Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Kenapa Tulang Korban / Aqiqah Kena Tanam?

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kakjem.. ingatkan tahun depan baru nak jawab, rupa2nya dah sampai turn menjawab soalan beliau.. kihkih.. :

kenapa tulang2 dging korban@aqiqah perlu di tanam,katanya utk mengelakkan drpd dimakan oleh binatang,boleh UL terangkan…..

Walaupun dah lama dah hari raya korban, tetapi insyaAllah masih lagi relevan untuk aqiqah dan juga sembelihan2 biasa yang lain..

Sebenarnya keistimewaan korban dan aqiqah itu bukanlah pada daging dan tulangnya, sebaliknya pada niat dan falsafah yang terkandung di sebaliknya.. contohnya korban itu adalah sebagai memperingati peristiwa besar pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. iaitu pengorbanan agung yg dilakukan semata2 kerana Allah.. begitu juga dengan aqiqah, sebagai melahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran anak, dan berkongsi kesyukuran itu dengan orang lain (melalui penyembelihan aqiqah dan membuat kenduri kesyukuran dsb).

Bukanlah daging korban dan aqiqah itu rasanya lebih sedap daripada daging lembu atau kambing yg kita beli di pasar2.. ataupun dagingnya lebih lembut ke, atau dagingnya akan menjadikan kita kuat bagai harimau ke (apa kes makan kambing bleh jadi sekuat harimau? kihkih)..

Hakikatnya, sama je daging korban / aqiqah dengan daging biasa.. kalau daging korban / aqiqah boleh dibuat masak kicap, begitu juga dengan daging hasil daripada sembelihan biasa.

Begitu juga dengan tulang temulangnya.. serta tahi dan perut serta organ dalamannya yang tak dimakan.. sama saja mcm lembu2 dan kambing2 yg bukan untuk tujuan korban / aqiqah.. buangkan saja di mana2 sekalipun.. jangan buat kat tepi masjid dah la.. Imam pakai minyak atar sebotol pun, jemaah tetap akan terbau najis.

Buanglah di tempat2 yg sepatutnya.. di tempat pembuangan sampah la kan.. takkan nak buang kat parking lot plak.. takde masalah nak buang mcm tu.. tak perlu nak simpan kumpul2 tulang, kemudian baru nak tanam.. ini bukannya anggota mayat manusia nak kena tanam2..

Cuma, kemungkinan orang dulu2 menggunakan kaedah menanam tulang itu sebagai suatu cara yang lebih bersih.. takde la bersepah2 sana sini.. sbb manusia takde yg makan tulang (cuma makan sup tulang.. itupun cuma lendir2 dalam tulang.. dan bukanlah memakan tulang itu secara direct melakukan kokakkan (gigitan)).. yg makan tulang ni jin je :

Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.’ Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : ‘Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu’. Nabi s.a.w. bersabda : ‘Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu’” (HR. Muslim)

Setakat ini, Ustaz Love belum pernah menjumpai dalil yg menyuruh menanam tulang2 sembelihan korban / aqiqah.. jadi, pada pandangan Ustaz Love, takde masalah kalau nak buang kat tong sampah ke, atau nak tanam dalam tanah ke.. jangan gi buang kat rumah jiran dah la.. kihkih

Tapi bagus juga kalau kerajaan mewujudkan satu kawasan yg luas untuk menanam tulang2 korban yg dikutip oleh kontraktor Melayu (kihkih) dan disemadikan dalam satu lubang.. bayangkan beratus ribu tulang korban itu ditanam dalam setahun.. kalau dah 100 tahun akan datang, agak2 dah banyak mana tu? mana la tau kot2 ia akan bertukar menjadi minyak mentah.. tapi cukup ke tempoh 100 tahun tu? Rasanya perlukan berjuta tahun kan? kihkih..

Berkenaan tulang korban / aqiqah yang dimakan binatang, perlu diketahui bahawa tiada sucinya tulang2 korban itu (sehinggakan ada yg menyangka tulang korban tak boleh dilangkah dsb).. yg sucinya adalah ibadah korban yg kita lakukan.. sbb Allah bagitau dalam al-Quran :

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (al-Hajj : 37)

Sekalipun ada binatang lain (spt anjing ke, serigala ke, semut ke, lalat ke dsb) nak makan sisa2 daging pada tulang itu, maka itu adalah bahagian mereka.. tak perlulah kita risaukan sangat pasal tulang-temulang itu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. menurut majlis fatwa kebangsaan, harus memberi makan daging korban / aqiqah itu kepada bukan muslim.. dgn syarat mereka bukanlah kafir yang memusuhi Islam.. tetapi, lebih baik utamakan yg muslim dulu ;)

  1. Salam Ust Love..tq ats penerangan ust..sy pon dh pening mana nk tnm tulang daging korban yg kt dlm peti ais umh bujg sy 2..xtaw mne nk tnm..sbb dduk kt kwsn flat..alhamdulillah sy leh buang tanpa perasaan bersalah..hehe..:)

    1. Salam nur lavender..

      Kenapa nak pening2? telan je tulang tu biar tertanam dalam perut.. kihkih :D

Leave a Reply

Your email address will not be published.


7 − = zero

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site