I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perutusan Hari Raya AidilAdha

Salam…

Oleh kerana PM sedang buat Haji, maka menjadi tanggungjawab Ustaz Love untuk menggantikan beliau berucap sempena Hari Raya Haji yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia.. kihkih..

Ustaz Love takde apa2 nak ucapkan pun.. kalau mengucap tu, memang patut sangat dah.. memandangkan umur pun dah semakin tua, kesihatan pun dah semakin kurang.. tapi teringin gak nak buat perutusan hari raya ni..

Sempena Hari Raya Aidil AidilAdha, atau Hari Raya Korban, atau Hari Raya Haji.. Ustaz Love ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin..

Bermula pagi ini, sebelum pergi solat raya di surau atau masjid, atau solat sunat Aidiladha di rumah sekalipun, jangan lupa mandi.. maksud Ustaz Love, mandi sunat hari raya.. niatnya sama mcm yg Ustaz Love selalu sebut.. iaitu lintasan hati nak mandi sunat hari raya AidilAdha.. kemudian pergilah solat dengan berpakaian yang terbaik. Kalau ada baju Melayu lengkap bersampin, maka pakai la.. nak pakai keris pun takde masalah.. tapi agak2 la.. kihkih

Jangan makan sarapan dulu.. gi masjid dulu.. sbb kebiasaannya, solat sunat AidilAdha akan dimulakan awal.. tak macam solat sunat Aidilfitri, yg bermula agak lambat, sbb nak tunggu orang nak bayar zakat.. Lagipun, banyak kerja nak buat selepas solat tu.. nak sembelih korban lagi, nak lapah, nak potong daging, nak timbang, nak edarkan daging korban dsb.

Gi solat sunat, dengar khutbah raya.. lepas tu balik la rumah makan sikit.. lepas tu siap2 dengan golok dan parang atau pisau.. untuk buat kerja melapah daging nanti.. jangan guna keris, sbb keris biasanya berkarat.. nanti keracunan plak daging tu..

Bagi kanak2 yang nak datang beraya, jangan raya awal2 sangat.. gi masjid dulu tengok orang sembelih lembu ke, kambing ke, unta ke.. petang2 sket baru la gi raya.. kalau raya awal2, nanti terlepas plak nak dapat daging free..

Amalan yg paling utama pada hari raya korban adalah melakukan korban.. iaitu melakukan sembelihan semata2 kerana Allah.. dan dagingnya dikongsikan kepada yang memerlukan. Tak perlu nak berebut2 daging ke, bawak lari tulang lembu ke.. jangan cemarkan ibadah dengan perbuatan dosa.

Juga wanita2, jagalah aurat semasa berada di tempat sembelihan.. tak perlu nak pakai seksi2.. lembu pun tak lalu nak tengok.. kihkh.. takut2 nanti tukang sembelih terpotong tangan plak disebabkan fokus teralih pada wanita2 yang berpakaian seksi.

Juga, selesaikan kerja sehingga ke akhirnya.. jangan tinggalkan sampah.. pastikan sisa2 daging dan tulang tak bersepah kat sekeliling masjid.. nanti akan berbau busuk.. doa la semoga petang2 nanti hujan lebat.. insyaAllah, ia akan membersihkan segala darah2 yang bersepah kat tempat sembelihan.

Dan pada kesempatan ini juga, Ustaz Love ingin mengucapkan selamat berkhutbah buat rakan2 Ustaz Love yang akan menyampaikan khutbah hari raya. Biasanya khutbah raya ni panjang2, lagi panjang daripada khutbah Jumaat.

Dan akhir sekali, Ustaz Love sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin.. Semoga Hari Raya ini akan memberikan suntikan semangat buat kita untuk menambahkan pengorbanan diri, masa dan harta kita untuk agama.

Semoga Allah terus memilih kita untuk berada di atas jalanNya yang lurus.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. kenapa tulang2 dging korban@aqiqah perlu di tanam,katanya utk mengelakkan drpd dimakan oleh binatang,boleh UL terangkan…..

    1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba buatkan entry.. mungkin tahun depan siap kot.. kihkih πŸ˜€

        1. InsyaAllah.. semoga Ustaz Love dan kakjem dipanjangkan umur dgn ibadah.. boleh la kakjem baca entry jawapan Ustaz Love πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme