I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bayar Nazar Dengan Duit PTPTN

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada saudara Nameless (Tanpa Nama) :

ustaz ambe nok tanyo.. ambe ado nazar kalu buleh tinggi result exam ambe nok wi dermo ko masjid.. pahtuh result tubik ari tu tgop2 ambe ni buleh la cukup2 make.. tapi ambe nok dermo ni guno duit ptptn.. tak po ko..? kalu buleh bui penerangan etep.. terimo kasih ustaz jiwang.. hehe..

Gelaran Tanpanama ni sangat popular suatu ketika dulu (jaman Ustaz Love sekolah lagi).. sbb ada komik bertajuk “Pedang Setiawan” yang menjadi kegilaan budak2 sekolah jaman tu.. dan watak yg paling kool selain Penjejak Badai (Nie Feng) dan Penjejak Awan adalah watak Tanpanama, iaitu tok guru mereka.. sekadar selingan.. kihkih

Walaupun Ustaz Love memahami bahasa Pantai Timur, tapi ada baiknya Ustaz Love menjawab dalam bahasa mudah.. supaya ramai orang boleh faham.. hehe..

Bila dah bernazar, maka hukumnya wajib ditunaikan.. dengan syarat, nazar itu adalah nazar yg berbentuk ta’abbudi (ketaatan) kepada Allah.. dan bukannya nazar yg harus spt bernazar botak kepala, bernazar nak makan nasik ayam dsb.. dan bukan juga nazar yg haram ditunaikan spt bernazar nak merogol 40 anak dara sekiranya hajat tercapai, bernazar nak meninggalkan solat selama 40 hari 40 malam dsb..

Nazar untuk bersedekah, maka ia termasuk dalam perkara ibadah.. maka hukumnya wajib ditunaikan (walaupun hukum asal sedekah itu adalah sunat, tapi bila dah bernazar, ia jadi wajib).. maka ia kena ditunaikan.. kalau tak, kena bayar kifarah.. kifarah di sini maksudnya denda.. jangan gabra ye.. sbb biasa orang kalau dengar bab kifarah je, terus teringat puasa 2 bulan.. itu bukan kifarah nazar, itu kifarah jimak di siang hari dalam bulan puasa.. kihkih

Kifarahnya adalah seperti yang dijelaskan dalam al-Quran :

Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.” (al-Maidah : 89)

Nak melaksanakan nazar ini adalah dengan harta sendiri.. tak boleh bayar nazar guna harta orang lain.. kalau guna wang PTPTN, sekalipun ia merupakan duit pinjaman, tapi ia dikira sebagai harta sendiri.. sbb kita mendapat kelegaan dan manfaat daripadanya.. maka harus menggunakan duit PTPTN untuk sedekah sama ada untuk sedekah sunat, atau sedekah wajib (nazar atau zakat).

Cuma, kalau boleh, kurangkan la bernazar dan bersumpah ni.. Sebab selalunya kita tersalah faham maksud nazar ini sehinggakan seolah2 meletakkan syarat kepada Allah : “Kau bagi aku lulus projek, aku bagi kau sedekah”.. semacam melakukan tawar-menawar pada takdir..

Konsep nazar ini adalah harus, selagi ianya masih dalam iktikad (keyakinan) yg sahih.. bahawa semuanya berlaku dengan takdir dan izin Allah.. dan bukannya sebab kita bernazar..

Maka itu, adalah lebih baik sekiranya masuk tender ke, nak exam ke, temuduga kerja ke dsb, dalam proses menunggu itu, banyakkan doa dan sedekah.. sbb itu lebih baik (kerana mengharapkan ihsan Allah) berbanding bernazar.. takut2 nanti, kita bernazar, kemudian hasilnya tak seperti yg kita nak, kita plak menyalahkan Allah s.w.t. kerana kita seolah2 (berkeyakinan) meletakkan syarat nak beribadah kepada Allah.. sedangkan Allah itu adalah Tuhan, yang tak perlukan apa2 syarat daripada manusia.. Kalau seluruh manusia atas muka bumi ini kufur pada Allah, tidak menurunkan sikit pun kemuliaan Allah.. begitu juga jika seluruh manusia itu taat perintah Allah, tidak naik sedikit pun kemuliaan Allah disebabkan ketaatan manusia itu.. Bukan Allah yg memerlukan kita (manusia) sebaliknya kita yang memerlukan Allah..

Setakat itu saja yg mampu Ustaz Love jelaskan.. sebut betul2.. Ustaz Love.. bukan Ustaz Jiwang okeh.. kihkih

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

Add a Comment
    1. aikk.. boleh plak mcm tu? kihkih.. maka istighfar dan mohonlah ampun kepada Allah.. kemudian laksanakan kifarah nazar ikut mana yg kita mampu πŸ˜‰

          1. insyaAllah, kalau tanya kat Ustaz ke, Ustazah ke, dapat la jawapannya πŸ˜‰

  1. Assalamuailaikum ustaz,, terima kasih atas ruangan yg ustaz sediakan ini.. moga kita sama-sama dapat memperoleh manfaat darinya.. saya bekerja disebuah tempat tuition sebagai kerani.. antara tugas saya adalah photostat buku-buku soalan dan rujukan untuk kegunaan pelajar atas arahan cikgu-cikgu yang mengajar disana.. seperti yg saudara tahu setiap buku adalah dilarang untuk di phostostat semula.. adakah salah disisi syariat islam kerana menggunakan soalan-soalan atau rujukan dari buku-buku tersebut tanpa kebenaran dari penulis untuk tujuan pelajaran? bagaimanakah pendapatan saya adakah halal kerana turut terlibat sama walaupon tidak rela melakukanya dan hanya menjalankan amanah dari majikan?? harap saudara dapat memberikan jawapan.. hanya Allah dapat membalas jasa ustaz Insyallah… p/s sory ustaz xde kaitan ngan tajuk ni hehe..

    1. Waalaikumussalam..
      Jika untuk tujuan kegunaan sendiri hukumnya harus. Ini termasuklah keharusan membantu pelajar fotostat buku utk tujuan pelajaran. Tp ia bergantung atas permintaan semasa. Jika ada student yg minta nk fotostat, maka ia dibenarkn. Tetapi jika fotostat siap2 utk dijual spt buku asal (dlm keadaan bkn keperluan pelajar) maka haram fotostat. Sbb kebiasaan student hanya akn fotostat sebahagian tajuk saja dan bkn keseluruhan buku. WA

  2. Salam ustaz, saya nak tanya dulu waktu saya study saya selalu buat nazar kalo lulus exam untuk puasa.tetapi sampai sekarang saya belum bayar. Sekarang saya nak bayar tetapi saya lupalah berapa hari saya nazar. Macam mana ek ustaz?

    1. Ambil hari2 yang diyakini sebagai hari yg kita nazar dan kita berpuasalah mengikut hari2 yg diyakini itu. Kalau terlebih atau terkurang, kita mohon ampun dengan Allah atas kelalaian kita. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme