I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Salah Faham Isu Dara

Salam..

Ustaz Love menerima komen daripada seseorang yg menggelarkan dirinya sebagai ‘Al-Qoim’ :

Bukan orang melayu mengatakan ukuran pada “Dara”,namun wanita yang pertama kali berkahwin oleh lelaki yang pertama kali berkahwin ada keutamaan juga buat pasangan tersebut,hal ini juga menjadikan lelaki dan wanita itu “istimewa”(bermaksud pada akhir zaman ini sukar mereka yg dapat mengekalkan “teruna” dan “dara” mereka sebelum berkahwin) kerana Ada nya “Dara” dapat meyakinkan si lelaki tentang keperibadian mulia dan menambahkan kasih sayang kepada wanita tersebut.Jangan kerana ada segelinitir manusia yang bekata “Dara itu tidak penting” maka maksiat semakin banyak terjadi..jadi berhati2lah dalam berfikir dan berkata2…takut ada mereka yang tidak dapat berfikiran dengan baik,kerana yang baik itu adalah mencegah berbanding dari merawat… wallah hu a’lam -ALQoim-

Sekiranya semua manusia umumnya, dan umat Islam khususnya, dapat menerima isu ‘dara tak dara’ ini dengan terbuka, maka ia sebenarnya telah menyelamatkan banyak perkara. Antaranya :

1. Dara sudah tiada kaitan dengan kehormatan.

Apabila ‘dara’ itu tidak lagi dikaitkan dengan kehormatan, maka mereka2 yg tiada dara akan terlepas daripada satu masalah yg membelenggu kehidupan. Mereka boleh meneruskan kehidupan dengan bermaruah, tanpa perlu memikirkan akibat daripada ‘ketiadaan dara’ itu diketahui oleh masyarakat. Sama ada mereka yg masih dara, atau telah kehilangan dara (disebabkan zina, dirogol atau janda), mereka akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.. tiada lagi perbezaan antara mereka..

Para ibu bapa akan senang hati menerima menantu bergelar janda / tiada dara.. para suami akan menyayangi isteri tanpa perlu memikirkan isu dara.. para isteri dapat menumpahkan ketaatan kepada suami tanpa perlu dibelenggu oleh ungkitan persoalan ‘dara tak dara’.

2. Dara itu hanyalah selaput yang boleh hilang sekelip mata.

Apabila manusia dapat menerima bahawa ianya adalah sejenis selaput, maka tiada lagi isu kehilangan dara akibat zina ke, rogol ke, terhentak kat palang besi ke, tersangkut kat pagar ke..

3. Keburukan akan dapat ditutup dan kebaikan akan terbuka.

Seorang wanita yg kehilangan dara, tidak perlu memberitahu kepada bakal suaminya tentang kisah kehilangan daranya.. atau beliau ada dara ke tak.. sbb ianya bukan syarat sah pernikahan (kalau takde dara, nikah tak sah). Sebaliknya ia cuma adat Melayu kuno (yg dicedok drp agama Hindu). Isteri tak perlu bagitau kisah silam, suami jika tidak perlu mengorek2 rahsia semalam.. Hiduplah dengan realiti sekarang.

4. Seorang penzina yang bertaubat itu adalah suci daripada dosanya.

Seorang wanita yg telah bertaubat daripada perbuatan zinanya, maka beliau dikira suci daripada dosanya.. dan takde isu ‘suci tak suci’ lagi selepas itu.. Beliau akan dapat menjalani kehidupannya dengan aman dan tenteram, sentiasa berusaha meningkatkan iman dan amal.. berbanding terlalu memikirkan dosa2 lalu dan akibatnya pada masa akan datang.

5. Keistimewaan dalam perkahwinan adalah pada penyatuan.

Penyatuan dua hati, penyatuan dua tubuh, penyatuan dua jiwa.. dalam sebuah ikatan yg dinamakan pernikahan.. itulah dia keistimewaan dalam perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan itu bukanlah semata2 berkaitan seks, sebaliknya lebih daripada itu.. kerana ia melibatkan 2 jiwa, 2 keluarga dan juga masa depan (anak2, cucu2 dsb) sehinggalah bertemu di syurga nanti.

6. Manusia hanya mampu dan layak menilai yang zahir.

Apabila seorang wanita itu berakhlak dengan akhlak yg baik serta menepati ciri2 wanita solehah, maka itulah sebenarnya yg manusia perlu nilai.. bukan pada daranya, bukan pada apa yg ada dalam hatinya.. bukan pada taubatnya dsb.

7. Keyakinan bukan pada dara.

Jika dinilaikan dara itu mewakili peribadi dan kehormatan, nyatalah kita meletakkan neraca penilaian pada tempat yg salah.. kerana wanita yg masih ber’dara’ itu sendiri, belum tentu baik peribadinyanya dan tinggi kehormatannya. Ada wanita yang sanggup melakukan maksiat, tetapi mensyaratkan lelaki tidak melakukan hubungan seks dengan alasan nak menjaga dara.. adakah wanita ini diyakini baik peribadi dan kehormatannya?

Bagaimana dengan wanita yang dirogol di dalam rumahnya sendiri, sedangkan beliau sedaya upaya untuk mengelakkan perkara itu, adakah peribadinya buruk dan kehormatannya tercemar?

Sebab itulah, Ustaz Love sangat tekankan, apa juga penilaian yg kita nak buat, letakkan asasnya pada agama.. Ustaz Love dengan tegasnya akan mengatakan, dara itu memang kurang penting.. kerana kehormatan diri dan keelokan peribadi itulah yg lebih penting dan bukanlah dinilai pada dara tak dara..

Cukup la dulu 7 point tu.. itu je yg terlintas buat masa ni.. rasa kaku je jari menulis ayat2 skema ni.. kihkih

Maka, jagalah akhlak dan kehormatan.. tak kira la ada dara ke takde dara.. insyaAllah, akan dapat memelihara diri kita daripada kemaksiatan..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 Comments

Add a Comment
  1. ha a ustaz..isu ni dh lapuk tp pemikiran cetek menambahkan kelapukan. sgt bosan and annoying mendegarkan.. berlapang dadalah menerima segala..supaya lebih bijak kita menguruskan dan menyetelkan masalah2 berkaitan..supaya nnt tak mudah kita meletakkan menghukum yg akhirnya membawa kepada kebinasaan.. (pssstt..bukan apa ustaz skg ni ramai yg suka mendengki..ade aje salah kita dicarinya..saba aje la…)

    1. bkn salah ustaz yg alqoim tu cari…dia sekadar memberi pendapat dia jek…apelah….sy paham ape yg ustaz cube tulis n sy gak paham ape yg alqoim tu cube sampaikan…dua2 betul…utk pdgn alqoim tuh…kecuali bg perempuan yg kene rogol+dara pecah sbb lasak ke ape…sbb sy rase mmg lelaki boleh tau beza pmpn yg ade dara ke x…tp sy xpasti sbb sy pon lom kawen lg…yg ustaz cube tulis ialah mentaliti masyarakat kite…ssh kalau br nk ubah mentaliti yg mmg dpd dulu…mmg btul bkn sume yg de dara tuh baek+alim…yg xde dara tu jahat…tp mostly mmg mcm tuh…kecuali kes2 tertentu jek…yg penting…JAGA MARUAH JAGA AKHLAK JAGA AURAT…=)

      1. tak kira sama ada pecah dara disebabkan dirogol atau lasak, mahupun yg hilang sebab berzina, apabila wanita itu telah bertaubat, maka dia suci daripada dosa.. sbb itu dalam hal ini, kita kena timbang guna neraca agama, dan bukannya neraca akal semata2 😉

      2. To belladiea…lame comment. Mentality lama yg lame. Still jugak nak kata dara tu ukuran. Mostly laa sangat.

        1. mostly is kebanyakan.. memang kebanyakan orang masih lagi menilai dara itu sebagai alat untuk menunjukkan kehormatan dan peribadi..

    2. nak ubah mentaliti masyarakat memang susah.. apatah lagi bila dah menjadi budaya.. sebab tu kena cerita lagi dan lagi.. sebarkan banyak2 kali.. insyaAllah, kalau tak generasi kita, mungkin generasi anak cucu kita nanti boleh menerima hakikat ini 😉

      1. tu pdgn sy jek…sy ade ramai kwn pmpn…sy risau kalau generasi yg da xkesah ade dara ke x nih akan mgunakan alasan ‘ ala xpe berzina mase muda2..nti da kawen aku bertaubat la’….mcm org2 barat…dorg mmg da xkesah pasal dara nih…once da kawen br monogami…bdk2 zaman skang lg advanced dpd kita ustaz…tp advanced bab2 18sx jela…

        1. takpe la kalau sempat bertaubat.. tapi taubat itu tidak menggugurkan hudud ke atasnya.. doa la sungguh2 semoga Allah tak sebat kat akhirat nanti..

          tak kisah takde dara, dengan mementingkan isu dara adalah 2 konteks yg berbeza.. sbb dalam entry ni Ustaz Love cerita pasal kehormatan yg kononnya dikaitkan dengan dara.. bukan pasal sikap tak kisah dah takde dara dan meneruskan aktiviti perzinaan. 😉

  2. btol la ust….bg wanita berzina yg dah bertaubat,takkan die tak layak nak dpt suami yg baik utk membimbing die ke jalan yg lebih diredhai Allah..walaupon mmg pernah jd jahat, tidak layakkah die bertaubat dan mndpt suami yg soleh?
    kalo lelaki lak,leh je senang2 ckp nak cr isteri yg muslimah walhal di jaman muda nye penuh kesesatan..
    takkan disebabkan wanita sebegini dh takde dara,smpi bile2 die kene jalani hidup sebegitu sbb laki yg baik2 takmau jd suami die..
    tapi ape pon,ikutlah jalan yg diredhai Allah..sume yg berlaku merupakan ujian drpdNya..

    1. soal jodoh ni, Allah je yg tentukan.. kadang2 lelaki tu terlalu sangat nak anak dara, tiba2 Allah ubah hati dia jatuh cinta kat janda.. atau kat mangsa rogol.. maka kahwin la mereka disebabkan adanya jodoh.. sbb itu, persoalan jodoh ini jangan terlalu difikirkan sangat.. lambat ke, cepat ke, anak dara ke, anak teruna ke, mak janda ke.. yg penting, usaha dan tawakkal.. insyaAllah, Allah akan berikan yg terbaik buat kita 😉

      1. sya setuju dgn pendpt ustaz love nie….ade beza dgn mementingkn dara dgn meletakkn dara tu sbg ukuran..masyarakat kita mudah sgt menghukum..wallahualam..

  3. tp btol gak kate bella..bebudak skang melampau advance..mlm td kat buletin utama,remaja 14 thn ditgkap berzina ngan remaja 15 thn dlm kete setelah hanya 3 jam berkenalan….

        1. bila maksiat dah berleluasa dan disebar2kan, orang dah tak anggap maksiat tu sebagai suatu aib.. bahkan org yg buat baik plak yg dipandang serong 😉

          1. ape2 pun, utk adik2 yg masih suci kt luar sana tu, hrp2 dorg pndai jge diri, tol x ustaz? 😉

          2. Btul, kalau sy pn, xsuke nk prejudis2 ni…dlm jodoh dan percintaan, yg pnting kite terima siapa dia, dan tgk pd keikhlasan hati dia..kisah silam dia ptt dibiarkan ke blkg sje, xyah bukak2…ape yg dpt pn kalau bkk..

            Ape2 pn, buat adik2 kt luar sane yg still suci lg tu, hope dpt jge diri msg2, tolx ustaz? 😉 mmg xdpt dinafikan zmn skrg, budak2 mmg cpat advanced..pengaruh2 barat mmg menular…

          3. bukan mak ayah bebudak pempuan je yg kena jaga anak2 mereka daripada dirosakkan, bahkan mak ayah bebudak lelaki lebih2 lagi kena kawal anak2 mereka drp merosakkan anak2 dara org lain 😉

  4. betul tu!! nobody perfect at all sometimes that was the past mistakes. kalau dia da berubah alhamdulillah… Credit to ustaz love.. =)

    1. Tiada siapa atas dunia ini yg sempurna, tapi kita dituntut untuk berusaha menjadi sempurna. Jangan jadikan ‘tak sempurna’ itu sebagai alasan untuk terus bergelumang dalam kesalahan. Cuma jadikan kesilapan lalu sebagai sempadan agar kita tak terjatuh dalam lubang yg sama 😉

      1. assalamualaikum..,
        ustz knpa lelaki sering mengunakan alasan dara untuk mencari wanita yang terbaik untuk dikahwini…
        wanita tiada dara ini apekah tidak layak memiliki cinta dari seorang lelaki..
        sy agak pelik bile lelaki bertanyakn sy isu ini dan jawapanya adalh kerana wanita ada dara ini terjamin keimananya,menjaga dirinya,dan ada lah yang mulai dan terbaik untuk dijadikan isteri kerana ia akn jujur pd pasanganya..adakh mencari pasangan dinilaikan dgn cara itu…jd bagaimanakh magsa2 yang lain yang sudah kehilanganya…so adakh dia merupakan lelaki yang baik juga untuk menilai wanita begitu..

        1. waalaikumussalam…

          dara ini selalunya dikaitkan dengan kehormatan.. sbb ia terletak pada faraj.. lain la kalau selaput dara tu terletak pada mulut, sapa pun tak kisah ada selaput lagi ke tak.. itu berdasarkan pandangan masyarakat umum..

          namun, mengikut pandangan agama, dara itu bukan penentu kehormatan.. kalau masih dara, tapi sibuk ringan2, berpeluk sana-sini, berkhalwat dsb, maka itu dikira menjatuhkan maruah dan kehormatan.. sekalipun selaput dara masih belum terusik..

          setiap orang ada kehendaknya masing2.. ada yg mementingkan dara.. ada yg tak kisah pun pasal dara.. dan kehendak ini tak tertakluk pada baik tak baik seseorang itu.. jika sudah jodoh, tiada sapa dapat menghalang.. even anak teruna pun ramai yg kawen dengan mak janda..

          Nabi s.a.w. dah bagitau.. pilihlah yg beragama.. dan bukannya pilih yg masih ada dara.. 😉

    1. jika onani itu sekadar menggosok2 di luar kemaluan, tak hilang daranya.. kalau sampai masukkan sesuatu ke dalam kemaluan sampai terkoyak selaput dara, maka hilanglah daranya..

  5. Assalamualaikum…
    Saya ni bukanlah perempuan yang baik sebelum ni(pernah berzina),selalu lepak dengan kawan2 kat kelab malam tapi saya tak pernah minum arak.baru2 sy telah berkenalan dengan seorang lelaki yang baik.kehadiran dia dalam hidup sy membawa perubahan yang begitu besar dalam hidup saya.Dia selalu mengatakan yang dia ingin saya menjadi isterinya…tp,sy rasa mcm tak layak utk dia memandangkan diri saya yang sudah tiada dara lagi..
    Saya kan bkn perempuan yang baik jd cm tak sesuai utk lelaki yang baik cm dia.Perempuan yang baik kan hanya utk lelaki yang baik dan begitu la sebaliknya.adakah perempuan yang pernah berzina macam saya ni hanya layak bernikah dengan lelaki yang pernah berzina jugan.

    1. Jika saudari sudah bertaubat, insyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa saudari dan jadilah saudari seorang wanita yg baik yg layak bernikah dengan lelaki yg baik juga..

      1. Tapi ianya bukan “green light” untuk kita sewenang-wenangnya buat maksiat sebab dara tidak penting.Jaga maruah tu penting dalam islam.
        AllahS.W.T pernah berfirman bagi lelaki-lelaki yang soleh hendaklah menjaga pandangan mereka dan kemaluan meraka .begitu juga perempuan-perempuan solehah hendaklah menjaga pandangan meraka dan kemaluan mereka kecuali suami.jadi jelaslah dara tu juga salah satu yg perlu dijaga

        1. ini bukan isu buat maksiat ke tak.. sbb ramai je yg masih dara tapi tiap2 hari ringan2 dan bermaksiat dengan pasangan masing2.. yg penting, jagalah maruah.. tak kira la sama ada masih berdara atau tidak..

  6. Assalamualaikum w.b.t
    1st yg sy nk bgtau, yg sy ni blh terima dia seadanya samada dara or x..asalkn kena dgn situasi dan keadaan yg dilalui seorg pmpuan ni..juga dia dh brtaubat..
    Sy x pnah brzina, dan brgaul melampaui batas..tp sy ditemukn dgn wanita2 yg tiada dara..

    Ini kisah hdup sy..pd masa dlu sy pnah brkwn dgn seorg pmpuan ni, stelah lama brkwn akhirnya kami sama2 jtuh cinta, pd masa itu sy lnsung x brtanyakan soal daranya krna sy x brapa kisah sgt walaupun sy ni x pnah lansung melakukn zina..pd suatu hari sy br’sms dgn dia, dgn tiba2 dia menceritakan ttg daranya..pdhal sy x tnya pun dan x pnah brtanya ttg itu sblm ni..bg sy mungkin dia sygkn sy dan x sggup merahsiakannya dari sy..katanya dia pnah dirogol tnpa kerelaan..sy katakn yg sy trima asalkn dia tdk cuba melakukan maksiat dgn sengaja dan jagalah maruah diri..dia sgt gmbira dan brterima kasih pd sy..tp stelah beberapa tahun brcinta (dlm masa beberapa thn tu kami mmg jarang brjumpa) sy dgr cerita yg dia tlh keluar dgn lelaki lain, buktinya dia mngaku dan dia juga mngaku dia byk menipu sy soal kesetiaan dia kat sy..sy blh terima dia x ada dara tp sy x blh trima klau dia menipu dan curang dgn sy. Akhirnya sy putuskn hubungan wlaupun dia mtk sy berikn peluang.

    Kisah 2nd: X perlu sy pnjangkn crita, gadis kedua ini cinta sy, juga menceritakan ketiadaan daranya wlaupun sy x pnah brtanya..krna syg mungkin? Kisah yg sama dia juga dirogol tnpa kerelaan..yg mmbuatkn sy prcaya krna dia mnceritakn di dpn mata sy dgn air matanya yg mngalir tnpa di buat2..sy trima krna bkn kehendak dia nk jd mcm tu..asalkn dia jujur dan x akn cuba2 nk melakukn maksiat..sy trima, wlaupun pahit utk ditelan, sy gagahi jgk..brtahun sy brcinta dgn dia dan skrg kami sudah brtunang..dia x pnah curang, dan susah senang brsama…
    Tp kdg2 ade jgk prselisihan hgga mmbuatkn kami brtengkar..kesabaran sy sbgai lelaki diuji hgga ke tahap maksimum..tp gduh pun habis kat situ je, x brpnjangan..

    Soalan sy : ‘Lelaki yg baik utk pmpuan yg baik, lelaki jahat utk pmpuan yg jahat’. So bagaimana dgn situasi sy ni ustaz?
    Adakah ni balasan dari dosa2 sy? Sy juga x mnyalahkn takdir.. Boleh bg tips utk sy hadapi masa depan nanti?

    Terima Kasih

  7. mngkn ramai daripada pengomen di atas adalah wanita, jd mngkn sedikit sbnyk keliru mngapa ramai lelaki
    (wlaupun bkn kesemuanya) yg di luar sana yg mementingkan dara sorang wanita yg in gin dinikahinya.
    Pndpt sy sbgai sorang lelaki adalah, dara sorang wanita adalah hadiah yg hanya layak diberikannya untk suaminya panda Malam pertama perkahwinan, memandangkan selepas persetubuhan yg halal tersebut, suaminya yg akan bertanggungjawab mencari nafkah, menanggung dosa, melindungi, memimpin isterinya. So, mmg fair klau sy nyatakan “teruna untk dara”…memandangkan “RAMAI” manusia yg d luar sana inginkan diri mereka diperlakukan secara adil… “bukan nk bajet baik memandangkn nama sy sendiri tidak sy nyatakan” sy sbgai lelaki sendiri tidal pernah meraba-raba, Dan berzina dgn mana2 wanita…berharap bertemu jodoh cantik(subjective) yg tdak pernah diraba Dan berzina….sesuai dgn hukum Alam, “what u give u get back”…

  8. Assalamualaikum Ustaz. Benarkah statement or hadis ini? Saya sendiri tidak pasti ini hadis atau apa. “Lelaki yang memecahkan dara seorang wanita yg bukan ISTERInya , akan menanggung dosa sepanjang hayat wanita itu di muka bumi ALLAH. INGAT”

  9. ustaz love, saya nak tanya tolong balas saya punya komen ya? kalau seorang perempuan dan lelaki berzina, dan perempuan tu tiada dara, dosa perempuan tu lelaki yg berzina ke yg tanggung?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme