I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Arqam : [Video] Amal Yang Baik Terhasil Daripada Akidah Yang Betul

Salam…

Ustaz Love meneruskan entry pembongkaran kesesatan Ummu Jah ini dengan video kedua.. Bagi sesiapa yg belum melihat video sebelum ni, boleh rujuk di sini..

Walaupun ianya datang daripada satu soalan, tapi oleh kerana jawapan daripada Ummu Jah agak panjang, maka Ustaz Love terpaksa potong2 untuk menjawab setiap hujjah yg agak songsang daripada Ummu Jah.. Kalau video letak panjang2 sangat, nanti ada terlepas pandang.. Juga mengelakkan saiz video menjadi terlalu besar..

 

Sebelum Ustaz Love mengulas sebahagian jawapan Ummu Jah, Ustaz Love rasa nak betulkan sikit pasal “masyarakat menerima baiknya kita”… Ustaz Love pun tak pasti sama ada ini kenyataan syok sendiri, ataupun digula2kan oleh bekas2 pengikut mereka yang masih taksub kononnya masyarakat menerima baik akhlak mereka. Secara peribadi, Ustaz Love agak kurang setuju (berdasarkan pengalaman Ustaz Love bergaul dgn mereka2 ini sejak zaman sekolah lagi sampai la ke zaman remaja skrg ni.. kihkih).. Kalau dikatakan pakaian mereka baik, itu memang Ustaz Love setuju. Lagu2 nasyid mereka baik, itu pun setuju gak.. tapi ada gak yg tak betul terutama nasyid2 yang memuja Abuya.. suara penasyid mereka sedap, ini memang Ustaz Love setuju.. namun, untuk menerima betapa ‘baiknya’ kumpulan al-Arqam atau apa jua namanya, Ustaz Love sangat tak setuju.

Apakah baiknya mereka jika mereka tak hadir solat Jumaat? Ustaz Love reka? tak.. ini bukan rekaan..Β  bahkan mereka2 ini tak bercampur dengan masyarakat yg bukan spt mereka (hanya ada satu dua yg bergaul.. yg lainnya lebih selesa dengan sesama jemaah mereka).. Tapi takpe la, dah mereka nak dakwa mereka baik (spt yg selalu geng2 al-Arqam dok kata ibadah mereka hebat, qiamullail, solat awal waktu dsb)..

Bab jawapan Ummu Jah, iaitu berkaitan buah yg harum dan manis tentunya datang daripada pokok yg baik.. kat video tu, Ustaz Love dah sambung sket dgn pertanyaan.. Mungkinkah mereka2 ini terlupa dengan siapakah Abdullah bin Ubay?

“Dari ‘Urwah r.a., katanya Usamah bin Zaid menceritakan kepadanya, bahawa pada suatu ketika Nabi saw. pernah mengenderai seekor keldai berpelana, yang dialas dengan sulaman buatan Fadak. Sedangkan di belakang beliau membonceng Usamah. Ketika itu beliau bepergian hendak menengok Sa’ad bin ‘Ubadah di perkampungan Bani Harits bin Khazraj, sebelum terjadi perang Badar. Beliau melalui suatu majlis, di mana orang-orang muslim dan orang-orang musyrik penyembah berhala serta orang-orang Yahudi kedapatan bercampur-baur di situ. Antara lain terdapat ‘Abdullah bin Ubay dan’ Abdullah bin Rawahah. Tatkala mereka diselubungi debu ketika kenderaan kami lalu, maka Abdullah bin Ubay menutup hidungnya dengan cadar sambil berkata, “Janganlah kami diberi abu!” Maka Nabi saw. memberi salam kepada mereka, kemudian berhenti, lalu turun. Kemudian beliau ajak mereka kepada Allah, dan beliau bacakan kepada mereka Al-Qur’an. Maka berkata ‘Abdullah bin Ubay, “Hai, Buyung! Tidak adakah yang lebih baik dari ini? Jika apa yang engkau katakan itu benar, maka kami jangan diganggu dalam majlis kami. Pulanglah kamu ke rumahmu! Siapa yang datang kepada mu, boleh engkau cerita kepadanya.” Maka berkata ‘Abdullah bin Rawahah. “Datanglah ke majlis kami! Kami suka itu!” Kata Usamah, “Maka terjadilah perang mulut antara orang-orang muslim dengan orang-orang musyrik dan Yahudi, sehingga hampir mereka berkelahi. Tetapi Nabi saw. dapat menenangkan mereka, kemudian beliau naiki kenderaannya, lalu pergi ke rumah Sa’ad bin ‘Ubadah. Maka bersabda Rasulullah saw., “Hai, Sa’ad! Tahukah kamu apa yang telah diucapkan oleh Abu Hubab (‘Abdullah bin Ubay)? Dia mengatakan begini-begini.” Kata ‘Abdullah bin Rawahah, “Maafkan sajalah dia ya Rasulullah! Demi Allah, sesungguhnya Allah telah memberi Anda apa yang diberi-Nya. Sebelum kedatangan Anda, penduduk negeri ini telah sepakat hendak memakaikan mahkota dan melilitkan serban kepadanya. Tetapi Allah menggagalkannya dengan kebenaran yang diberikan-Nya kepada Anda. Kerana itu dia merasa iri terhadap Anda. Itulah sebabnya dia banyak membuat ulah seperti yang Anda saksikan.” Lalu Nabi saw. memaafkannya.” (HR. Muslim)

Abdullah bin Ubay bin Salul adalah seorang munafik yg berpura2 Islam.. beliau ini sangat berdendam dengan Nabi s.a.w… namun begitu, sejarah merekodkan bahawa beliau ini antara oleh yg selalu bersolat di belakang Nabi s.a.w..

Nampak macam soleh je kan? Tapi beliau adalah seorang munafik.. yg berpura2 sebagai Islam..

Jadi, adakah semata2 buah yg baik daripada pokok yg baik itu, boleh dinisbahkan kiasannya terhadap amalan manusia? Sudah tentu tidak.. kerana buah tak pandai menipu dan berbohong.. buah juga tak pandai untuk berpura2.. sebaliknya, manusia memang bijak untuk berpura2.. Snouck Hurgronje, seorang orientalis Belanda, telah menyamar sebagai Islam dan belajar agama, serta mengajarkan agama di Indonesia.. beliau antara orang yg memainkan peranan penting dalam kejatuhan Indonesia ke tangan Belanda.. sebab manusia terpedaya dengan tipu helah beliau yg menunjukkan ‘kesolehan amal’ sehinggalah akhirnya beliau mengakui yg beliau bukanlah seorang Islam..

Jadi, adakah golongan al-Arqam ini boleh dikatakan akidah mereka betul disebabkan ‘zahir’ mereka nampak mcm soleh? Kita akan ketahui dalam siri2 seterusnya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. banyak je buah yang elok rupanya..ranum mewangi..mekar tak mentah.kecur air liur sesapae jer..tapi bila dikupas ada juga bahagian yg berulat, hitam dan rosak. buah pon boleh menipu apatah lg manusia

    pokoknya ramai org terutama ahli akademik yg profesialan terpengaruh dgn pemikiran cetek ahli2 perosak agama nie..alasannya mudah, ajaran mereka tampak baik dan hebat, serta memudahkan serta sesuai dgn pemikiran logik akal semata2. dgn syarat kena puja otai dia..kehkeh.puii.menyampah plak….

    ish apa jaja mengarut nie…ampunkan aku ya Allah. marah sudah nie..seronok la setann tgk jaja mrh2 mcm ni.cis

    1. kihkih… begitulah hakikatnya.. insyaAllah, dalam entry2 akan datang, Ustaz Love akan cuba bongkarkan bagaimana professional pun boleh terjebak dlm ajaran sesat ni.. bukan setakat al-Arqam, bahkan Ayah Pin pun ada orang percaya.. Abdul Kahar pun ada org percaya sebagai rasul baru.. bahkan perempuan pun ada yg mengaku jadi Nabi.. bahkan ada pengikutnya πŸ˜€

  2. Ustaz Love sy nak tanya apa dicakap ms dan Iriy nampak mcm btul je X nampakpun mrk sesat. Sy keliru lah

    1. kihkih.. kelakar la Ika ni.. mcm mana nak nampak sesat, kalau Ika, IRIY dan ms tu orang yg sama? ip address pun sama.. kihkih.. agak2 la nak menyamar pun πŸ˜€

  3. Islam ibarat pokok kalau baik akarnya iaitu ( akidah terjadilah batangnya dan rantingnya iaitu(islam)terjadilah bunga buah yg sedap dimakan iaitu(akhlak)nak melihat seorg Islam yg baik lihat peribadinya, rumahtangganya dan perjuangany kalau akhlak baik rumahtangganya baik pejuangan mengikut sunnah Rasul mcmana kita boleh cakap akidahnya rosak

    1. perumpamaan yg nampak mcm betul tapi sebenarnya tak berapa tepat.. perumpamaan yg paling tepat sekali adalah apa yg Allah nyatakan di dalam al-Quran.. iaitu kalimah yg baik adalah seperti pohon yg baik yang mana akarnya mencengkam kuat di dalam tanah, dan pucuk serta cabangnya menjulang tinggi ke langit.. jadi, akar yg mencengkam itulah akidah yg melahirkan pokok yg kuat dan sihat (iaitu amal dan akhlak).. dan bukannya buah yg baik itu yg menjadikan akar yg sihat..

      jika kita melihat akhlak Mother Teressa, Mahatma Gandhi, Justice Pao dsb, maka dah tentu jika dinilaikan dgn buah yg baik itu, kita boleh mengatakan akidahnya juga betul.. tapi betulkah?

      Ternyata, hanya akidah yg betul akan melahirkan amal ibadah yg sahih dan akhlak yg soleh.. dan bukanlah sebaliknya πŸ˜‰

  4. Jangan samakan org Munafik dan bukan Islam membuat kebaikan , org munafik dia pura2 Islam dan org bukan Islam membuat kebaikan atas fitrah yg nak kebaikan disisi Tuhan tiada pahala pun dia tidak boleh sama dg org Mukmim jika org mukmin membuat kebaikan dia diri Pahala oleh Tuhan itu pun kena tempuh 5 syarat

    1. dah tu, tadi kan nak cerita sangat pasal buah tak buah kan? itulah hakikatnya.. kebaikan adalah dinilai pada akidah dulu.. kalau akidah tak betul, akhlak baik mcm malaikat pun tak diterima Allah πŸ˜‰

  5. Kamu tahu dimanakah yg dikatakan akidahnya sesat jangan buat satu fitnah yg besar dosanya amat besar dosa mengata org sesat, sesatnya kembali kepada nya jika org tu Xsesat.akar yg kuat iaitu itulah akidah melahirkan peribadi yg baik krn dia membuat dasar kan Iman itulah Tuhan menerimanya.tanyalah Diri kita ni adakah peribadi kita dinilai Allah dan rasul jangan cari kelemahan org lain dan jangan sesat org je.kelemahan kita pun banyak cari kelemahan kitapun banyak. lihatlah diri sendiri menangis lah selalu nasib kita belum tahu . Takutlah Allah dan Rasul

      1. Salam.

        Us Love,

        Yang kata nampak hebat santa buah meranum tu sekarang ni dah pecah dua. Yang satu menagta yg satu lagi. Bila sama2 dah bergaduh, maka dibukalah “boc of pandora” yg selama ini di simpan.

        Ingatkan dlm rumah tangga mereka ni semua baik2 belaka, tetapi ada juga yg kena cerai sampai 3 kali, ada yg kena terajang, ada yg lewatkan solat. Apa pun tulisan mereka yg mengkritik menggambarkan mazmumah yg ada di dalam hati.

        Tapu Us, mazmumah tu adalah istilah untuk kita bila jawab tulisan mereka. Tapi kaalau mereka sendiri yg tulis, maka ianag dinamakan tinta perjuangan.

        Us boleh rujuk

        http://suaraharamain313.blogspot.com/2012/11/

        Segala smapah sarap zaman Arqam sampai hari ini boleh dihisu di sini. Siapa yg buka? Ex Arqam ke?

        Tidak. Mereka snedirlah yg buka.

        Wassalam
        Din Taliban

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme