I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mesej Berantai

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Adek insyi :

salam,
ustaz sya punya β€˜statement’ x da kna mengena dgn tajuk neh, tapi nak minta pandangan ustaz cket. tentang benda neyh :
mcm surat berantai pown ada jugak,, tapi sya x taw apa motif dia antaq kat sya,

[23:29:58] intan nur izzati: Nama dirahsiakan berumur 3 tahun dia tak ada mata dn mulut dia ni arwah meninggal dunia, sesiapa yang dah baca tapi tak fowardkan. malam ni dia akan datang sebelah katil anda dan memerhatikan anda, dia juga akan berada di syling untuk memerhatikan anda jika tidak prcaya.kisah ini berlaku pada 26hb tahun 1914
sesetangah orang telah mati terkejut kerana tidak mempercayai messege ini dan memadamnya, orang pertama ialah kekasih anda dan seterusnya akan hilang perlahan lahan.dalam masa 24 jam sila fowardkan message ni kepada 8 orang.

trimas ustaz love,, komen cket pown jd larh,,

Jika diperhatikan pada waktu mesej itu dihantar, sekitar 11.30 malam.. dah dekat nak tengah malam dah.. Ustaz Love plak menerima komen ini beberapa minit selepas itu.. lepas baca je komen tu, terus Ustaz Love tutup laptop dan gi tido.. tetiba je rasa rasa bulu idung berdiri tegak.. kihkih..

Pada pandangan Ustaz Love, mesej itu lebih kepada nak melawak sesama kawan2 je.. sebab tu dia hantar waktu tengah2 malam.. hantar plak kat orang pempuan.. cuba beliau hantar kat orang lelaki, mau kena maki je.. kihkih

Apa kes tak forward message pun bleh kena kacau dengan hantu? Hantu pun banyak kerja lain lagi nak buat.. takde masa nak jadi penunggu mesej berantai ni..

Namun, dalam melawak dan bermain2, jangan sampai menjadikan perkara ini sebagai sesuatu yg serius dan mesti dilakukan.. kerana ia boleh menjebakkan diri kita dalam kerosakan akidah.. Bukan mesej ini saja, tetapi apa2 pun mesej berantai yang suruh hantar kepada beberapa orang, kalau tak hantar, maka akan terima musibah la, kena sembelit la, kentut tak lawas la dsb.. semuanya itu adalah karut.. percayakan perkara sebegitu boleh menyebabkan kerosakan akidah.. bagi yang tolong2 sebarkan mesej / surat berantai ni, seolah2 mereka ini cuba nak menjadi Tuhan dgn menentukan musibah yg akan menimpa..

Jadi, kalau nak melawak pun, elakkan daripada menggunakan elemen surat berantai mcm ni.. hantar je mesej bagi link Ustaz Azhar Idrus ke, insyaAllah, lawak ada, ilmu pun dapat.. tapi tak payah la sambung kat mesej tu “kalau anda forward kepada 8 orang, nanti Ustaz Azhar akan muncul dalam mimpi dan akan memberikan ketenangan kepada hati anda”.. itu pun jenis mesej berantai juga, walaupun ada dimasukkan nama Ustaz Azhar..

Jika kita menerima mesej / sms berantai ni, sila reply kepada penghantar mesej itu : “Jika anda menghantar kepada beberapa orang dgn keyakinan nak menolak bala, maka anda telah melakukan perbuatan syirik!!”..

p/s: serius seram mesej tu.. kebetulan masa Ustaz Love terbaca komen tu, baru je lepas layan movie Al-Hijab.. kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
    1. kihkih.. kadang2, kita pun terikut sama perangai budak2 ni.. dok fikir “kalau” benda tu betul.. lalu kita pun bersikap “tak salah / tak rugi” pun kalau kita forward.. sedangkan hakikatnya, ia boleh menyebabkan akidah tergadai πŸ˜‰

  1. sy pun seram jugak. skrg 1128pm.eheheh

    bernas la idea ustaz..kdg2 geram gak sy bile dpt msej berantai mcam tu.. rsa nk cmpak hp, tp hp sndiri syg la kan.hehe..

    at last sy delete msej tu or sy fwd kt org lain (kalau ada manfaat la) tp yg ayat ugut2 kt last2 tu sy delete.

    tp lepas ni kalau ade lg, sy nk reply mcm ustz tulis tu la.hee

    1. bagus2.. nak lagi sadis, bagitau kat beliau “Kalau awak forward lagi mesej2 berantai ni, saya akan telefon dan bagi ceramah kat awak sampai 2 jam”.. kihkih πŸ˜€

        1. kena dakwah sikit tukang hantar tu.. kalau buat senyap je, nanti dia ulang balik sms berantai yg lain πŸ˜€

          1. ana pun rajin dpt mesg mcm tu..alhamdulillah lepas tukar no.ni x de la plak..slalu dpt dr no.x dikenali..ntah hmba Allah tu dpt lam mimpi agaknya.haha..tp ade gak kenkawan antar.. oo orng panggei berantai ye? hihii x tau plak..mesag pun main rntai2 ni..engat wanita aje suka rantai..huhu.. ana pernah jgak blas kat unknown tu..”sesungguhnya musibah hanyalah ditentukan oleh Allah.. tidak ada dalil Al-quran atau hadith yang menyatakan seseorang itu akan ditimpa musibah jikalau tidak menyebarkan sepotong doa..renungkanlah,ini berkaitan akidah kita sebagai umat Islam..” herm..antar msa geram tahap maximum dah..hehe..

          2. biasanya nombor baru tu nombor recycle.. itu yg selalu dapat mesej2 yg tak sepatutnya πŸ˜€

    1. So…citer pasal orag bleh mati time tido tu,tipu belaka la kan…hihi..kecut gak perut ni..kalau la betul2..mamah la kita..

  2. Assalamualaikum wrwb Ustaz Love,emm sye nk tnye ckit nie..ape beza antra pasrah n redha??klaw ustaz love bleh tlong jlaskan..tlong le sye yg kbur nie..huhuhu..

  3. smlm dpt jugak mesej yg sma, yg sakit hatinya sbb dpt msa tgh tgk citer hantu midnight kat panggung wyg,, uh stress x psl2 mggeletor,,huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme