I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Akibat Mendengar Cerita Mulut Ke Mulut

Salam…

Alhamdulillah, Ustaz Love sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kesempatan buat Ustaz Love untuk mendengar penjelasan sebenar daripada Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan isu beliau memindahkan jin menggunakan bas. Isu ini sebenarnya telah menjatuhkan kreadibiliti beliau sebagai seorang ulamak, kerana dianggap menggunakan kaedah yang bertentangan dengan kefahaman syarak. Dan di kalangan pengamal perubatan Islam sendiri, ada yg mengambil contoh ini untuk membuktikan bahawa kaedah yg digunakan oleh Dato’ Dr. Haron Din adalah bertentangan dengan syariat.

Kalau benarlah kenyataan itu, memang ia bertentangan dengan syarak.. ini kerana, dalam hadis menyatakan bahawa jin ini boleh berjalan sendiri, atau boleh terbang dan juga boleh menyerupai.. macam burung.. burung tak memerlukan pengangkutan awam untuk berhijrah, sebab beliau boleh terbang.. jadi, apa gunanya jin yg boleh terbang dipindahkan menggunakan bas?

Cerita ni sangat popular masa jaman Ustaz Love sekolah dulu.. alhamdulillah, Ustaz Love telah diberikan kesempatan untuk mendengar sendiri daripada tuan punya badan, berkenaan cerita tersebut.. Bayangkan sekiranya beliau telah meninggal tanpa sempat menjelaskan perkara sebenarnya, nescaya kitalah yang akan rugi dan menerima kehinaan kerana menisbahkan berita palsu kepada seorang ulamak.. dan mungkin kita mewariskan cerita2 karut ini kepada anak cucu..

Jadi, Ustaz Love paparkan di sini video berkenaan…

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. wabak penyakit mulut ke mulut ni bahaya ustaz…hehe sejak ada internet ni..penyakit lain pulak timbul. kena pandai2lah nilai sendiri..

  2. syukur, akhirnya saya dengar sendiri rakaman ini. dok asrama memang glamer dengan cerita mcm ni. harap2 Dato’ terus dikurniakan kesihatan yang bak..

    1. betul tu.. Ustaz Love dengar cerita ni pun daripada seorang senior masa sekolah asrama dulu.. kononnya senior ni anak murid Dato’ Harun Din.. kihkih 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme