Salam..
Ustaz Love tengok sambil lalu je perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Bahrain.. Nak kata main cantik, takde la cantik mana.. tapi kira berbaloi la jugak sbb ada score 2 gol.. walaupun kalah 3-2.. 3 gol Bahrain dijaringkan dalam masa 6 minit dengan 10 orang pemain (seorang pemain Bahrain kena kad merah).. bermakna Malaysia dah mendahului 2-0, tapi tak berjaya mengekalkan kedudukan tersebut.
Tapi, gol cantik Nazmi Faiz dan Mahali Jazuli mengubat kelukaan skuad harimau yg dah semakin parah lukanya.. ramai pemain dah cedera.. cedera pun, terpaksa bermain juga sbb dah buat 3 pertukaran pemain yg semuanya cedera.
Apa pun, tahniah buat pemain2 Malaysia.. walaupun melepaskan 3 gol, Khairul Fahmi bermain cemerlang terutama pada separuh masa pertama dalam menafikan serangan bertali arus pemain Bahrain..
p/s: Ustaz Love layan bola sbb nak dengar ulasan Dato’ Hasbullah Awang je.. boleh la dia sebut nama ketua pasukan Bahrain (Abdul Wahab) dengan nama Abdul Wahib.. nasib baik tak sebut sekali Abdul Wahub.. kihkih

sy tak tgk sbb sy suka tau result je.. hehe
itulah yang terbaik demi jantung anda.. kihkih π
hehehe.. π sepesen ana deh.. ;D
tak thrill kalau tengok keputusan je π
dan saya suka tengok bola dari mula sampai habis.
apapun ini adalah pengajaran yang berguna kepada anak2 muda bahawa jangan kita leka ketika kita berada dalam keadaan baik.
betul tu.. jangan mudah terleka π