Salam…
Ustaz Love masih lagi tidak berada dalam keadaan nak buat entry soal jawab.. Jadi, Ustaz Love teruskan dengan entry ringkas iaitu berkenaan takbir raya Aidil Adha.
Sebelum ni Ustaz Love ada buat entry berkenaan takbir raya Aidilfitri.. apa bezanya? Takde bezanya, lafaz takbir masih lagi sama.. alunan lagu masih lagi menyayat hati.. bezanya cuma waktu ianya dilafazkan..
Kalau takbir raya Aidilfitri, waktu mula bertakbir adalah apabila terbenamnya matahari hari terakhir berpuasa sehinggalah sebelum bermulanya solat sunat Aidilfitri..
Takbir raya Aidil Adha pula adalah bermula selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. Tapi kat Malaysia ni kita mula bertakbir pada malam raya.. kalau Imam bertakbir raya lepas Subuh 9 Zulhijjah, nnt jemaah ingat Imam dah nyanyuk.. sbb teringat nak raya (takbir dan raya saling berkaitan).. kihkih
Jadi, marilah kita memperbanyakkan takbir sepanjang hari ini sehinggalah sebelum terbenam matahari hari ke 13 Zulhijjah.. tak kira la tengah buat apa pun.. jangan bertakbir dalam jamban dah le..

selamat hari raya utk ustaz love & family 🙂
Selamat Hari Raya juga buat Mama sekeluarga 😉
tq ustaz