Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Mimpi Dibelit Ular Hitam

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada ana :

assalamualaikum ustaz.. baru2 ni sy mimpi dibelit & dipatuk ular hitam.. rasa x sedap hati bila pk psl mimpi ni.. apa pendapt ustaz??

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, sekali lagi Ustaz Love nak tegaskan (sama seperti di entry2 lepas), Ustaz Love bukanlah orang yang layak untuk mentafsir mimpi.. Sebab Ustaz Love tidak belajar apa2 pun berkenaan tafsir mimpi ini. Dan Ustaz Love juga merupakan seorang yang tak berapa ambil berat tentang mimpi ni..

Bagi Ustaz Love, kebanyakan mimpi ini adalah mainan tido semata2.. kalau tido tu kosong je, mcm tak best plak.. sama jugak mcm kita duduk termenung.. kalau termenung kosong je, mcm buang masa je rasanya.. kalau termenung sambil berangan2 jadi jutawan ke, jadi hensem ke, jadi anak raja ke.. sedap la sket nak termenung tu.. kihkih

Tapi tak dapat dinafikan, kadang2 mimpi juga boleh menjadi petunjuk.. terutama mimpi orang2 beriman dan beramal soleh (kalau mimpi para Nabi itu, ianya merupakan wahyu dan semestinya benar).. Mimpi orang2 beriman ini (spt dinyatakan dalam hadis sahih) adalah satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian.. Namun, amatlah sukar untuk menentukan kebenaran sesuatu mimpi itu, kecuali la bila dah berlaku perkara yg dimimpikan..

Kalau terlalu percaya dengan firasat mimpi, dikhuatiri terjatuh dalam perbuatan syirik, iaitu meramal masa depan.. hanya Allah saja yg mengetahui apa yg berlaku pada masa depan.. manusia mahupun jin tak mampu mengetahuinya kecuali dengan izin Allah.

Cuma, berkaitan dengan mimpi dibelit ular ni, kalau selalu orang dok tanya kat Ustaz Love, Ustaz Love akan jawab supaya hati2 masa tido.. tutup semua lubang2.. takut2 nanti memang betul ular masuk dlm rumah dan membelitnya.. kihkih.. Ustaz Love melawak je..

Berdasarkan apa yg Ustaz Love tahu (melalui pembacaan dan perborakan dengan geng2 muallij – pengamal perubatan Islam), mimpi ular ni ada kaitan dengan gangguan jin. Sebaiknya bila bermimpi sebegitu, maka ludahlah 3x ke kiri (isyarat meludah je.. bukan meludah betul2 siap berkahak plak lagi.. kihkih) dan membaca ta’awwudz (a’uzubillahi minas syaitonir rajim).. kalau masih lagi diganggu mimpi itu, ulanginya dan alihkan posisi tidur.. kalau masih lagi diganggu mimpi tersebut, maka bangunlah.. dan ambil wuduk serta solat tahajjud, mohon Allah pelihara kita daripada gangguan jin dan syaitan..

Mimpi dipatuk atau dibelit ular takde kaitan dengan rombongan peminangan.. kalau berlaku pun, ianya cuma kebetulan.. sbb ular takde kaitan dengan peminangan.. belum pernah lagi berlaku dalam sejarah, orang jadikan ular sebagai barang hantaran perkahwinan.. jadi, kat celah mana perkaitannya pun Ustaz Love tak tahu.

Jika selepas bermimpi itu, saudari mengalami perasaan murung, sakit2 badan dsb, maka pergi la berjumpa doktor.. kalau doktor pun tak dapat nak kesan apa penyakitnya, maka saudari ikhtiar la berjumpa dengan pengamal perubatan Islam.. sebagai langkah berjaga2 saja.. kalau takde apa2, alhamdulillah.. kalau ada ‘apa2′, maka boleh cepat2 dirawat.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

60 Comments

Add a Comment
  1. betulkan…. tapi ada juga mimpi yang tak boleh nak dibuang, asyik teringatnya….
    tapikan ustaz, kalau yang tidur berdengkor tu, apa yang dia orang tengah mimpi ek hahahha

    1. kalau berdengkur tu, tandanya ada masalah saluran pernafasan.. Ustaz Love tak ingat baca artikel kat mana.. tapi dia bagitau, orang yg tido berdengkur ni berisiko kena stroke semasa tidur.. jadi, kalau suami2 berdengkur tu, sebaiknya bawak gi jumpa doktor untuk cek kesihatan.. jangan pasang kapas kat telinga plak.. kihkih :D

  2. sy pon pk mcm ustaz…sy xambil tahu sgt psl mimpi2 nih…sbb sy ade bace kt mane tah…dia kata lau kite nk dpt mimpi yg betul2…kene wat smbhyg sunat ape tah pastu kene bace mcm zikir bagai…bykla keje…spya mimpi tu bkn mainan dpd syaitan…hoho…insyaallah ALLAH sentiasa bersama dgn kite…xyah tkt bende laen…=)

    1. amalkan adab tidur.. insyaAllah, Allah hantar malaikat untuk menjaga kita sepanjang malam sampai ke Subuh.. ;)

      1. Salam ustaz, saya bermimpi ular juga.. tapi saya memang amalkan adab tidur.. 4 kul,kursi, selawat, syahadah, doa tidur..biasanya nk tidur saya memang ambil wudu’ sebab saya dari kecil memang selalu kene “tindih”…sampai sekarang..macamana ya?

          1. salam ustaz..sye brmimpi satu ulat hitam yang besar dan teramat panjang..orang mcam biasa jew ngan ular hitam ni..pastu ular tu masuk dalam rumah saya dan masuk dalam bilik ayah sye,,ayah sye ckap ngan ular 2..kau dtg nk tebuk ak kew??tebukla..ayah sye ckap..pastu ular 2 pon pg ggit kt blakang kpala…pastu mak sye tuding ular tu,,mak ckap..smpai ati wat ak macm nie..lepas gigit ayah sye..ular tu keluar..die x usik owg lain pown..ape mksud mimpi ni ustaz??

  3. sy pon pernah tanya pada ustaz sblm ni…
    pasai mimpi ni..sy pernah terlena selepasa solat asar..mungkin penat selepas habis kuliah..saya terlena dalam 30 minit..masa tu saya bermimpi saya kemalangan dan menyebabkan kaki saya patah dan terus terjaga dari tidur td..saya tengok kaki saya ok, takde patah..syukur saya..jam 6 ptg sy menaiki motor dengan kawan untuk ke satu tempat. namun apa yg terjadi, mimpi yang saya alami td, benar2 terjadi selepas itu.saya excident dan kaki kiri saya patah….alhamdulillah..3 tahun dah peristiwa itu.

    1. mungkin ianya satu kebetulan.. apa pun benda dah berlaku.. bersyukur kerana Allah telah melindungi saudara ;)

  4. Salam, ustaz…kalau binatang lain, ada kaitan tak dengan sihir/jin jugak? Saya macam pernah dengar kat TV ada ustaz tu kata macam tu..tapi tak ingat details.

    1. Salam sonatahazwa..

      Ustaz Love pun tak dapat nak pastikan.. tapi, menurut pengamal perubatan Islam, mimpi binatang hitam spt anjing hitam, kucing hitam, kala jengking, ular dsb boleh jadi ada kaitan dengan sihir / jin.. tapi kalau mimpi awang hitam, itu tandanya anda bakal terkena jerat percintaan dgn awang hitam.. kihkih.. Ustaz Love melawak je :D

  5. terbawa kesini dari fb.. melalui komen org… huhu… saya ni bukan jenis yg rajin cari or ikut blog org… tp almaklumlah klu dah terserempak ngan memana blog, lepas baca satu entry, baca satu lagi, and another, and another.. huhu…

    menarik ttg blog ni, ada msg islamik, tp cara penyampaian x bosan… dah “favorite” kan, tp rajin menyinggah ke x lepas nih, wallahualam~ :)

    keep it up! semoga cara penyampaian mcm ni smpi kepada org yg selama ni inaccessible melalui dakwah konvensional… i.e: me. XD

  6. hehe.. tula. Kalau terjaga tengah2 malam sebab mimpi binatang menakutkan macam tu, memang jantung laju n kena zikir banyak2 untuk tenangkan hati…baru boleh tidur semula..

    1. nak tahu apa mimpi yg lebih menakutkan daripada itu? iaitu mimpi melihat diri sendiri dalam mimpi.. 2 3 kali terjaga baru bleh lepas drp mimpi tu.. hehe :D

  7. salam ustaz.. sebelum ni sy mmg pernah mimpi psl anjing hitam dan rangka hidup.. dan mmg ada org yg berniat jahat dgn sy.. sbb tu bila mimpi kali ni buat hati sy x berapa best.. apapun.. saya tawakal pd Allah SWT.. hrp2 tiada perkara buruk yg berlaku…

  8. ustaz macam mana pulak saya ada termimpi pasal di rogol 2 org lelaki dan terkena buatan org…??bleh bg p’jelasan yg ustaz tahu…sekadar pengetahuan sahaja bukan kepercayaan…

    1. jika selepas mimpi itu, masih terasa sakit2 seperti dirogol, ada kemungkinan ianya perbuatan jin (jin asyiq.. yg suka bercinta dgn manusia).. kalau takde rasa apa2, kemungkinan ianya cuma mimpi dan khayalan tidur semata2.. WA

  9. Ustaz, adakah org yg sudah meninggal boleh menghubungi kita melalui mimpi?Dlm mimpi itu dia seolah2 berpesan supaya sy menjaga dan memerhatikan anak2 perempuannya.Kebetulan, sy memang rapat dgn anak2 prmpnnya itu.Arwah bapa mereka byk berjasa pd sy sekeluarga.Terima kasih ustaz..

        1. waalaikumussalam..

          bergantung pada apa yg dimimpikan itu.. kalau mimpi jadi Kamen Rider, maka agak mustahil untuk menjadi kenyataan.. kalau mimpi jadi orang kaya, maka tak mustahil untuk menjadi kenyataan sekiranya selepas bermimpi itu, kita berusaha dan bekerja kuat untuk menjayakannya.. bukan setakat mimpi tanpa usaha, maka ianya sekadar angan2 ;)

  10. salam,ustaz love..bercakap psl mimpi ne, aritu saya ader la mimpi sesuatu..org cakap mimpi ne kdg2 xkan terjadi kalau kiter tak fikir tp mimpi y saya alami ne sayer x pernah pn fikir..saya mimpi sy ditenggelami tsunami bersama kawan2..tapi dalam mimpi tersebut saya dapat nampak mayat sy terdampar di salah sebuah tingkap di sebuah bangunan berdekatan tempat tsunami tsebut..boleh tak ustaz terangkn mksud mimpi tsebut?sy cari tp xjumper..huhu..tq ustaz..

    1. salam yellow_duck…

      Ustaz Love tak pandai mentakwil mimpi ni. Cuma berdasarkan makluman yg Ustaz Love dapat daripada pengamal perubatan Islam, mimpi melihat diri sendiri ada kaitan dengan gangguan jin. Ustaz Love tak nak fokus kepada perkara tersebut. Mungkin saudari boleh menilai keadaan saudari sekarang ini sama ada sedang melakukan / bergelumang dengan perkara2 yg boleh mendatangkan musibah spt maksiat dan dosa. Jika tiada, anggap saja ia merupakan suatu peringatan daripada Allah.

      Tiada kaedah untuk mengesahkan maksud sesuatu mimpi, melainkan apa yg dimimpikan itu telah benar2 berlaku. Ambillah sikap pertengahan, iaitu jangan terlalu percaya / memikirkan tentang mimpi itu, sebaliknya banyakkan berdoa semoga Allah menyelamatkan kita daripada segala musibah yang melanda.

      WA

  11. assalamualaikum….
    saya ada mimpi bertemu malaikat maut yang memakai baju hitam…sudah dua kali saya mimpi perkara ini…malaikat tersebut mengambil nyawa saya…apakah maksud mimpi saya ini…boleh ustaz tafsirkan x?

    1. waalaikumussalam…

      Ustaz Love minta maaf.. Ustaz Love tak pandai nak tafsir.. Ustaz Love pun tak pernah bertemu dengan malaikat, apatah lagi nak tafsirkan pasal kedatangan malaikat yg memakai baju hitam. Nasihat Ustaz Love, tingkatkan amalan dan banyakkan melakukan kebaikan. ;)

      1. assalamualaikum…ustaz…baru2 nie saya ada mimpi tentang berlaku kiamat…matahari naik ikut barat dan turun ikut timur…begitu juga bulan…manusia bertempiaran dan ketika itu,saya hanya mengucap kalimah syahadah bayak kali dan berharap segala kesalahan sya diampunkan dan Allah menerima taubat sya…adakah itu bermaksud dosa saya bayak dan pintu taubat sudah tertutup untuk saya?

        1. waalaikumussalam…

          sekali lagi Ustaz Love tekankan, Ustaz Love tak pandai nak takwil mimpi ni.. cuma sekadar menjawab persoalan berkenaan dosa dan pintu taubat itu.. Ustaz Love tak mampu nak bagitau saudara banyak dosa ke, pahala ke.. semuanya hanya akan diketahui di akhirat nanti.. sbb di dunia ini, kadang2 kita sangka kita buat pahala, tapi belum tentu amalan kita itu mendatangkan pahala.. ada kemungkinan ia mendatangkan dosa.. Jadi, persoalan dosa dan pahala itu, serahkan saja pada Allah untuk menentukannya..

          Berkenaan bab taubat itu, seperti yang diceritakan dalam hadis, pintu taubat terbuka luas selagi mana nyawa belum sampai ke halkum (dah nazak) atau selagi belum terbit matahari dari sebelah barat (iaitu apabila berlakunya kiamat dunia).. jadi, pintu taubat masih lagi terbuka luas buat kita semua.. rebutlah peluang yg ada ini untuk memperbanyakkan taubat dan melakukan amal soleh. Itu lebih baik daripada terlalu memikirkan akan tafsiran mimpi itu ;)

  12. salam..sya nk tnye ustaz ni,apa mknanya mimpi sseorang yg dah mati??dlam mimpi tu arwah tengah dimandikan dan sya pun terlibat sama termasuk semua ahli kluarga sya..tolg sya ustaz.

    1. salam nurul…

      Ustaz Love tak dapat nak pastikan maksudnya.. anggap saja ia sebagai peringatan sbb setiap orang akan menghadapi kematian ;)

  13. Asalamaualaikum ustaz…sy ingin btanya mengenai mimpi.mak saya bermimpi berada di mekkah pada waktu itundia berdiri diatas bukit dtg 2 org yg mmpunyai sayap menanyakn mak saya”adakah kamu kenal lelaki disana itu”?mak sy pun mnjawab tidak!!lalu 2org yg bsayap itu mngangkat mak saya utk temukan mak sy kpada lelaki itu,dan mak sy terkejut lelaki itu adalh suami saya apabila mak melihat rupa suami sy dia tkjut krna muka suami sy pada waktu itu sgt lah hodoh dan kotor..mak sy hairn pada waktu itu mak mertua sy tdk memperdulikan suami sy mahu pun berapa kqli suqmi sy memanggil dia..lalum2 org yg mmpunyai syap pun beitahu mak sy”INILAH PADANYA”..ustaz sy ingin tahu apa mksud mimpi itu krna mak sy bermimpi subuh dlm jam 3pagi..

    1. Waalaikumussalam puan nina..

      Ustaz Love tak tahu nak tafsir mimpi2 ni.. cuma, mungkin puan boleh menceritakan mimpi ibu puan ini kepada suami.. kalau2 dia ada melakukan sesuatu yang tak sepatutnya.. kalau beliau tak mengaku, maka puan abaikan saja.. ada kemungkinan mimpi ibu itu sekadar mainan tidur (walaupun mimpi berada di Mekah).. sbb taktik syaitan nak memecah-belahkan perhubungan manusia ni ada macam2 cara.. ;)

  14. Salam Ustaz Love..
    Sy mempunyai seorang ‘Kawan Lelaki’, dan tanpa sy sedari sy ad menyimpan perasaan terhadapnya dalam diam, Tapi ‘Lelaki’ itu hanya menganggap sy hanya’KAWAN’ biasa shj.

    Satu hari Kawan sy ad perkenalkan kpd sy dgn seorg lelaki lain utk dijadikan sy calon isteri.Kawan sy nasihatkan sy utk membuat solat istikharah dhulu utk mengetahui yg mna satu pilihan sy.

    Jadi baru-baru ni, sy buat solat istikharah meminta ptunjk jodoh yg baik utk sy, sy lakukan selama 4 mlm, dan dlm setiap malam sy mimpikan lelaki yg sama (yang sy ada simpan perasaan terhadap dia) dalam mimpi itu, dia tersenyum kpd sy.

    Tapi sy tak ykin btulkah Dia adalah jodoh sy, sedangakn lelki itu tiada perasaan utk sy.atau mimpi sy ini hanyalah mainan perasaan sy shj yg trlalu Sayangkan dia hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

    Sy buntu dan harap Ustaz LOVE dpt bntu sy.

    1. Sebaiknya saudari berterus-terang dengan kawan lelaki itu tentang perasaan saudari terhadapnya. Jangan main agak2 saja. Bab perasaan ni, kita kena jelas. Kalau kita dah sukakan seseorang, kenapa kita nak kawen dengan orang lain yg kita tak suka? Berusahalah untuk mendapatkannya dengan cara yg betul. Jangan sekadar menunggu dan berharap.

      WA

        1. jika saudari masih berteka-teki, mungkin saudari akan lebih kecewa bila suatu hari nanti beliau memilih org lain sebagai pasangan hidup, sedangkan saudari dah menyimpan harapan sepenuh hati. juga mungkin persahabatan saudari akan renggang bila saudari menyedari betapa sakitnya mencintai seseorang dalam diam dan akan menyebabkan saudari menjauhi dirinya dan dirinya akan tertanya2 kenapa saudari menjauhkan diri.

          Apa pun, persahabatan antara lelaki dan wanita ada batasnya.. jangan peduli seandainya renggang sekalipun, sebab suatu masa nanti (bila masing2 dah berpasangan), pastinya akan renggang juga. berbeza dengan persahabatan sesama jantina. jadi, rebutlah peluang yg mungkin hadir sekali seumur hidup sebelum disambar oleh orang lain.

          hiduplah dengan berani, bukan dengan berteka-teki.

  15. Salam ustaz. saya telah menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang dan berniat untuk mendirikan masjid bersamanya. Saya telah menyarankan pasangan sy untuk melakukan solat sunat istikharah. Begitu juga dengan saya.

    Suatu pagi yang hening dlm jam 2 pagi. saya telah melakukan solat sunat istikharah. Selesai sudah melakukan solat sunat istikharah, saya tidur dan mendapat mimpi.

    –> Saya mimpi saya melihat pasangan saya duduk dan pasangan saya sedang bergaduh dengan ibu saya. Saya amat sedih melihat mereka bertengkar.

    Apakah yang dimaksudkan dengan mimpi tersebut? Saya sangat menyayangi pasangan saya dan saya yakin dengan pilihan saya ini.

    Dahulunya ibu saya menyarankan saya untuk lekas berkahwin dgn psngan saya. Namun, sejak akhir-akhir ini bila saya mnyuarakn hasrat agar ibu saya bertemu dengan kedua org tua psngan saya (datang merisik). Ibu sy seolah olah memberi alasan. Katanya saya jgn terburu-buru. Bila saya berbincang dengan ibu saya tntang perkara ini (untuk mengahwini psngan sy). Saya dan ibu mula bertegang urat. Bertegang urat kerana bagi saya ibu tidak faham bahawa saya ingin mnghalalkan sesuatu hubungan bersm psngan saya. Saya tidak mahu bercinta lama-lama. Namun ibu memberikan alasan supaya saya perlu lebih kenal hati budi sy kerana perkahwinan bkn main-main.

    Sudah berthun saya mengenali psngan saya kerana dia adalah rakan setugas saya. Namun baru 3 bln ini hati kami melahirkan perasaan lbh drpd seorg kwn antara 1 sama lain.

    Adakah mimpi saya berkait rapat dengan apa yang terjadi antara saya dengan ibu saya skrg ini? Saya bingung. Saya berbelah bahagi. Saya menyayangi ibu saya. Saya juga menyayangi pasangan saya. Tidak putus berdoa supaya hubungan saya bersama psngan sy diakhiri dgn kbhgiaan dan mndpt restu kedua org tua kami.

    1. perbuatan saudari bertegang urat dengan ibu sendiri itu lebih patut saudari insafi dan memohon maaf kepada ibu, sebelum saudari nak cerita pasal nak menghalalkan hubungan yang haram (berkahwin). Ada betulnya saranan ibu itu, kerana mengenali semasa menjadi sahabat berbeza dengan mengenalinya sebagai kekasih. Sama bezanya bila mengenali beliau sebagai suami. Ambillah masa bertaaruf dulu. Lalui proses yang sepatutnya (suruh beliau datang merisik), berkenalan dengan keluarga dsb.

      jangan ikutkan sangat kehendak hati.. berilah masa kepada diri sendiri menilai sedalamnya sebelum membuat keputusan yg besar dalam hidup. tersilap langkah dalam memilih, mungkin saudari akan menanggung kesan seumur hidup. jangan fikirkan yang indah2 je, kena tengok juga kesan dan akibat serta risiko tindakan saudari.

      WA

  16. salam ustaz..
    saya dan suami tinggal berjauhan,suami sambung belajar..sy sering bermimpi suami ada perempuan lain dan mimpi tersebut amat la kerap.saya stress sangat2.tapi bila suami ada disisi saya,tidak ada perubahan yang berlaku,contohnya suami saya tak ada la nk menyorok handphone ke…bila dia ada dengan saya,saya tidak rasa dia ada perempuan lain,hampir 24 jam dia meluangkan masa dengan saya.dan suami saya sangat jarang keluar rumah
    tapi saya stress bila memikirkan kekerapan bermimpi suami curang.saya harap ustaz dapat menolong.terima kasih

    1. salam ustaz…
      berkenaan mimpi sy bagi tahu bukan brmakna saya inginkan ustaz tafsirkan disebalik mimpi saya ni.saya cuma nak minta pandangan ustaz kenapa dan mengapa diri saya dibelenggu dengan mimpi yang saya rasa ia boleh merosakkan rumah tangga saya.adakah saya terlalu berfikir memandangkan suami berada jauh.suami saya hanya balik apabila cuti semestar.tp insyallah bulan 3 ni tamat la pengajiannya.kadang2 bila suami bagi tau nak keluar dengan kawan2 saya jadi berfikiran negative dan macam2 ada dalam pemikiran saya ni.SAYA sering tanya dia adakah dia ada orang lain selain saya dan jawapan yg diberikan mestila cakap tak ada.sebenarnya tiada perubahan sikap pada dia cuma saya terlalu memikirkan mimpi2 yang kerap terjadi.sy stress sangat2 sampaikan saya rasa fadeup.KADANG2 saya marah suami tanpa sebab.PALING UTAMA BILA DIA KEluar dengan kawan2,MULA LA TIMBUL PERASAAN SYAK WASANGKA DAN MARAH2.TAPI SEBENArya dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan ayah yang sangat penyayang.APA YANG SAYA inginkan sedaya upaya dia penuhi .kadang2 saya rasa bersalah pun ada.please hel me…tq

  17. Assalamualaikum wbt.

    Saya bermimpi, dipatuk ular sebanyak 3 kali dalam mimpi yang sama. Seekor ular hitam dan ular senduk mematuk di kedua-dua belah tangan saya. Ular hitam hanya mematuk sekali dan terus hilang. Tetapi ular senduk, mematuk dua kali. Kali kedua ular senduk tersebut datang ingin mematuk kepala tetapi saya berjaya menangkap ular tersebut dan memegang kepalanya menyebabkan ular tersebut mematuk kali kedua di pergelangan tangan saya. Tetapi, saya berjaya membunuh ular senduk tersebut.

    Didalam mimpi tersebut saya dapat merasai bisa dan kesakitan yang teramat sangat sehingga saya sedar, saya masih dapat merasainya. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


four + 8 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site