Salam…
Ustaz Love ada terdengar isu ni beberapa minggu yang lalu.. tapi tak berapa nak ambil port.. Sampai la Ustaz Love ada terbaca di Facebook surat jawapan JAKIM kepada Tesco berkenaan isu DNA babi dalam sos. Jadi, sebelum Ustaz Love publish kat entry, Ustaz Love kena sahkan dulu daripada pihak Hab Halal JAKIM, sama ada surat tu memang yg asli ataupun kurang keasliannya.
Dan Ustaz Love diberitahu melalui telefon (oleh pegawai JAKIM) bahawa memang surat itu surat yg asli.. dan pihak JAKIM mengesahkan bahawa HP Sauce dan Tabasco Sauce adalah haram dimakan, kerana mengandungi DNA Babi.
Di bawah ini adalah surat pengesahan pihak JAKIM yang Ustaz Love petik dari sini :
Maka, bagi para penggemar Tabasco serta HP Sauce, maka bolehlah berhenti makan sos tu.. beralih la pada sos Aminah ke, Sos Ezany ke.. insyaAllah halal π
WA

alamak…
patut laa hati saya mendung je ustaz. saya ni penggemar tabasco. (alasan kaannn…kihkih)
nampaknya saya kena bertukar ke sos ala2 tabasco jenama arab la ni. RANA nama dia.
RANA tak pasti plak sama rasa mcm Tabasco ke tak.. tapi botolnya lebih kurang sama π
tq for sharing. me memang tak mkn sos2 tu..me mkn sos brand maggi π
sos ni biasanya orang makan dengan spaghetti.. cuba cek sos2 yg ada kat fast food.. ada yg guna tabasco ni la π
Sos dan kicap cap Mudim tetap dihati.. π
1st time dengar.. biasanya yg glemer tu Tok Mudim.. kihkih π
Alhamdulillah nasib baik kakjem mmg x gunakan benda alah ni,bukan apa hati ni was2…..
kicap pun hanya gunakan adabi @ kipas udang @ hpa punya…..
kicap kipas udang pun baru je diambil alih kembali oleh orang Melayu Islam.. gunakan je yg ada logo halal JAKIM.. insyaAllah selamat π
nsb baek xpenah mkn sos tuh..
kalau pernah makan pun nasib baik gak π
salam, Aminah HAssan dah tutup kilang lah! hu hu…kami sekeluarga mmg penggemar Aminah HAssan, now lechlah sikit! tgh cari yg totally Malay bumiputera punya!!
salam..
boleh cuba sos Ezany (yg pelakon tu)..
kicap Tamin tetap dihati, sbb pakcik saya kerja kat situ & mmg syarikat bumiputera, dari saya sekolah sampai dah veteren nih!
sama la kita.. tapi sekarang ni rasanya ada dua jenis kicap tamin,, satu yg pelekat warna merah (yg lama) dan satu yg pelekat warna coklat cair.. yg warna merah tu rasanya masih asli, yg warna coklat tu kicapnya cair dan masin sangat.. katanya daripada syarikat anak2 Haji Tamin juga.. WA π