I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ibadah Korban Adalah Pengorbanan

Salam…

Hari ini adalah Hari Raya.. juga hari yang disunatkan untuk melakukan korban.. kalau kita buat semalam, itu tak nama korban.. itu namanya sembelihan biasa.. begitu juga kalau kita sembelih ayam atau arnab pada hari ini, ia tidak dinamakan korban.. kerana arnab dan ayam tidak termasuk dalam kelompok binatang yang boleh dilakukan korban.

Korban hanya boleh dilakukan kepada binatang peliharaan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing. Bagi binatang2 yang besar seperti unta dan lembu, maka boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.. maknanya 7 orang berkongsi untuk melakukan korban seekor unta atau lembu. Bagi kambing pula, hanya ada satu bahagian, iaitu seekor kambing untuk seorang manusia.

Ada juga yang nak buat korban, ada juga yang nak buat aqiqah.. menurut jumhur (kebanyakan) ulamak, korban dan aqiqah tidak boleh dicampur (seekor lembu dibahagikan kepada korban dan aqiqah).. tetapi menurut mazhab Syafie, harus mencampurkan aqiqah dan korban pada seekor lembu. Sebaiknya, asing2kan.. ia lebih memudahkan pengurusan dan dapat keluar drp khilaf.

Satu bahagian korban, adalah cukup untuk mewakili satu keluarga.. tak perlu la nak buat korban semua sekali ahli keluarga.. kalau keluarga tu ada 18 ahli, setiap orang nak buat korban, buat plak korban kambing.. kena ada 18 ekor kambing.. yg buat korban tu plak jenis takut tengok darah.. tukang sembelih plak dah mabuk darah sbb dah sembelih berpuluh2 ekor lembu kat masjid dan surau..

Maka, adalah lebih baik join je program korban kat masjid dan surau.. kita cuma sunat untuk tengok sembelihan je.. tak perlu susah2 nak sembelih sendiri, nak lapah sendiri, nak timbang daging sendiri dsb. Kalau kariah tu kecik (ahli dalam kampung tu tak ramai), maka tak perlu la nak buat korban banyak2 (setiap org dalam 1 keluarga tempah bahagian masing2), 1 bahagian lembu tu cukup untuk mewakili semua ahli keluarga.. Ia berbeza dengan aqiqah, yg dilakukan untuk setiap anak yg lahir.

Carilah program2 korban luar negara ke (bagi yg nak korban banyak) spt program korban di Kemboja, Palestin, negara2 Islam yg miskin dsb. Itu lebih baik daripada dok pulun buat korban yg ekor binatang sembelihan itu lebih banyak daripada kepala penduduk kampung (binatang korban 100 ekor, penduduk kampung ada 50 orang.. tak kembung perut nak makan daging banyak2? kihkih).

Masih belum terlambat rasanya nak daftar program2 korban luar negara (boleh rujuk kat website2 berkenaan.. Ustaz Love bukan ejen korban).. sbb waktu untuk melakukan korban ada 4 hari.. iaitu hari ni (Hari Raya Korban) dan 3 hari selepasnya yg dinamakan hari tasyriq (hari yg diharamkan untuk berpuasa sunat).

Jika kita mendapat daging terlebih (sbb buat kerja sembelihan kat banyak masjid dan surau), maka daging itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan.. kita bukannya boleh makan daging banyak2 pun.. tambah2 kalau yg ada darah tinggi.. tau la hari raya korban, lauk pun semua lauk korban.. daging masak kicap, sayur kacang berdaging, dalca daging, kari daging, kurma daging, daging bakar, daging masak lemak bersama ayam dsb.. berak pun keluar daging (dah tak keluar tahi dah.. kihkih).

Tapi, jangan plak jual daging korban tu.. haram hukumnya (perhatian buat AJK Masjid dan surau yg terlebih pandai kononnya nak jual kulit binatang dan tulang serta benda2 lain yg tak dibahagikan kepada ahli kariah, sbb nak tambah dana masjid). Jual beli daging korban atau apa2 juga yg melibatkan binatang korban (jual bulu ke, kulit ke dsb), maka jual beli itu tak sah dan haram hukumnya.

Apa pun, konsep korban ini perlu dihayati dengan lebih mendalam.. bukan sekadar sembelihan dan darah serta daging semata2.. apa yg lebih penting, adalah semangat pengorbanan itu sendiri.. Kalau kita terdengar ada orang tak dapat daging korban, tak payah la nak adukan ke sana sini, siap pakej mengumpat kononnya org tu ambil daging lebih, AJK ni kedekut dsb.. kita bagi la bahagian yg kita dapat kepada mereka yg lebih memerlukan.. Inilah antara semangat pengorbanan yg boleh kita pupuk dari awal.

Kalau daging korban yg kita dapat pun tak mampu kita nak ‘korbankan’ untuk diberikan kepada yg lebih memerlukan, macam mana kita nak sampai ke tahap pengorbanan yg tertinggi, iaitu jihad mengorbankan diri dan nyawa sendiri? Jadi, mulakan dengan yg rendah, sambil berusaha mencapai tahap tertinggi.. bukan sekadar melaungkan slogan jihad, tapi dalam hati penuh ‘jahat’.. πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. kenyang daging.. alhamdulillah.. syukur pada Allah yg memberi kemakmuran hidup kepada kita.. nak dibandingkan dengan rakyat Kemboja yg cuma makan daging sekali setahun πŸ˜‰

  1. assalamualaikum….
    ustaz love tolong jwb soklan ni…
    dging korban tk bleh diberi pd org kafir kan??
    abis tu ape hukum klau bg kt org miskin kt luar negara tuh…??

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme