I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Review Blog : Rosmawati Yusof

Salam…

Dah lama Ustaz Love tak buat blog review ni (pernah buat ke? rasanya mcm pernah.. kihkih).. Tapi kali ni, Ustaz Love memang tertarik2 hati nak cerita pasal satu blog ni.. kebetulan puan blog tu datang ziarah ke blog Ustaz Love.. Ustaz Love pun singgah balik la ke blog tu..

Mulanya ingat nak blogwalking biasa tinggal jejak je.. akhirnya Ustaz Love telah terpaku beberapa jam kat situ membaca entry2 blog beliau yang sungguh menarik hati.

Blog beliau mostly (speaking plak.. kihkih) cerita pasal kucing.. err… bukan cerita pasal kucing.. tapi kucing yang bercerita..

Ini adalah watak yang paling menarik hati Ustaz Love.. nama beliau Abang Madan.. nama penuh : Ramadhan.. kihkih

Blog ini menceritakan kisah suka duka kehidupan kucing jalanan.. puan blog ini yang lebih mesra dipanggil Kak Kim, melakonkan watak Mama kepada kucing2 ni. Dan Abang Madan adalah abang yang sulung.. ada adik2 beliau spt Nia, Merah dan yang terbaru Snow White.

Kisah kehidupan sehari2 kucing jalanan ini dirakamkan melalui gambar2 dan dialog2 yang sungguh memberi kesan pada hati.. bagaimana kisah percintaan Abang Madan dengan Kak Sally, kucing jiran sebelah yang putus akibat tak dapat restu Mama Kak Sally.. kihkih.. sedih ada, pilu ada, nak terberak pun ada.. tambah2 bila membayangkan muka Abang Madan yg penuh dengan unsur keganasan tu, bleh kecewa putus cinta.. kihkih

Walaupun kebanyakan dialog dalam entry2 blog ni adalah rekaan Kak Kim, tapi ia nampak begitu hidup dgn bantuan gambar2.. dan ada juga kisah2 yg menyayat hati.. bagaimana suka duka hidup kucing jalanan, kehidupan, kematian.. memang sungguh menginsafkan.

Apa pun, Ustaz Love sangat respek kepada Kak Kim kerana sanggup menjaga dan merawat kucing2 jalanan, juga memberi makan kepada mereka.. walaupun mereka cuma kucing kampung (bukan kucing bulu tebal mcm kucing parsi atau kucing2 mahal yg lain). Ustaz Love doakan semoga Allah murahkan rezeki dan sentiasa memberikan kehidupan yg bahagia dunia dan akhirat buat Kak Kim sekeluarga.. insyaAllah, amin..

p/s: Kalau nak tgk entry2 terbaru Kak Kim, boleh tengok kat bloglist Ustaz Love.. ataupun boleh terus ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
    1. untung ke? kalau mcm tu, Kanchana lagi untung, sbb 2 entry review pasal beliau je.. kihkih 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme