I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : [Video] Pemimpin Al-Arqam Dipaksa Mengaku Sesat?

Salam…

Ustaz Love nasihatkan terutama bagi pentaksub2 Ummu Jah, agar dapat membaca entry2 terbaru berkaitan klip video beliau.. Sekiranya betul ingin mencari kebenaran. Jangan malas nak klik video tersebut dan tengok sendiri isi percakapan Ummu Jah.. jangan kata Ustaz Love mereka2 cerita plak.

Tanggungjawab Ustaz Love di sini hanyalah menyampaikan.. bukan Ustaz Love yg beri hidayah.. jadi, mintalah petunjuk dan hidayah daripada Allah.. agar terbuka hati untuk bertaubat daripada akidah dan amalan sesat al-Arqam ini..

Video di bawah ini adalah sambungan daripada video sebelumnya.. boleh rujuk di sini :

 

Dalam klip ini, Ummu Jah masih lagi dengan kekeliruan beliau dengan dakwaan bahawa mereka dipaksa mengaku sesat.. Adakah sesat atau tidak akidah seseorang itu dibuktikan dengan pengakuan? Mengaku tak sesat, maka dikira tak sesat, sedangkan pegangan akidah dan amalannya banyak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yg sebenar? Kalau macam tu, Ayah Pin boleh la keluar daripada persembunyian beliau.. isytihar je beliau tak sesat.. maka, Jabatan Agama pun tak boleh buat apa2 tangkapan terhadap beliau.. Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan pun kena tarik balik kenyataan mereka yg menyatakan bahawa ajaran Ayah Pin adalah ajaran sesat..

Mereka ditangkap dan dimasukkan ke ISA disebabkan Majlis Fatwa yang mengeluarkan kenyataan bahawa akidah dan amalan jemaah al-Arqam menyeleweng dan sesat.. Boleh rujuk di sini.. bermakna, 5 bulan selepas itu baru dilakukan tangkapan.. itupun setelah berjaya mengekstradisi Abuya yang melarikan diri ke sana sini sehinggalah terkantoi di Thailand.. kenapa dalam 5 bulan sebelum penangkapan itu, pemimpin2 al-Arqam tidak berdialog dengan pihak Mufti? Sebaliknya memilih untuk berkeras?

Tak lain tak bukan, mereka terlalu yakin dengan jadual (bukan jadual waktu ni.. tapi ramalan2 Abuya) tentang saatnya yang semakin hampir Abuya akan menjadi pemimpin.. kononnya Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan PM kepada Abuya, dan Malaysia akan menjadi Madinah Kedua.. best kan angan2 mereka?

Sebab itu mereka tak kisah pun tentang dialog ke, akidah yg sahih ke, membetulkan penyelewengan yg berlaku ke.. sbb fokus dah dilarikan kepada kepulangan Abuya yg akan menjadi pemimpin Madinah Kedua..

Bila dah kena tangkap, baru la terasa nak terkejut dan terkentut.. sebab tak sangka, Abuya yg didakwa bulu romanya pun tak mampu disentuh oleh musuh, tiba2 kena tangkap.. siap kena botakkan kepala.. habis segala pangkat2 wali yg digembar-gemburkan terhadap Abuya.. jemaah jadi kelam-kabut.. Maka dari sini la timbul idea, konspirasi penangkapan Abuya tu adalah disebabkan tekanan politik.. dan bukanlah sebab al-Arqam itu sendiri yg sesat..

Kelicikan mereka ini menyebabkan pihak yg benar (para Mufti) pulak yg kena tempiasnya.. dianggap sebagai ulamak pak turut kerajaan.. sehingga mengeluarkan fatwa mengikut kehendak kerajaan.. Inilah permainan busuk mereka yg masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini..

Bila akidah mereka tak dapat dibetulkan, maka mereka menyalahkan pula kerajaan.. kononnya kursus pemulihan akidah itu berat sebelah, penuh tekanan dsb.. Sedangkan kursus pemulihan itu cuma beberapa hari / minggu.. mana mungkin boleh mengubah pegangan mereka yg dah berpuluh2 tahun diamalkan.. Nak tak nak, diri mereka sendiri la yang kena cari kebenaran.. pergi belajar dan mendalami ilmu agama.. bukannya menerima bulat2 apa yg dikatakan oleh Ummu Jah..

Dalam klip2 video ini, sepanjang hampir sejam Ummu Jah berkata2, takde pun keluar dalil yg menyokong hujjah beliau.. semata2 menggunakan akal yg berpandu emosi.. tak percaya? Tunggu la klip video yang akan datang..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. islam&pejuang islam berbaza..kerajaan islam tapi adakah ia perjuangkan islam?
    karoke,judi,kilang arak d beri lesen…
    ok siapa abuya..sekadar islam,pelampau agama sesat atau pejuang agama islam?

      1. Dikatakn kesesatan sebenarnya tidak sesat. Cuba lihat di link ini http://puterabanitamim.blogspot.com/2007/09/lampiran-1.html.

        Taksub itu penting atau boleh disama ertikan sebagai kepercayaan, yakin serta mengamalkannya. Adapun case seperti ini (abuya) memperjuangkan islam dari segi rohaniah (ibadah wajib : menjaga solat diawal waktu dan dilakukan secara berjemaah seperti yang disarankan rasulullah, dan perkara yang lebih pokok kepada yang sebesar-besar perkara dan juga lahiriah : pembangunan material dan ekonomi (sekadar menyebut beberapa perkara).

        Menjawab kepada versi apa yg dprjuangkan adalah sama dengan ulamak2 terdahulu iaitu memperjuangkan Allah dan Rasul. Bezanya pembaharuan agama (style, method atau kaedah memperkenalkan allah dan rasul) yg dibawa adalah berlainan dari zaman terdahulu sesuai dengan peredaran zaman. Mksdnya syariat yg dibawa tidak berubah ttp cara syariat itu dibawa adalah berlainan dan berkesan.

      2. Taksub itu bagus jika kena caranya. Jika taksub kepada pemimpin hingga membawa kenal dan cinta kepada Allah dan juga rasulnya, ia adalah taksub yang baik dan jika taksub kpd pmimpin yang membawa kepada cinta dunia dan seisinya serta takutkan mati maka taksub itu adalah bersifat celaka dan boleh dikatakan sesat. Apa yang aku nmpk adalah taksub mereka tidaklah smpai kpd mngumpulnya harta untuk kpntingan peribadi malah digunakan utk brjuang dlm agama islam. Adapun yg cinta dunia itu adalah bekas2 arqam yg tak tahan diuji. Biasalah dalam prjuangan mngakkan islam ujiannya adalah teramat berat jika dibandingkn dgn prjuangan2 yg lain.

          1. Yup, itu lah yang aku makudkan.sedikit daripada ilmu yang tak seberapa ini, taksub yang membutakan akal dan fikiran kalau kena pada tempat yang betul (taksub positif) maka bahagialah seseorang itu. Ia lebih bersifatkan keyakinan tanpa timbul sedikitpun persoalan dalam diri seperti “ketaksuban” Abu Bakar trhadap rasulullah ketika diceritakan mengenai israk dan mikraj adapun yang lain2nya mahukan bukti atau diberi penerangan seperti penjelasan oleh satu kabilah yang melihat satu cahay bergerak pantas yang merujuk kepada tunggangan nabi muhammad iaitu buraq. Jika ingin melihat sesuatu taksub itu sama ada taksub positif atau negatif perlulah lihat pada hasilnya adakah ia menyalahi syarak terhadap perbuatannya, lisannya, dan pegangannya.

          2. tiada taksub yg positif.. ia akan melahirkan taqlid buta.. dan seterusnya jadi jumud dan tak dapat melihat kebenaran akibat ditutup pintu hati.. sikap Abu Bakr terhadap Nabi bukanlah taksub, sebaliknya itu adalah iman dan keyakinan atas kebenaran Nabi.. sbb iman ini tak memerlukan bukti.. percaya tanpa melihat.. begitulah selayaknya sikap kita terhadap Nabi dan bukan kepada Abuya mahupun yg lain2..

          3. Aik, naper tengok kat dewan bahasa dan pustaka bermaksud lain? mmm…

            KAMUS DEWAN mentarifkan ‘ Taksub ialah kuat pegangan atau keyakinan.

            ta’asub

            Definisi: (Ar) fanatik

            Kelas: Adjektiva (kata sifat)

            Sumber: Pusat Bahasa

  2. Salam Ustaz Love,

    Kalau ustaz rasakan amalan jemaah GISB adalah sesat, apa kata ustaz cuba bangunkan jemaah sendiri.
    Ustaz mengaku ahli sunnah wal jamaah kan? Jamaah itu merujuk pada amalan Islam Rasul SAW, Para Sahabat r.a, para tabiin, tabit tabiin r.h kan? Mereka semua berjemaah makan-minum berjemaah, berjuang berjemaah semua 24 jam, bukan buat musim2.

    Apa kata ustaz zahirkan suatu jemaah yang amalkan sunnah Rasul SAW betul sperti yang ustaz mengaku.

    Menceritakan keburukan orang belum tentu diri sendiri dalam jalan yang benar. Kalau rasa diri sendiri betul perjuangkanlah Islam sehingga ia dimartabatkan semula.

    Waktu itu umat Islma sama2 bermanfaat. Boleh selamatkan orang bukan Islam sekali.

    Syukran mzb.

  3. Nampak sgt en love(xlyk pnggil ust) sbb sgt mngajak masyarakat mnjadi pnyakit busuk hati!!! Kalau pun nk bawa kebenaran bkn mcm ni caranye.. Ini cara org busuk hati, semua cerita ko,mnyesatkan org,mmburukkan org xde satu pun ko bawa cara,kaedah nk slesaikan mslh..memng kencing busuk!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme