I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Kurang Sensitif Perasaan Anak

Salam…

Ustaz Love menerima komen dan luahan daripada seseorang yang menggelarkan dirinya “anak derhakakah saya?” :

Assalamu’alaikum ustaz. Kalau xsilap, ini kali ke-3 sy mnulis kpd ustaz utk mdapatkn pndapat, nasihat.

Ustaz, hati sy kosong wktu ni. Sy perlukn nasihat yg boleh menenangkan dan mnguatkn hati sy. Sy ada urusan di suatu tempat, sudah hampir smnggu dan kbetulan, ibu sy baru mberitahu yg dia akn pergi ke rumah saudara pd hari ini. (Hari ini sy masih ‘dalam’ urusan tsebut) Jd sy maklumkn pd ibu sy yg sy xdpt bjumpanya di rumah saudara bkenaan krn urusan yg msh blumslesai. Ibu sy mbalas, “Kdg2, ank2 org lain snggup tnggalkn kerja, kawan2 utk bjumpa ibubapa sndiri”

Boleh sy katakn, sy bkecil hati dgn kata2 ibu sy. Ustaz, utk makluman, baru 2 mnggu lps sy pulang ke kg bjumpa kluarga. Sy xpernah putus mngirimkn wang utk kperluan mereka wpun hakikatnya, sy tpaksa mngikat perut di kl ni. Sy sntiasa mlebihkn kluarga hgga sy tangguhkn plajaran, hngga teman lelaki sy ‘risau’ akn keadaan kami stelah bkahwin jika sy terus-terusan TERLALU m’utamakn kluarga.

Andaipun sy tdk punya hal, sy perlukn rehat sy. Sy penat dgn kerja. Sy malah xpunya knderaan utk mmudahkn sy bgerak ke sana sini pd bila2 masa, sesukahati sy.

Sy tahu Ustaz, syurga sy masih dbawah telapak kaki ibu sy. Sy jg tahu, bkn hrta yg ibubapa hrpkn dr anak2 tp phatian.

Sy nk tahu, tidakkah sy yg bstatus ‘anak’ ini jg perlu dfahami dan dhormati. Bgitu mudahnya ibu sy mbandingkn sy dgn org lain yg punya klebihan masa, hrta dari org lain. Sy sedih. Sy mnangis saat mnulis ni Ustaz.. Bantulah sy dgn nasihat2 yg blh mnenangkn hati sy…

Nampaknya, saudari memang banyak pengetahuan tentang kewajipan menghormati dan menjaga hati ibu.. saudari juga sedar tentang keinginan ibu untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang anak2 berbanding harta.. saudari juga tahu yang duit bulan2 yg saudari berikan kepada ibu itu, bukanlah apa2 pun.. kerana bukan itu yg para ibu inginkan.. tapi, kenapa agaknya saudari masih lagi sukar untuk menerima hakikat ini?

Nyatalah, pengetahuan saja tak cukup bagi sesiapa jua pun.. kerana ilmu dan pengetahuan itu adalah seumpama stereng yang memandu arah.. namun, untuk menggerakkan seseorang itu beramal dengan ilmu pengetahuannya, adalah enjin.. iaitu iman.. Iman adalah keyakinan dalam hati yang dilafazkan melalui lidah dan diamalkan dengan perbuatan. Jika mengetahui, tetapi tidak mampu nak amalkan, maka itu tandanya iman ada masalah.

Saudari sangat faham dan mengetahui bahawa ibu itu adalah manusia terpenting di dunia dan membawa kepada akhirat.. dan saudari juga sangat mengetahui bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa, syurga bawah telapak kaki ibu dsb.. Tapi, kenapa agaknya saudari mengambil berat juga akan kata2 teman lelaki yg ‘risau’kan situasi selepas berkahwin jika saudari masih lagi mengutamakan keluarga? Bukankah seorang ‘bakal suami’ itu perlu melayan keluarga mertuanya (selepas berkahwin) nanti seperti mana melayani keluarga dan ibu bapa sendiri?

Sebenarnya, saudari ada jawapannya untuk semua persoalan itu.. Tinggal saudari nak menyedarinya sekarang, ataupun menyedarinya waktu akan datang, yang mungkin waktu itu telah pun terlambat untuk menyedarinya.

Kasih sayang, sindiran, kemarahan, menyakitkan hati dsb itu adalah merupakan asam garam dalam kehidupan.. waktu ini kita makan masak lemak cili api, terasa sangat pedasnya.. sampai tercirit2 akibat sakit perut.. kita rasa mcm dah tobat tanak makan dah.. tapi suatu masa nanti, kita pasti akan terasa2 keenakan masak lemak cili api itu, dan masih lagi mampu untuk memakannya untuk beberapa kali lagi sesuka hati kita.

Suatu masa, waktu ibu kita dah tiada, kita akan terkenang2, betapa merdunya suara sindirannya, betapa rindunya kita dengan bebelannya.. tapi sayangnya, kita takkan jumpa dah pengalaman sebegitu.. walaupun ketika itu kita dah punya duit yg banyak, kereta yang berlambak..

Jika ibu suka banding2kan dengan orang lain, cuba saudari bandingkan betapa diri saudari masih punya ibu yg suka membanding2, berbanding mereka2 yg dah tiada ibu.. mcm Ustaz Love ni.. kesian taww (T – T)..

Nasihat Ustaz Love, sementara saudari masih lagi berada di bawah tanggungjawab keluarga (belum berkahwin), luangkanlah sebanyak masa yang boleh dengan keluarga.. walau sesibuk mana pun, sekurang2nya sehari sekali kena call tanya khabar dengan ibu.. bila berpeluang nanti, ambil la masa berbincang dengan ibu (dalam keadaan penuh hormat) tentang perasaan saudari.. insyaAllah, ibu akan memahami.. sekiranya ibu tak nak memahami sekalipun, sekurang2nya saudari dah mencuba.. saudari takkan rugi apa2 sekiranya mencuba untuk slow talk dengan ibu.. tetapi sangatlah rugi saudari memendam perasaan sehingga melahirkan dendam terhadap ibu sendiri..

Banyakkan solat sunat dan berdoa semoga Allah menyelesaikan masalah saudari ini dengan sebaiknya.. dan banyakkan membaca al-Quran serta berzikir, kerana ianya akan menenangkan hati saudari, dan menjadikan saudari dapat berfikir dengan lebih waras.

Jangan ikutkan perasaan sangat.. sebaliknya terimalah kata2 ibu saudari itu sebagai pemangkin semangat untuk saudari lebih berjaya pada masa akan datang.. insyaAllah, suatu hari nanti, saudari akan berterima kasih dengan ‘kata2 pedas’ sang ibu itu.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. ust,
    sy menetap di KL ngan mak..mak pon masih keje lg..mak sy ni obses melampau-lampau ngan kebersihan smpikan bole mendtgkan ketidakselesaan kepada org lain..
    mak slalu mara2 sy yg tak sepertinya dan jugak membandingkan sy ngan kakak sy yg obses habis mcm dirinya..
    sy byk kali cube ikut ISO kebersihan yg ditetapkan,tp slalunye gagal mencapai tahap yg ditetapkan walaupon pada hakikatnye sy dah lakukan yg terbaik dan mmg dah bersih/kemas/rapi pon..
    lg menyedihkan sy,kes mcm ni jd benda besar smpi kene pekik2 d rumah walhal umur sy dh hmpir 30 thn(belom kawen lg)..
    skang ni mak suke gune sentimen kematian..cthnye begini: kalo mak mati nnt,umah ni buat mcm mak buat..kalo nak harap kamu nak uruskan kebersihan umah ni ,tak tenteram roh mak nnt..
    setelah 2-3 kali mak ckp camtu,sy memberanikan diri menegur mak bhw ade baiknye mak pesan suh sedekah yassin dan al fatihah bile mak dah tiada,hal umah ni bukan nak bwk ke kubur pon..hasilnye,mak kate sy mandai2 ngajar die..

  2. betul kata Ustaz, bila belaiu sudah tiada baru kita merasa kehilangannya, macam yatie langsung tak sempat nak berbakti pada ibu semasa beliau masih hidup, kerana beliau pergi terlalu cepat, waktu yatie masih kanak2,hanya doa yang mampu dikirimkan sekarang

  3. ustaz,
    sy nk tny klu mak ngan ank bergaduh spe yg ptt mengalah dlu??…sbb sy plik mama sy kte sye ego tp ap yg sye tgk mama sy lg ego.. sye kdg2 x thn ngan perangai mama.. sy x nk krg ajar ngan mama tp perangai mama yg wat sy jd krg ajar… mama x pnh langsung phm perasaan sy.. stiap kli kmi gdh sy akn phm perasaan dye… sye akn pkir mse lampau dye yg dye x pnh hidup dlm keadaan cam sy… yela sbb dye idup dikelilingi laki(adq2)…so dye x pnh rse prasaan sye.. kdg2 mama slalu slhkan sye wlupon sye x wat pon stu bnde tu or mama x nh tny nape sye wat sesuatu..
    sye pkir dlu tau b4 sye wat sesuatu .. msti ad rasionl ap yg sy wat… mama asyik nmpk ap ygsye wat tu sume slh… sye da pnt nk gado ngan mama… sy x nk jd ank derhake.. sye x nk mama pkir sy idup ni sbb nk menyusahkan dy je…tlg lar sy ustaz ap ptt sye wat

  4. ust, sy anak tunggal. Org selalu kata sy ni anak manja dan baik dgn ibu ayah. sy x tahu nk ckp camne sbb sy punya perangai lain cam skit. bila sy okey sy okey tp bila sy sakit hati mulalah sy ckp macam2. sy x tahu sy ni jenis camne sbb bila berjauhan dgn ibu bapa sy sedih tp bila dkt sy benci dan rimas, senang ckp sy ni keras di luar dan lembut di dlm ataupun sebaliknya. sy tahu sy bnyk kekurangan mcm x tlg ibu dan x tahu masak langsung….bukannya sy x nk tp sy jenis yg x api, bunyi dan benda tajam. klu sy kata ibu ayah sy jenis yg x ambil kisah sebenarnya x lah juga mungkin sbb sy anak tunggal…..tp kdg2 ibu ayah sy mcm x tahu mslh sy yg sebenar…..tp nnt ibu ayah sy ckp yg mereka mmg kisah tntg sy dan sy yg sebenarnya x pndai ambik hati mereka. ibu ayah selalu pikir yg sy jenis yg x kisah perasaan mereka semata2 sy x tlg wat sesuatu. kdg2 sy selalu ckp yg ibu ayah x kisahkan sy sbb bila sy ckp mereka selalu x dgr ataupun wat benda lain….mcm ibu sy setiap kali sy nk sembang dgn dia, dia selalu main satu game setiap masa tp bila sy tny atau tegur dia akn kata dia dgr dan bila sy tny blk dia x tahu dan juga dia akn salahkan sy sbb x tlg dia. selain tu ibu sy ni jenis yg suka x mengaku salah, kdg2 dia mulakan dulu lepastu sy merajuk dia salahkan sy dan ayah sy pula jenis suka mencantas ckp org lain….dpn org baik blkg x dan sebaliknya. begitu juga dgn ibu sy dpn org merendah2 sy belakang org x atau dpn org ckp baik tntg sy belakng x. bila tny ibu kata dia syg sy tp bila tny lebih2 kata bnci…..begitu juga kata benci tp lepstu tny kt syg. ibu sy jenis yg bila baik ckp mcm2 yg baik dkt sy tp bila benci ckp mcm2 yg benci dkt sy.sy x tahu nk ckp kami sekeluarga jenis yg jht atau benci atau syg sbb perangai ibu ayah dan sy sebenarnya lebih kurang sama agknya sbb tulah selalu bergaduh. sy walaupun bnyk yg sy x tahu, sy bukannya jenis yg bila x tahu sy wat x kisah mcm yg ibu ayah ckp dkt sy, dlm hati sy kisah sngt2 tp ibu ayah x kan memahami mereka tetap kt sy terlampau malu,malas,segan dan sebagainya.mereka kata mereka x kisah klu sy x pandai tp kdg2 marah. lagi satu walaupun sy kdg2 benci, sy tetap berkepit dgn ibu dan ayah sbb sy anak tunggal. sy kalau boleh x nak pisah dr mereka. sy pelik dgn perangai sy ibu dan ayah sy sendiri. sepatutnya kalau benci kena benci betul2 tp tidk

    1. anak2 kena ringan tulang dan rajin menolong ibu bapa. Masa kecik2 dulu, mereka menjaga kita sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Tak ada manusia pun yang sanggup menyentuh punggung orang lain yg bernajis melainkan ibu bapa yang sanggup mencuci berak kencing kita, berjaga malam.. bahkan tiada org pun yg sanggup membawa benda hidup dalam perutnya selama 9 bulan.. jadi, jangan berkira sangat dengan ibu bapa. Soal perangai ibu bapa tu baik ke buruk ke, itu perkara kedua. Perkara pertama yg kita kena jaga adalah perangai dan akhlak terhadap ibu bapa. Berusahalah untuk melakukan apa yg mereka suka dan meninggalkan apa yg mereka tak suka. Itu lebih baik daripada sibuk nak mencari alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita terhadap mereka. Kena ingat, redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa. Kalau nak hidup senang hati tenang, senangkanlah hati ibu bapa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme