I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : [Video] Kenapa Pemimpin Al-Arqam Tak Dibawa Berbincang?

Salam…

Hari ni Ustaz Love teruskan lagi pendedahan isu al-Arqam dan Ummu Jah.. Jadi, bagi sesiapa yang nak tahu pasal kesesatan al-Arqam, boleh rujuk di blog2 yg dah menceritakan tentang panjang lebar kesesatan mereka.. nak tunggu video ni habis, mungkin akan memakan masa.. jadi mungkin ada yg tak nampak, di mana sesatnya al-Arqam ni (ada sorang ni, dia menggunakan ip yg sama, tapi nama berbeza.. kemudian dok saling menyokong kenyataan yg dikeluarkan oleh nama yg berbeza, tapi daripada orang yg sama.. agak2 la nak menyamar pun.. Ustaz Love admin kat blog ni.. senang je nak trace sapa2 yg menyamar guna nama berlainan ni.. kihkih)

Ok la.. kita teruskan kepada pokok persoalan.. Ummu Jah mempertikaikan kenapa pemimpin al-Arqam ditangkap, tetapi tak dibawa berbincang dengan alim ulamak dan para mufti?

 

Benarkah tiada usaha untuk berdialog dengan pihak al-Arqam? Nampaknya Ummu Jah telah terlupa, yang sebelum al-Arqam diharamkan pada 1994, Abuya telah pernah dipanggil oleh Pusat Islam untuk disoal siasat tentang Aurad Muhammadiyyah.. sama ada Abuya menggunakan manaqib asal (yg ditulis oleh anak kepada Syeikh Suhaimi) atau manaqib yg ditokok tambah yg mengandungi beberapa perkara yg menyesatkan spt menyatakan Syeikh Suhaimi tak mati, sebaliknya ghaib (tulisan cucu Syeikh Suhaimi).. ternyata Abuya berpura2 ketika itu dengan menyatakan beliau berpegang kepada manaqib yg asal yg tiada tokok tambah..

Bila kesesatan demi kesesatan dibongkarkan oleh bekas2 pengikut al-Arqam yg berilmu, seperti arwah Ustaz Rosdi, dengan yaqazahnya, dengan skandal seksnya, dengan penipuannya dsb, maka Abuya telah bertindak melarikan diri ke luar negara.. konon2nya nak tiru macam Ayatollah Khomeini yg melancarkan Revolusi Iran melalui kiriman2 kaset ceramah beliau daripada luar negara.. kiranya, bila Daulah dah ditegakkan, Abuya dan Ummu Jah serta pemimpin kanan mereka akan turun daripada kapal terbang, sambil tersenyum melambai2 dan berjalan di atas karpet merah.. kihkih

Sebab itu Ustaz Love pernah kaitkan dulu, al-Arqam ni dah gaya nak meniru Syiah.. kalau betul mereka nakkan kebenaran, maka dah lama mereka anjurkan dialog dengan alim ulamak dan berbincang tentang pegangan mereka spt Imam Mahdi, pemuda Bani Tamim, Daulah, Keghaiban Syeikh Suhaimi yg akan bangun sebagai Imam Mahdi (ini pun ada ciri2 pegangan Syiah).. mereka bukannya takde kemampuan itu.. mereka punya sistem audio-video yg canggih (pada masa itu).. sampai boleh buat persembahan nasyid di kelab malam.. tapi, kenapa susah sangat nak berdialog dengan alim ulamak?

Sebabnya, mereka tahu kalau mereka berdialog, mereka akan kantoi.. sbb itu mereka lebih memilih jalan putar sana, putar sini, fitnah sana, fitnah sini.. hanya ahli2 mereka yg berilmu dengan ilmu yg sahih saja yg akan memahami politik kepimpinan al-Arqam ini.. ramai ulamak2 mereka yg asalnya ikhlas berjuang untuk agama, telah bertindak meninggalkan jemaah al-Arqam yg semakin menyimpang halatujunya.. mereka2 ini (alim ulamak yg meninggalkan al-Arqam), telah difitnah dan dihina, dicaci maki oleh pemimpin al-Arqam.. jadi, yg tinggal di dalam al-Arqam bukanlah lagi alim ulamak, sebaliknya ular dalam semak.

Bila kerajaan Malaysia bersusah payah nak tangkap mereka (sehingga mereka tertangkap dgn tipu muslihat SB di Thailand), ketika itu baru la mereka nak kata, kenapa tak ajak berbincang? Kenapa tak diterangkan apa yg betul apa yg salah? Macam kelakar kan? Tapi itulah hakikatnya al-Arqam.. penuh dengan funny things..

InsyaAllah, video seterusnya akan menyusul..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. Salam… Ustaz saya nak memberitahu sedikit disini.. mengenai Abg sulung saya kalau tak silap sekitar 1989 atau 1990, masa itu Abg saya menuntut di utm skudai … masa itu dia mengikut kesesatan al arqam… dia balik kuching pakai serban hijau dan jubah hijau… segala perangai peliknya dan mengatakan nak berhenti dari UTM nak pergi BERDAKWAH…… siap katakan mak dengan abah saya sesat pula tu….. lepas tu tak hormat langsung dengan org tua….. ini kah AKIDAH yg dia belajar dr AL -ARQAM………. NASIB dia baik kerana masa itu ada dua orang alim ulama daripada INDONESIA yang bertamu dirumah kami utk jangka masa berbulan lamanya…. maka denga izin ALLAH dua orang alim ini dapat mengubah AKIDAH nya yg telah terpesong…. SEKIAN……..Semoga orang ramai sedar akan kesesatan mereka ini….

    1. Salam zaza..

      Memang itulah akibat mengikut ajaran sesat.. habis semua orang disesatkannya.. sbb orang sesat ini adalah seumpama orang gila.. beliau tak sedar yg beliau gila, lalu beliau menuduh semua orang lain adalah gila.. sehinggalah beliau sedar dari kegilaan, barulah beliau akan nampak betapa gilanya beliau sebelum ni..

      Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan abang saudari daripada kegilaan ini 😉

  2. Salam.

    Saya dulu ada lah peminat Arqam-baca majalah dia, pernah ikut nazam tariqat mereka. Masa tu saya lepas form V, sekolah pun sekolah kat KL, bukan sekolah agama.

    Yg saya pelik tu, dalam nazam mereka yg bahasa arab tu, bila saya baca terjemahannya berbunyi “wahai wali2 Allah, tolonglah kami, kerana Allah”
    Saya tak tahu apa yg salahnya, tetapi hati kecil saya merasakan ada benda yg tak kena. Lepas belajar, baru saya tahu kita tak boleh menyeru yg ghaib selain dari Allah. Di situlah titik tolaknya. Dan itulah amalan urat nadi dlm Arqam, menyeru Rasul, Saidi, Abuya (RSA) secara ghaib utk mnita tolong. Inilah makanan harian amalan org Arqam. Satu lagi, ada nampka tak mereka melazimkan diri membaca Al Quran? Atau cukuplah amalan aurad mereka yg dikatakan dapat menggantikan sekian amalan yg banyak.

  3. jangalah terlalu asyik nk mengatakan kesesatan org lain…eloklah perbaiki dir..yang baik diambil, yang tak elok jangan di caci maki, kelak di kemudian hari diri sendiri yang didapati lebih hina setelah perbicaraan di Padang Mahsyar nanti….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme