I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

PM Gi Buat Haji, RM Buat Sesuka Hati

Salam…

Ustaz Love terbaca beberapa status di wall facebook yang mengajak untuk mengadakan perhimpunan aman di semua masjid negeri seluruh negara, untuk membantah suatu aktiviti tak sihat yg sedang berlangsung dengan galaknya di ibu negara.. iaitu program Seksualiti Merdeka. Ustaz Love pun tak pasti sama ada perhimpunan esok berupa demonstrasi aman ke, ataupun solat hajat selepas Solat Jumaat.

Apa kebenda Seksualiti Merdeka ni? Ustaz Love dapatkan huraiannya daripada blog beliau (tiada link diletakkan) :

Seksualiti Merdeka, meaning Sexuality Independence, is Malaysiaโ€™s only festival celebrating the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities. It is organised by a loose coalition of NGOs, artists, activists and individuals and has been held annually since 2008. The festival programme includes forums, talks, workshops, book launches, art exhibition and performances.

Maksudnya, program ini cuba nak mengiktiraf golongan2 Lesbian, Homoseks, Gay, Pondan dan sewaktu dengannya.. Siapa penaja dan penyokongnya? :

Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women’s Aid Organisation
Women’s Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV

Ustaz Love bold kan yang familiar je..

Menuju ke arah kebebasan bersuara, human rights dsb, maka program tidak bermoral ini telah dilancarkan bermula semalam sampai la 13 November ni..

Kadang2, Ustaz Love pun kompius apa kehendak NGO’s ni.. diorg nak jadi sebuah parti politik ke? Menonjolkan diri dengan cara2 yang tak beretika mcm ni. Agak2 la nak buat pun.. Negara Malaysia ni bukan negara free-thinker.. bahkan Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim pun menganggap ianya suatu kerja gila.. sila rujuk di sini..

Tatkala PM yg kita cintai itu sedang berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji, RM (Rakyat Malaysia) pula bersukaria menganjurkan aktiviti dan program2 yg bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai2 kemasyarakatan..

Ustaz Love harap perkara ini dapat dibendung dengan cepat.. sbb ianya melibatkan orang Melayu Islam (ada nama2 Islam sebagai org yg terlibat secara langsung dgn program ni).. Bukan jauh mana pun dengan ibu pejabat Jabatan Agama.. tak sempat nak berpeluh ketiak pun, penguatkuasa boleh sampai dengan berjalan kaki.

Oleh itu, Ustaz Love menyeru supaya kita sama2 menyebar2kan bantahan ini melalui apa juga cara.. semoga ianya dapat disekat daripada dikembangkan.. Dah cukup banyak dah gejala tak sihat yg berlaku sekarang ni.. tak perlu ditambah lagi..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. Salam ya ustaz….

    Tu lah, x paham kdg2 (bkn kdg2 pon, mmg sy x paham) x paham ngan NGO ni, adakah mereka ni saja2 menggunakan NGO sbgi platform utk mereka buat sesuka hati….. Insaflah….. Negara lain x seaman Dan semakmur Malaysia……

    1. ini bukan semata2 perhimpunan, tapi program yg berlangsung lebih kurang 2 minggu.. katanya polis nak panggil penganjur dan sesiapa yg terlibat untuk diambil keterangan.. tak pasti plak sama ada program tu masih diteruskan atau telah disekat ๐Ÿ˜‰

    1. yg peliknya, polis kata dia haramkan program2 spt ni yg melanggar undang2.. tapi program ni dah berjalan (Ustaz Love baca kat blog diorg, ini tahun ke 3)..

  2. tak mustahil satu hari nanti malaysia pula yg akan menerima bencana yg lebih dahsyat dari negara2 lain.
    betol ka illuminati dh ada kat negara kita ?

    1. dah banyak dah bencana kat Malaysia ni.. walaupun tak seteruk luar negara.. bab illuminati ke, freemason ke, Ustaz Love tak berapa nak amik tahu sangat.. jadi, Ustaz Love tak dapat nak sahkan ianya ada atau tak kat negara kita ๐Ÿ˜‰

    1. ”sahaja aku puasa sunat 9 zulhijjah kerana Allah Taala” @ ”sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Taala”

  3. ta paham jugak dengan masaalah masyarakat zaman sekarang..bukan nak perbetulkan kearah kebaikan tapi camni pulak jadik nyerr…moga2 dorang semua mendapat hidayah Allah ๐Ÿ™‚

  4. Subhanallah…. apalah yang orang2 mcm ini kehendaki sebenarnya…. jgn terlalu mengejar kepuasan dunia semata2 nanti akhirat menanti dengan sengsara…. Semoga Allah memberikan kalian taufiq dan hidayah

    1. smlm dgr kat berita, Dato’ Zul Kulim kata ada dalam 40% ahli Bar Council drp kalangan Melayu Islam.. ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme