I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Angan2 Ahli Kubur

Salam…

Ustaz Love dah lama tak buat review pasal khutbah Jumaat (nampak macam berilmu je nak review khutbah plak.. kihkih).. maksud Ustaz Love review ini adalah seperti ulasan je.. iaitu berkongsi apa yang Ustaz Love dengar masa khutbah Jumaat. Saje je nak tunjuk yg Ustaz Love tak tido masa khutbah.. kihkih

Angan2 ini kalau dalam Bahasa Melayu, kita sebut angan2.. ataupun cita2.. kedua2nya lebih kurang sama.. yg berbeza adalah ejaan.. kerana angan2 juga boleh dicapai.. sama macam cita2.. syaratnya kena berusaha.

Dalam bahasa Arab, angan2 ini boleh diwakili oleh 2 perkataan iaitu at-Tamanni atau ar-Raja’.. at-Tamanni ini adalah angan2 yang tak mungkin dicapai spt angan2 nak jadi Kamen Rider, angan2 nak buat rumah atas awan dsb.. ar-Raja’ ini dipanggil juga dengan harapan, yg mana angan2 dan harapan ini boleh dicapai dengan usaha.. sbb itu Saidina Umar mengatakan bahawa iman itu adalah antara khauf (takut) dan raja’ (harap).. takut Allah tak terima amalan kita dan berharap Allah menerima amal baik kita.

Angan2 ahli kubur ini adalah angan2 yang tak mungkin tercapai. Sebab sebaik saja nyawa dah sampai ke halkum (tekak) tiada lagi amal baik yang dapat dilakukan. Hanya menunggu balasan amalan semasa masih hidup atas dunia.

Ahli kubur berangan2 untuk kembali ke dunia.. itu saja angan2nya.. cuma dinyatakan bila dah balik ke dunia ni, nak buat amal.. walaupun sekejap.. sbb bila dah masuk kubur nanti baru tahu betapa besarnya amal ibadah yang dipandang kecik atas dunia ni..

Amalan sunat seperti solat sunat, zikir, membaca al-Quran, sedekah dsb dipandang remeh.. bila dah nampak betapa besar ganjarannya, maka ramai ahli kubur akan merasai kerugian bila tidak melakukannya sewaktu di dunia. Itu baru ganjaran amalan sunat, belum lagi ganjaran amalan fardhu.. sudah tentu lebih besar lagi..

Namun, setinggi mana pun angan2 mereka di alam kubur, ia hanyalah sekadar angan2 yang tak mungkin berlaku. Sebab masanya telah tamat. Semasa atas dunia ini, kita melengah2kan segala amal baik yg kita nak lakukan.. nak solat sunat, tangguh dulu.. nak zikir, biar dulu sbb takde masa.. nak sedekah, tunggu dulu, sbb belum kaya.. akhirnya, sedar2 kita dah ada kat dalam kubur..

Maka, sebab itulah Allah suruh kita bersegera dalam melakukan kebaikan.. juga bersegera mencari keampunan Allah (taubat) dan bersegera untuk mendapatkan syurga (dgn membanyakkan amal ibadah).. jangan bertangguh lagi..

Bila kita dah meninggal nanti, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh. Bagaimana nak dapat manfaat sedekah jariah kalau di dunia ini kita merupakan seorang kedekut tahi hidung masin2 manis? Bagaimana nak dapat manfaat ilmu kalau kita merupakan seorang yg jahil dan tidak langsung memberi ilmu kepada masyarakat? Bagaimana kita nak dapat manfaat doa anak yg soleh kalau kita sendiri tak mendidik anak menjadi anak yg soleh?

Maka, atas dunia inilah kita nak berusaha.. nak bercucuk tanam untuk akhirat.. umpama seorang petani yang menanam tanaman (takkan menanam haiwan plak kan?).. fokusnya adalah supaya biji benih yg ditanam, dapat dibaja, disiram dan dijaga daripada makhluk perosak.. walaupun dia tak nampak pun hasilnya jika memandang biji benih, namun dia tahu bahawa biji benih itu akan memberikan hasil suatu hari nanti.. sementara beliau mengusahakan tanaman itu, beliau masih lagi menjalankan aktiviti2 yg lain spt makan, minum, berak, kentut dsb.. sbb perkara2 itu adalah keperluan dirinya.. tetapi, esoknya dan hari2 seterusnya, beliau akan tetap turun ke ladang untuk meneruskan rutin penjagaan tanamannya. Sehinggalah tiba saat tanaman itu mengeluarkan hasil untuk dinikmati dan dijual.

Sekiranya beliau terlupa fokus utamanya sebagai petani, beliau akan menghabiskan masanya dengan makan2, minum2, berak2, kentut2 sehingga mengabaikan tanamannya.. akhirnya, bukan saja tanamannya tak menjadi, sebaliknya tanahnya itu akan ditumbuhi semak dan lalang.. yang akhirnya menjadi tempat haiwan berbisa melepak dan makhluk tak reti bahasa membuat maksiat.

Jika manusia terlupa fokusnya untuk mencari akhirat, nescaya imannya akan makin menurun, ibadahnya akan makin berkurangan.. sehingga akhirnya, tiada hasil yg dapat dituai di akhirat nanti.. sebaliknya, jika seorang manusia itu fokus terhadap akhirat, insyaAllah, imannya akan meningkat dan amal ibadahnya akan bertambah dan beliau akan menuai hasil yg banyak di akhirat nanti.

Tidaklah dengan fokus akhirat itu akan menidakkan manusia mencari bahagian di dunia ini.. sbb keperluan manusia ini akan sentiasa dicari.. bila perut lapar, maka manusia akan makan.. bila rasa dahaga, manusia akan minum.. bila rasa sakit perut, manusia akan berak.. bila hidung tersumbat, manusia akan korek.. perkara2 itu takkan mengganggu fokus akhirat sekiranya diusahakan sekadarnya.

Jika makan menjadi fokus utama, maka manusia akan berusaha untuk penuhi kehendak nafsu makannya.. makan malam sehingga terlepas solat Maghrib.. minum minuman yg haram walaupun terpaksa menghabiskan banyak duit untuk menikmatinya..

Jadi, sementara masih punya masa untuk hidup atas dunia ini, realisasikanlah (pehh.. perkataan canggih tu.. kihkih) segala keinginan kita untuk akhirat.. untuk masuk syurga.. untuk dapat nikmat syurga.. dengan cara memperbanyakkan amal kebaikan atas dunia ini. Jangan sampai bila dah masuk kubur, baru terasa nak buat semua tu… maka jadilah ia sebagai angan2 yang takkan kesampaian..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. Bila kita dah meninggal nanti, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yg soleh….boleh ust terangkan maksud anak yg soleh tu? kalau seseorg tu tiada anak mcm mana ust…

        1. kalau boleh apa salahnya.. sbb ahli kubur masa tu pun dah tak pikir dah apa orang nak kata.. sbb dia nak balik ke dunia untuk beramal. Tapi iman dan amal selepas melihat alam ghaib di depan mata (alam kubur, seksa, nikmat dsb) sudah tidak diterima. Ini kerana, iman itu adalah percaya walaupun tak pernah melihat 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme