I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Sakit Jiwa Dengan Perangai Kawan

Salam…

Ustaz Love agak kelam kabut 2 3 hari ni.. Jadi jarang dapat buat entry dengan sempurna.. Ini pun Ustaz Love curik2 masa untuk menulis.. Takut berkarat bakat menulis ni kang.. kihkih

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik Jiejah Gorjes :

ustad, saya pun ada penyakit jiwa gak ustad. emosi saya akan terganggu bile ternmpk mender yg bleh menyakit kan mata sy. cth kwn keje saya bini org dlm fb dok buh gambaq dia pose2 gedik camtu pastu tgk komen berderet jantan yg komen memuji kecantikan dia. mana pi komen dari laki dia? apa laki dia tak kisah ke? lagi sakit mata sy bile dia letak pic2 dia tak kai tudung..penat gak saya sindir2 guna ayat2 terbuka. mcm tak heran je ish tak kan sy nk sound direct plak.

lagi satu ustad bile sy ternampak kawan2 keje saya lelaki muslim menglike fan page arak mcm tiger beer dan mcm2 lagi bleh tgk di blog saya. saya ada luah kan kegeraman saya kat sana. like je tade apa ye ustad?

like bermakna kite suke dan sokong dengan produk tu. tak haram ye ustad?

tolong la ustad sbb makin hari saya makin sakit hati tgk gelagat kwn2 saya ni. takut esok saya tak tahan sy sound direct jer. jgn lepas tu saya kena lempang sudah huhuhuhu

Kalau nak once for all, sound je direct.. kita pun dah terlepas daripada tanggungjawab amar makruf nahi munkar tu.. tapi risiko untuk jadi bermusuh pun tinggi jugak.. tapi kalau nak slow and steady, kena susun strategi.. umpama menarik rambut dari dalam tepung.. rambut tak putus, tepung bleh dibuat cekodok.

Dalam bab amar makruf nahi munkar ini, ia merupakan antara bab yang paling susah sekali untuk dilaksanakan. Hatta alim ulamak sekalipun, belum tentu mempunyai keberanian untuk melakukan perkara ini. Setakat ceramah kat depan, artis pun boleh ceramah.. audience ribu2 lagi.. tapi untuk turun padang melakukan dakwah mengajak kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, maka ianya sangat susah.. sebab itu ianya dikaitkan dengan tingkatan iman..

Kalau dengan tangan pun tak mampu nak ubah, nak cakap pun takut, setakat benci je dalam hati, maka itulah dikatakan selemah2 iman. Maka bagi sesiapa yg mampu mengubah dengan tangan dan lisannya, maka itu antara iman tahap tertinggi.Seorang pemimpin yg beriman, maka beliau membuat undang2 mencegah maksiat dan kemungkaran, maka itu antara tahap tertinggi dalam keimanan.. sbb bukan mudah seorang pemimpin itu nak ambil berat pasal amar makruf nahi mungkar ini, melainkan pemimpin yg benar2 beriman.

Begitu juga dengan mereka2 yg melakukan dakwah dengan berjumpa masyarakat menerangkan tentang perkara kebaikan dan mencegah perkara2 yg buruk, ia memerlukan kekuatan iman.. bukan sekadar semangat je lebih.. bila tahi ayam dah sejuk, semangat pun hilang.. sbb itulah mereka2 yg mampu mengubah dengan tangan (kuasa) dan lisan (percakapan), ia dikatakan sebagai tahap keimanan yg kuat. Berbanding yg setakat benci dalam hati.. ia tak mampu nak ubah apa2, cukup sekadar menghalang dirinya daripada terjebak dalam perkara buruk tersebut.. dan inilah selemah2 iman, yg mana suatu hari nanti, jika beliau masih lagi berada dalam suasana maksiat dan keburukan tersebut, tak mustahil beliau juga akan terjebak dalam melakukan perkara maksiat itu.

Cuma perlu difahami maksud mengubah ini.. bukanlah bermaksud kita mengubah hatinya.. sbb persoalan hati itu persoalan batin.. kita cuma mampu untuk situasi dengan cara berusaha.. ada kemungkinan berjaya, ada kemungkinan gagal.. tapi persoalan natijah (gagal atau berjaya) itu bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk menilainya.. sbb berjaya atau tidak, Allah saja yg akan tentukan.. kerana Allah itu adalah pemilik hati2 manusia.. boleh dibolak balikkan bila2 masa..

Itu baru muqaddimahnya.. kihkih

Dakwah ini kena dilakukan dengan perkataan yg jelas (qaulan sadiida).. jangan selalu gunakan bahasa sindiran.. kerana bahasa sindiran bisa saja mengguris hati manusia.. sebaiknya, bila nampak beliau tengah terkembang2 hidung dipuji rakan2 facebook sebab dikatakan cantik, maka tanya la dia.. laki dia tak marah ke tengok dia letak gambar gediks dan menjadi tontonan lelaki2 mata telanjang itu? Kalau dia kata tak, tanya la plak.. dia marah tak kalau laki dia pun posing gediks gak dan mendapat pujian wanita2 kat facebook? Kalau dia cakap tak, maka bagitau la dia terus terang.. kasi ceramah itu orang.. tentang hukum hakam, implikasi dsb.. lepas tu, biarkan la dia dengan dunianya.. kita pun dah tak sakit hati, tanggungjawab pun dah terlepas.

Bagi yg suka like2 beer page tu, tanya kat diorang apa maksud diorang like itu.. jika tujuannya nak sokong jenama itu, maka ianya jelas perbuatan haram.. jika suka2 takde keje, maka bagitau la tentang perkara ini.. mungkin diorang tak tahu.. kalau dah tau haram, lepas tu saja je suka2 nak like, maka biarkan saja si luncai dengan labu2nya.. doakan semoga Allah memberikan keinsafan kepada mereka..

Lepas tu, takyah la jenguk2 dah facebook diorang.. kalau bleh, buang je daripada friendlist.. kalau diorang tanya kenapa remove, bagitau la mata ini sudah cukup berbulu untuk melihat aksi dan aktiviti mereka.. Apa yang penting, jiwa kita kembali aman dan tenteram.. takde maknanya nak sakit jiwa sbb perangai orang… baik kita sakit jiwa sbb tgk drama Ustaz Shauki ke.. berbaloi la jugak.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. syukran sbb ustaz bagi penerangan yg jelas dan cara2 yg berhikmah utk menegur…me pun ada few FB frens (ex-UIAM), now free hair, memang diaorg selamba jer letak pic yg tak pakai tudung..kebetulan memang diaorg muka cun–memang ramai berderet2 yg komen ckp cantik etc…emmm tak terdaya me nak menegur sbb memang dia ex sek agama dan ex UIAM pun lagi…

    1. sekolah agama atau lepasan agama, belum terjamin daripada melakukan dosa.. dah namanya manusia.. kita yg nampak kena tegur sekadar melepaskan tanggungjawab kita untuk menegur.. lepas tu, terpulang kat dia nak berubah ke tak.. πŸ˜‰

    1. jangan takut kalau terkena balik.. itu dah memang lumrah orang berdakwah.. sbb tu tak ramai yg sanggup nak menegur kesalahan kawan.. takut kawan hentam balik.. akhirnya putus kawan.. semuanya kena ada strategi πŸ˜‰

  2. ha a..kalau dh susah sgt, block je yg x berkenan tu.. xyah laa bukak fb sgt..byk lg web yg lebih bermanfaat nk dijenguk..

    kalau sy, mmg serabut bila berhadapan situasi mcm jiajah..

    last hope, kekalkan berdoa dan solat hajat..semoga Allah lindungi kita2 semua dr berlaku zalim ke atas diri sendiri

    Allahu yusaa’iduni

  3. mekaseh ustad, hati saya pun dah terdetik nak unfriend jer kwn saya dr Fb tu..sbb tadi ternampak lg dia upload pic dia tak bertudung. Pastu saya ckp sendiri, kalo mcm ni saya pun lelama dpt dosa baik toksah berkawan dlm FB biar tatau dari tau hati sakit.

    Faezah Hannah, saya bukan 24 jam layan FB pun, saya akan online untuk update stok dan ambil order, yg geramnye tiap kali saya online tu la terpampang aktiviti dorg tuh. huhuhu menguji kesabaran sungguh.

    1. tegur dia dulu.. lepas tu unfriend je.. takyah susah2 hati pasal org lain punya perangai πŸ˜€

      1. ustaz saya nak tanya baru2 ni di gemparkan virus di (FB) bah kan virus tersebut mampu membawa ke fitnah .disebabkan tersebar nya gambar lucah melalui nama kita sendiri, sedang kan ianya tidak dibawa masuk oleh tuanya sendiri. mcm mana ustaz” virus tersebut boleh menuduh kwannya ke fitnah sehingga dia sanggup mengatakan kwannya minat gambar lucah dan penyebar? ustaz saya takut pekara ini boleh merenggangkan persahabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme