I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sekat Pelajar Berpolitik Bercanggah Dengan Perlembagaan : Apa Kata Tun?

Salam…

Ustaz Love bukan nak buat entry politik.. tapi dah lama menyimpan perasaan ini akibat tak dibenarkan berpolitik masa belajar dulu.. kalau tak, mungkin sekarang ni Ustaz Love dah jadi YB.. kihkih.. macam kelakar, tapi tak mustahil.. member satu batch dengan Ustaz Love pun ada yg jadi YB..

Semuanya berpunca daripada Seksyen 15 (5)(a) AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) yang melarang penglibatan pelajar dalam aktiviti politik.. Ustaz Love pun tak nak ulas panjang2.. Sila la baca apa kata hakim yg memutuskan perkara itu :

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan 2-1 oleh panel tiga hakim, diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu memutuskan seksyen 15 (5) (a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Pada 28 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23 dan Azlin Shafina Mohamad Adza, 23, yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 1 Jun tahun lalu, mereka menamakan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM bagi mencabar tindakan universiti mengemukakan notis menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar seksyen berkenaan. Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu dan menamatkan pengajian masing-masing bulan lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, berpendapat Seksyen 15(5)(a) berhubung larangan itu tidak munasabah dan tidak dapat melihat bagaimana sokongan atau bangkangan pelajar ke atas mana-mana parti politik boleh memudaratkan kepentingan atau moral awam.

“Bukankah parti politik adalah entiti sah dari segi undang-undang yang menjalankan aktiviti politik yang sah. Bukankah pemimpin politik, termasuk menteri dan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri juga adalah ahli parti politik.
“Peruntukan ini tidak rasional. Kebanyakan pelajar universiti sudah mencapai usia majoriti, mereka boleh memasuki perjanjian dalam kontrak, boleh menyaman dan disaman, berkahwin, menjadi ibu bapa dan menjalankan kewajipan kekeluargaan.

“Mereka boleh mengundi jika mencapai usia 21 tahun dan boleh menjadi pengarah syarikat dan pemegang jawatan sesuatu pertubuhan. Ironinya mereka pula diberitahu, mengikut undang-undang mereka tidak boleh berkata apa-apa yang ditafsirkan sebagai menyokong atau membangkang sesebuah parti politik,” katanya.

Mohd Hishamuddin berkata, beliau juga berpendapat Seksyen 15(5)(a) menghalang perkembangan sihat minda kritikal dan pemikiran asal pelajar yang bukan saja tidak produktif, malah mengongkong kerana universiti sepatutnya menjadi institusi yang melahirkan pakar pemikir serta pembaharuan dan bukan pelajar yang dilatih seperti robot.

Datuk Linton Albert pula berkata, yang jelas, peruntukan dalam AUKU tidak masuk akal kerana empat pelajar berkenaan berdepan tindakan tata tertib, termasuk dibuang universiti hanya kerana menghadiri kempen pilihan raya kecil itu.

“Oleh kerana ia tidak munasabah, maka penghakiman saya berhubung Seksyen 15(5)(a) tidak berada di bawah ruang lingkup Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan (hal ketenteraman awam), bercanggah Perkara 10(1)(a) (kebebasan bersuara) dan tidak sah seperti termaktub dalam Perkara 4(1) perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Hop Bing yang tidak bersetuju dengan kedua-dua penghakiman itu, berkata larangan pembabitan pelajar dalam politik perlu bagi menghalang penyusupan ideologi politik, termasuk sifat ekstremis di kalangan pelajar.

Beliau turut menyarankan (bukan sebahagian dari penghakiman) bahawa Parlimen mungkin boleh menimbangkan untuk meminda Seksyen 15(5) secara khusus dan keseluruhan akta secara umumnya bagi tujuan pemansuhan dan semakan.

sumber..

p/s: Hakim2 dah berkata2.. Apa pula kata2 Tun2 (Tun M dan Tun A)? 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. ni lah masalahny, kite melaung-laungkan budaya dunia bahawa Malaysia ialah negara demokrasi tetapi dalam mase yang sama kite menidakkan demokrasi itu atas alasan mengikut acuan sendiri, kesian kat pelajar2 tu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme