Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Hukum Mentalakkan Isteri Ketika Mengandung

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seorang budak perempuan.. err.. beliau menggunakan nickname ‘budak perempuan’ :

ustaz nak tanye.. ape hukum jatuh talak kat isteri yang mengandung.. saya tahu edah smpai lepas bsalin, tp nk tau haram ke harus??

Mulanya, Ustaz Love nak cerita lebih lanjut tentang hukum talak secara keseluruhannya.. tapi ditakuti akan menjadi panjang plak entry ni.. akhirnya, persoalan yang dikemukakan akan tenggelam dalam perbahasan talak yang panjang lebar. Mungkin bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu bab talak ini, boleh merujuk kepada website / blog2 lain yang menceritakan secara terperinci.. atau mengemukakan persoalan dalam komen di entry ini.

Hukum talak ini secara asasnya adalah makruh (tidak disukai oleh Allah), tetapi tidaklah berdosa jika dilakukan dengan cara yang betul. Maka, bagi seseorang yang ingin mentalakkan isterinya, hendaklah mengikuti peraturan yg telah ditetapkan, agar tidak terjebak dalam perkara yang haram.

Bagi suami2 yang nak mentalakkan isterinya ketika mengandung, maka hukumnya adalah harus menurut jumhur ulamak. Bila dikatakan harus, maka tak berdosa. Tetapi ada pendapat2 lain yg mengatakan haram dan berdosa (spt pendapat ibn Al-Munzir) dan ada yang mengatakan makruh (pendapat al-Hasan).

Ada yang mengatakan bahawa sangat kijam mereka2 yg menceraikan isterinya ketika mengandung.. sbb edah mereka akan dikira habis sebaik saja melahirkan anak (atau gugur).. bermakna, kalau nak kena tunggu bersalin, 9 bulan la nak kena tunggu (berbanding talak ketika suci iaitu edah cuma 3 kali suci). Memang nampak mcm kijam, tapi sebenarnya edah wanita mengandung ini sangat panjang.. ia memberikan peluang kepada suami yg menceraikan itu untuk kembali rujuk kepadanya dalam tempoh edah.. jangan fokus pada siksaan nak menghabiskan edah, sebaliknya fokuskan pada peluang yg panjang untuk rujuk itu. Mungkin dalam tempoh edah itu, suami menyesal kerana menceraikan isterinya, lalu bertindak merujuk kembali.

Sekalipun suaminya itu tidak merujuk dalam tempoh edah, atau tak sempat nak rujuk (sbb keguguran atau bersalin awal contohnya), suami masih lagi punya tanggungjawab untuk menguruskan perbelanjaan bersalin itu.. dan juga keperluan anak.

Maka, tiadalah istilah kejam jika menceraikan isteri ketika mengandung..

Jangan dibandingkan dengan hukum bercerai ketika haid.. menceraikan isteri ketika haid memang kejam.. sbb akan menambahkan tempoh edah.. bezanya di sini, menceraikan isteri ketika haid, edahnya adalah untuk memastikan rahim isterinya itu tiada apa2 benih.. manakala menceraikan isteri yang mengandung, dah sah2 benihnya itu memang ada dalam perut isterinya. Jadi, membandingkan tempoh pada perceraian ketika haid dan perceraian ketika mengandung adalah kurang tepat.

Apatah lagi dalil hadis dengan jelas menyatakan keharusan mentalakkan isteri ketika mengandung.. dan dalil hadis juga dengan jelas mengharamkan menceraikan isteri ketika haid.

Jadi, kesimpulannya, menceraikan isteri ketika mengandung hukumnya adalah harus dan tidak berdosa.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 Comments

Add a Comment
  1. kdg2 pelik tgk org lelaki nih…kdg2 tuh da dpt bini cntek+ank2 comel…tp still lg nk g cari pmpn laen..ape yg lelaki nak sbnrye?is it sunnah(nak tmbh pahala kononye) or nafsu semata2?hoho

    1. kadang2 lelaki ni kesian nak tolong perempuan lain yang ada masalah. atau ada pun yang kena mandrom oleh si perempuan…..kan perempuan sekarang ini akal cerdik sikit….

  2. mane boleh nk same kn situasi ni dengan kasut ustaz,, ksut tu benda, material.. suami pulak berkaitan hati, jiwa. langsung beza. klu ditakdrkn bercerai, jarang pmpn yg nk kwen lagi ngn lelaki lain..busuk baik, tu la satu2 lelaki yg pnh tersimpan dlm hatinya..

    1. situasi tak disamakan dengan kasut.. tapi Ustaz Love menyamakan naluri / keinginan itu sendiri.. atau lebih mudah dipanggil nafsu. Nafsu wanita ke arah kebendaan, nafsu lelaki ke arah kewanitaan.. jadi, jangan salahkan naluri itu.. kalau wanita mampu, beli la kasut penuh almari pun.. kalau lelaki mampu, kahwinlah sepenuh kuota pun.. kihkih :D

  3. cmtu erk.. tp la kn, takat nafsu benda, rsnyer xdela teruk mane. kasut bknla mahal sgt, sepasang takat seploh hengget pun bleh dpt. lau time sale agknyer bleh beli borong lg. tp bab kwen, sume llki akn bukak hadis yg lelaki dibenarkn kwen lbh asalkn mmpu. mgkin mmpu dr segi harta, tp sush nk tgk llki yg btul2 mmpu utk jd pemimpn kluarga yg adil n baik. takat kwen n then bile dh berubh hati tgl gitu sj..xpn lau x tgl psti akn terabai kat mane2… org pmpn yg dpt kesannye. cume byk pmpn jnis baik, just redha n telan wlupn sakit.. ntahla…name pun doniaa….

    1. walaupun nafsu wanita kepada benda, namun benda2 ni setakat di dunia je.. berbeza dgn lelaki yg boleh memandu wanita ke syurga atau menariknya ke neraka.. persoalan hukum itu, kita kena terima akan keharusannya.. persoalan sanggup bermadu atau tak, itu persoalan lain ;)

  4. klu sy, sy x ksh klu suami sy nk kwen lain..sy siap boleh pegi pinangkn lagi. tp mslhnye, takut bakal madu plak yg x rela dimadu.. :). sy seorg yg boleh trima soal hukum, juz kadang2 terpikir jer mcm2 ragam org dh kwen ni.. lagi2 lelaki..x pnh puas ngn yg satu. seolah2 x bersyukur dgn jodoh yg tuhan dh bg.. pmpn ni ustaz, even keras ht cmne pn juz mcm kerak ns je mcm org kate.. klu suami pndai nk handle umhtga, sush jgk pmpn nk jd isteri yg x setia.. kbykn wanita jd teruk lps kwen sbb kecewa dgn layanan suami msing2.. layanan tu bkn la dr aspek batin jer, tp secara menyeluruh la.. sush sgt ke nk menjaga hati seorg isteri… ni pendapat sy jer yg agak2 x bape nk bijak.. hehe..

    1. memang susah nak jaga hati seorang isteri.. sbb isteri itu adalah seorang perempuan.. sedalam air di lautan, kita masih mampu nak ukur kedalamannya.. tapi sedalam2 hati wanita, kita tak tahu sedalam mana dasarnya.. cewahh..

      kadang2 isteri itu nampak suaminya macam termenung depan tv, kemudian isteri mula berleter, tanya itu tanya ini.. bila suami tak jawab (sbb terlalu fokus tgk bola ke, dengar berita ke), isteri pun mula meratap kata suami tak sayang dia, ada perempuan lain.. kemudian sanggup nak pinangkan wanita yg lebih sesuai untuk jadi isteri baru.. sambil mengalir2 air mata kesedihan.. Kemudian, rancangan tv pun dah habis, suami berpaling ke arah isteri :

      “Kenapa awak menangis?” (nampak sangat wanita suka bergaduh dengan perasaannya sendiri.. kihkih)

      Sebab itulah dalam perkahwinan ini kena banyak memberi, dan bukannya banyak menuntut.. bila saling memberi, lebih mudah untuk berlakunya tolak ansur.. kalau saling menuntut, maka perselisihan akan sentiasa berlaku.. sbb yg menuntut dan yg dituntut, kedua2nya adalah manusia biasa yg banyak kekurangannya ;)

      1. agak berat sebelah komen-komennya.. 1 dalam sejuta lelaki sekarang yg mampu kawin lebih.. 1000 dalam 1 yang menganiaya walau cuma beisteri 1..

  5. Mcm mna pula bila isteri sering mbntu suami nmun suami x pnah rsa brsyukur dgn isteri dgn sering mlakukn hubg dgn wnita lain. Isteri bkerjya dn sdang mnungu hari utk mlahirkn ank prtama.

    1. Itu namanya lelaki yang tak tahu nak bersyukur dengan nikmat Allah yang mengurniakan seorang isteri yang sanggup membantunya walaupun bukan tanggungjawab isteri untuk bekerja. Puan kena banyakkan bersabar dan menghadapi ujian sebegini.. jangan sampai tertekan jiwa yang boleh memberikan kesan kepada baby dalam kandungan.. insyaAllah, jika ada kelapangan, Ustaz Love akan cuba ulaskan bab ni..

  6. ustaz love nak tanye saya tak tahu suami saya bernikah lg …2minggu lepas tu… baru saya tahu dia bernikah…..saya tak nak saya dimadu…..saya suruh suami buat keputusan….sama ada pilih saya atau isteri nya yg br dinikah nya….sekira nya dia memilih saya ustaz blh ke dia mencerai kan isteri nya yg hamil 5bulan Dan baru dinikahi nya 2minggu….dng talak 3….

  7. salam ustaz, disini saya sekdar untuk meminta pandangan ustaz.saya mengalami masalah rumah tangga yang sangat serius.pada awal perkahwinan kami memang cukup bahagia sehinggalah timbul konflik diantara saya dengan mertua saya sehingga mertua saya menghalau saya dari rumah dia.manakala suami saya asyik menyalahkan saya walaupun kesilapan itu daripada ibunya sendiri sehingga berkali-kali suami saya menyuruh saya meminta maaf, namun amat sukar untuk saya berbuat seperti suami suruh kerana sudah lama saya memendam rasa dengan mertua saya.sekarang saya menetap dirumah saya, namun sampai sekarang suami saya masih lagi menyalahkan saya n bersikap dingin dengan saya.untuk pengetahuan ustaz, saya skang sedang berbadan dua dan kandungan saya sedang mencecah 9bulan namun saya tak dapat perhatian sepenuhnya dari suami.kami selalu bergaduh, n membuatkan dia tak balik sehingga beberapa hari n kadang-kadang tue sampai seminggu disebabkan marah dengan saya..betapa siksa nya hidup dan jiwa saya ustaz mengapa saya diperlakukan sebegini rupa dalam keadaan begini. Ape yang mampu saya buat hanya menangis dan terus menangis memohon pada Allah…itu sahaja yang saya mampu.Macamana saya nak buat ustaz saya dah tak tahan dengan keadaan seperti ini dari kandungan 7bulan-9bulan konflik ini tak henti2..adakah patut kami bercerai ustaz???terima kasih

  8. Assalamualaikum ustaz, sy ada kemusykilan dan mohon penjelasan ustaz. Saya ada bergaduh dgn suami, suami tlh mnghalau sy dari rumah pd wktu mlm. sy mngmbil kputusn kluar rmh pd keesokn hari dan balik ke kmpung. suami ada mnghubungi sy dn mmnta sy balik ke rumah, dia ada berkata ” awak nk balik hari ini atau nk balik sebagai janda ? ” sy x dpt balik hari tersebut krn kampung sy agk jauh. Sy ada brtnya suami mngenai apa yg di ckpkn,suami hanya niat mahu sy balik krn takut sy xnk balik ke rumahnya lagi. Adakh jatuh talak keats sy ustaz?

  9. Salam ustaz..sy tgh mengndung skrng..br2 ni sy bergaduh dgn suami..die keluar umah dan bwk semua brg2 die..sy ade mntk cerai sbb da xnk hidop ngn die.. Die jns pns baran dan kaki pukol.tp die xnak ceraikan sy..ape harus sy buat ye ustaz??

    1. kalau dah talak tiga, takde dah rujuknya.. sebaik saja bersalin, maka habislah edah wanita itu.. kalau suami nak kembali pada isteri, kena tunggu bekas isteri tu bernikah lain.. lepas beliau bercerai dengan suaminya, baru boleh bernikah dengannya kembali.

  10. salam ustaz, sy nak tanya…haritu sy dan suami telah bertengkar bila saya tahu suami bermain kayu tiga di blakang sy…sekarag sy dalam keadaan hamil..dia telah mnjatuh kan talak ke atas sy malam tersebut. ayatnya begini “kalau betul abang buat perkara 2, jatuhla talak ke atas ayang lepas ayag bersalin” persoalannya disini, kami masih sayang antara satu sama lain sebenarnya…selpas kejadian tersebut, sy tetap melayan suami sy seperti biasa sbb sy tahu sy masih isterinya. berdosa sy mengabaikn tgungjwab sy biarpun dalam hati tuhan je tahu. n sy jga tetap menunaikn keinginan suami sy untuk bersama…n kami selalu ‘bersama’…n saya merelakannya. sy nak tanya, tetap jatuh ke talak ke ats sy bila sy bersalin nanti?? sbb suami mnjatuhkn talak 1 ke atas sy..cuma sy musykil…lafaz talak dia camni “jatuh talak ke atas ayang selepas bersalin kalau betul abg bersalah’… n dia memang bersalah…tolong ustz

    1. Adakah puan melihat sendiri kesalahan beliau? Ada baiknya puan sahkan dulu dgn suami.. takut2 puan silap faham. Kalau suami mmg betul2 terbukti bersalah, maka puan failkanlah pengesahan lafaz cerai di mahkamah.. sbb itu adalah lafaz taklik yg sah dan akan jatuh selepas puan bersalin (jika beliau betul2 bersalah).. WA

  11. Ustaz, sy br2 ini bergaduh dgn suami kerana dia mempunyai hubungan dgn perempuan lain. Saya mengugut dia sekiranya dia tak melafaz talak ke atas sy, sy akan mengugurkan kandungan sy (7 bulan). Oleh kerana risaukan keselamatan sy n bb kami. Sy hanya mendengar dia menyebut nama sy dn talak satu. Beberapa ketika kemudian, br sy sedar yg dia tlh melafaz talak ke atas sy. Kami menyesal dan ingin rujuk semula secepat mungkin. Suami juga turut mgatakan yg dia tiada niat langsung utk melepaskan sy. Apa yg perlu kami lakukan ustaz?mmm

    1. Cepat2 failkan prosedur permohonan pengesahan lafaz cerai dan failkan sekali permohonan untuk rujuk kembali. Sekarang ni, suami kena lafaz rujuk dulu kpd isteri. Dikhuatiri takut2 isteri terberanak dan tak sempat rujuk, maka tamatlah tempoh edah dan tak boleh rujuk dah. Kena akad nikah yg baru.

        1. Tak perlu rujuk sbb talak belum jatuh. Rujuk hanya akan berlaku setelah talak itu jatuh. Dalam kes ni, lafaz tersebut bukanlah lafaz taklik sbb ia memberi maksud ‘akan menjatuhkan talak’ dan bukan maksudnya jatuh talak atau tertalak bila tiba waktu tersebut (sebaik saja selesai bersalin). Jika suami mengatakan “sebaik saja engkau bersalin, maka jatuhlah talak ke atas kamu”, maka itu dikira lafaz taklik dan talak akan jatuh sebaik saja puan bersalin. Selepas itu barulah fikirkan pasal rujuk. WA

          1. Lebih baik pergi ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz. Sbb ditakuti ada lafaz yg kurang jelas dan penentuan hanya boleh dilakukan dgn mengetahui niat sebenar sms suami itu. Biar hakim yg membuat keputusannya.

  12. salam ustaz,sy sdg mengandung 9bulan…suami ada menghantar sms “lepas bersalin nanti aku ceraikan kau” mcm mana ye ustaz??bole ke kami rujuk semula sebelum bersalin atau tggu sehingga bersalin??

  13. assalamualaikum…
    saya disini ingin bertanya saya telah membuat perhubungan dengan abang ipar saya sendiri iaitu ababg kepada suami saya, dan saya telah mengandung, saya dan suami saya sering ada masalah tidak sefahaman tetapi suami saya maseh tetap menyayangi sya dan tidak mahu melepaskan saya kerana saya mempunyai tiga orang anak.. disini bagaimana kah harus saya buat… kerna teman lelaki saya sangat menyintai saya begitu juga saya dan kami mahu hidup bersama…sehingga teman lelaki saya hendak merancang membawa saya jauh dri semua keluarga iaitu berhijrah dinegeri orang dan menetap dsana, kerana saya sangat nyaman bersamanya dan senang disampingnya saya sanggup meninggalkan anak dan suami saya serta semua kaum keluarga saya yang sangat saya sayangi. kami jarang berjumpa cuma sering berhubung lewat sms dan telefon saja untk bertanya khabar dan ada peluang kamimakan berjuma tapi tidak selalu dan kami ada melakukan hubungan sex sebanyak dua x tapi saya menyesal akan tetapi saya tetap mahu hidup bersama teman lelaki saya. apakah jalan yang harus saya ambil dan saya sangat berharap dapat pertolongan dan nasihatbyang sangat baik untk saya supaya saya boleh mengambil jalan yang sangat dituntut agama. sekian terima kasih

  14. Apakah hukum suami yang menjadi pak sanggaup menceraikan isteri yang telah mengandungkan benih orang lain?

      1. asalamualaikum ustaz, saya nak bertanya jika suami hendak menceraikan isteri dan telah pergi mengurus di jais(jbtn agama islam) tetapi di dapati isterinya mengandungkan ank kpd lelaki lain… apakah akan jatuh talak juga terhadap isterinya atau perlu menunggu sehingga isterinya bersalin barulah jatuh talak isterinya itu?

  15. Salam ustaz,sy nk bertanya tentang hukum seorang suami menyebut perkataan cerai berkali – kali tanpa niat dan dalam keadaan kebingungan serta marah.. si suami juga tidak tahu tentang hukum percakapan tersebut kerana baru seminggu berkahwin dan masih belum menghadiri khusus kahwin.. sah atau tidak perkataan tersebut? talak berapa yang dijatuhkan ustaz? si suami ingin rujuk balik bersama isterinya dan menyesal dengan kata kata nya yang tidak terkawal. tapi yang pasti si suami tidak tahu tentang hukum talak semua tu ustaz.. harap balas..

    1. Bagi Ustaz Love, itu cuma alasan saja.. agak mustahil seorang yang melafazkan perkataan cerai, tidak mengetahui maksud dan implikasinya terhadap perkahwinan. Sebaiknya puan dan suami memfailkan pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah syariah dan biarlah hakim yang menentukan kesahihan lafaz itu selepas proses perbicaraan.

  16. Assalamualaikum Ustaz.
    Kami dh 10thn hidup PJJ. Awal2 sy dh bg green lite pd suami jika dia jmpe yg lbh baik dr sy di sana, sy Izinkn dia brpoligami wpun sy tau dia xmampu dr segi kewangan sbb sy tau llki bleh brkahwin 4. Kami ada 4org anak & 80% perbelanjaan keluarga sy yg tanggung. Bukan nk riak tp nk nmpk kn situasi suami yg kkdg sy kata xsedar diri..
    Suami xnk grab keistimewaan yg sy berikn. Thn lps, naluri sy mngatakn dia ada affair, dia mengaku & dia kata cuba utk lupakn prmpn tu yg boleh dianggap anak.. Tp bln 10 baru2 ni, kwn baik dia dr jauh dtg brjmpe sy & meluahkn bhwa dia dh xsngp tngk sy ditipu dgn maksiatnya.. Rupanya dh 2 tahun, dia kerap outstn, dia curang & kerap berzina.. Semakin sy tau dia ada affair, makin kerap dia brzina, umpama nk mencabar sy. Dh bnyk kali jga Allah bg petunjuk tp sy bodoh masih boleh percaya pd kata2 suami & sms2 tazkirah dr prmpn tu. Nafkah zahir & batin kami diabaikn tp pd prmpn tu smua diberikn. Duit nafkah anak2 xmmpu diberi sbb duit bnyk habis di hotel2 mewah & prbelanjaan prmpn tu. Slps trbongkar maksiat dia, baru dia minta izin kawin.. Sy katakn bhwa skrg sy xakan benarkn.
    Sy minta dilepaskn tp dia kata xakan sekali2 dia ceraikn sy. Br skrg dia kata akan lupakn prmpn tu stlh sy desak utk ceraikn sy. Dh bnyk Kali sy bg peluang sblm ni tp dia sia2kn..
    Sy nk pndpt Ustaz, apa hukum sy mnfailkn cerai sekiranya mmg betul suami sy dh brtaubat.. Sbb sy rs pahala yg sy nk cari tp sy mengumpul dosa sbb sentiasa brprasangka buruk pd suami, kkdg layanan sy pun hambar, kkdg sy tinggi suara pd suami.. Sy tau sy boleh uruskn kehidupan sy & anak2 cuma kkdg sy takut dgn gelaran janda & kasihan pd anak2.
    Istikharah juga dh sy buat tp sy masih dipersimpangan.. Minta pndpt Ustaz.
    Wassalam..

    1. Pada pandangan Ustaz Love, puan failkanlah perceraian. Puan nilailah nanti semasa sesi kaunseling sama ada puan perlu meneruskannya atau menarik kembali. Teruskan istikharah hingga hati puan mantap dan tetap dengan keputusan yang bakal dipilih. InsyaAllah, perceraian itu bukanlah sesuatu yg buruk sekiranya tindakan kita mempertahankan perkahwinan tidak menghasilkan natijah yg baik. Kita sendiri yg akan memilih jalan hidup kita sendiri sama ada memilih bahagia atau derita.

      Jangan takut pada gelaran, sebab gelaran itu hanya di dunia saja. Jika kita menambahkan dosa dalam rumahtangga, apa gunanya gelaran ‘isteri’ nak dipertahankan sedangkan kita sebenarnya sedang menanam benih di akhirat, sama ada benih ke syurga atau ke neraka. Dan jangan masukkan sekali persoalan anak untuk menentukan hala tuju perhubungan suami isteri. Sekalipun suami isteri telah berpisah, anak2 masih lagi tidak putus hubungannya dengan ibu bapa mereka. Perkara itu boleh dibincangkan dan diselesaikan di mahkamah nanti berkaitan isu hak penjagaan dan pemberian nafkah.

      WA

  17. assalamualaikum wbt ustaz,saya nak bertanya, suami saya telah menceraikan saya beberapa yg lepas dengan talak 1.tetapi shngga sekarang suami saya belum lagi hendak pergi ke pejabat ugama. Suami menceraikan saya ketika saya sedang haid. Adakah setelah saya suci suami boleh rujuk balik atau adakah kena tunggu eddah 3 bulan. Dan boleh lah kes ini tidak dibawa ke mahkamah, hnya di selesaikan di agama sahaja.

    1. Rujuk hanya berlaku dalam tempoh edah. Kalau dah habis tempoh edah, dah tak boleh rujuk tetapi kena nikah semula dengan akad dan mahar yg baru. Puan punya pilihan nak melakukan rujuk di mahkamah (setelah memfailkan pengesahan lafaz talak), atau suami merujuk puan sendiri tanpa melalui proses mahkamah. Namun, untuk menjaga kebajikan kedua2 pihak pada masa akan datang, sebaiknya puan ajak suami memfailkan pengesahan lafaz talak di mahkamah sekali dengan rujuk supaya ada rekod perceraian dan rujuk tersebut.

      WA

  18. Salam alaika, ustaz nak tanye, boleh ke kalau isteri pertama suruh suami sign contract , kalau si suami kawin lain sebelum kematian isteri pertama maka jatuh cerai atas isteri pertama dia tu, boleh ke buat contract mcm tu, dan ape hukum nye,?

  19. salam.ustaz,sy sdg mdung skg&suami sy akan lepaskn sy slps sy brslin nt.sy nk tahu,spjg sy blm brslin,adakah suami sy tetap wajib bg nafkah kpd sy?& kos pblnjaan brg ank,kos prsalinan atas tgjwb dia juga ke?trma ksih

  20. as salam ustaz..adakah talak jatuh jika si suami berkata.”.dah..abg gantung tk bertali”..si isteri sdg hamil 5 bln.dialog tersebut melalui viber.si suami tngh marah di ketika itu.pd masa yg sama si suami sindir”menangis..pi blk yan(yan trsebut adalah rmh ibubapa isteri tersebut)

  21. ustaz, ketika kami bergaduh mulut suami dlm keadaan marah ckp mcamni kt saya, “kau nak aku ceraikan kau ke?” dan beberapa bulan lalu suami ckp “kau nak talak berapa 1,2,3?cakap dgn aku..” seolah2 suami menyoal saya bertujuan ingin mengugut saya ketika itu. keesokkan kami berbaik semula n saling menyayangi. Adakah jatuh talak ke atas saya? bantu sy ustaz..tq

  22. Assalamualaikum ustaz..saya berkahwin pd 2011..masa bln 2 tahun 2012 saya diceraikan talak satu oleh suami…setelah beberapa jam diceraikan suami lafaz abg rujuk syg.ketika itu saya mengandung 7 bulan anak sulong..cerai dan rujuk kami ni x didaftarkan ke pejabat agama..saya risau adakah rujuk kami itu sah.ini kerana pd tahun 2013 saya hamil anak kedua..adakah anak saya itu sah taraf atau tidak…bantu lah saya bg jawapan yg jelas…

  23. Salam ustaz…
    Sy nk tny..sy kawin nk msuk 4bln…skrg sy preggy msuk 2bln..sy mtak cerai dgn suami sbb sy tau dia ambil dadah…perkara ITU buat sy sebak Dan kecewa..APA hukum sy mtak cerai..APA pndapat ustaz ttg mslh sy ni..

  24. Salam. Jika suami selalu cakap menyesal dengan perkahwinan dan jika suami telah cakap “kalau nak cerai, esok pun boleh cerai” .. adakah itu telah menjadi niat cerai atau telah jatuh talak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ nine = 18

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site