I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Obses Dengan Kebersihan

Salam…

Ustaz Love menerima komen dan luahan perasaan daripada laila :

ust,
sy menetap di KL ngan mak..mak pon masih keje lg..mak sy ni obses melampau-lampau ngan kebersihan smpikan bole mendtgkan ketidakselesaan kepada org lain..
mak slalu mara2 sy yg tak sepertinya dan jugak membandingkan sy ngan kakak sy yg obses habis mcm dirinya..
sy byk kali cube ikut ISO kebersihan yg ditetapkan,tp slalunye gagal mencapai tahap yg ditetapkan walaupon pada hakikatnye sy dah lakukan yg terbaik dan mmg dah bersih/kemas/rapi pon..
lg menyedihkan sy,kes mcm ni jd benda besar smpi kene pekik2 d rumah walhal umur sy dh hmpir 30 thn(belom kawen lg)..
skang ni mak suke gune sentimen kematian..cthnye begini: kalo mak mati nnt,umah ni buat mcm mak buat..kalo nak harap kamu nak uruskan kebersihan umah ni ,tak tenteram roh mak nnt..
setelah 2-3 kali mak ckp camtu,sy memberanikan diri menegur mak bhw ade baiknye mak pesan suh sedekah yassin dan al fatihah bile mak dah tiada,hal umah ni bukan nak bwk ke kubur pon..hasilnye,mak kate sy mandai2 ngajar die..

Niat Laila nak menegur ibu itu memang baik, cuma caranya itu yg perlu diperhalusi.. itu dah gaya macam nak menyindir pun ada.. memang la mak tu akan terasa.. kihkih

Ustaz Love tak nafikan yang kat dunia ini, ada ramai juga mereka2 yg obses.. obses dengan kecantikan, obses dengan kurus, obses dengan pasangan, obses dengan cerita2 illuminati, cerita dajjal dsb.. ia merupakan sejenis penyakit jiwa yg Ustaz Love lupa namanya (macam la pernah hafal nama saintifik penyakit tu.. saje je gempak.. kihkih). Ia merupakan suatu sikap yg melampau2 terhadap sesuatu perkara.. dalam hal Laila ini, kisahnya adalah obsesi kebersihan.

Ustaz Love pun tak pasti sejauh mana yg Laila katakan mak tu obses dengan kebersihan.. adakah disebabkan bilik bersepah, lalu mak pun marah, menyebabkan kita menyangka mak tu obses dengan kebersihan? Kalau setakat nak pastikan rumah bersih, takde sampah dan habuk, perabot tersusun rapi, katil kemas, pinggan mangkuk dlm sinki semua dah basuh, baju dah lipat dsb, bagi Ustaz Love, itu bukan obses namanya.. sebaliknya itu dikatakan seorang yg pembersih dan tak suka melihat benda2 kotor dan berterabur ni.

Obses ni tahapnya lebih teruk.. sampai ke tahap bawak losyen pencuci (lupa plak namanya apa.. yg mcm gel, tapi bila sapu gosok2 kat tangan, jadi mcm air) ke mana2.. sbb takut tangan terkena kuman.. lepas bersalam dengan orang, terus cuci tangan.. takut kuman berjangkit dsb, maka itu baru dikatakan obses kebersihan. Jika ada tanda2 sebegini, kena berjumpa dengan pakar psikiatri, sbb ia adalah sejenis penyakit jiwa.. kesannya mungkin boleh mendatangkan mudarat pada suatu masa nanti.

Bagi seorang anak, ambillah mana2 yg baik.. mak suruh bersihkan bilik, sentiasa kemas dan rapi dsb, itu kan satu perkara yg baik? Tak kira la sama ada beliau obses ke, atau tak, kita ikut saja mana yang termampu. Lain la kalau beliau suruh kita buat rumah bagi bersepah, suruh pakai baju buruk, larang kita kemas katil dsb.. benda yg baik, sepatutnya tak jadi masalah untuk kita ikut.. melainkan jika kita sendiri yg agak kurang berdisiplin.. maka susah la nak ikut standard yg agak tinggi yang telah ditetapkan beliau.

Nasihat Ustaz Love, janganlah ambil hati dengan apa jua kata2 ibu.. bersyukurlah saudari mempunyai ibu yang pembersih (atau obses kebersihan menurut pandangan saudari), kerana sekurang2nya kita dapat belajar sesuatu yg baik daripadanya.. sbb kebersihan ini memang dituntut dalam Islam.. dan ia menjadi asas kepada amal ibadah dan diletakkan di bahagian awal dalam kitab fiqh (bab taharah).. berbanding sekiranya saudari diuji dengan seorang ibu yg obses dengan kecantikan.. mungkin rumah akan bersepah2, anak2 tak dapat makan, rumahtangga kucar-kacir dsb.. sbb ibu terlalu sibuk dengan mekap dan merawat wajah serta tubuh..

Takde salahnya cuba mengikuti jejak langkah mak menjadi seorang pembersih.. ia mungkin sangat membantu saudari sekiranya suatu hari nanti, saudari bertemu jodoh dengan lelaki yg pemalas dan tak suka berkemas. Saudari kena banyakkan bersabar.. lepas tu, carilah seorang suami.. bila dah bersuami nanti, mak pun akan segan nak menjerit2 pada saudari lagi.. dan mungkin, waktu tu, saudari akan rindukan suara jeritan mak, sbb dah jauh dari sisi mak.. ikut suami berpindah ke tempat yg lain mungkin..

Tak perlu la saudari menyindir dgn kata2 sebegitu.. bakal mengguris hati mak.. diam itu lebih baik.. dan senyap2 je, malam2 saudari bangun la solat tahajjud.. doakan semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kepada beliau, dipanjangkan umur dengan ibadah dsb.. itu lebih baik daripada cuba berlawan cakap dengan ibu.

Semoga Allah memberikan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan saudari sekeluarga kerana masih ada seorang ibu yang bertindak sebagai pengurus di dalam rumah. Ustaz Love sendiri dapat merasakan, betapa sukar dan serabutnya hidup tanpa ibu, walaupun suatu ketika dulu, Ustaz Love juga termasuk antara orang2 yg rimas dengan leteran dan bebelan ibu.. (T – T)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. heheh cute plak citer psl obses kebersihan tu 🙂
    me buat masa ni obses dgn contest –gigih join contest cari rezeki halal utk anak2 🙂 kira ala2 side income gitu (bila menang lah ) 🙂

    1. alhamdulillah.. sekurang2nya ia memberi manfaat kepada Mama dan keluarga.. banyak cara Allah nak bagi rezeki ni.. mungkin rezeki mama banyak kat contest 😉

  2. salam alaika ustaz.
    saya mungkin hadapi masalah sama macam laila. mungkin ada yang kata perangai macam tu masih normal. tapi bagi kami sekeluarga, itu dah obses namanya. sebab tak pernah sekalipun mak saya akan puji cara anak2nya mengemas. pasti ada je yang tak bersih di matanya walaupun kami dah puas mengemas sebersih mungkin (sehingga saya rasakan ISO yang mak saya tetapkan terlampau tinggi). dan kadang2 yang buatkan kami tak tahan, hanya disebabkan kotor sedikit saja (mungkin disebabkan habuk di atas meja) habis satu rumah teruk dimarahnya. mungkin sebagai anak, kita tak patut menyindir ibu atau bapa. tak elok mengguris hati mereka. tapi pernah tak ibu bapa terpikir kadang2 ada kata2 mereka yang menyakitkan hati anak2???

    1. salam haryz..

      ada 2 3 orang dah yg bagitau perkara yg sama berkaitan bab ni.. nampaknya, memang ramai para ibu yg ‘obses’ dengan kebersihan ni.. hehe.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan dalam entry pasal isu menyakitkan hati anak ni 😉

  3. ustad, saya pun ada penyakit jiwa gak ustad. emosi saya akan terganggu bile ternmpk mender yg bleh menyakit kan mata sy. cth kwn keje saya bini org dlm fb dok buh gambaq dia pose2 gedik camtu pastu tgk komen berderet jantan yg komen memuji kecantikan dia. mana pi komen dari laki dia? apa laki dia tak kisah ke? lagi sakit mata sy bile dia letak pic2 dia tak kai tudung..penat gak saya sindir2 guna ayat2 terbuka. mcm tak heran je ish tak kan sy nk sound direct plak.

    lagi satu ustad bile sy ternampak kawan2 keje saya lelaki muslim menglike fan page arak mcm tiger beer dan mcm2 lagi bleh tgk di blog saya. saya ada luah kan kegeraman saya kat sana. like je tade apa ye ustad?

    like bermakna kite suke dan sokong dengan produk tu. tak haram ye ustad?

    tolong la ustad sbb makin hari saya makin sakit hati tgk gelagat kwn2 saya ni. takut esok saya tak tahan sy sound direct jer. jgn lepas tu saya kena lempang sudah huhuhuhu.

    1. waduhh.. kok sakit jiwa dgn kelakunya orang lain.. kihkih..

      insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan dalam entry 😉

  4. saalam ustaz..
    akk dulu pun obses dgn kebersihan. smpai cadar katil beralih sikit pun akk akn betulkan. suami akk jenis yg org kata..penyapu telentang tngh rmh pun dia takan alih, dia langkah aje. akk pulak jenis yg tak suka membebel..lama2 akk penat nk buat benda tu semua..jd akk biokan aje..buat aje apa yg patut.maleh nak buat benda yg org lain tak hargai..

    1. salam kakyon..

      itulah keistimewaan lelaki.. boleh buat tak tahu dengan selambanya.. hehe 😀

  5. ust,terima kasih atas pandangan ust..sy bukan berniat nak derhaka..
    tp mmg serius obses, ust oiii..
    tak dpt gambarkanmcm mane obsesnye beliau..makcik2 yg dtg bertandang pon nmpk tak selesa..
    smpikan kalo g umah org,die leh tegur org tu pnye habuk..
    adeh,kdg2 naik segan pon ade..mmg la niat menyindir tu slh,tp kdg2 bile dh slalu kene pekik,diri ni tak sngaja terkeluar ayat yg mgkin menyakitkan hati mak..mmg sy akur dgn kesilapan sy tu..
    umah sy sentiasa dikire bersepah sbb kalo ade rmbut sehelai di atas lantai pon dah jd isu ‘tidak kemas’ dan ‘bersepah’..lantai mau sentiasa berkilat..mmg bagus bersih,sy mmg cube ikut..sy sndri rimas kalo bersepah..tp ISO sy masih belom dpt mencapai tahap beliau…smoga mak dilembutkan hati..

    1. semoga Allah melembutkan hati saudari untuk menerima ‘perangai’ mak itu.. dan juga melembutkan hati ‘mak’ untuk menerima seadanya perangai anak2nya.. kerana derhaka itu tak memerlukan niat.. apa jua perbuatan yg mengecilkan hati ibu bapa, kita dikira bersalah (kecuali kalau ianya melanggar batasan syarak.. spt ibu suruh beli arak, tetapi kita tak nak, lalu ibu berkecil hati).. menjaga hati ibu bapa adalah kewajipan bagi anak2.. sementara menjaga hati anak2 adalah dikira bonus bagi ibu bapa.. sentiasalah memohon ampun dan maaf dengan ibu bapa (tak perlu tunggu waktu raya).. paling baik adalah setiap hari sebelum masuk tido.. insyaAllah, amalan itu mampu melembutkan hati kedua2 pihak 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme