I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Dunia Maya Dan Dunia Nyata

Salam…

Sebenarnya, Ustaz Love nak buat entry ni daripada semalam lagi.. tapi disebabkan blog Ustaz Love down untuk kesekian kalinya (kali ni paling lama.. dekat 3 jam), maka Ustaz Love telah tiada mood nak menulis, walaupun blog dah kembali pulih. Itu antara cabaran seorang blogger.. time mood ada, idea tak mari.. time idea mencurah2, mood plak takde.. time idea mencurah dan mood tgh ghairah (lain mcm je bunyinya.. kihkih) nak menulis, blog plak tak bleh nak bukak (masalah hosting ke, broadband ke dsb)..

Ustaz Love dah lama nak ulas isu ni.. tapi asyik tertangguh je.. bila dah bertangguh, selalu terlupa.. bila dah terlupa, mesti la tak ingat, ye tak? Tapi alhamdulillah, belum sampai ke tahap nyanyuk lagi..

Dunia maya ini bukanlah bermaksud dunia Maya Karin, atau Maya Matahari, mahupun Luna Maya.. jauh sekali berkait dengan kalendar kaum Maya.. ia merujuk kepada dunia internet (secara lebih khusus).. tak kira la sama ada blog, facebook, twitter, BBM (Blackberry Messenger), chatting dsb.. kira satu kategori iaitu dunia maya..

Dunia nyata pula adalah dunia yg kita hidup sekarang ni.. kita bercakap dengan suara, melihat dengan mata, menyentuh dengan tangan, menyepak dengan kaki, kentut dengan punggung dsb.. Kita berborak dengan jiran sebelah rumah, ia itulah dikatakan perbualan dunia nyata.. tiada istilah2 LOL, kihkih, =.=”, dan apa2 juga ikon yg mewakili perasaan.. mimik muka kita itulah yg menggambarkan perasaan kita..

Kalau dalam dunia maya, kita boleh gelak kihkih, kahkah, hahaha, warghkahkah dsb.. dalam keadaan muka kita serius je menaip perkataan2 yg mewakili ikon gelak itu.. tapi dalam dunia nyata, kita tak menulis perasaan kita.. kita bercakap.. kalau marah, ada nada kemarahan itu.. kalau gelak, ada suara kegelakan itu..

Tiadalah niat di hati Ustaz Love untuk memanjangkan syarahan pada maksud maya dan nyata itu.. sebab semua orang boleh memahaminya dengan baik.. Ustaz Love cuma nak fokuskan tentang sebab dan akibat (cause and effect) yang kadang2 kita tak menyedarinya bila berada di alam maya, juga bila berada di alam nyata.

Ada yang menyangka, alam maya dengan alam nyata ini tiada perkaitan.. jadi, mereka melakukan sesuka hati bila berada di alam maya.. jadi anonymous, masuk blog sana, kutuk2 maki2.. masuk kat facebook sini, sebarkan fitnah, mengumpat, buka aib.. kemudian gunakan nickname lain untuk menyokong fitnah tersebut.. hakikatnya, di alam nyata, beliau sedang bergembira sambil makan biskut cicah teh o dan bergelak ketawa melihat kebengangan orang yang difitnah itu..

Ada juga yang berkata, di alam nyata, beliau lain daripada alam maya ni.. kat alam maya ni, nampak je macam beliau berakhlak buruk, hakikatnya, di alam nyata, beliau adalah seorang muslimah yang solehah yang berjalan menundukkan pandangan, dan makan bersimpuh penuh keayuan..

Hakikatnya, tak kira la kita berada di alam mana sekalipun, sama ada berada di alam maya, mahupun alam nyata, setiap apa yg kita lakukan, pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.. Jangan kita menyangka dengan menjadi anonymous, menggunakan nickname yang tak dikenali, atau menyamar sebagai orang lain, maka tiada siapa yang mengetahui identiti kita.. jangan berfikiran singkat.. walaupun sehelai daun yang jatuh di dalam hutan rimba yang tebal dan gelap, atau sebutir pasir yang bergerak di dasar lautan, semuanya dengan pengetahuan Allah s.w.t.

Kerana tidaklah alam maya itu serupa dengan alam mimpi.. kalau dalam mimpi, kita merogol orang pun, takde kena apa2.. dosa pun tak.. sbb mimpi, bukan kita yg mengawalnya.. berbanding alam maya ini, kita masih punya mata yang melihat, punya akal yg berfikir, punya jari yang menaip.. maka, itulah yg akan dipertanggungjawabkan nanti..

Berapa ramai pasangan yang bercerai berai disebabkan fitnah alam maya.. dan berapa ramai sahabat yang terputus hubungan akibat bergaduh di alam maya.. dan betapa banyaknya aib yang dibawa masuk dari alam nyata ke alam maya.. semuanya itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti..

Maka, sama2 la kita menilai kembali bagaimana situasi kita di alam maya ini.. sama ada kita menjadi orang yang sukakan kebaikan dan kebenaran serta menyebarkan kebaikan itu untuk manfaat orang lain, ataupun kita jenis yg sukakan permusuhan dan suka menyebar2kan berita yg boleh menyebabkan permusuhan kepada orang lain..

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (al-Maidah : 2)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. Salam… Ustaz lama rasanya tak masuk blog ustaz ni…. satu ulasan yang sgt2 bernas…. sama2 lah kita mempraktikkan nasihat yg ustaz berikan supaya tiada nya fitnah di alam maya…ini…terima kasih ustaz di atas entry ini…

  2. entry yg sgt mendalam mesejnya…
    bagi diri me sendiri…apa yg me tulis kat blog dan FB adalah sama mcm me kat alam nyata..tak reti nak pura2 or split personality πŸ˜‰
    hidup kat alam fana ni pun singkat ajer…sedar2 dh abis pun hidup kat dunia…bagi me, tak de pekdah and tak de maknanya nak jd anon or sebar fitnah/kutuk2 org…WA
    telebih panjang plak komen ni heheh

    1. alhamdulillah.. terima kasih mama kerana sudi komen.. panjang2 pun takpe, yg penting boleh berkongsi pandangan πŸ˜‰

  3. bgaiman plak orng yang di alam nyata,dia seorng yg pendiam,lebih byak mendgr dr berckp..lebih suka tersnyum dr merapu x tentu hala.. tp bila di alam maya,bukan berubah jd truk tp dia lebih selesa nak berbual,mmbri hujah dn pndapt yng bernas pd satu situasi?pdhal bila brsma kwn di alam nyata, dia lbih suka mnjdi pndgr yang baik ,brsma kwn di alam maya dia lebih byk mmbri pndpat..?erhmm..pening lak tulis ni..

    1. itu lumrah alam maya ni.. kadang2 di dalam nyata, kita seorang yg pemalu dan susah nak berkomunikasi, tapi di alam nyata, kitalah jaguh dalam perbahasan.. mungkin sbb tak nampak muka kot πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme