I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : [Video] Kenapa Al-Arqam Dikenakan I.S.A?

Salam…

Rasanya ini video terakhir untuk hari ni.. tak larat plak nak ulang2 dengar suara Ummu Jah ni.. sedangkan masih banyak kesesatan beliau yg perlu diperjelaskan. Ustaz Love tak nak skip2 jawapan beliau, takut nanti nampak bias (berat sebelah) dan takde kesinambungan.. Maka, terpaksa potong sikit2.. sbb setiap ayat beliau itu, ada je yg tak betul..

Jawapan beliau ini adalah sambungan daripada entry sebelum ni.. boleh tengok di sini.. Kali ini Ummu Jah mempersoalkan kewajaran menentukan sesat tak sesatnya gerakan al-Arqam ini melalui penguatkuasaan I.S.A kepada pemimpin2 kanan mereka.. termasuk orang kanan mereka ini adalah Sdr. Zabidi Mohamed, bekas pengikut al-Arqam yang telah bertaubat dan mengeluarkan buku yg mendedahkan pembohongan Abuya bertajuk : “Tersungkur di Pintu Syurga”.. sangat bagus dibaca buku tersebut untuk mengetahui pandangan penulis sendiri (yg pernah bergiat sebagai orang kuat al-Arqam ie sebagai penasihat undang2).

 

Idea ini sebenarnya dah lama dan dah lapuk.. kononnya al-Arqam diharamkan bukanlah disebabkan kesesatan mereka, sebaliknya disebabkan tekanan politik, kununnya Tun Dr. Mahathir (PM ketika itu) takut Abuya merampas jawatan sebagai PM.. Ini antara angan2 dan mimpi Abuya serta pengikutnya yang tak kesampaian.. Jadi, nampaklah macam kesian sangat kat Abuya dan pengikutnya, kerana kena tangkap dengan I.S.A tanpa perbicaraan..

Kalau diikutkan, Rasul Melayu iaitu Abdul Kahar tu pun kena bicara.. siap dikeluarkan waran tangkap.. begitu juga dengan Ayah Pin.. dicari oleh Jabatan Agama untuk dibicarakan.. tapi, kenapa al-Arqam tak dibicarakan?

Ustaz Love dah melalui zaman remaja sewaktu pergerakan ini diharamkan.. Ustaz Love juga bersahabat dengan kawan2 yang dipindahkan daripada sekolah2 al-Arqam ke sekolah2 kerajaan.. jadi, Ustaz Love memang memahami kenapa al-Arqam ini dikenakan sekatan dan pemimpin atasannya dikenakan tahanan I.S.A..

Ini kerana, jumlah keanggotaan mereka yg terlalu ramai ketika itu.. sehingga mewujudkan beberapa perkampungan.. jadi, pihak berkuasa mengambil langkah proaktif membendungnya dengan mengenakan terus I.S.A kepada pemimpin kanan al-Arqam. Ini kerana, mereka2 ini terlalu licik dalam bertindak..

Bukan tidak ada ulamak yg menegur, sebaliknya mereka membalasnya dengan mengeluarkan majalah dan kaset serta nasyid2 yang mengutuk ulamak2 yg berada dalam kerajaan.. ini termasuklah para mufti.. kalau sesiapa biasa dengar nasyid “Pemimpin 3 Darjat” maka akan menjumpai lirik yg mengatakan :

Ahli agama berjawatan rasmi.. perosak agama di atas nama agama.. mereka akan sedar diri.. atau menerima hukuman Ilahi.. di atas kesalahan mereka

Inilah balasannya bagi ulamak2 yg menegur Abuya dan pergerakannya yang dah semakin menyimpang daripada matlamat asal..

Memang suasana agak kecoh ketika al-Arqam mula diharamkan.. Ustaz Love ingat lagi, Ustaz2 kat sekolah pun sibuk menerangkan tentang kesesatan al-Arqam ini (tambah2 masa tu, kalau ada persembahan nasyid, biasanya amik lagu2 al-Arqam.. sebab sedap didengar).. Jadi, dakwah mereka melalui lagu nasyid ini memang agak memberi kesan kepada masyarakat.. macam nak berlaku rusuhan pun ada (sbb ramai2 pengikut al-Arqam gi balai polis nak buat laporan dsb).. tapi, mujur pihak berkuasa cepat ambil tindakan tangkap kepala2 pergerakan ni.. jadi suasana agak tenang seketika..

Ustaz Love tak rasa nak sambung cerita kat entry ni.. banyak lagi siri2 video Ummu Jah ni.. insyaAllah, sikit2 Ustaz Love akan cuba ulaskan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
        1. Salam.

          Us Love, ada ke aksess kepada kaset rakaman perbualan abuya dgn entiti yg dikatakan Nabi tu? Itu sgt bagus kalau dapat upload, sebab ramai generasi baru Arqam ni hanya dengar cerita tentang abuya mereka.

          Kalau dengar sendiri rakaman tu mungkin akan ada sorang dua yg akan tersedar dari lamunan. Ok juga tu.

          Juga rakaman perisytiharan taubat Us Ashaari di markas2 Arqam. Nampaknya hanya RTM / org arqam lam shj yg simpan benda tu.

          Bagus juga utk siaran.

          Wassalam
          Din Taliban

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme