I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Jauh Hati Dengan Keluarga

Salam…

Ustaz Love menerima komen daripada seorang yang menggelarkan diri beliau sebagai Mawar :

Salam Ustaz.

Nak tanya sikit, kami adik-beradik berselisih faham atas perkara kecik jer. Kami 6 beradik, keluarga kak ngah seperti tidak puas hati dengan kami. Anak-anak dia pun dah bersikap kurang ajar hingga keluar perkataan yg betul-betul membuatkan hati kami terluka walaupun melalui sms. Cthnya dah la tak berpelajaran tinggi nak cakap orang mcm2, sial dsb. Jumpa kenduri rumah sepupu siap ajak bertumbuk, baling kerusi.

hampir 4 tahun tak berbaik, tak balik kg, tak jenguk mak di kampung. Hari raya qurban baru ni mereka sekeluarga balik minta ampun maaf kat mak dan kami adik beradik yg lain, itupun baru 2hari selepas kematian suami. Kami tak dendam dan dah maafkan tapi macam dah tak boleh rapat macam dulu2 nak pergi rumah dia pun rasa macam berat hati.
Asyik teringat kata-kata nista yg dilemparkan, berdosa tak ustaz kami bersikap begitu… mohon pandangan. Terima kasih.

Dalam hal kekeluargaan, setiap ahli keluarga itu perlu memahami bahawa tali persaudaraan antara keluarga itu tidak akan terputus walaupun apa jua cara.. tak kira la bertukar agama ke, bertukar jantina ke (yg ni Ustaz Love reka2 je.. kihkih).. begitulah kuatnya tali persaudaraan antara ahli keluarga ini.. apatah lagi jika ahli keluarga itu sama2 beragama Islam.. maka bertambah lagi satu ikatan yang sangat kuat.

Namun, tak dapat dinafikan bahawa tautan hati ini sangat sukar dimengertikan.. walaupun hidup sekali sebagai adik beradik selama berbelas tahun (sebelum mempunyai keluarga sendiri daripada perkahwinan), belum tentu tautan hati itu kuat.. Kadang2 depan je nampak ok.. kat dalam hati, penuh dengan dendam kesumat.. tak puas hati itu, tak puas hati ini.. even disebabkan seketul telur ikan tembakul pun, seorang ibu sanggup membunuh diri dengan ditelan oleh batu belah batu bertangkup.

Kekuatan ikatan kekeluargaan ini sangat bergantung kepada hasil didikan mak ayah terhadap anak2.. Jika mak ayah terlalu sibuk dengan urusan sendiri (kerja ke, bisnes ke, berjoli dsb), maka anak2 tidak mendapat contoh yang terbaik bagaimana nak berinteraksi dengan cara yang terbaik terhadap ahli keluarga.. Apatah lagi jika mak ayah itu sendiri yg menanamkan bibit2 permusuhan di kalangan anak2.. melebihkan perhatian kepada anak yg lain, mengajak anak2 bergossip dan mengumpat ahli keluarga dsb.. Amalan buruk ini, akan diteruskan oleh anak2 mereka kepada cucu2.. dan akhirnya menjadi ‘saka’ yg diwarisi sejak turun temurun.

Kadang2 susah bagi seorang anak sulung untuk beralah dengan adik2nya.. disebabkan ibu bapa cuma menekankan konsep hormat kepada yg lebih tua, tetapi mengabaikan konsep menghormati yg lebih muda.. jadi, walaupun abang sulung melakukan kesilapan, adik2 tak boleh nak tegur.. sbb kononnya atas dasar hormatkan abang.. akhirnya, rasa tak puas hati itu dipendam dan membarah menjadi dendam..

Begitu juga ada di kalangan ibu bapa yang asyik2 menyuruh anak2 yang lebih tua mengalah kepada yg lebih muda.. atas dasar, yang tua patutnya kena beralah dengan yg muda.. sehinggakan adik yang muda2 ini tidak mendapat tunjuk ajar yang baik daripada abang2 dan kakak2 yang lebih tua..

Konsep pengurusan dalam keluarga sama saja macam konsep pengurusan di pejabat ke, syarikat ke.. Bos yang besar (CEO ke, MD ke) tidak akan turun untuk menegur pembantu am rendah dan makcik2 cleaner jika pejabat tak bersih ke, bersepah ke dsb.. Sebab mereka ada orang bawahan mereka (ketua bahagian, ketua unit dsb) yg diberikan kuasa untuk memantau yg lebih bawah. Begitu jugalah sepatutnya dilakukan dalam sebuah keluarga.. Bapa menjadi CEO dalam rumah.. ibu pula bertindak sebagai Pengurus Besar yang akan menguruskan hal ehwal rumah..

Dalam menguruskan sesebuah rumahtangga, konsep pembahagian tugas sangat penting untuk dilaksanakan.. Ibu bapa akan menyerahkan tugas kepada anak yang sulung untuk bertindak sebagai pembantu kepada ibu bapa.. jika adik2 melakukan kesalahan, maka anak yg sulung akan dipanggil untuk disoal siasat.. hingga anak2 sulung akan merasai tanggungjawab untuk memantau adik2nya.. Jadi, bila ibu bapa dah meninggal pun, ahli keluarga masih lagi punya tempat untuk dituju (iaitu abang atau kakak yg sulung) untuk menyelesaikan masalah keluarga.

Ustaz Love minta maaf sebab panjang sangat intro.. saja nak selit sikit pasal ni..

Berkenaan masalah puan ni, tiadalah yang lebih baik selain memberikan kemaafan terhadap segala salah dan silap mereka. Jika kemaafan sudah diberikan, susulilah kemaafan itu dengan amalan2 baik yang boleh mengeratkan perhubungan.. gi bercuti sama2 ke, berkelah ke, buat BBQ ke.. dan buat sesi mengenang kembali segala kenangan manis masa lalu (waktu zaman kanak2 ke, zaman remaja ke). Jangan dibiarkan rasa yang tawar itu begitu saja.. kerana ia takkan menjadi manis dengan tiba2.. perlukan usaha.. sama juga macam kita nak makan roti.. setakat mengharapkan roti itu menjadi manis, dah tentu takkan terjadi.. kecualilah kita berusaha untuk menyapukannya dengan jem ke, letak susu pekat ke, mentega kacang ke.. baru la roti itu akan berasa manis.

Macam tu juga dengan perhubungan yg suatu masa dulu telah menjadi pahit.. satu peringkat telah dilalui.. iaitu peringkat kemaafan.. maka peringkat seterusnya adalah peringkat untuk memperbaiki perhubungan tersebut. Mungkin dengan pemergian suami kak ngah itu, menyebabkan beliau telah tersedar atas kesilapan beliau sebelum ini.. berilah mereka peluang untuk memperbaiki keadaan.. setiap orang berhak diberikan peluang.. sedangkan Allah yang Maha Besar itu pun boleh memberikan peluang kepada hambaNya (selagi nyawa belum sampai ke kerongkong), apatah lagi kita sesama hamba.. sesama adik beradik.. satu darah dan satu agama.. 1Malaysia..

Banyakkanlah berdoa kepada Allah, semoga Allah membuka hati kita untuk redha dengan apa yang telah berlaku.. juga berdoalah untuk kebaikan kak ngah sekeluarga.. insyaAllah, apabila semua ahli keluarga membuka hati mereka untuk memaafkan dan melupakan (forgive and forget) segala kesalahan mereka, maka hubungan kekeluargaan akan dapat dipulihkan, mungkin lebih baik daripada sebelum berselisih faham.

Memang susah untuk memperbaiki apa yg telah rosak, tetapi tidak mustahil untuk melakukannya.. tambahan lagi dalam keadaan kak ngah yang telah kehilangan suami, lagi2 la memerlukan sokongan ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan beliau.. insyaAllah, apabila keluarga saling sokong menyokong, datanglah apa juga ujian, ahli2nya akan dapat menghadapinya dengan tabah.

Ustaz Love doakan semoga ikatan kekeluargaan puan sekeluarga akan semakin kuat dan diberikan keberkatan dalam hidup puan sekeluarga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz,

    Terima kasih banyak2 atas ulasan ustaz, sekurang2nya dapat jadikan panduan untuk kami sekeluarga. Mak memang minta kami adik beradik hidup saling maaf memaafi dan lupakan apa yang terjadi. Dia minta kalau mak mati sekalipun nanti jangan bergaduh adik beradik. Mak memang yg terbaik buat kami.

    1. Salam Mawar..

      Alhamdulillah.. para ibu bapa memang nakkan anak2nya supaya bersatu.. supaya mereka akan lebih tenang dan tak susah hati memikir mcm mana keadaan anak2 nanti kalau mereka dah tiada atas dunia ini.. mungkin situasi ini (fikirkan perasaan ibu jika adik beradik nak bergaduh dsb) boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk bersatu antara adik beradik.. rasa sakit hati dan nak bergaduh je, automatik teringatkan pesanan ibu.. insyaAllah, keberkatan akan datang dalam hidup jika kita mengikuti nasihat ibu bapa 😉

  2. Assalamualaikum Ustaz, nak mintak nasihat dan pandangan ustaz tentang saya dan adik-adik. Saya anak sulung dan sering bergaduh dengan adik ke-2 dan ke-3. Senang cerita kami memang selalu bergaduh. Pasal hal kecil pon nak gaduh sampai ummi saya menangis. Selalu ummi saya menangis dan mengatakan bahawa kami tidak bersyukur mendapat ummi sepertinya dan menginginkan agar dia mati cepat. Bagaimana saya sebagai anak sulung ingin mengatasi daripada kami adik beradik bergaduh? mOHON Penjelasan ustaz.

    1. Ajak adik2 menjaga amal ibadah.. jaga solat fardhu, baca al-Quran, zikir dsb. InsyaAllah, bila kita ajak mereka kepada cahaya, mereka akan nampak perkara yang mereka tak nampak semasa dalam kegelapan.

  3. Salam Ustaz,

    Saya nak minta pendapat tentang hubungan saya dengan abang saya yang mana kami agak dingin, tidak bertegur sapa, kalau berjumpa macam tidak mengenali antara satu sama lain. Saya cuba mencari punca kena dia bersikap seperti itu dengan saya, saya cuba ingat balik adakah saya pernah berbuat sesuatu pada dia atau terlepas cakap dsb tetapi seingat saya, saya tidak pernah berbuat apa2 apatah lagi bercakap perkataan yang menyakitkan hati pada dia. Hinggalah satu hari, kakak saya telah ‘tag’ kami adik beradik satu post (Video) di media sosial berkenaan tentang layanan kita terhadap kedua orang tua kita. Saya telah membalas post itu dengan menulis komen tentang perlunya kita meluangkan masa, bertanya khabar dan memberi keperluan sekiranya mampu kepada mereka. Mungkin dia terasa dengan kata-kata saya itu, dia terus meluahkan perasaannya dengan menulis post dengan menggunakan kata-kata seperti memaki dan menyatakan saya akan menerima balasan dsb. Saya sangat sedih dengan apa yang dia katakan. Sebagai seorang adik, berdosakah saya sekiranya menyakinkan hati saudara saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme