Gigi Emas Lebih Berharga Daripada Gigi Palsu!!

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari!!

Para Gamers Meh Tengok Sini!!

Soal Jawab : Kurangkan Nafkah Anak

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang bernama lyliese :

Salam ustaz..macamana pula jika suami memberi nafkah yang beribu untuk seorang anak sedangkn keperluan suami itu sendiri tidak mencukupi? Kepada siapakah suami perlu merujuk tentang jika hendak kurangkan nafkah anak itu? Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat semasa bercerai dan perjanjian itu juga dibuat kerana terpaksa. Boleh ustaz tolong jelaskan bagaimana cara yang baik untuk menyelesaikan masalah ini..terima kasih ustaz..

Ustaz Love tak pasti yg bertanyakan soalan ni sama ada wanita atau lelaki.. Kalau wanita yang bertanya, mudah je Ustaz Love nak bagi cadangan.. iaitu terima je apa yg bekas suami berikan (selagi mencukupi keperluan nafkah anak). Kita hidup atas dunia ni pun tak lama.. kenapa nak susahkan orang dengan sikap berdendam kita itu.. sepatutnya bekas suami isteri boleh berbaik dan berkawan demi kepentingan anak2.. bila dah berbaik, kekurangan kat nafkah anak itu takkan menjadi suatu masalah yg besar sehingga nak naik turun mahkamah. Kalau tak dapat terima jumlah tu, bagi la kredit kat bekas suami.. mungkin masa ni beliau cuma mampu bayar separuh je.. nanti bila dah ada duit (bisnes dah masyukk ke), baru la mintak bakinya.. kiranya bagi hutang kat bekas suami la.

Jika yg bertanya ini lelaki (biasanya Ustaz Love camkan jantina berdasarkan nama samaran.. ataupun melalui email.. tp yg ni takde email), maka Ustaz Love cadangkan agar berbincang baik2 dengan bekas isteri berkenaan nafkah anak ini. Tak perlu sampai naik ke mahkamah lagi.. kerana mahkamah dah buat keputusan tentang jumlah bayaran yg perlu dibayar sebagai nafkah anak.. tetapi ia bergantung juga atas kemampuan bapa tersebut.. Kalau bapa tu tak bayar nafkah pun, mahkamah tak boleh ambil tindakan kecuali kalau bekas isteri / keluarga membuat aduan.. kalau isteri yg jenis tak kisah pasal nafkah anak ni, lagi takde masalah.. Cuma ada masalah dosa je.. sbb abaikan nafkah anak.. kecik ke dosa ni? Nak tau kecik ke besar, tunggu la tengok kat akhirat nanti.

Ustaz Love suspek yg bapa ini adalah seorang yg kaya.. sbb itu nafkah untuk seorang anak pun beribu2 sebulan.. tapi bila dah jatuh miskin (sbb perniagaan jatuh ke, muflis ke), nak belanja anak makan roti canai pun kadang2 takde duit. (T – T)

Islam tak bertindak kejam terhadap sang bapa.. Islam menjaga kebajikan semua pihak.. maka, Ustaz Love cadangkan, sekiranya perbincangan dengan bekas isteri gagal, maka saudara ambil la seorang peguam untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Ustaz Love pun tak pasti tentang prosesnya.. mungkin saudara boleh merujuk dahulu kepada pegawai kaunseling keluarga dan perkahwinan di jabatan agama.. Ustaz Love tak berapa mahir sangat bab prosedur tuntutan mahkamah ni..

Ustaz Love pun tak pasti apakah jenis perjanjian perceraian yg ditandatangani itu.. jika ianya perjanjian penyelesaian luar mahkamah, mungkin dah tiba masanya untuk menyelesaikannya di dalam mahkamah.. sbb nafkah beribu2 untuk seorang anak tu, Ustaz Love rasa mcm tak munasabah.. tapi mungkin juga munasabah kalau gaya hidup bekas isteri dan anak itu agak mewah (sekolah swasta, ada maid untuk jaga anak, tuition di tempat2 tertentu dsb).

Juga jangan tinggalkan solat hajat dan istikharah.. semoga Allah memberikan jalan keluar yg terbaik buat sang bapa itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 Comments

Add a Comment
  1. Salam,ustaz..sy merupakan isteri pd suami tersebut.Suami mempunyai seorg ank lelaki dgn bekas isteri terdahulu.Mmg x munasabah dgn nafkah yg diberi sebab sebagai isteri, sy tahu kemampuan suami sy setakat mana. Sanggup ikat perut demi untuk memenuhi nafkah anak tersebut.Mmg sy x pernah halang sbb sy tahu berdosa jika seorang ayah tidak memberi nafkah pd anaknya.Sy juga mempunyai seorang anak bersamanya dan faham jika kebajikan anak terabai.Masalahnya di sini, bekas isteri itu selalu meminta2 sedangkan yg dibagi sudah lebih mencukupi.Selalu menggunakan anak demi kepentingan sendiri.

    1. Apapn, terima kasih pada ustaz atas pendapat yang telah diberikan dan sudi berkongsi cerita dengan sy.Diharap semua ini dijadikan panduan.Bukan niat sy untuk membuka cerita rumahtangga sy tp sekadar berkongsi cerita.Maaf andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa..yg baik dr Allah, yg buruk dr sy..

      1. Kadang2, bila kita berkongsi, beban tekanan itu akan dapat dikurangkan.. cuma jangan tersilap kongsi (dgn org2 yg tak sepatutnya), takut2 nanti masalah lain plak yg timbul.. hasil perkongsian ini, dapat memberikan panduan dan manfaat kepada yg lain.. dan juga dapat membuka ruang kepada orang lain yg lebih layak untuk memberikan komen ;)

    2. Salam puan lyliese..

      Alhamdulillah.. hasil perkongsian entry ini, Ustaz Love telah menerima satu komen daripada seseorang yg terlibat secara khusus dalam bab2 tuntutan nafkah ini.. berikut adalah jawapan beliau :

      Sesungguhnya kesan perceraian termasuk nafkah anak tidak akan sama spt sblm bercerai. Biasanya si anak & istri harus menerima hakikat bahwa biasanya selepas bercerai, BIASANYA anak2 akan dpt kurang dari yg biasa mereka dpt ketika mak ayah masih bersama..& jgn sekali2 expect utk mendpt jumlah nafkah yg sempurna sampai ribu2 melainkan ayah mereka dari kalangan yg amat berada.

      Byrn utk kereta adalah sama sekali tidak patut termasuk dlm nafkah anak kerana itu adalah perkara yg bukan dharuriyyat, malah hajiyyat pun tak lepas utk pelajar IPT…hanyalah tahsiniyyat semata2. Maka mahkamah Syar’iyyah pasti menolak andainya ada tuntutan termasuk installment keter.

      SEMUA anak2 (termasuk ibu2 mereka) harus sedar akan kesan perceraian & kerana itulah ia satu2nya perkara halal yg amat dibenci Allah ta’ala.kerana sesungguhnya kehidupan semasa berumahtangga & setelah bercerai HAKIKATNYA adalah tidak sama.. Maka jgn hrp ketika bersama mereka hidup senang bersama si bapa, & setelah bercerai pun tetap sama..most of the times, TIDAK.

      Dlm menilai amaun nafkah, adalah kurang tepat utk seorang ibu (yg menuntut nafkah anak2nya) utk berjuang bg mendapatkan sesuatu amaun yg benar2 mencukupi secara tepat kerana sesungguhnya itu pastinya tidak akan mampu diberikan oleh bapa, oleh kebanyakan bapa setakat pengalaman yg sy ada kecuali bg bapa yg ‘kilang duit’.

      Sedangkan pensyarah IPTA pun mengakui tak mampu bila bekas istri menuntut sehingga ribu2, inikan bapa yg keja biasa2.. Keperluan anak2 tidak akan dpt disempurnakan secara penuh oleh si bapa tanpa bantuan si ibu setelah bercerai melainkan jika si anak berada di bawah jagaan bapa.

      Jln terbaik sekiranya bapa tidak mampu atas sbb2 tertentu utk menyempurnakan nafkah yg penah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syar’iyyah ialah dgn berbincang secara baik & tenang dgn bekas istri utk pengurangan (dgn menunjukkan sbb atau bukti kenapa perlu dikurangkan)..& eloklah ke mahkamah rendah Syar’iyyah supaya direkodkan persetujuan pd kadar yg telah dipersetujui & paling baik melalui proses SULH, yakni kaedah perbincangan bersama dgn dibantu pegawai Sulh mahkamah. Si bapa boleh failkan permohonan mengubah perintah nafkah (yakni utk pengurangan) & istri juga boleh failkan permohonan yg sama (sekiranya mengetahui bahawa bekas suami kini mampu beri lebih dari yg penah diperintahkan mahkamah).

      Alhamdulillah.. inilah jawapan yg Ustaz Love rasa paling tepat sekali.. semoga menjadi panduan bagi puan suami isteri ;)

  2. Tambahan :

    “Satu lg perkara yg ramai perlu ingat bahawa terdpt bekas2 istri yg menuntut amaun nafkah yg tidak masuk akal terutamanya setelah mendpt nasihat peguam.. Peguam biasanya menyarankan agar amaun diletakkan tinggi supaya mana la tahu kot2 dpt jumlah yg disarankan atau at least kurang sket dari tu. Ada kes2 lain di mana si bekas istri tuntut byk2 kerana dia pun turut nak guna duit nafkah anak yg diberikan bekas suami. Kebanyakan kes duit adalah dibayar secara memasukkan ke dlm akaun bank & akaun bank tersebut biasanya atas nama bekas istri…maka andainya disalahguna, jgn merungut sekiranya yg diberi tak mencukupi.”

  3. Alhamdullillah syukur sy pd Allah kerana ustaz dan insan yg berkongsi sudi membantu sy yg buntu dlm masalah ini.Sekurang2 nya sy sudah tahu kepada siapa sy harus tuju utk menyelesaikn masalah ini.Next time sy akn cerita kisah yg lain kerana semua ini adalh benar2 berlaku.Doakn sy dan suami berjaya dlm tuntutan ini kerana
    sy percaya suami sy telah teraniaya oleh bekas isteri beliau.

    1. alhamdulillah.. cepat2 la uruskan perkara ni.. jangan biarkan berlarutan hingga menjadi semakin besar.. Ustaz Love doakan yg terbaik buat semua pihak ;)

    1. Salam ustaz..saya kembali lagi..untuk pengetahuan ustaz, saya dan suami telah ke mahkamah pada 24/11/2011 untuk perbincangan SULH tetapi bekas isteri beliau tidak hadir. Kemudian, mahkamah terus menetapkan tarikh bicara pada 15/12/2011 namun bekas isteri beliau juga tidak hadir. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah bolehkah sesiapa yg mempunyai pengalaman berurusan dengan Mahkamah Syariah Petaling Jaya memberitahu saya bagaimana cara untuk saya tahu mengapa proses penyampaian afidavit memakan masa yang lama sedangkan alamat lengkap bekas isteri beliau telah diberikan pada pihak mahkamah dan bekas isteri beliau tinggal di Petaling Jaya juga. Saya dan suami betul2 kecewa dengan pihak Mahkamah Syariah yang seolah2 bekerja sambil lewa sedangkan kami memang mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik dan adil untuk kebaikan semua pihak. Mungkin kami ini bukanlah dari org yg terkenal atau orang yang berada tapi sekurang2 nya pihak mahkamah bertanggungjawb dalam menjalankan tugas tidak kiralah kerani sekali pun. Sudah cukup dengan satu panggilan bahawa kes ditangguh atau memberitahu afidavit tidak dapat disampaikan kerana masalah2 tertentu. Insyallah kami boleh memberikan kerjasama. Bila tiba masa perbicaraan, hakim memberitahu bahawa tiada menerima apa2 jawapan dari pihak Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Oleh itu, kes ditangguhkan pada tarikh 02/02/2011. Itulah jawapan yang kami dapat setelah tunggu berjam2 dan sanggup dipotong gaji kerana kehabisan cuti tahunan. Saya akui bahawa dalam keadaan ini pihak mahkamah ingin memberikan keadilan kepada bekas isteri beliau supaya hadir tetapi bagaimana keadilan itu pada kami yang tetap hadir walaupun kes ditangguh beberapa kali, sedangkan bekas isteri beliau tetap tidak menghadirkan diri dan sampai bila kes ini akan tertangguh dengan ketidakhadiran bekas isteri itu. Di sini, saya tiada niat untuk memburuk2 kan bekas isteri beliau tetapi memang kami tidak akan mendapat kerjasama yg baik dengan bekas isteri beliau tambahan perkara ini melibatkan wang. Disebabkan itulah kami menyerahkan sepenuhnya pada mahkamah supaya menyerahkan afidavit tersebut kepada bekas isteri beliau. Kami sebenarnya inginkan keadilan dan saya sebagai isteri dan seluruh ahli keluarga kami menyokong penuh tindakan suami kerana suami saya telah lama teraniaya. Di manakah keadilan untuk kami?Walau apapun, saya percaya ini adalah dugaan untuk kami dan kami redha dengan apa yang akan berlaku dan telah berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..wallahualam..terima kasih ustaz..sekadar ingin meluahkan terkilan di hati dan sesiapa yang sudi memberi bantuan..sila lah berkongsi..hanya ALLAH yang mampu membalas jasa baik kalian..

      1. Salam puan lyliese..

        Ustaz Love ingat nak jawab kat sini je.. tapi perlukan penjelasan lanjut dan Ustaz Love kena buat rujukan dulu. Jadi, buat sementara waktu ini, harap puan lyliese dapat bersabar dulu dan banyakkan solat sunat serta bersedekah dan berdoa semoga Allah memudahkan urusan puan. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry ;)

  4. Terima kasih byk2 ustaz..sy hargai segala usaha ustaz dan menerima pendpt dr ustaz atau insan lain dengan hati terbuka..

  5. saya ibu ank satu…saya nk tanya ustaz…berapa nafkah untuk ank seorang…maklum la sekarang kan keperluan ank sangat inggi…..

    1. nak tentukan berapa nilainya itu agak sukar.. sbb setiap orang berbeza kemampuan dan perbelanjaannya.. sebab itu, kes berkaitan nafkah anak ini kena dibicarakan dan ditentukan oleh hakim setelah mendengar hujah kedua belah pihak (bekas suami dan isteri), barulah boleh ditentukan nilai nafkah yg sepatutnya ;)

  6. Assalamualaikum,ustaz..

    Sy puan Lily ingin meminta jasa baik ustaz supaya memberi pendpt atau pandangan ttg kes suami sy memandangkan ustaz mungkin mempunyai ramai kenalan sbb sebelum ini ustaz pernah membantu sy. Kisahnya begini,dari bulan 11 tahun 2011,kes permohonan mengurangkn nafkah anak (kes suami sy) hingga kini masih belum selesai. Sy dan suami sudah buntu dan bosan dgn penangguhan kes. Alasan hakim,ingin memberi peluang kpd bekas isteri beliau sedangkan secara terang2 penangguhan kes disebabkn oleh bekas isteri yg memberi mcm2 alasan,contohnya sudah upah peguam tp peguam x hadir atas sebab tertentu. Di sini, sy inginkan kepastian, bolehkah alasan tersebut diguna pakai dlm mahkmh dan bagaimana sekiranya alasan tersebut terus digunakn oleh bekas isteri untuk terus menangguhkn kes kerana setiap kali kes tangguh,setiap kali itulah suami terpaksa membayar jumlah nafkah yg beribu sebulan dan dlm masa yg sama suami telah disaman oleh bekas isteri beliau kerana tidak membayar tunggakan nafkah yg setiap bulan semakin bertambah. Kedua2 kes sedang berjalan sekarang. Di sini, sy memohon bantuan ustaz atau sesiapa saja yg boleh membantu sy dalam usaha meringankan masalah suami sy. Dalam hal ini, adalah tidak adil untuk kami tapi kami terpaksa tempuhi demi keadilan dan undang2. Terima kasih..

    1. Waalaikumussalam…

      Sebarang keputusan tertakluk pada budi bicara hakim.. kalau hakim nak teruskan, beliau akan teruskan.. kalau hakim rasa perlu tangguhkan, maka beliau punya hak untuk menangguhkan kes..

      Ustaz Love nasihatkan agar puan dan suami melantik seorang peguam untuk mewakili pihak suami. Ia lebih memudahkan kes berjalan dengan lebih lancar. InsyaAllah

  7. Assalamualaikum,ustaz..

    Terima kasih atas jawapan segera dr ustaz dan pendpt yg ustaz berikan. Sy pernah minta pendpt seorg peguam syariah dan peguam tersebut menyarankn supaya tidak mengupah peguam kerana kes suami sy sudah hampir selesai. Masalahnya, hingga kini tidak selesai kerana masalah yg sengaja diada2 kn oleh bekas isteri beliau utk melengah2 kan kes. Setiap kali tangguh setiap kali itulh jumlah tunggakan hutang makin meningkat. Suami sy memang x mampu utk membayar jumlah hutang tersebut dan disebabkn kurang mampulh,kes ini timbul. Sy percaya, Islam tidak akn membebankn umatnya tp jika suami tidak membayar hutang tersebut, beliau akn dipenjarakan. Tidakkah ini akn membebankn suami, saya dan keluarga. Apakah jalan terbaik untuk keluar dari masalah ini sedangkn suami tidak pernah mengabaikn tanggungjwb memberi nafkah terhadap anak beliau bersama bekas isteri. Sekian,terima kasih..

    1. Waalaikumussalam..

      Ustaz Love tetap sarankan agar puan mengupah seorang peguam.. untuk selesaikan kes ini dan kes saman daripada bekas isteri tersebut.

  8. Assalamualaikum,ustaz..

    Terima kasih atas nasihat ustaz..insyALLAH sy akn usahakn utk dptkn peguam yg terbaik..

    1. waalaikumussalam..

      alhamdulillah.. dalam menangani kes2 seperti ini, kita memerlukan bantuan daripada mereka2 yg pakar.. adalah lebih baik kita tuju ke tempat yg lebih tepat daripada kita teraba2 mencari jalan sendiri yg dah tentunya akan mengambil masa dan tenaga serta wang ringgit yang tak sedikit jumlahnya ;)

  9. assalamualaikum ustaz,sy pon ada masalah yg sama,bekas isteri minta nafkah di luar kemampuan saya…

    1. waalaikumussalam.. uruskanlah dengan cara rasmi melalui mahkamah syariah.. kalau nak ikut tuntutan sendiri, tokey balak pun boleh bangkrap dibuatnya :D

      1. assalamualaikum ustaz….sekarang saya sudah pon dpt surat tuntutan nafkah dari biro bantuan guaman. sedang kan saya x pernah putus memberi nafkah dan setiap perbelanjaan anak2…apa yang perlu saya buat…. masih bole ke sy berurusan dgn mahlamah syariah sbb sy dh dpt surat dr biro bantuan guaman. bekas isteri saya tetap nak tuntut..dan meminta nafkah lebih dr yang selalu saya bagi…sedangkan saya x mampu dan dia juga tahu berapa baki gaji saya. selama ni sy berlembut.bekas isteri minta motor kepunyaan saya..saya bagi. sehingga saya kene berhutang lagi beli motor yg lain untuk kegunaan saya bekerja.

        1. Waalaikumussalam..
          Takpe. Tuntutan tu akn diputuskn oleh hakim selepas bicara dlm mahkamah juga nnt. Sebaiknya saudara meminta bantuan peguam drp Biri Khidmat Guaman / mengupah peguam syar’ie untuk mewakili saudara dlm kes ini..

  10. sy ade seorg ank x sah taraf.sy brcdg utk ambil semula ank sy..slps bersalin seminggu sy srh ank sy pd org..masa tu sy dlm kesusahn..pasangan sy wktu xde kja ttp..so sy srba salah n trpksa buat kputusn srh kn nya pd org..sy brcdg nk kwin pd thun dpn..sy menyesal ata apa yg brlku..tlg beri kn cadangan…terima kasih..

      1. Assalamualaikum ustaz, saya ingin mengajukan satu soalan. Harap ustaz dapat membantu. Saya bekerja dan suami saya bekerja sendiri. Pendapatannya buat masa sekarang adalah RM700.00 sebulan. Beliau mempunyai 3 orang anak bersama dengan bekas isterinya. Tiap-tiap bulan, suami saya akan membayar nafkah anak-anaknya dengan memasukkan ke dalam akaun isterinya sebanyak RM400.00 sebulan. Sekarang sudah masuk tahun ke 4. Semakin lama, saya semakin makan hati, kerana tiap-tiap bulan suami saya akan kelam kabut bank-in duit nafkah anak-anaknya kerana tidak mahu bekas isterinya menganggunya. Tapi, bagaimana dengan saya? Saya terpaksa beralah demi untuk memberi kesenangan kepada bekas isterinya yang selalu memberikan alasan dan menggunakan anak-anak mereka sebagai modal. Pada cadangan ustaz atau sesiapa sahaja, dengan RM700.00 tersebut, berapa banyakkah yang harus diberikan oleh suami saya sebagai nafkah anak-anaknya. Terima kasih di atas apa-apa sahaja pertolongan dan cadangan yang diberikan…

  11. assalammulaikum ustaz..di sini sya nk tanya mcm mane nak buat bila suami langsung tak endahkan perintah makamah utk byar nafkah ank2.spatut nya majikan bekas suami yg bank in duit ke akaun ank2 sya…tp mereka tak buat…kes sya ne bkn nya bru ustaz dh 7thn,tp bekas suami msh lepas tangan.tolong lh bg sya cadangan.terima kaseh ustaz.

    1. puan kena adukan perkara ini ke mahkamah syariah. sebaiknya puan dapatkan dulu nasihat guaman tentang cara bagaimana untuk bertindak..

      Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam, Tingkat 8, Wisma Kraftangan, No. 9 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 603-2693 3585

  12. Salam ustaz..perlu ke seorg isteri tuntut hak anak2 dripd bapa ny..sy dh bpisah dgn suami slama 6bulan dan kes blum slesai..dn slama 6blan hny skali bkas suami bg wang blanja ank2 itupn hny rm100 sy tk pnh mnta bkas suami yg bg sb sy redha dgn hdup kami ank branak skrg biar lah susah sng kami dn tk mahu myusahkn bkas suami..adakh btul cara sy ni ustaz mnta pndangan dri ustaz ..terima kasih

    1. tak betul cara tu.. anak itu tetap anak kepada bapanya (bekas suami). maka bekas suami bertanggungjawab terhadap nafkah anak2. walau susah macam mana pun, beliau kena cari jalan untuk selesaikannya. jika tidak, beliau akan menjawab depan Allah nanti.

  13. salam ustaz.. bekas isteri saya menuntut pelbagai tuntutan nafkah anak-anak di mahkamah, sedangkan saya sudah berumahtangga semula setelah dia tinggalkan saya dahulu krn nak kawin dgn bf dia.. bila x jadi dia ambil smua anak-anak saya seramai 4 org secara senyap-senyap dan buat tuntutan krn dendam sbb dia yg rancang kawin tp tak jd kawin tp saya pula yg kawin dulu dr dia.. jodoh saya ni mmg x dirancang tp tuhan ketemukan kami, saya pening sbb tuntutan dia tak munasabah dan diluar kemampuan saya, gaji bersih saya dlm rm1500.00 sedangkan bekas isteri tuntut satu anak rm500.00 , jika dikalikan 4 maka rm2000.00 sebulan, saya pening ustaz, sampai saya stress tahap gaban, proses perbicaraan masih berjalan ustaz dan semangat saya semakin hilang bila memikirkan masalah nafkah ini, malahan bekas isteri x beri anak-anak berjumpa dgn saya dgn menghasut anak-anak bermacam tohmahan, dah bertahun saya tak jumpa mereka.. tolonglah ustaz apa yg perlu saya lakukan?

    1. Saudara berikan saja nafkah apa yg saudara mampu sementara menunggu keputusan diberikan oleh mahkamah. Sebaiknya saudara mendapatkan khidmat peguam untuk melicinkan proses tuntutan ni.

  14. salam…ustaz,sy inginkan kepastian dr keraguan yg mengusutkan dlm pemikiran sy ni…sy mempunyai seorang anak dengan bekas suami sy…namun kini sy tlh berkahwin skali lg dan mempunyai seorang ank…tiap2 bulan bekas suami berikan 400 nafkah anak…yg menjadi keraguan sy…ape hukumnye jika suami sy kini iaitu bapa tiri kpd anak sy…sering saja menggunakan duit tersebut utk membeli barang2 keperluan anknye yg msh kecil…sy menjadi serbasalah…mohon ustaz berikan pendapat kpd sy…trma ksh ustaz…

    1. hukumnya haram sbb wang itu bukan haknya.. dan beliau tiada hak untuk menggunakan wang tersebut utk apa2 pun tujuan yg tak melibatkan yg empunya hak (anak2 bekas suami).

  15. ASSALAMUALAIKUM..
    USTAZ SAYA TELAH BERCERAI DENGAN BEKAS ISTERI SAYA,SETELAH BERCERAI SELAMA 6 BULAN SELEPAS IDDAH SAYA PUN BERKAHWIN DENGAN SEORANG PEREMPUAN YANG SANGGUP SUSAH SENANG BERSAMA.PERSOALAN NYA BEKAS ISTERI SAYA MENUNTUT NAFKAH ANAK SEBANYAK RM500 LUAR DARI KEMAMPUAN SAYA,ANAK MASIH BERUMUR 1 TAHUN 2 BULAN DENGAN GAJI BERSIH SAYA RM1100 DAN ISTERI SAYA JUGA PERLU JUGA NAFKAH ….
    DENGAN GAJI BERSIH YANG ADA SAYA TERPAKSA MENANGGUNG HUTANG KERANA TANGGUNGJAWAB SAYA MENYEDIAKAN PAKAI MINUM DAN KEPERLUAN SI ISTERI DAN GAJI SAYA KINI HANYA ADA RM300 SELEPAS DI TOLAK HUTANG,TIDAK TERMASUK PENGURUSAN DIRI SAYA SENDIRI,APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN UNTUK PENGURANGAN TUNTUTAN NAFKAH ANAK SEBANYAK RM 500 SEMASA KES TUNTUTAN ANAK DI MAHKHAMAH,SYA AMAT STRESS DAN PERLUKAN KHIDMAT NASIHAT DAN PEMBELAAN TERHADAP SEORANG BAPA YANG KURANG BERKEMAMPUAN INI.

    1. Saudara tak perlu stress. Hadapi ujian ini dengan tenang. Kumpulkan segala bukti tentang pendapatan dan perbelanjaan termasuk hutang. InsyaAllah, hakim akan buat keputusan berdasarkan kemampuan bekas suami, dan bukan semata2 atas jumlah tuntutan isteri. Dan saudara cuba dapatkan khidmat bantuan guaman syariah. Jika saudara layak, saudara akan diwakili oleh peguam secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site