I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Konflik Ibu Dan Anak Perempuan

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada jassnida :

sy berumur 29 tahun, mempunyai 2 org anak perempuan, 5 tahun dan 2 tahun, ibu sy mmg pilih kasih diantara kami 4 beradik itu sy tidak kisah sbb sy dah lali dr kecik mesti kena megalah dgn abg dan adik2 sy, walaupun bukan salah sy, cara ibu sy bercakap dgn sy pun selalunya nada nak marah walaupun benda biasa, apabila suami sy out station sy tido di rumah ibu sy, anak2 sy masih budak dan aktif anak2 sy sering di marah depan sy, walaupun sy hanya diam tp sy terasa sbb itu anak sy, kalu marah biasa tak per ni sekadar tutup tv pun ibu sy marah mcm org besar bukan sekali dua, sudah banyak kali tp sy hanya membisu, sy tak minta tolong ibu sy jaga anak atau kerja apa pun semua sy buat sendiri, sy hanya tumpang jika suami sy out station itu saja, sehingga suatu hari sy di suruh balik ke rumah sbb ibu sy bosan dgn peragai anak sy cucu sendiri, utk pegetahuan ustaz love cucu ibu sy baru 2 org ini anak sy lah, tp kenapa depan suami sy ayah sy ibu layan baik anak2 sy, sehingga kan sy rasa seperti anak tiri, tp bila ibu sy demam tidak sihat sy lah anak pertama yg datang melawat, masak utk ibu, sy beli mcm2 utk ibu, tp ibu sy x hargai tambahan kutuk perberian sy depan sy, anak2 yg lain jgn kata kan nak bg hadiah duit pun tak bg, tp sy bg duit tiap2 bulan, sy sedih sgt tp sy tetap syg ibu sy

Pertamanya, Ustaz Love ingin memohon kemaafan atas kelewatan menjawab persoalan ini.. Ini kerana, Ustaz Love biasanya menjawab soalan ikut queue.. dan juga Ustaz Love menjawab persoalan2 di banyak tempat.. kadang2 mengambil masa untuk menjawab.. kalau sekadar soalan hukum hakam, insyaAllah, mudah nak jawab.. halal haram, wajib sunat dsb.. tapi kebanyakan soalan adalah melibatkan dilema kehidupan.. ini memerlukan sedikit masa untuk Ustaz Love masuk ke dalam kasutnya (be in her/his shoes) agar dapat menjawabnya dengan lebih mantap dan mampat.. kihkih.. maaf, susah Ustaz Love nak serius.. ini sekadar makluman saja.. insyaAllah, lambat atau cepat, Ustaz Love akan cuba usahakan untuk menjawabnya..

Kembali kepada masalah saudari ini.. lebih kurang sama dengan masalah cap ibu dan anak yg Ustaz Love jawab dalam entry2 berkaitan. Masalah biasanya berlaku antara ibu dan anak perempuan.. Kalau anak lelaki plak, biasanya ada masalah dengan ayah.. Ini benda common yg biasa berlaku dalam masyarakat dunia (bukan kat Malaysia je berlaku mcm ni). Mungkin yg berbeza sedikit adalah punca2 perselisihan.. ada yg berselisih sbb ibu suka marah2, ibu suka mengutuk, ibu malas masak nasik dsb.. tapi kebiasaannya, masalah itu berlaku sesama gender (jantina).. ibu vs anak perempuan.. atau ayah vs anak lelaki.

Kenapa masalah ni tak timbul masa kecik2? Sbb masa kecik2, anak perempuan memang ditatang penuh oleh ibu2.. jaga betul2, takut kena culik la, takut kena cabul la.. anak2 perempuan tak sebebas anak2 lelaki masa kecik2.. begitu juga anak lelaki masa kecik2.. ayah2 akan selalu bawak ke mana2.. bangga betul beliau ada anak lelaki.. cerita anak lelaki dia boleh buat itu ini.. ajak jogging sekali, main bola sekali, kadang2 tido pun sekali.. rapatnya mereka ini sewaktu kecik..

Tapi bila dah besar, masing2 cuba berenggang.. ayah akan sentiasa bertengkar dgn anak lelaki.. ibu plak selalu masam muka dengan anak perempuan.. sbbnya, bila anak2 dewasa, naluri mereka dah berbeza.. waktu kecik2, anak lelaki suka ganas2 dan lasak2.. tapi bila besar, hati mereka menjadi lembut seperti kapas.. boleh tengok time putus cinta.. sebakul tisu penuh dengan hingus dan air mata.. kihkih.. maka, di bahu ibulah tempat tumpahnya air mata..

Begitu juga anak perempuan.. sampai satu masa, beliau memerlukan seseorang yg dirasakan boleh melindunginya.. memahami naluri kewanitaannya dsb.. dah tentu ketika ini ayah2 akan menjadi pilihan untuk anak2 perempuan rapat.. sbb ayah lebih cool, macho dan berpandangan jauh.

Itu antara serba sedikit konflik anak2 dengan ibu bapa yg Ustaz Love dapat fahami melalui pemerhatian sendiri.. kalau salah, harap dapat dibetulkan..

Berbalik pada isu tadi (berapa punya banyak balik daa), kita kena faham, zaman kita dan ibu kita adalah berbeza.. even kalau mak Ustaz Love masih hidup lagi pun, mungkin beliau agak sukar nak menerima perbezaan zaman ni.. sbb zaman mereka, masih lagi zaman isteri2 taat kepada suami, tak bantah sikit pun, ikut je.. sama gak mcm anak dengan ibu bapa.. kalau zaman mereka dulu, dengar bunyi motor ayah pun dah kelam kabut, hati berdebar2, jantung bergetar2.. padahal bukan ada buat salah pun.. tapi sbb rasa takut dan hormat itu menyebabkan anak2 jadi tak tentu arah, takutnya kalau2 ada salah silap yg ayah akan nampak..

Kadang2 ibu bapa cuba menerapkan gaya pengajaran ibu bapa mereka dulu.. anak2 kena patuh, tak bleh menjawab.. kalau disuruh, kena buat cepat2.. dsb.. sedangkan zaman itu telah lama berlalu..

Berbeza dengan zaman sekarang.. sepatah suami tegur, seratus patah perkataan isteri menjawab.. sebaris ayat mak menegur, satu karangan anak2 siapkan menjawab teguran mak. Bila berlaku pertembungan 2 zaman ini, memang konflik tak dapat nak dielakkan. Hanya sabar dan tolak ansur saja yg dapat menyelesaikan perkara ini.

Ibu2 tidak akan marah anak2nya depan menantunya.. sbb takut menantunya akan terasa hati.. begitu juga ibu takkan marah anak depan ayah, sbb takut ayah back-up anak, ibu plak termalu sendiri.. kihkih.. jadi, bila time sorang2 la ibu akan menjadi King dalam rumah.. semua orang kena ikut perintahnya.. melawannya akan dikenakan hukuman yg kejam, iaitu kena jeling seumur hidup..

Dalam menangani situasi begini, anak2 kena buat langkah yg lebih proaktif.. kena slow-talk dgn mak.. tanya apa masalah beliau.. mungkin juga ada sesuatu yg beliau pendamkan, yang tak terluah.. sehingga akhirnya diaplikasikan melalui perbuatan beliau (banyak perkataan2 canggih Ustaz Love guna.. kihkih). Mungkin juga beliau nak jodohkan anaknya dengan orang lain, tapi anaknya pilih orang lain jadi suami.. sehingga beliau terasa hati dan memendam perasaan (ini contoh je).. Maksud Ustaz Love, kena tanya beliau terus terang, apa masalah yg beliau tak puas hati sangat dengan saudari dan anak2.. tapi cara nak tanya tu, jangan buat mcm cara nak bergaduh dengan jiran.. kena tanya elok2.. pilih masa yg sesuai.. tgk mood beliau dsb.. agar punca masalah dapat ditemui, dan tak timbul pula masalah yg baru.

Segala kebaikan yg saudari berikan kepada ibu, teruskanlah.. jangan dihentikan.. anggap saja pemberian itu seperti kita berak.. lepas kita berak, kita dah tak kisah dah taik tu nak gi ke mana pun, apa khabar taik tu, kena kutuk ke, kena puji ke.. sbb sebesar mana pun kebaikan yg kita lakukan, sampai kiamat pun takkan menyamai pengorbanan ibu kita yg mengandungkan kita selama 9 bulan, dan bertarung nyawa melahirkan kita, dan mengikat perut, menjegil mata semasa membesarkan kita..

Jika ibu tak suka anak2 kita nakal, maka jadi tanggungjawab kita untuk mengawal kenakalan anak2.. kita lebih mengetahui perangai anak2 kita.. biar kita pukul dulu anak kita, jangan sampai orang lain yg pukul, kita plak yg terasa hati. Cuma, kalau nak pukul tu, jangan pukul bernada sindir.. pukul sungguh2 semata2 nak melepaskan geram nak tunjuk kat ibu, anak yg jadi mangsa.. silap2, kita plak yg masuk penjara sbb dera anak.. pukul la mereka untuk mendidik.. supaya mereka faham adab2 ketika berada di rumah sendiri, dan adab2 ketika berada di rumah nenek.. insyaAllah, lama2 nanti, dua2 menang (win2 situation).. anak2 jadi seorang yg berakhlak mulia, ibu plak takde dah nak marah2 (sbb punca kemarahan tu dah dikurangkan).

Dan yang paling penting sekali, berdoalah kepada Allah.. bangun tahajjud setiap malam, dan doakan semoga ibu lembut hati.. buat setiap hari.. insyaAllah, lama2 nanti hati ibu akan lembut.. tapi, saudari kena banyakkan sabar dan redha.. insyaAllah, dengan beredarnya masa, manusia juga boleh berubah..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan keluar buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.. Tahankan diri agar tidak terjebak dalam perbuatan yg boleh dianggap menderhakai ibu.. insyaAllah, Allah akan berikan keberkatan yg banyak dalam hidup saudari..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. jasa dan pengorbanan ibu tiada tandingan..
    tp ade sesetgh ibu yg cukup payah nak slow talk..baru ckp skit die dah melenting walaupon si anak(slalunye anak pompuan la) ckp lembut2..bg explaination skit dah dituduh anak durhaka..

    mgkin kaedah terbaik adalah dgn berdiam diri..tp kalo diam je,kene kate melawan dlm diam gak..

    cara terbaik,solat hajat bebyk mohon dilembutkan hati..nnt kita dah tua tatau lak cemane ngan anak2 kita…
    sekadar pendpt peribadi berdasarkan pengalaman sndri.hehehe..

    1. terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan dan pengalaman..

      Pada pandangan Ustaz Love, jika berhadapan dgn situasi sebegitu, maka cuba la slow talk dgn org yg lebih rapat dengan beliau (ayah ke, makcik2 ke).. insyaAllah, mereka lebih tahu bagaimana caranya nak nasihatkan ibu πŸ˜‰

  2. doa dan usaha itu aderlah sebaik – baik usaha..
    aku teringat 2 tahun lepas semasa aku ade conflict dgn mak bpk aku selepas betul2 sebulan berkahwin..
    tapi aku yakin dgn ujian Allah itu,aku ttp balik kg.
    ttp kena maki,kena halau.
    dan bermcm2 lagilah..
    nak2 mak bpk aku bukan jenis boleh slow talk..
    mmg dahsyat la time tu even aku ni dari kecik ikut sume ckp org tua.
    siap bagi gaji abis semua sbb nak tolong adik beradik lain sbb aku anak sulung.
    nasihat aku buat kawan kita yg menghadapinya sekarang..
    kena redha,kena ikhlas dan kena usaha sehabis baik mungkin.
    kena percaya dgn prinsip..
    jagalah dan berkhidmatlah dgn org tua tu selagi mana hidup.
    jgn smpai menyesal bila dah takde nnti,kita yg derita batin sehingga akhir hayat.
    ujian Allah ni bermacam – macam..
    selagi mana kita sbar dan yakin dan kuat berusaha,
    aku yakin kawan kita tu nnti beroleh bahagia..
    sebab aku dah melaluinya dengan seteruk pengalaman yg tak tergambar dengan perkataan dan tindakan

    *kalau di tak sayang,masakan si mak mengandungkan,melahirkan dan menjaga kita selama mana kita belum berpindah tgn kepada suami kita sekarang?!
    *Allah itu punya perancangan yang hebat yg kita tak pernah tahu…

    1. Ustaz Love pun tak tahu nak komen apa.. cuma terdaya mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman.. sangat berguna untuk dijadikan panduan πŸ˜‰

    1. ibu pun manusia biasa juga.. dan suatu masa nanti, kita pun akan menjadi ibu bapa yg punya anak2, atau atuk nenek yg punya cucu2.. sama2 la kita beringat πŸ˜‰

  3. mcmana nk komen ya.., sbb smuanya UL dah sebut hihihihik….apa2 pun pertama sekali kita mesti minta pertolongan drpd Allah ,lps tu buat lah apa yg patut…kdg2 kita lupa dan alpa sepatutnya kpd Allah lah mula2 kita patut meminta bantuan….WallahuA’lam….

  4. Assalamualaikum ustaz,,
    sy sekarang tgh m’hadapi masalah dgn mak n abah sy…sy x tau kenapa mak abah sy buat macam nie…sy x tau apa salah sy..kadang2 sy rasa terabai sgt2..sy dah lama pendam prasaan dgn apa yg mak abah dh buat…kemarin sy telefon mak tanya rlst upsr adk mcm mn…mula2 ckp elok ja cerita mcm2 la…abis 2 mak ckp kat sy knp gna 2 handphone abah marah mak sbb bagi sy gna 2 phone…sy pon geram la knp abah x marah sy sndri…knp nk marah mak plak…dah 2 saya ckp la kat mak “laaa knp nk marah plak” sebelom nie saya guna 2 phone x dak masalah pon..knp sekarang baru nak marah2…sy x paham knp sejak2 nie mak n abah suka cari kesalahan sy..kadang2 benda kecik pon depa kait2kan hinggalah besaq…sy da nyatakan hasrat sy ingin b’kahwin dgn seorg lelaki yg masih lg blajr…mak x setuju….abah plak bila tau sy kawan dgn laki ,,dya nak bg kawin terus sbb abah x suka anak2 dya kawan ngan laki…kemarin sy dlm x mampu nk kawal prasaan sy ckp kat mak,,,knp la x mau bg sy kawin kalau dah x suka n nak sgt cari pasal ngan sy..??dah 2 mak marah…mak ckp “awat laki 2 bleh bg apa kat ang yg ang nak sgt kawin awai2 nie….sy snyap ja la x kata apa…sy takot nnt bila saya ckp lg mcm2 mak sy kat….mak kata lg kat sy “ang mmg x b’syukur lgsung org dh sara ang 20 taon ang nak lg kat laki 2..”lepas 2 mak terus letak telefon…saya rasa bersalah la….
    saya rasa mcm nak kata ja kt mak “ya mmg laki 2 x leh bg apa2 kt sy skrg tp sekurang2nya laki 2 mampu bagi sy kebahagiaan…sy bkn impikan lelaki yg hensem2 n kaya tapi sy impikan lelaki yg mampu bawa saya ke syurga…kalaulah umi abah sara saya dgn kesenangan pon tapi saya x bahagia mcm mn???ust sy nmpk dlm keluarga saya bnyk sgt kekurangan dari segi hidup berkeluarga ikut Islam…knp mereka x leh nak terima pandangan saya sedangkan mereka menghatar saya mngaji agma….dgn ilmu yg saya ada,,sy nk la jgk b’kongsi ngan family saya dulu…kadang2 sy jelous tgk kawan2 sy yg lain bahagia ja ngan keluarga depa…bila sakit mak ayah depa dah risau dh..tp kalau sy nk kena tggu samapi teruk2 baru la nk b’ubat 2 pon skali 2 ja…sy dah x tau nak buat apa lagi sekarang…ust sy bkn nk masuk belah laki yg sy kawn nie,,,tp ust lelaki 2 mampu didik sy dgn agma n ilmu yg dya miliki….ya mmg skrg dya x mampu nk bg kesengan lg pd sy tp sekurang2nya dya mampu didik sy dgn syariat Islam…saya kebingungan x tau nk buat mcm mn lg dh…

    1. Waalaikumussalam..

      InsyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawab dalam entry.. buat masa ni, cuba search entry berkaitan.. dah banyak dah rasanya masalah2 yg lebih kurang mcm ni πŸ˜‰

  5. salam ustaz…sya nak tanya..apa hukumnya ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka..?sya tanya sebab sya sndri mengalami konflik ini.ibubpa sya bercerai sejak umur sya 6tahun..sya dan 2org adk brdik yang lain di tinggalkan bersama makcik sejak kecil..masalahnya sekarang sya susah nak terima hakikat dan berasa jengkel apabila tinggal bersama ibu atau bapa.kadang2 tu sya rsa benci dengan mereka..tolong sya utk menyelesaikan mslah ini..

  6. salam ustaz..saya ada masalah dengan ibu saya…saya telah berkahwen dan punya seorg anak…dr saat saya diijabkabulkan ibu saya sudah mempunyai masalah dengan saya hinggakan ketika majlis untuk menghantar pengantin perempuan ibu saya tidak ikut sama dengan alasan abg saya tidak benarkan..ibu saya adalah ibu tunggal..saya memendam hati sahaja…apa yg saya buat dan ckp semuanya x kena dimata dia..bila saat saya sedang menanti hari untuk bersalin pula ibu saya berangkat kekuching mengikut abg saya dengan alasan abg saya sudah beli tiket kapal terbang untuk die..dimana hak die sebagai org tua jika benar dia ingin menanti saat saya melahirkan cucu die..hubungan ibu saya dengan anak juga tidak berapa..untuk bertanya khabar atau sebagainya…tp dengan anak adik saya yang selalu menyusahkan die pula yang die sayang sgt…pernah juga ibu saya terlepas ckp tidak mengaku saya ini anak die…kata2 selama ini yang ibu katakan pada saya tidak pernah saya lupa…hinggakan suatu saat hati saya begitu sakit bila memikirkan apa yang telah die buat terhadap saya dan anak…apa yang harus saya lakukan…sampai satu tahap saya dah malas untuk ambil tahu hal ibu saya..kerana anak2 yang lain masih ada..

  7. assalamualaikum…

    sy mempunyi mslah dgn ibu sya.sy rasa dri sy mcm tdk disygi lg.ibu sy kdang2menceritakan kebodohan atau memperlekihkan sy pda org lain atau dihadapn adik beradik yg lain…kadang2 sy terasa dgn apa yg ibu ckp tu…tp sy hanya pendam didlm hati ja…pd stu hri tu ada pergaduhan sy dgn ibu sy slh sorg adik bradik sy ni mcm menghasut ibu sy agar ibu sy mmbeci sy….sy hnya berdiam dri dan sy mngurung dri sy hnya di dlm bilik shja….sy mmang tersa dgn perbuatan adik bradik sy tu….sy sdar kesalah sy kpd ibu sy…ibu tdak menegur sy.adik bradik sy tu slalu perli sy dgn dosa2 yg tlah sy lakukan kpda ibu sy.skrang sy hnya berdiam dri shaja.

  8. Perkara ni ada berlaku dalam kehidupan saya dari zaman kanak2 hingga sekarang.. semasa kecil saya dan arwah adik saya sering berebut2 nakkan perhatian dari mak sendiri..tapi sia2 sebab mak lebih pentingkan anak lelaki dari perempuan. Sampaikan satu tahap sy pernah cuba untuk bunuh diri sebab tak tahan dengan sumpah seranah mak setiap hari, perkataan sial, anak haram, anak org tua kutuk (ayah), celaka dan lain2 sentiasa diucapkan. Mungkin sebab tu arwah adik lari rumah. tapi saya tak sampai hati sebab terlalu sayangkan mak. sehinggalah meningkat dewasa perangai mak masih tak berubah. Bah kan ada peristiwa dimana lelaki ingin meminang saya untuk dijadikan isterinya, saya akan dibelasah teruk ala2 wwf kerana dikatakan tidak setaraf. tapi saya akur.. saya putuskan hubungan itu. Kini walaupun saya dah berkahwin dan beranak pinak.. mulut mak masih sama.. saya sedih dan kecewa..saya malu, mengapa tiada doa yang baik2 untuk saya anak tunggal perempuan dia? kadang2 saya rasa macam saya ni bukan anak dia. Disebabkan itu saya rela bawa diri selepas kahwin dan tinggal berasingan untuk mengelakkan saya dari terikut2 perangai mak saya. Saya juga terpaksa menjaga hati suami supaya dia tak terasa dengan semua ungkapan yang keluar dari mulut mak saya. Begitu juga hati mak, kalau dulu saya kerap datang kerumah untuk tanye khabar, masak dan mengemas rumah mak (sebab yang ada rumah mak, abg2 dan adik2 pemalas) kesian tengok rumah tak terurus selepas saya berkahwin. Tapi saya masih di kata yang bukan2, saya tetap sabar.. dalam hati saya hanya kata ” Mak aku, bukan orang lain.. kuatkan iman dan kesabaran ku Ya Allah”. pernah suami terasa sangat dengan kata2 mak yang tak benar tentang kehadiran dia dia rumah mak ketika saya dalam pantang anak pertama, dan kami hampir gaduh besar.Tujuan suami adalah kerana nak tengok anaknya yang baru lahir tapi disalah erti ibu dengan menuduh dia yang bukan2. Kesian suami dah la tidur di tangga wad semalaman kerana risaukan saya di hospital. Tapi saya bersyukur sebab suami bukan panas baran atau cepat melenting. Dia keluar dan balik teruk ke rumah kami. Selepas kejadian tu saya dah tak berpantang rumah mak, untuk elak bergaduh. Kini saya bahagia dan rasa tidak terabai kerana bermula dari anak ke2 hingga ke 5 alhamdullillah semua suami uruskan bermula keluar dari hospital, makan minum dalam pantang dia masakkan, bertungku, sampailah mencari tukang urut dia yang lakukan. Saya bersyukur atas pemberian Allah yang maha besar pada saya. Mungkin itulah Hikmah yang saya dapat kerana bersabar. Suami sangat menyayangi saya, alhamdulillah setiap kali lepas solat itu yang saya doakan dan mengucap terima kasih atas pemberian allah pada saya. Mungkin di zaman kanak2 dan remaja saya menderita tapi allah gantikan kebahagian tu selepas saya bertemu dan berkahwin dengan suami tercinta. Saya sangat menyayangi Suami saya. begitu juga mak saya, saya tetap sayangkan dia dunia dan akhirat. amin

    1. alhamdulillah.. pada setiap kesusahan, pasti disertai dengan kesenangan.. bergantung pada kita sama ada nak melihat gelas itu separuh penuh atau separuh kosong.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme