I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Falsafah Hijrah

Salam…

Alhamdulillah, kita sama2 telah berada pada tahun yang baru, iaitu Tahun Baru Hijrah 1433. Rasanya belum terlambat lagi untuk Ustaz Love mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua pengunjung blog Ustaz Love ini.. Walaupun tiada sambutan bunga api, mahupun konsert2 yg meraikan kedatangan tahun baru ini, ia tetap diingati oleh seluruh masyarakat Islam. Sejarahnya akan terus diulang2, agar dapat menjadi panduan kepada masyarakat Islam khususnya, dan manusia keseluruhannya.

Ustaz Love takde la nak buat entry berat2 sangat.. cuma rasanya dah lama Ustaz Love tak menulis entry berkaitan falsafah ni (ataupun lebih tepat, falsampah.. sbb Ustaz Love bukan ahli dalam falsafah ni..). Cuma, pada kesempatan ini, Ustaz Love nak ajak para pembaca dan pengunjung blog Ustaz Love ini untuk sama2 kita menyorot kembali, iktibar di sebalik peristiwa hijrah yang telah berlaku lebih 1400 tahun nan lalu..

Waktu2 macam ni, kalau ada ceramah ke, kuliah agama ke, maka ia tak dapat lari daripada menceritakan tentang Hijrah teragung yang pernah berlaku dalam kehidupan dunia ini.. yang mana dengan hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat, maka ia membuka satu lembaran baru dalam ketamadunan manusia, yg dulunya dikenali dengan jahiliyyah, tetapi diangkat menjadi manusia yang terbaik yang pernah hidup atas dunia ini.. iaitu para sahabat r.anhum.

Cerita susah payah hijrah ini, rasanya tak perlu Ustaz Love ulaskan kat sini.. sbb Ustaz Love nak fokuskan tentang iktibar dan falsafah, bukannya sirah (sejarah). Boleh merujuk kitab2 atau blog2 agama yg menceritakan tentang peristiwa hijrah ini. Entah berapa kali sebut pasal falsafah, tapi falsafahnya di mana? Sabar la dulu.. intro pun tak habis lagi.. kihkih..

Sebenarnya, falsafah hijrah ini lebih besar daripada peristiwa Hijrah itu sendiri. Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat itu telah termaktub dalam hadis dan kitab2 sejarah, dan ianya takkan berulang lagi.. itu sajalah satu2nya hijrah yg tidak akan berulang sampai kiamat.. sbb Nabi s.a.w. dah takde.. Jadi, kita cuma mampu untuk mengulang membaca dan mendengar kisah2 hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda..

Namun, apa yg lebih penting adalah sejauh mana kita dapat memahami falsafah di sebalik hijrah itu sendiri…

1. Amal itu dikira berdasarkan niat..

Ramai orang yang biasa mendengar hadis ini.. ramai juga yg biasa menggunakan hadis ini sebagai dalil dalam membenarkan amalan mereka.. tetapi tak ramai yg membaca hadis ini sampai habis.. sebab itu ramai yg tersalah guna atau memahami maksud hadis dengan fahaman yg salah.

Hadis ini diriwayatkan dalam kebanyakan kitab2 hadis yg utama dan diletakkan di permulaan kitab.. seperti dalam kitab Matan Arba’in An-Nawawiah (Hadis 40 an-Nawawi).. sambungan daripada hadis itu adalah “Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka baginya hijrah kerana Allah dan RasulNya.. dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrah itu adalah atas apa yg beliau berhijrah kepadanya (niat hijrahnya)”..

Ia berkaitan dengan seorang pemuda yg mengikuti hijrah para Sahabat ke Madinah kerana untuk mengahwini seorang wanita.. maka dia mendapat wanita itu, tetapi tidaklah beliau mendapat maksud hijrah yg sebenarnya (iaitu hijrah kerana Allah dan RasulNya)..

Selain pentingnya niat, penting juga untuk memastikan amalan itu bertepatan dengan niat.. jika melakukan sesuatu amalan dengan niat Allah, maka amalan itu hendaklah sesuatu amalan yg dibenarkan syarak.. tidaklah wajar seorang yg membuka aurat, tetapi berkata hatinya itu baik kerana niatnya hanya Allah yang tahu.. sedangkan amalan membuka aurat itu sendiri adalah amalan yg bertentangan dengan syarak.. begitu juga seorang yang memakai serban jubah, tapi berniat supaya dipandang mulia oleh manusia, maka amalannya yg baik itu juga tidak akan diterima.. kerana niatnya bukanlah semata2 kerana Allah.

Jadi, falsafah hijrah yg terkandung di dalam point ini, niat dan amalan hendaklah selari.. iaitu niat semata2 kerana Allah, dan amalan yg dilakukan juga adalah amalan yg diredhai Allah.

2. Hijrah itu membawa perubahan.. perubahan juga memerlukan hijrah

Selain daripada Hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat ke Madinah, umat Islam hanya mampu untuk berhijrah dari sudut yg lain. Umpamanya hijrah hati, iaitu berusaha untuk membaiki hati dan membuang segala sifat2 buruk dalam hati.. juga perubahan zahir, spt daripada tak bertudung, kepada bertudung.. daripada bertudung bawal, kepada bertudung labuh dan seterusnya.. iaitu perubahan2 yang membawa kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya.. konsep hijrah adalah berusaha mencari / beramal dengan lebih baik daripada sebelumnya.. kalau sebelum ni elok2 dah bertudung labuh, tiba2 berubah memakai tudung pendek, maka itu bukanlah dinamakan hijrah..

Seperti juga sesetengah daripada kita yang berhijrah ke tempat2 lain, demi mencari kerja yang lebih baik contohnya.. hijrah tempat ini juga merupakan sebahagian daripada konsep hijrah.. spt mana yang dijelaskan dalam sebuah hadis sahih berkenaan seorang lelaki Bani Israel yang telah membunuh 100 orang dan disuruh oleh seorang alim untuk berhijrah dari tempat tinggal asalnya.. berhijrah tempat ini bukan suatu kewajipan dalam merubah diri menjadi lebih baik, sebaliknya ia lebih memudahkan hati dan perasaan.

Jika masih tinggal di tempat yg lama, ada kemungkinan mereka2 yg mengenali kita sebelum kita bertaubat, akan terus2an mengungkit kisah silam kita, sehinggakan hati kita menjadi lemah untuk berubah menjadi lebih baik.. berbanding di tempat baru, ia lebih membantu usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik.

3. Hijrah itu memerlukan pengorbanan.

Nabi s.a.w. dan para sahabat berhijrah ke Madinah, tanpa membawa apa2 harta.. segala kemewahan dunia, mereka tinggalkan di belakang (Mekah) dalam keadaan mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana nasib mereka nanti di Madinah.. namun, mereka yakin dengan janji Allah dan sabdaan Nabi s.a.w.. inilah keyakinan para sahabat yang tidak mampu digugat, kerana mereka berkorban diri dan harta mereka kerana Allah.

Dalam kita melakukan hijrah untuk menjadi lebih baik, ada perkara yg perlu kita korbankan.. seorang wanita yang baru belajar2 untuk memakai tudung, akan terpaksa korbankan kehendak dirinya untuk memperagakan kecantikan rambutnya, semata2 kerana ingin belajar2 mentaati perintah Allah..

Seorang pelakon yang berhijrah untuk memakai pakaian menutup aurat, terpaksa mengorbankan banyak job yang memerlukan dirinya membuka aurat, semata2 kerana tidak ingin kembali ke zaman silamnya..

Seorang pengurus syarikat perjudian, terpaksa mengorbankan kerjayanya dan pendapatannya yang lumayan, semata2 kerana ingin berubah dan mencari pekerjaan yang halal, walaupun gajinya kurang dan berpangkat rendah.

Ini semua antara bentuk2 pengorbanan yang perlu dilakukan.. sama seperti pengorbanan Nabi s.a.w. dan Abu Bakr yang melakukan perjalanan yg jauh, dalam keadaan penuh bahaya, penuh ujian dsb.. namun, atas keyakinan bahawa Allah s.w.t. bersama2 mereka, maka Nabi s.a.w. dan Abu Bakr r.anhu meneruskan hijrah dengan penuh keyakinan.

4. Apabila ada golongan Muhajirin, maka wujudlah golongan Ansar

Apabila Nabi s.a.w. dan para sahabat telah sampai ke Madinah, mereka telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar.. golongan Ansar inilah saudara dan sahabat sejati golongan Muhajirin (orang2 yg berhijrah).. mereka menerima saudara Muhajirin dengan hati yang terbuka, sehinggakan sanggup memberikan sebahagian harta, malah sanggup untuk menceraikan isteri2 mereka untuk dijadikan isteri kepada sahabat Muhajirin.. begitulah pengorbanan golongan Ansar yang tidak kurang hebatnya.

Dengan penerimaan hebat daripada sahabat Ansar, para sahabat Muhajirin tidak merasai kehilangan ahli keluarga (yg masih di Mekah) dan tidak risaukan tentang harta dan haiwan ternakan yg mereka tinggalkan di Mekah..

Apabila ada hijrah dan nusrah (bantuan orang tempatan), maka Allah s.w.t. akan memberikan banyak keberkatan dalam negeri tersebut.

Seorang yang berhijrah dari kampung ke bandar untuk bekerja, dan disambut dengan baik oleh jiran barunya, akan memudahkan urusannya dan menenangkan perasaannya.. selain mempunyai seseorang untuk berkongsi pandangan dan dapat mengubati kerinduan pada kampung halaman.. Seorang yang berhijrah kerana ingin memperbaiki dirinya, dan mendapat sokongan daripada sahabat baru di tempat beliau berhijrah, akan menjadikan beliau lebih kuat dalam azamnya.. insyaAllah, dengan sokongan itu, beliau akan dapat berusaha memperbaiki diri tanpa perlu memikirkan tentang pandangan buruk masyarakat terhadap kisah silamnya..

4. Hijrah memerlukan istiqamah..

Apabila para sahabat berhijrah ke Madinah, mereka tidak teragak2 dan tidak terfikir2 untuk kembali ke Mekah, sehinggalah berlakunya perjanjian Hudaibiyah dan seterusnya Fath Mekah.. mereka berusaha memperbaiki iman dan amal mereka di Madinah, dan berusaha menyebarkan dakwah sehingga Islam berkembang melalui gerakan dakwah dan jihad yang berpusat di Madinah.

Bila seseorang itu telah berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, atau daripada kebaikan kepada yang lebih baik, maka istiqamah itu penting supaya iman dan amalnya tidak menjunam turun. Umpama kita menendang bola menaiki bukit, bola itu kena sentiasa bergerak ke atas, sekalipun pergerakannya itu perlahan.. sehinggalah sampai kepada matlamat kita iaitu akhirat.. dan tidak boleh berhenti di pertengahan jalan.. kerana percayalah, apabila bola itu berhenti bergolek, maka ia akan mengundur dan menjunam lebih laju daripada semasa ia naik mendaki bukit.

Apabila kita telah berazam dan melakukan hijrah terhadap amalan kita, maka istiqamahlah dalam azam dan amalan tersebut.. jangan biarkan ia terhenti, sehingga akhirnya azam itu akan hilang, dan kualiti amalan kita akan semakin menjunam.

5. Hijrahlah dengan ilmu.

Apabila kita nak melakukan hijrah (terutama hijrah diri dan peribadi), maka dalamilah ilmu yang berkaitan.. jika nak berhijrah daripada tak menutup aurat kepada nak menutup aurat, maka belajarlah ilmu berkaitan aurat.. jangan main ikut2 orang.. nampak orang pakai macam tu, kita pun nak tiru dan pakai mcm beliau.. tanpa mengetahui sama ada cara pemakaian beliau itu betul2 mengikut garis panduan syarak atau tidak.

Sama juga keadaannya jika nak berhijrah  ke tempat baru.. kena dalami dulu ilmu yang berkaitan (spt jalan yang patut diikuti) sama ada berpandukan peta, GPS, tengok signboard, tanya orang dsb.. jangan buat2 pandai sendiri.. ikut je kereta di depan (kononnya plat W (Kuala Lumpur), dah tentu keretanya nak menuju ke Kuala Lumpur).. sedangkan mungkin beliau nak menuju ke Pantai Timur.. akhirnya, kita tersesat jalan sebab mengikut orang tanpa ilmu.

Cukuplah dulu 5 point ni.. Mana2 yang betul, jadikanlah panduan.. mana2 yang tak betul itu, sila la betulkan.. Semoga Allah memudahkan urusan kita dan memberikan natijah terbaik dalam melakukan hijrah diri dan peribadi.. atau apa2 juga jenis hijrah yg kita berazam untuk melakukannya.. insyaAllah, amin..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Add a Comment
  1. Syukran Ustaz. Sama2 la kita perbaiki segala kesalahan & sentiasa menambahkan ilmu allah didada, insyaallah. Salam Maal Hijrah 1433H Ustaz 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme