I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yg menamakan dirinya dengan ‘bicara hati’ :

Salam..ustaz..saya terpanggil ketika membaca bekas kekasih ugut buka aib..saya melalui saat2 tersebut..hati sy benar2 tertekan..bekas kekasih sy telah menipu sy yang beliau sebenarnya telah pun bertunang dan masih baik hubungan dengan tunangnya..dia melepaskan diri enggan mengahwini sy..hati saya sangat sakit..hanya dekatkan diri kpd Allah untuk mendapatkan ketenangan..sy pun telah mengandung tetapi terpaksa menggugurkan kandungan atas permintaan ayah dan ibunya..apakah yang harus saya lakukan kerana risau sekiranya mempunyai jodoh dengan orang lain risau suami sy akan tahu tentang isu tiada dara sy..sy buntu ustaz..:(

Pada pandangan Ustaz Love, kes saudari ni (saudari la kan.. takkan ada saudara yg mengandung plak) takde kaitan dengan kes bekas kekasih buka aib pun.. Ia lebih kepada kes saudari sakit hati sebab kekasih saudari itu menipu saudari, dan saudari tak dapat nak menerima kenyataan bahawa kekasih saudari itu dah tak suka kat saudari..

Tak kira la apa juga penipuan bekas kekasih saudari itu (sama ada beliau baik dgn tunang ke, bertunang lagi ke, ada 18 orang tunang ke dsb), sebenarnya itu cuma alasan untuk menjauhkan diri beliau daripada saudari. Rasanya saudari juga dah tahu dan faham keadaan ini, tapi masih lagi dalam keadaan ‘denial stage’ dan cuba menafikan hakikat sebenarnya.

Untuk mengatasi masalah dan tekanan ini, pertama sekali saudari kena menerima hakikat bahawa lelaki itu sudah tak nak kepada saudari. Bila saudari sudah boleh terima hakikat ini, insyaAllah, langkah seterusnya akan lebih mudah.. Bila kaki terikat pada tiang, memang tak perlu fikirkan apa2 jua rancangan kecualilah selepas tali itu diputuskan.. begitu juga jika hati dah terikat pada seseorang, tak perlu nak memikir terlalu jauh, cuma fokuskan dulu pada memutuskan tali yg mengikat hati itu.

Sekalipun lelaki itu ingin menjalin kembali hubungan, pada pandangan Ustaz Love, tak perlu dihiraukan lagi beliau. Sebab ternyata beliau bukanlah seorang lelaki yg bertanggungjawab.. begitu juga dengan ibu bapanya.. sepatutnya, bila ibu bapa mengetahui bahawa anaknya telah menyebabkan seorang wanita mengandung, mereka cepat2 berusaha untuk menyatukan keduanya dengan ikatan yg sah (kalau betul nak jaga air muka dsb), bukan dengan cara memaksa wanita itu menggugurkan kandungan.. bukan saja saudari telah berdosa kerana menggugurkan kandungan, tetapi ibu bapa lelaki itu juga berdosa kerana bersubahat (memaksa melakukan perkara haram).

Ustaz Love cuma melakukan penilaian menurut pandangan zahir.. mungkin betul, mungkin tidak.. mungkin juga suatu hari nanti lelaki itu dan kedua ibu bapanya diberikan hidayah dan bertaubat.. itu di luar bidang pengetahuan Ustaz Love.. cuma, hakikatnya yg ada sekarang adalah seperti yg Ustaz Love terangkan di atas.

Maka, apa yg perlu saudari lakukan sekarang ini adalah bertaubat atas dosa2 besar yg dilakukan (berzina dan menggugurkan kandungan). Bertaubatlah sesungguh hati dengan taubat nasuha.. insyaAllah, hati saudari akan tenang dan tenteram. Kemudian barulah saudari fikirkan apa yg perlu dilakukan seterusnya.

Hiduplah dengan realiti yg ada sekarang.. jangan terlalu memikirkan perkara yg belum berlaku.. bila saudari berazam dan bersungguh2 berusaha untuk menjadi baik, insyaAllah, Allah akan berikan yg terbaik buat saudari, mungkin juga akan diberikan jodoh yg terbaik buat saudari. Sesungguhnya, semua manusia itu pasti akan melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka.. tetapi, sebaik2 mereka yg melakukan kesalahan adalah mereka2 yang bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Bila Allah menerima taubat mereka, maka bersihlah mereka daripada dosa.. jadilah mereka orang yg ‘terbaik’ untuk bertemu jodoh yg ‘terbaik’..

Kita tak mengetahui apa yg akan berlaku pada masa akan datang.. atas ‘kelebihan’ itulah, maka kita masih lagi punya harapan.. terus berharap kepada Allah, semoga Allah menutup keaiban kita dan membuka segala kebaikan kita. Yakinlah, jika Allah dah tutup aib kita, tiada siapa yg mampu nak membukanya.. sebaliknya, jika Allah dah buka aib seseorang, tiada siapa pun atas dunia ini yg mampu menutupnya.. Maka, berusahalah untuk menjaga aib sendiri kemas2, sambil mengelakkan diri daripada membuka aib orang lain..

Jadikanlah apa yg pernah berlaku itu sebagai pengajaran hidup yg berguna buat kita.. teruskan memandang ke hadapan.. kerana masih banyak lagi bekalan yg perlu kita cari untuk dibawa bertemu Allah di akhirat nanti.

Cuma dalam setiap tindakan dan keputusan yang ingin kita buat, jangan lupa beristikharah.. juga banyakkan ibadah2 sunat seperti membaca al-Quran, berzikir dan berdoa serta bersedekah.. InsyaAllah, Allah akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan hidup, yang tidak mampu diberikan oleh mana2 makhluk pun di atas dunia ini ๐Ÿ˜‰

Ustaz Love doakan semoga saudari diberikan jalan keluar yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini..

p/s: Berkenaan isu dara tak dara, boleh rujuk entry2 di sini..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. Meh kita doakan si โ€˜bicara hatiโ€™ ni kuat harungi hidup lepas ni..

    [tbe2 rasa nk mkn cheezy wedges plk ujan2 ni..xde kaitan pon] ๐Ÿ˜€

  2. kasihan buat kawan ini..
    bertambah dosa2nya..
    dosa zina
    kemudian dosa membunuh anak itu..
    mudah- mudahan Allah ampunkan dosa2nya..
    mudahan juga beliau kuat.
    btw.pasal kes sympthom gangguan tu kan ustaz..
    tahu dah naper ade..
    mmg ade dlm family la..
    cara prevent pun dah thu la.
    kena rajin la baca al quran,etc.
    benda tu tak hilang sbb tak betul2 melekat
    sepatutnya dapat pada anak yg mengamal tapi sebab saya ni cucu perempuan yg sulung…tak dapat ke anak2 beliau..turun pada saya.
    mmg kena (melalui mimpi) selalunya precaution la sbb payah bila ade bpk saudara yg ade ilmu mengubat ni..or almarhum bapa mertua sendiri pengamal perubatan.
    ciri2 dah nmpk pad anak yg sulung..
    dia mudah nmpk benda2 tu…
    aih..mujurlah dia belum fasih sgt bercakap…
    kalau tak meremang tengkuk nih..
    tapi bapak selalu cakap: klu kerap sgt,abaikan sahaja tkut benda tu lagi kuat mengikat..

    1. insyaAllah amin…

      benda2 mcm ni, insyaAllah akan menjadi lemah bila kita kuat beramal.. tapi bahayanya bila kita lemah / malas beramal (sbb manusia ni ada gak masa2 malasnya), maka amalan dan akhlak menjunam jadi lebih teruk drp orang yg tak pernah beramal.. sbb itu, untuk masukkan air soya ke dalam gelas yg mengandungi air kopi, maka kena buang dulu air kopi itu dan basuh gelasnya.. barulah air soya boleh dituang.. kalau tuang jugak tanpa dibuang air kopi itu, maka jadilah air kopi soya ๐Ÿ˜€

      1. bagaimana pula dengan seorang gadis yang pernah dirogol oleh lelaki semasa umur 10 tahun dan kini dia amat merasa sedih,kesal dan merasakan hidupnya menjadi gelap pabila dia meningkat dewasa .. dan sekarang dia sudah berumur 21 tahun ..masalah yg dihadapi ialah dia merasa bersalah terhadap kekasihnya yang amat mencintainya sehingga dia tekad ingin memutuskan kekasihnya..malangnya,kekasihnya tidak sanggup memutuskannya..dia kini bergelumang dgn perasaan serba salah yg teramat sgt .. dia tidak sanggup untuk memberitahu peristiwa silamnya kepada kekasihnya kerana dia tahu kekasihnya tak dapat terima hal itu .. apakah langkah yang patut dia ambil ?

          1. saya akan tunggu jawapan kepada persoalan yang telah saya utarakan..

            terima kasih kerana mmberikan respon terhadap soalan saya ..

          2. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab.. perlukan sikit masa sbb kena ikut turn ๐Ÿ˜‰

  3. salam ustaz..

    pengalaman sy sama seperti ‘bicara hati’..bekas kekasih sy curang tetapi masi tak mahu lepaskan sy..disebabkan terlalu cinta dan masi ingin memberi dia peluang sy dengan harapan suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuka dan menyedari kesilapannya. gadis tersebut juga tahu tentang kewujudan sy tetapi tetap tak nak lepaskan bekas kekasih sy. setelah berada dalam cinta tiga segi selama 2 tahun lebih, tanpa pengetahuan sy mereka telah btunang krn gadis tsebut telah hamil 3bulan dan telah berkahwin 2bulan kemudian.

    sy hny tahu hal mrka stelah sy dapati sy hamil selama 1bulan dan dia myuruh sy gugurkn kndugan sbb dia sda
    bkahwin. betapa hancurnya sy dperlakukan bgini..tidak ada seorng dari mrka pun memberitahu sy, sy sgt terkilan krn gadis tersbut yng kini isterinya tahu ttg kwujudan sy selama ini hanya membiarkan bekas kekasih sy itu menemui sy sebelum ini.

    sy rasa ditipu oleh mrka..sy hny dpat myalahkan diri..mrka masi dapat hidup bahagia walaupun sda memperlakukan sy bgini..sy rasa sgt sedih, bersalah dan bdosa..

    walaupun keluarga bekas kekasih sy mau berkahwin dan mjaga kandgn ini tetapi sy tidak sanggup lagi untuk bersama dengan lelaki seperti dia dan dgn isterinya. dia juga tidak ikhlas untuk menerima sy dan lebih rela jika kndugn ini gugur.dan sy tahu dia tdk akan mampu mjaga kedua isteri dan anknya nnt. sy jga lbh memilih utk pergi
    dan teruskan pgajian..

    sy tahu sy sgt bdosa..bolehkah dosa sy ini diampuni krn sy sgt myesalinya..hidup sy sgt mderita.. dan adakah lelaki seperti dia akan myedari kesalahannya krn dia tidak ikhlas meminta maaf dan hanya membuatkan sy btambah sedih..

  4. assalamualaikum ustaz. Adakah patut seorang anak memberitahu mak bhawa bapanya curang dan adakah ianya dikira bersubahat jika tidak memberitahunya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme