I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Memberi Makanan Syubhah Kepada Bukan Islam

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Khairul :

Assalamualaikum ustaz…

Saya ada satu soalan. Apa kah hukum memberi makanan yag tidak halal atau diragui halalnya kepada orang bukan islam?

Situasinya begini… Saya sering mendapat hadiah2 hamper berbentuk barangan makanan. Masalahnya kebanyakkan barangan makanan itu adalah dari luar negara yang tidak mempunyai logo halal sama sekali. Dan kebetulan… jiran sebelah saya adalah orang bukan islam. Jadi boleh tak saya memberi barangan makanan tersebut untuk dimakan oleh mereka sekeluarga.

Adakah dengan membuangnya adalah lebih bagus daripda kita memberi makanan yang tidak halal kepada orang lain, walaupun orang itu bukan orang islam? Selama ini saya hanya buang sahaja sebab saya takut untuk memberi makan makanan tidak halal ini kepada orang lain. walaupun orang itu bukan islam.

Sekian…

Berkenaan memberikan makanan yang tidak halal kepada orang Islam, tiada kompromi pada perkara ini. Ini kerana, umat Islam tertakluk pada hukum taklifi berkaitan wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Maka, memberi makanan yg haram kepada umat Islam adalah haram hukumnya.. dan berdosa bagi sesiapa yang melakukan dengan sengaja. Dan berdosa juga bagi orang Islam yg menerima pemberian itu dan menggunakannya (untuk makan dsb) dalam keadaan beliau mengetahui akan keharaman barangan itu.

Bagaimana pula dengan orang kafir? bukankah mereka tak tertakluk dengan hukum taklifi? Malah perbuatan baik mereka juga tidak mendatangkan pahala.. sebab mereka bukan Islam.

Persoalan ini sebenarnya tak tertakluk pada penerima.. sebaliknya pada pemberi (orang yg memberi / mensedekahkan barangan itu). Contohnya jika beliau menerima hadiah sebotol arak, maka beliau berhak menolak daripada awal pemberian itu.. kerana arak itu jelas haramnya. Namun, jika ia dibungkus dengan elok dan kita menyedarinya selepas membukanya di rumah (contohnya), maka arak itu kena buang.. tak boleh ambil manfaat daripadanya seperti menjualnya, atau menukarkannya dengan barang2 yg lain.. begitu juga haram menghadiahkannya kepada non-Muslim.. kerana arak itu tidak mendatangkan faedah dari sudut syarak..

Begitu juga dengan barangan yg syubhah.. yg kita tak pasti kehalalannya.. dan kita sendiri ragu2 nak menggunakannya, maka tidak boleh menghadiahkan barang itu kepada orang bukan Islam, apatah lagi kepada orang Islam.

Jika kita menerima barang2 yg syubhah sebegitu, maka adalah lebih wajar kita membuangnya.. ini tidak termasuk dalam pembaziran, kerana barangan itu tidak memberi manfaat dari sudut syarak.. kecuali kalau dalam keadaan darurat, yg mana kita dah takde barang makanan melainkan itu je yg ada, dan jiran plak tgh kebuluran, maka harus memberi kepada jiran disebabkan dharurat (kalau beliau tak makan, boleh mati kebuluran).

Islam mengajarkan kepada kita untuk mencari yg halalan toyyiba (halal lagi baik dan suci murni) untuk kegunaan sendiri dan juga untuk diberikan kepada ahli keluarga dan orang lain. Kalau nak sedekah, maka sedekahkanlah yg terbaik daripada kita.. itulah sedekah peringkat tertinggi berbanding sedekah barang yg kita dah tak guna.

Jangan lupuskan budaya sedekah dan hadiah ini.. tapi lakukanlah dengan cara yg terbaik.. masak gulai ayam banyak2, bagi hadiah kat jiran.. tapi lepas tu takyah la tanya sedap ke tak.. nanti akan buat jiran tu rasa serba salah plak.. nak kata sedap, memang tak sedap.. kalau cakap tak sedap, takut kita kecik hati (nanti tak dapat dah nak merasa masakan kita)..

Makanan ini adalah wasilah (perantaraan) kepada tautan hati.. tak caya, cuba tengok member2 yg dok makan sorang2 tu ke.. kita makan cepat2 lepas tu tolong bayarkan makanan dia.. nescaya lepas tu beliau akan jadi dekat hatinya dengan kita.

Begitu juga kalau anak2 dara yg rajin hantar makanan kat rumah orang bujang (biasanya berlaku kalau orang2 bujang menyewa di rumah sewa.. tuan rumah plak ada anak dara).. nescaya bakal bertemu jodoh di situ.. kihkih..

Sebab tu orang2 tua selalu pesan, kalau nak tambat hati suami, tambat dulu perutnya.. insyaAllah, makin buncit perut suami, makin sayang beliau kat isteri.. 😀

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. betul tu.. sbb kita tak boleh memberi kemudaratan kepada org lain (barang tak halal ada mudaratnya) 😉

  1. me sgt jahil sbb sblm ni, me pernah gak bagi mknn(hamper etc) yg me dpt (kwn cina yg bagi) kpd jiran cina me…so lps ni nak kena buang ajerlah rupanya

    syukran for the info

    1. barangan tak halal itu sudah tentu ada mudaratnya.. sbb itu Islam melarang memakannya, juga melarang memberikannya kepada org lain.. berkongsi manfaat, itu memang digalakkan, tak kira apa juga agama.. tapi, berkongsi mudarat itu adalah dilarang (berkongsi jarum suntikan ke, berkongsi ganja sepeket ke dsb).. 😉

  2. byk lak kejadian krisis mak ngan anak..
    mgkin gak peranan ibu bapa tak mcm org dedulu dah..
    dan tggjwb anak lak tak dilaksanakan mcm org dedulu jugek..
    tu la psl terjdnye krisis dlm setiap family..same gak kot kalo krisis suami isteri…
    rsnye dedulu jarang sgt kejadian cerai berai..kalo ade pon,jarang skali berlaku..skang ni dah jd trend terkini lak..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme