I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dilema Wanita Bermekap

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Cahaya Hidayah :

assalamualaikum ustaz love. best baca blog ustaz ni =)

saya ada soalan nk tanya ustaz. dilema sangat ni ustaz. masalah ni takde la nak berat sangat tapi menyebabkan dilema menhantui diri ini sejak sebulan dua bulan ni.

macam ni ustaz. saya nk tanya pasal make up ni. apa hukum dia kalau pakai make up yg nampak natural (pakai eyeshadow warna coklat gelap sikit drpd warna kulit, pakai eyeliner warna koko, pakai pemerah pipi tp xnmpak sgt & pakai lipstick (lipice) yg bg warna nampak pink natural) dgn niat nk bg nampak segar & tak pucat?

saya ni sebenarnya dulu memang pakai make up tebal, then saya start berubah slow2 -labuhkan tudung, jaga aurat semua- cuma saya susah nk tinggalkan bab make up ni sbb dah jadi sebati dgn diri saya. cuma sy kurangkan dgn pakai yg natural utk xnk bg nampak pucat & nk bg nampak fresh & segar.

minta penjelasan ustaz. dilema ni. saya ada keinginan nak tinggalkan make up semua ni cuma kdg2 bila tgk muka nampak pucat semacam menjadikan saya tercalit jg lipice tu kat bibir.

minta tolong yea ustaz. dilema ni. saya memang nk jadi wanita muslimah yg baik :’(

tolong yea ustaz. may Allah bless

Ustaz Love tak berapa faham sangat dilema tak bermekap ni.. sbb Ustaz Love sendiri tak pakai mekap.. masa sekolah rendah dulu, pakai bedak kat muka pun dah kena gelak dgn member2.. terus Ustaz Love melarang arwah mak Ustaz Love untuk menepekkan bedak masa nak siapkan Ustaz Love gi sekolah.. kihkih

Bagi Ustaz Love, takde masalah nak mekap ke, tak nak mekap ke.. cuma, jangan sampai ke tahap tabarruj.. konsep tabarruj ni sebenarnya luas.. bukan setakat mekap di muka je, termasuk jugak bab pakaian, bab perhiasan wanita (spt gelang kaki, subang di hidung, baju kelip2 (labuci), kasut tumit tinggi, pewangi dsb). Tapi orang selalu fokus pada mekap la.. sbb muka tu lebih jelas kelihatan.. orang nak kawen pun, kena tengok muka dulu.. dan orang tertarik pada pandangan pertama pun, tengok muka gak.. kalau pakai baju macam artis, berkelip2, tapi muka mcm orang baru bangun tido, sapa pun tak lalu nak tengok.. kihkih

Kalau sekadar mekap yg nipis, tepek bedak sikit2, pakai gincu sikit, blusher sikit, celak sikit, maka dimaafkan.. apatah lagi bagi mereka2 yang baru2 nak berubah ke arah kebaikan.. Yang dilarang adalah mereka2 yg berlebih2an dalam menghias diri (yg bukannya untuk diperlihatkan kepada suami).. spt memakai mekap tebal seinci, gincu sampai merah2 gigi dan gusi (kihkih), blusher sampai pipi merah mcm kena lempang 18x dsb, maka ia jelas dilarang.. kalau sekadar untuk menutup wajah daripada nampak pucat mcm mayat, maka dibenarkan..

Ustaz Love tak nafikan, memang mereka2 yg dulunya selalu bermekap, tetapi bila wajah mereka tak bermekap, maka akan kelihatan seperti hantu korea.. pucat je muka.. Ustaz Love selalu gak terserempak dgn artis2 yg tak pakai mekap masa luar drp shooting.. rasa mcm kenal, tapi macam tak sama je muka dalam tv.. inilah kesan jangka panjang mekap2 yg tebal2 ni.. sehingga menghakis sifat asal kulit..

Jadi, pakailah sekadarnya.. sehinggalah sampai satu masa nanti, bila dah bersuami, pakailah tebal2 mana pun untuk menyukakan hati suami di rumah.. bila nak keluar, boleh pakai purdah (niqab).. takyah susah2 nak mekap dah..

Harapnya, jawapan Ustaz Love ini boleh mengurangkan sedikit dilema yg dialami oleh saudari.. Benda kecik je ni, tak perlu nak sampai dilema2.. yg penting, kena jaga niat.. pakai mekap bukan sebab nak tarik perhatian lelaki, tetapi untuk mengelakkan wajah nampak pucat.. insyaAllah, selamat πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. me memang pakai mekap ala kadar nak bagi nampak presentable sbb nak ngajar kan..kalau nampak pucat mcm mayat nanti students pun tak nak dgr me ngajar hehehhe

    1. bukan setakat student tak nak dengar, student pun lari sbb ingat mayat yg mengajar.. kihkih.. maaf Mama.. Ustaz Love melawak je πŸ˜€

    1. yassiruu wa la tu’assiruu.. mudahkan, jangan menyusahkan.. tapi jangan mengambil mudah πŸ˜‰

        1. ayat tu bukan untuk dibaca, tapi ia merupakan hadis yg menyuruh kita memudahkan, dan jangan menyusahkan πŸ˜‰

  2. tingin nak pakai niqab..tp mak larang..family pun ckp kalau nk berubah pun tak yah ekstrem sgt..labuhkan tudung n pakai baju yang tutup aurat sempurna je da boleh..

    1. Takpe la.. buat sekadar termampu dulu.. esok2 dah kawen, pakai la.. sbb masa tu dah bawah tanggungjawab suami πŸ˜‰

  3. saya pakai juga..tp ala kadar jer la..bak kata Mama Zahrfan, nak bg nmpk rupa org..yg pasti tu waktu pagi je la..lepas solat zohor smp balik muka cam mayat la, lg pun keja belakang tabir,takde sapa tengok hahaaa….

    1. Salam amy…

      Kebiasaan kita waktu muda memang akan memberi kesan bila umur dah meningkat.. kalau muda2 ni, rajin ambil wuduk, insyaAllah, muka akan bersih berseri tanpa mekap walaupun umur dah lanjut πŸ˜‰

  4. eh eh masalah kita sama, tapi sy takde la sampai jd delima sgt bab pakai mekap nipis ni.

    yg delima nye org sekeliling kita, kawan2 kite sepupu papat kite tu. bila kite ni terkenal suke bermekap tebal ngalah kan retis kadang2 tu kan padahal bukan ada shooting pun sekadar pi keje, shopping, majlis2 jer, tetiber dah kurang bermekap, nipis2 gitu. mula la mulut2 memasing versi ala2 puaka tu ckp eh ko dah insaf ke? sentap tau.

    tp kite kena think positif la kan, senyum je bila ada sindiran2 kalo bleh balas jwb je sbb senang nak amik wuduk kalo tebal2 nt payah/leceh ambil masa byk sgt nak bersih kan muka tu.

    Nak jd baik mmg byk cabaran ujian kesabaran tapi nak jd jahat senang jek. tak gitu ustad?

  5. Assalam.. suka ayat komen ustaz” yassiruu wa la tu’assiruu.. mudahkan, jangan menyusahkan.. tapi jangan mengambil mudah” betul3..

  6. assalamualaikum,
    ustaz sebenarnya saya betul-betul keliru..
    apa hukum kita memakai gincu / pelembab bibir?
    sebab ada yang kata gincu itu tulisan syaitan..lagilah buat saya pening..
    dekat kolej saya pulak seorang ini cakap ,kalau sapa-sapa yang pakai gincu saya tampar dia..
    setahu saya pakai gincu (nipis sahaja) mana ada haram kan ,habis kenapa sampai nak tampar orang pulak…kalau tebal itu memang dilarang tapi sekadar nipis sahaja….macam mana?

    1. tengok atas tujuan pemakaian.. kalau yg jenis lip balm, ia ada fungsi melembapkan bibir baik mengelak bibir kering dan terkupas.. kalau semata2 utk tujuan melawa, maka ia kembali kepada hukum tabarruj (berhias) yg memang haram.

      kalau seorang itu tampar saudari, terus buat laporan polis.. sesuka hati beliau je nak tampar2 orang.. ingat negara ni takde undang2?

  7. Assalamualaikum Ustaz Love,
    Saya ada pertanyaan berkenaan mamakai gincu bukan berniat yang bukan2. tapi suami mengesyaki saya berniat untuk berhias kepada lelaki lain.apa yang saya perlu jelaskan kepada dia bahawa niat saya Allah je yang tahu.saya masih waras untuk bezakan pahala dan dosa.sedangkan dia sepatutnya menegur dan membimbing saya ke jalan yang benar dengan cara yang betul kan.

    1. Kalau suami dah tak suka, kenapa puan berkeras nak memakainya juga? Tak kira la apa niat sekalipun, sepatutnya puan mendahulukan pandangan suami. Itu menunjukkan sejauh mana rasa hormat puan pada suami.

  8. Salam Ustaz,

    Kasut tumit tinggi tak boleh pakai ke? Seperti yang ustaz ada berikan contoh perhiasan wanita pada petikan diatas. Saya bukan la pakai tumit tinggi tapi wedges sebab saya rendah dan pakai untuk ke majlis2.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme