I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pengorbanan Itu Milik Siapa?

Salam…

Oleh kerana kita masih lagi berada dalam suasana ibadah korban, maka Ustaz Love nak teruskan entry pasal korban dan pengorbanan. Entry2 lain, Ustaz Love dah tak berani nak janji.. takut tak dapat menepatinya. Tapi jangan risau, masih lagi berada dalam jadual.

Orang yang berkorban ini dipandang sebagai seorang yg mulia.. kalau mereka berkorban binatang ternakan, maka kemuliaannya bila daging itu dapat dikongsi bersama dengan yang memerlukan. Kalau mereka berkorban harta dengan mensedekahkan sebahagian harta untuk yg memerlukan, ia juga satu tindakan dan amalan yg sangat mulia.. apatah lagi jika seseorang itu sanggup mengorbankan nyawa demi memberikan keamanan kepada orang lain, ini juga satu kemuliaan..

Bahkan orang2 yang syahid ini (mengorbankan nyawa untuk agama) apabila matinya, seolah2 mereka itu hidup.. iaitu hidup dalam ingatan orang2 yg masih hidup.. walaupun kita tak pernah sezaman atau bertemu dengan Sumayyah binti Khoyyath, Jaafar bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Muttalib dll, tetapi nama2 mereka ini masih harum subur dalam ingatan umat Islam hingga ke Hari Kiamat.

Namun, di antara mereka2 yang melakukan pengorbanan ini, siapakah yg boleh mendakwa bahawa pengorbanan mereka itu lebih diterima oleh Allah? Siapakah yg boleh mendakwa pengorbanan mereka itu lebih tinggi.. atau memperlekehkan pengorbanan orang lain?

Tiada siapa sebenarnya yg boleh mendabik dada yg mereka melakukan pengorbanan yg besar untuk agama.. juga tiada siapa yg boleh memperlekehkan pengorbanan orang lain.. tak kira la pengorbanan yg kita lakukan itu mirip dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah, ataupun pengorbanan orang lain itu tidak menepati petunjuk sunnah.

Sebab di akhirnya nanti, yg akan menentukan sama ada pengorbanan kita itu diterima, atau ditolak, adalah Allah s.w.t. juga. Ada sebuah hadis tentang 3 golongan iaitu syuhada’, alim lagi qari’ (pembaca al-Quran) dan dermawan yang ditolak amalan mereka, kerana mereka riak. Malaikat cuma mencatat semua amalan yg kita lakukan, sama ada ikhlas ke, tak ikhlas ke.. hanya Allah yg akan menentukan sama ada ianya diterima atau ditolak.

Jangan ditipu oleh syaitan dalam perkara ibadah.. kerana syaitan akan selalu membisikkan bahawa kitalah yang lebih banyak berkorban, dan pengorbanan kitalah yg akan diterima Allah (sama kaedahnya ketika Qabil dan Habil mempersembahkan korban mereka kepada Allah).. sedangkan hakikatnya, kita sendiri pun tak tahu. Kita cuma mampu melakukan usaha, sedangkan natijahnya, hanya Allah yang akan memberikan keputusannya.

Jika kita memahami hakikat ini, nescaya kita tidak akan berbalah dalam menentukan manhaj (metodologi) siapa yang betul.. asalkan ia tidak melanggar batasan syarak, maka kita akan berlapang dada.. dan bukannya berbangga dengan ‘kebetulan’ kita dan mengkondem ‘kesalahan’ orang.. takut2 nanti rupanya kita syok sendiri.

Walaupun keretapi yg kita naiki menuju ke arah yg sama dengan penumpang2 lain nak tuju, tapi kita kena tahu.. bukan semuanya akan sampai ke tempat yg diinginkan.. mungkin ada yg berhenti di tengah jalan.. dan bukan kita dan penumpang2 keretapi itu saja yg boleh sampai ke tempat yg dituju, yg menaiki kereta pun boleh sampai.. yg naik helikopter pun boleh sampai.. yg naik bas pun boleh sampai..

Matlamat yg satu.. manhajnya beribu.. maka, saling bantu membantu itu lebih perlu.. bukan saling cemburu 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme