I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mertua Menyihir Menantu

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada jassnida :

ustaz love sy nak tanya 1 soalan andai kata mertua guna kan sihir atau bomoh pada menantu supaya menantu ni sakit atau dibenci suami, perlu ker menantu ini balik lg rumah mertuanya? dan suami jugak kesal dgn perbuatan ibunya dan turut tidak balik jugak rumah ibu bapanya? mcm mana tu ustaz love???

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, ingin Ustaz Love tegaskan bahawa apa juga yang berlaku, sama ada baik ataupun buruk, semuanya dengan izin Allah.. ini perkara pertama yg kita kena yakini dan pegang kuat2. Takkan berlaku apa juga perancangan manusia, kecuali jika diizinkan Allah.

Keizinan Allah ini bukanlah bermaksud Allah meredhai perbuatan jahat manusia, sebaliknya ia sebagai ujian buat manusia yang juga dipanggil istidraj (perkara luar biasa yg berlaku dgn izin Allah bertujuan supaya manusia itu akan semakin sesat). Jadi, janganlah cepat percaya akan perkara2 yg melampaui adat ini (luar biasa) kecuali setelah kita pastikan dulu kesahihannya. Agar kita tak tertimpa musibah atas kepercayaan kita sendiri.

Berkenaan dengan perkara sihir ini, ianya memang wujud.. dalam al-Quran pun ada dinyatakan berkenaan sihir ini :

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (al-Baqarah : 102)

Jika benarlah musibah yg menimpa menantu itu disebabkan sihir, maka tanggungjawab beliau adalah untuk mengubati sihir tersebut dengan cara berjumpa dengan mereka2 yang mahir dalam bidang ini (seperti pengamal perubatan Islam). Dan bukanlah mencari siapa yg melakukannya.. Ini kerana, kita tidak disuruh mencari orang yg melakukannya demi mengelakkan fitnah dan buruk sangka, serta dendam kesumat yg berpanjangan. Apatah lagi, kebanyakan maklumat yg kita dapat adalah daripada mulut perawat (sama ada perawat Islam atau tok bomoh dsb).. kemungkinan maklumat mereka betul, mungkin juga salah.. Syaitan memang suka untuk mencucuk jarum dalam hal2 sebegini.

Ustaz Love bagi contoh satu kejadian yg pernah berlaku.. ada seorang pakcik ini telah lumpuh separuh badan.. lalu ahli keluarganya membawa seorang bomoh untuk mengubati penyakitnya.. lalu bomoh itu memberitahu, bahawa jiran kepada pakcik ini telah menghantar sihir yg menyebabkan beliau lumpuh. Akhirnya, dua buah keluarga ini telah bergaduh dan tidak bertegur sapa.. Sedangkan hakikatnya, pakcik itu kena strok (angin ahmar) disebabkan beliau ada tekanan darah tinggi.

Pada pandangan Ustaz Love, dalam kes ini, anak lelaki tersebut tidak sepatutnya bertindak memulaukan ibunya dan langsung tak balik menjenguknya.. sekalipun memang benar ibunya itu melakukan sihir terhadap isterinya, beliau tidak boleh bergaduh dengan ibunya. Apa yg perlu beliau lakukan adalah mencari penawar untuk penyakit yg menimpa isterinya akibat sihir itu.

Memang inilah yg syaitan suka.. agar keluarga itu berpecah belah.. mungkin sihir itu tak berjaya memecahbelahkan suami isteri, tetapi asbab ‘peristiwa sihir’ itu juga telah menyebabkan anak dan ibu bergaduh.

Jadi, suami itu tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab terhadap ibunya.. alangkan seorang ibu yg kafir sekalipun, anak2nya masih lagi perlu berbakti kepadanya, apatah lagi ibu yang beragama Islam, tetapi tersilap percaturan. Baikilah hubungan dengan ibu.. insyaAllah, Allah akan memperbaiki hubungan suami isteri sekeluarga.

Apa yang telah berlaku, biarkan saja berlalu.. Mulakan dengan yang baru.. insyaAllah, masih ada mentari esok yg muncul pada pagi yg baru, meskipun hari ini hujan selebat2nya.. cewahhh..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. “SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN”

    (SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!)

    Ketika tidur

    *Dihimpit sesuatu ketika tidur.
    *Bunyi gigi ketika tidur.
    *Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
    *Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
    *Mimpi menakutkan.
    *Mimpi paderi, salib dan gereja.
    *Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
    *Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
    *Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
    *Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
    *Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
    *Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
    *Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
    *Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
    *Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

    *Mimpi tandas dan buang air

    *Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

    Ketika jaga

    *Sakit tulang belakang tanpa sebab.
    *Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
    *Istihadah. (haid lebih 15 hari)
    *Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
    *Takut tidak bersebab.
    *Badan terasa berat dan malas.
    *Sukar mendapat jodoh.

    *Suka bercakap-cakap berseorangan.
    *Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
    *Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
    *Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.

    *Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
    *Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.

    *Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.

    *Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
    *Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
    *Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
    *Sakit tulang empat kerat.
    *Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
    *Kuat berangan.
    *Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
    *Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
    *Nafsu seksual yang melampau.
    *Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
    *Mandul.
    *Terasa diri selalu diperhatikan.
    *Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
    *Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
    *Takut menziarahi jenazah.
    *Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
    *Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
    *Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
    *Nampak bayang-bayang melintas.
    *Sukar lelapkan mata atau insomnia.
    *Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
    *Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
    *Sakit bahagian perut tanpa sebab.
    *Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.

    *Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.

    *Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
    *Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
    * Terasa benda bergerak di bawah kulit.
    *Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
    *Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
    *Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
    *Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
    *Malas beribadah
    *Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
    *Nyanyuk ketika lanjut usia.
    *Kanak2 hyperactive atau autisme.
    *Sikap berubah secara mendadak.
    *Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
    *Kerap keguguran.
    *Gagal melakukan hubungan kelamin.
    *Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
    *Sakit mental atau gila.
    *Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.

    1. terima kasih kakjem kerana sudi berkongsi.. Ustaz Love minta izin untuk share dalam entry 😉

      1. sila2x….jgn segan2..hanya ni je lah yg kakjem mampu nk sumbangkan…., ….moga2 boleh dimanfaatkan…InsyaAllah……

    1. sihir adalah satu satu jalan syaitan menyesatkan manusia.. tapi lebih ramai manusia yg disesatkan oleh syaitan melalui jalan ibadah 😉

    1. hehe.. sebelum ni ayat berterabur ke? mungkin masa tulis entry ni, kepala otak Ustaz Love tengah tersusun dan teratur 😀

  2. setiap dugaan ygdiberi ada hikmahnya. mak mertua sy juga ada membomohkn kami supaya tunduk kpd perintahnya dr segi kepentingan sendiri.tetapi alhamdulillah setiap percubaan tidak diizin oleh Allah..sebagai isteri berat mcm mn pn,tugas utama sy mengingatkn suami supaya redha dgn ujian,sentiasa berdoa supaya suami tidak tergolong dlm anak derhaka n tidak lupa tanggungjawabnya.. setiap kali berlaku perkara ini,sy bertambah kesian dgn suami..meleraikn ketegangan n mnyenangkn hatinya menjadi tugas isteri wlpn Allah ygmengetahui perit dihati tp naluri sy sbg ibu mengerti mcm mn susah pyh dia membesarkn suami menjadi manusia..bg sy,urusan dia dgn Allah lebih besar dan mendoakn supaya ada kesempatan supaya dia kembali sujud pd ilahi yg sudah lma dilupakn n semoga dia mendapat ketenangan dlm hati..

  3. salam ust.. tapi bagaimanapula dengan situasi ibu mertua yang menggunakan jin untuk menuntukkan org lain terutama anak2nya.. dan semua anak2 nya akan tunduk kepada fitnah kepada menantu masing2..bergaduh dan akhirnya bercerai.. pekara ni berulang kepada menantu yg seterusnya..walaupun dah 3 kali berkahwin. bukan menuduh..sebelum ust kata fitnah.. saya nak g tahu ibu mertua mengaku sendiri dia ada ilmu penunduk dan selalu banggakan keturunan mereka hebat dengan saka harimau yang dia miliki dan bangga kepada datuk neneknya adalah raja bomoh banjar… dan dia sendiri mengaku akan apa2kan hubungan anak2nya sehingga bercerai.. selalu berjumpa bomoh walaupun hanya sakit kepala.. kalau ada menantu bagi barang sebagai hadiah dia akan bawa hadiah tu untuk rujuk kepada bomoh dulu..sedangkan fitnah yg dibuat ibu mertua kepada semua menantu sampai tak masuk akal.. anak2 nya akan tuntuk apa saja yang dicakapkan oleh ibunya.. dan untuk pengetahuan ustaz ibunya boleh bercakap tanpa henti lebih 12jam,.. pernah panggil perubatan darul syifa ke rumah mertua.. dia jadi gelisah dan setelah ustaz2 darul syifa datang dia mengamuk.. ustaz nasihat supaya suami tidak balik ke rumah ibu buat beberapa ketika.. melainkan kalau kuat.. sebab ustaz kata dia tundukkan anak2 melalui dgn kata2nya..
    dalam situasi seperti ini apa yang perlu dilakukan.. adakah suami akan digelar anak derhaka…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme