih beliau itu pun sangat solehah.. bercakap pun di sebalik dinding.. sampaikan Ustaz Love sendiri tersalah sangka ingat beliau dah gila isim, sbb bercakap dengan dinding.. rupa2nya kat sebelah dinding itu ada kekasih beliau.. konon2nya couple ala Islamik la ni.. kihkih

Bila tamat saja persekolahan dan masuk U, beliau telah mengalami kejutan budaya.. daripada bercakap dengan dinding, siap bawak aweks keluar dating.. tengok wayang dsb..

Sebab itu, bab2 agama ni bukan semata2 dengan semangat saja.. orang muda memang bersemangat, tapi bila diuji, maka kebanyakan mereka hilang semangat.. bila agama diasaskan dengan semangat, semangat hilang, agama pun hilang.. sbb tu agama ini diasaskan dengan iman dan diikuti dengan amal.. bila iman kuat, maka amalan akan menjadi baik.. ketika itu, ada semangat ke, takde semangat ke, takkan terkesan dengan suasana mahupun terkena kejutan budaya.

Berbalik kepada persoalan adab dan batas pergaulan dengan bukan mahram, maka aurat itu yang pertama sekali perlu diperhatikan. Bagi wanita, aurat dengan bukan mahram adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu bab aurat.. kalau bertemu dengan bukan mahram dalam keadaan tidak memakai tudung, maka itu telah melanggar batasan yang ditetapkan syarak.

Jika dah menutup aurat, maka kena tengok juga tujuan pergaulan tersebut.. kalau saja2 nak keluar dengan lelaki, maka hukumnya haram.. tak kira la lelaki itu bakal suami ke, tunang ke, bakal bapa mertua ke dsb.. kecuali jika pertemuan itu disertai oleh mahram yang baligh, bukan bawak adik kecik yg jadi teman.. belikan aiskrim suh main jauh2, kakak dgn lelaki itu dah bebas nak buat apa yg disukai..

Jika tujuannya ada urusan yg penting (spt mesyuarat ke dsb) dan tujuan yang dibenarkan syarak, maka hukumnya harus.

Juga perlu diperhatikan tempat pertemuan.. jika tempat pertemuan adalah di kawasan awam, maka tiada masalah (jika bawa mahram bersama).. tetapi jika nak berjumpa di rumah (sama ada rumah lelaki, atau rumah perempuan), maka yang sepatutnya menemani seorang wanita adalah ibu bapanya.. kerana jika bawak adik perempuan, sekalipun dah akil baligh, boleh menimbulkan syak wasangka.. dan boleh ditangkap khalwat..

Sekalipun pertemuan itu dilakukan di rumah lelaki atau perempuan, dan ada ibu bapa, tetapi ibu bapa jangan la sporting sangat.. tinggalkan anak perempuan berdua2an dengan lelaki.. ini boleh mencetuskan perbualan yang tak elok.. faham2 la lelaki dan perempuan berborak, jika tanpa pengawasan ibu bapa, perbincangan mereka akan melencong daripada yang sepatutnya.

Begitu juga dengan pandangan.. pun kena menjaganya agar tidak terpandang aurat atau memandang perkara2 yang boleh menaikkan nafsu.. ia tak tertakluk pada pandangan seorang lelaki kepada wanita semata2, bahkan wanita2 juga dilarang memandang lelaki tanpa ada tujuan yg dibenarkan syarak.

Dan tambahan buat ibu bapa yang menyediakan laptop dan internet, atau telefon bimbit kepada anak2 mereka.. kena selalu awasi perbualan mereka.. kalau boleh, jangan sediakan wi-fi dalam rumah yang mana anak2 boleh akses internet walaupun dalam bilik. Juga kena sentiasa cek telefon anak2, tak kira la anak lelaki ke, anak perempuan ke.. supaya dapat mengetahui aktiviti anak2, takut2 mereka ada download gambar atau video lucah, MMS dsb. Zaman sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar.. mereka kena mendahului anak2 dalam teknologi.. kalau nak belikan anak2 komputer/ laptop, pastikan ibu bapa mahir dulu (kena ikuti kelas dsb) supaya ibu bapa tahu cara nak memantau anak2.

Tak salah memberikan sedikit kepercayaan kepada anak2, tetapi jangan terlalu yakin. Sbb anak2 ni kadang2 depan ibu bapa baik macam malaikat, tapi di belakang mereka, hanya Allah saja yang tahu. Semuanya bergantung atas hikmah dan kebijaksanaan ibu bapa dalam mengawal anak2.

Dan bagi anak2 pula, janganlah khianati kepercayaan yg diberikan ibu bapa.. ibu bapa membelikan segalanya untuk anak2, supaya mereka dapat menggunakan laptop untuk belajar dan menggunakannya dengan cara yg terbaik, membelikan telefon bimbit yg canggih supaya dapat melepaskan kerinduan kepada anak2 yang belajar jauh (boleh hantar MMS dan buat video call) dsb.. bukannya supaya anak2 menghampakan harapan mereka dengan melakukan perkara2 yang bertentangan dengan syarak.

Jangan ingat anak2 yang jarang keluar rumah itu tak terlibat dengan gejala2 sosial ini.. berapa ramai anak2 perempuan yang tersebar gambar lucah mereka dari dalam bilik tidur, akibat daripada percayakan rakan internet.. sehingga ibu bapa tak sedar akan maksiat yg dilakukan oleh anak2 mereka.

Seperti dalam entry yang Ustaz Love tuliskan sebelum ini, apa juga perkara yg kita lakukan di alam maya, akan memberi kesan pada alam nyata.. sama saja dosa menayangkan aurat di alam nyata dengan menayangkan aurat di facebook atau laman2 internet. Juga sama saja pergaulan di alam nyata dengan alam maya.. semuanya ada batasan.. tidaklah dengan kita tak melihat wajah atau menyentuh pasangan (cuma berchatting dengan tulisan) menjadikan ianya halal untuk dilakukan sehingga berbicara perkara yang bukan2. Apatah lagi alam maya ini lebih berbentuk kekal berbanding alam nyata.. kerana, jika alam nyata ini, seorang wanita memberikan gambar kepada seorang lelaki (untuk tujuan nak bernikah), maka wanita itu boleh meminta dipulangkan sekiranya hubungan terputus dsb. Tetapi, satu gambar yang diberikan di alam maya, boleh tersebar sehingga ke luar negara, dan untuk memadamkannya adalah hampir mustahil sekali.. kita boleh minta lelaki itu memadamkannya, tetapi bagaimana dengan lelaki2 lain yg telah sempat save gambar itu di komputer masing2?

Jadi, berhati2lah dalam pergaulan.. tak kira la pergaulan alam maya ke, atau di alam nyata ke.. ia masih lagi tertakluk pada batas dan adab yang telah diterangkan oleh syarak.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. Ustaz, saya ada masalah la ustaz. Saya dah cuba muhasabah diri saya, beristighfar, tapi sekejap je saya ok pastu saya k.o balik.

    Saya bermasalah dgn kawan saya. Sampai rakan2 lain perasan dan mula menyindir saya. Alhamdulillah ada bagus gak sindiran tu sbb telah membuka mata saya yg selama ni saya tidak nampak (x perasan).

    Kawan saya ni baik org nye ustad, yg tak baik nya dia ni mudah terpengaruh dgn perbuatan saya. Dulu time saya tak perasan tu saya sokong je bila dia nak ikut apa saja aktiviti saya or perbuatan saya.

    TAPI sejak kena sindir, ibarat mcm baru kena tamparan baru lah saya flash back balik dan apa yg disindirkan oleh kawan2 saya tu benar belaka.

    Rakan2 menyindir sy dgn mengatakan, apa saja yg sy buat pasti kwn sy itu akan ikut. Sy ni ibarat idola dia la konon nye. Itu yg disindirkan oleh rakan2 sy.

    Sejak tu saya mula jarakkan diri sy dgn kwn sy ni, maksud nya kalo dia ajak sy ke mana2 ke sy akan bg alasan, kecuali kalo ada rakan2 lain yg join baru sy join.

    Rakan2 sy kata kwn sy ni byk habiskan duit sbb ikut perangai sy yg ‘boros’. ok sy ngaku itu.

    Tapi bila sy dah mula jarakkan diri saya, makna tanak dia ikut penyakit sy ni dia still buat juga. Sampai ada satu hari dia marah sy sbb x bg tau dia dan dia terus memboroskan diri dia di depan mata sy sampai terngaga mulut sy time tu (serius ni).

    Tu part yg buruk sy dia ikut part yg sy ajak kebaikan dia tak plak ikut ustad. kalo betul sy ni idola dia kan patut dia ikut la 100% aktiviti sy. Pernah rakan lain sound sy kerana tak bimbing or nasihat kawan sy ni. Sy lagi gak ke yg salah???

    Sy dah ajak ke surau dia bg alasan period tak kan sy nak sport check period dia plak kan dia bukan budak2 lg. Sbb rakan2 sy tu kata tak kan la semenjang dia period. Betul gak tu tp sy nak ckp camne dah tu alasan dia bg pd saya tak kan la sy nak rotan dia plak.

    Baru2 ni sy beli al-quran digital, tah mcm mana dia ternampak dan marah sy sbb tak bagi tau dia. Sbb dia nak beli gak kata nya.

    Hati jahat sy jwb dlm hati “eleh ko tu semenjang period bila masa ko nk sentuh quran” <— time tu sy betul2 bengang ustad sbb tu terjwb mcm tu dlm hati tp depn dia sy senyum x jwb apa2.

    Pagi td dia sms sy tanya lg pasal quran tu, ikut kan hati sy malas nk lyn tp istighfar balik dan mungkin ini masanya dia nak berubah kan so sy layan la dia cite pasal quran tu. TAPI bila dia ckp dia nak beli gak sy terus jd jahat balik ustad, terus sy x jwb sms dia dan sy ckp sy bz.

    camne ni ustad sy rasa dlm hal ni sy yg bermasalah kot. susah nye nk jadi baik.

    1. kihkih.. ni bukan masalah nak jadi baik, tapi masalah bila banyak pengaruh.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan πŸ˜‰

  2. salam…

    ustaz, sy ade persoalan mengenai couple / kapel…
    Sy tengok da makin ramai “ilmuan” berbicara mengenai hal ini…

    Tetapi cara penulisan mereka seolah-olah mengharamkan hubungan antara lelaki dan perempuan… topik paling famous ttg zina mata, zina hati, pengharaman couple, cinta selepas kahwin n bnyk lg…

    Pada pandangan sy, mereka ini mungkin terlalu memikirkan ttg hukum asal tanpa berbicara mengenai keadaan remaja zaman sekarang (public interest)… remaja yg sudah tidak lg knal akan Siapa Tuhan mereka, Siapa Nabi mereka… remaja yg sudah hilang ilmu mengenai halal n haram…

    Remaja perempuan zaman ini perlukan Seorang lelaki sbg pendamping dan yg terbaik adalah Seorang lelaki yg mempunyai ilmu sehingga mampu utk menarik semula golongan perempuan yg sudah tersasar dari landasan agama dan memimpin mereka daripada lebih jauh tersasar… begitu juga sebalik nya (remaja perempuan menasihati golongan remaja lelaki)…

    Bukan kah Lelaki itu Pemimpin Keluarga, masyarakat bahkan negara? wanita pula dijadikan sbg teman jua sahabat kpd lelaki?

    Berkenaan isu cinta selepas kahwin dan kahwin awal lebih sesuai utk remaja muslim,,,
    sy merasakan terdapat segelintir “ilmuan” seolah2 berkata2 tanpa melihat kejadian yg berlaku disekeliling mereka… mereka juga seakan2 tidak memikirkan berkenaan “Public Interest together with Future Planning”..

    Apakah mereka tidak pernah pergi membuat tinjauan di badan guaman berkenaan kes2 permohonan cerai? atau lebih mudah membuat tijauan di firma2 guaman dan atau jabatan yg menguruskan hal berkenaan guaman di negara ini?

    Maka, secara jelas nya remaja zaman ini perlu mendalami ilmu agama dan juga ilmu dunia… supaya mereka punyai ilmu / knowledge utk memimpin rakan2, Sahabat2, juga teman istimewa agar tidak jatuh ke lembah hina, agar tidak tersasar dari landasan agama…

    Aqidah dlm hati masyarakat perlu diteguhkan semula… Pabila Aqidah dah mantap, maka hal2 berkenaan Syariah akan lebih mudah diurus…

    “Islam itu Indah… Hanya Penganut agama itu yg sengaja merosak kan keindahan nya…”

    Sekadar pandangan dari sy, insan yg masih punya banyak kekurangan…
    mohon maaf di atas segala kekasaran bahasa dlm penulisan…

    Minta Ustaz berkongsi ilmu dan pandangan Ustaz berkenaan hal ini…

    1. memang dahsyat penangan semangat ni.. itu belum masuk yg jenis jalan tunduk macam nak cari duit hilang.. macam2 ada πŸ˜€

  3. salam ustaz, sekadar bertanya..perlukah setia sebelum berkahwin? salah ker jika kite keluar dengan orang lain selagi kite belum berkahwin?

      1. assalammualaikum ustaz,,mohon dberi keizinan untuk mengambil sdkit maklumat dalam blog ni untuk mmbuat assingement,,syukran jazilan,,

  4. ustaz, kalau dengan abg kandung kan,
    kita tak membesar sekali pun, sebab dipelihara lain lain keluarga, tapi keluarga tuh mak sedara juga.
    tapi bila dah besar baru bersama balik. beza umur tak jauh,2 3 tahuh je
    boleh ke nak cakap i love you dan etc dekat abg sendiri?

    1. boleh.. tapi sebaiknya tukar kepada perkataan yg difahami secara adatnya bukan menunjukkan kasih sayang berahi spt i love u tu.. contohnya “sayang abang” dsb..

      tapi jarang adik beradik ni cakap sayang2 sesama sendiri. kasih sayang sesama keluarga lebih ditunjukkan melalui perbuatan.. hanya pasangan kekasih saja yg banyak ucap kata2 sayang ni sbb tak bleh nak tunjuk sangat melalui perbuatan.

  5. salam ustaz..saya ingin mengetahiu apakah hukum anak perempuan menguruskan bapa yg lumpuh seperti memandikan dan membersihkan sedangkan ibu masih ada? saya keliru dengan hal ini mohon ustaz berikan penjelasan. terima kasih.

    1. hukumnya harus sbb anak perempuan itu adalah mahram kepada bapanya. Tapi lebih afdhal ibu yg menguruskannya jika mampu.

  6. ustaz, sy dh kawin, ade sorg ank.
    adik ipar pempuan duk serumah dgn sy. kdg2 pakaian yg dipakai dia sy tak bekenan (seluar pendek/baju ketat/singlet/pakai towel/bekemban).
    suami sy (abg kandung dia) tak pernah tegur (masa dia berpakaian mcm tu. mungkin kt blkg sy dia penah tegur, sy tak tau la). kalau sy ckp kt suami yg sy tak selesa dgn keadaan mcm tu, takut begaduh laki bini (pernah sekali sy ckp dn jd gaduh, so rasa mcm mls nk ckp lg). ape sy nk buat? ht sy geram ya amattttt!!

  7. salam ustaz..
    sya nk tye pdapat ustaz mengenai hbgan anak buah ngan pak cik..
    sya dh bercinta ngan pak we slma 5thn,so pak we sya nie ada rmai ank buah..tp pkwe sya pling rapat ngan anak buah yg perempuan yg umur xjauh beza ngan dia..diowg nie slalu bt aktiviti yg sama2,kadang2 smpai die lupa yg die dh ada sya..
    mcm hari itu,klau anak buah die sakit ckit pun die rsau cmpai sggup abk ct..pdahal klu sya skit,die tye cam 2 je,and then bt xthu je..
    kdang2 2 sikap anak buah dh t’lampau,cmpai sya pun dia xhormat sbgai bakal mak saudara dia yg baru,,
    yg pakwe sya plk ikut je apa ank buah die mtak,
    hari itu,sya terbaca mesej pkwe sya ngan anak buah,smpai dlm msj 2 pakwe sya siap ckp lg die tak kan kahwin slagi ank buah die xkahwin,and then die syg sgt2 kat anak buah,xsggup klau anak buah die tak ada..lg yg sya sedih dlm msj 2,pkwe sya siap ckp yg ank buah die 2 sgala2 bg die,klu ank buah cde pkwe ckp die xthu nk idup mcm mne..
    sya sedih sgt bca msj ni..
    ada hari itu,jnji nk tman sya bli brang,tp tup2 xjd sbb ank buah die sakit sbb deman,tp sblik nya anak buah xdeman die tipu sya..
    hari raya pun pkwe xblik kg,sbb anak buah dia xblik kg sbb xdpt ct..
    kdang2 sya rsa yg sya ni xwjub dlm idup die,sbb die lbih byk abk berat dkat anak buah die..mmg sya thu dia syg anak buah,tp jgn la smpai keterlaun..
    sya rsa hbggan mraka ni lbih dri pakcik n anak buah,msti slah sorang dri mrka ada prasaan istimewa
    sya nk mtak pdpt mcm mne nk bg diowg sdar..

  8. Salam wbt ustaz. Mohon pencerahan. Bawah pecahan batas pergaulan antara bukan mahram. Batas antara pemuda berumur 20-an dengan nenek 65 tahun ke atas. Haramkah bersentuhan? Keadaan saya yang berada di luar negara, bila akan pulang ke tanah air, ada nenek-nenek atau mak cik-mak cik orang putih yang akan peluk atau cium pipi tanda akan merindui pemergian yang lama. Wallahualam. Jazakallahukhair.

  9. Assalamualaikum ustad…
    Saya nk bertanya..
    Bila seorang ayah yg tengah sakit d admit d hospital..meminta pada ank perempuan yg menjaganya d wad..meminta untuk d peluk dan minta untuk memegang payudara anak nya..
    Dengan kata2″ apa anak rasa bila peluk ayah..meremang tak..blh tak bpa pegang buah dada mu”..bila anak tu menolak..si ayah berkata lg..”bila ank mau..dtg pada bapa ya..

    Saya jdi x tentu lh ustad dgn keadaan ni..saya terus hilang rasa nk jaga bapa d hopital..
    Apa maksud keadaan ni ustad..sya berfikir negetif da pada ayah

  10. Assalamualaikum ustaz.. Saya ada satu soalan. Contoh soalan : seorang wanita bersama rakan2nya yg terdiri drpd 2 wanita dan 2 lelaki menetap di sebuah homestay yg sama. Adakah haram hukumnya? Adakah itu dikira berkhalwat ?

  11. Assalamualaikum ustaz,boleh ke perempuan yang sudah baligh tidur bersama ibunya di atas katil berlainan tapi satu bilik??

  12. assalammualaikum ustaz…
    saya mahu bertnya…
    boleh ka isteri saya berpelukan dan bersalaman dengan abang kandung dia…
    sedangkan abang dia telah berkahwin…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme