I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Tak Merestui Hasrat Poligami

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang bernama lia :

ustaz…saya nak tnya pendapat ustaz dan apa yang harus saya lakukan..saya bru berumur 19 tahun..saya berkawan dgan suami org dah hampir 4 tahun…saya menyesal apa yang telah terjadi..saya tergadai maruah saya untk dia..skrg dia nak kan saya jadi istri no 2…mak dan ayah saya x merestui hbungan kmi….istrinya apatah lagi…apa yang harus saya lakukan…saya x sanggup nak lukakan hati keluarga saya dgan bgtao yg saya dah terlanjur dgan dia…saya buntu ustaz..saya xnak btambah dosa lg..apa yang harus saya lakukan..lupakan dya atau truskan bhubungan dgan dia…skrg dia x nak lpaskan saya sbb dya cakap dya dia dah wat saya mcm 2 dan dya nak jadikan saya istri no 2 dya…tp saya x nmpak jalan pnyesaiyan itu…bantu saya…

Kalau setakat bercinta, itu mungkin masih dalam keadaan terkawal lagi.. tapi bila dah melibatkan perhubungan haram (zina), natijahnya memang sangat teruk. Jika dihukum dengan hukuman had zina (hudud), saudari boleh dikenakan sebatan 100x dan lelaki itu boleh direjam sampai mati. Betapa beratnya hukuman bagi mereka2 yg berzina, tetapi dipandang terlalu ringan sehingga dengan mudah mengatakan ‘terlanjur’ dsb.

Pertamanya, saudari kena bertaubat daripada perbuatan zina tersebut. Bertaubat nasuha dan memenuhi syarat2nya (menyesal, meninggalkan perbuatan zina itu dan berazam tidak melakukannya lagi). Selagi saudari tak bertaubat, selagi itulah kehidupan saudari akan menjadi tak tenteram. Sentiasa dibayangi ketakutan dan penyesalan.

Banyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah.. kerana kebaikan itu akan menghapuskan keburukan yg saudari pernah lakukan.

Setelah itu, saudari mempunyai pilihan untuk memberitahu ibu bapa ataupun merahsiakan perkara itu. Pada pandangan Ustaz Love, sebaiknya perkara itu dirahsiakan.. kerana ianya merupakan suatu perkara aib. Allah telah menyembunyikan keaiban saudari, jadi tiada alasan untuk saudari membuka aib sendiri kepada orang lain.

Kemudian, jika ada peluang, saudari berhijrahlah.. carilah pekerjaan di negeri lain.. kerana ada sebuah hadis yg menceritakan tentang seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang.. beliau disuruh untuk meninggalkan tempat tinggalnya menuju ke tempat lain.. tetapi beliau mati dalam perjalanan.. dipendekkan cerita, Allah menerima taubat beliau dan rohnya dirahmati Allah. Bila saudari berhijrah, ia seolah2 membuka satu lembaran baru dalam kehidupan saudari. Itu lebih memudahkan usaha saudari untuk bertaubat.

Pada pandangan Ustaz Love, takde gunanya saudari menunggu lelaki sebegitu. Memang tiada masalah untuk berpoligami (kalau beliau mampu), tetapi jika sampai berzina sebelum kahwin, nyatalah lelaki itu bukan seorang yang bertanggungjawab (padahal beliau dah ada pasangan yg sah untuk melampiaskan nafsunya). Mungkin mak ayah saudari pun dah nampak ketidakjujuran beliau dalam perhubungan.. sbb itu mereka membantah (sekalipun tak pernah tahu yg saudari pernah berzina dengan lelaki itu).

Nasihat Ustaz Love, lakukan solat istikharah.. minta Allah tunjukkan jalan dan menggerakkan hati saudari untuk memilih jalan yg terbaik. Jika hati saudari lebih berat untuk meninggalkannya, maka buatlah keputusan. Tinggalkan terus lelaki itu. Jangan risaukan perkara2 mendatang (spt kemungkinan beliau menyebarkan aib saudari dsb) kerana perkara itu belum berlaku.

Jika hati saudari cenderung untuk menerimanya sebagai suami, maka berdoalah semoga Allah membuka hati ibu dan bapa saudari serta isteri beliau untuk keputusan poligami ini.

Buatlah pilihan yg terbaik.. kerana pilihan itu ada di tangan saudari.. jika pilihan itu betul, ia bakal membahagiakan saudari untuk seumur hidup.. jika tersalah pilih, mungkin penderitaan saudari akan semakin bertambah berbanding sekarang.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan yang terbaik buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
  1. sentiasa ingat ni mana2 lelaki yang berani menyentuh mana2 perempuan ajnabi,lelaki itu menghinamu, bukan menyayangimu. tambah apa lg alasan dia jika dia gagal mengawal nafsu nye sedangkan dia ada pasangan yg dah sedia halal.

    lelaki mcm ni tak layak dibuat laki huh!!! nauzubillahi minzalik

  2. salam. erm berat gak mslh nie.
    tp ingt sentiasa,Allah tak akan bebankan mslh yg kita tak bleh hadapi. kita sendiri yg selalu buat susah diri. bertaubat jalan utk buka lembaran baru. InsyaAllah,Allah terima taubat hamba yg mahu berubah 🙂

      1. Assalamualaikum ustaz…Saya ingin meminta penjelasan dari ustaz tentang perkara ni…Saya berumur 24 tahun dan masih lagi bujang…Saya mempunyai kemampuan untuk berkahwin,justeru saya memang amat serius dan sedang mencari pasangan…dan dengan takdirNya saya telah berkenalan dengan seorang bakal Ustazah..kami menjalinkan hubungan or ‘couple’ kerana dia masih perlu memberi komitmen dengan pengajiannya.. sememangnya saya berniat ingin menjadikan dia suri dalam hidup saya.saya amat2 yakin bahawa dia adalah jodoh saya dan kami saling menyayangi..latarbelakangnya juga dari kalanangan yang baik2..Namun saya telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang telah menyebabkan si dia membuat pengakuan yang mengatakan bahawa dirinya sudah tidak suci lagi kerana pernah terlanjur dengan kekasihnya dulu….saya amat2 kecewa..tapi dalam masa yang sama saya amat menyayangi dia.Tambahan pula, dia bersumpah dan telah berkali2 meyakinkan saya bahawa dia telah bertaubat dan menyesal dengan perbuatan lampau.. dan si dia juga mengatakan bahawa saya adalah penyelamatnya.dia perlukan seorang pembimbing seperti saya…saya buntu..saya amat sayangkan dia dan dalam masa yang sama saya rasa kesian dan ingin bimbing dia..sya juga takut kehilangan dia..Tapi malangnya saya sering berfikir,mampukah saya nak bimbing dia?Mampukah saya nak menerima seadanya dia?saya takut untuk berdepan dengan hari mendatang walaupun saya tau ketentuan Jodoh di tangan Tuhan….ringkasnya..saya amat sayang dia dan ingin kahwini dia,,tapi takut untuk menghadapi hari kemudian…

  3. kasihan budak ni
    kdg2 bukan salah dia atau mak bpk..
    dia dah menjaga
    mak bpk dan sedaya upaya memelihara
    tpi itulah..
    mcm saya koemn dulu
    bial sex jdi taboo..
    itu lelaki orang ke lelaki menatang?!
    just imagine le esok lusa anka dia plak kena buat mcm tu?!
    kasi potong la bagi mkn hanjing,muleh?!

    (aku paling tak suke manusia gila sex!)

    1. memang kesian.. tapi nak buat mcm mana.. nasik pun dah jadi bubur.. kena pandang ke depan, jangan selalu pandang belakang.. nanti terlanggar batu, jatuh tersungkur.. 😉

  4. ya Allah…rase mcm da ramai sgt jek yg terlanjur skang ni…umur muda lg…mcmne boleh tlibat ngan bende2 mcm nih…seram sejuk bila baca…hoho

    1. ini baru peringkat2 kita.. bayangkan peringkat anak cucu kita nanti.. (terasa mcm muda plak bila cakap mcm ni.. kihkih)

      1. kita?mcm sebaya jek…haha…=p…tula salah mak bapak juga…anak nk kapel2 bg jek…anak nk kuar mlm bg jek…bila da tlanjur da xleh wat ape da…rmai pmpn skang da xkisah keluar mlm2…heran btol…hoho

        1. siang2 pun boleh je nak terlanjur2 ni.. manusia sekarang dah semakin kurang sifat malunya 😉

  5. Mohon Allah jauhkan dari lelaki mcm ni… Nauzubilahi Minzalik ….!!!!! … Sorg adam jika dia myentuh para hawa yg bukan hak ni dan haram bgnya… Dia adalah adam yg tidak baik …. 🙂 … Moga Allah temukan kita dgn Adam yg dia telah tntukan di Loh Mahfuz lagi Amin …. Ustaz Doakan Audra ok … Kita doakn juga ada masalh mcm ni … 🙁 …

  6. salam ustaz terima kasih atas jawapan2 yang diberikan..dan terima kasih juga pda yg lain bg kata2 semangat dan nasihat….maaf saya bru bka dan baca pa yg disampaikan oleh ustaz setelah 2 mngu nie saya baru lpas berubat untk dri saya..ustaz…saya jadi mcm 2 bkan atas dri saya sendri..lelaki tu telah guna-gunakan saya dengan ilmu htam…alhamdllah sekarang saya dah balik ke pangkal jalan…allah masih sayangkan saya untk balik ke jalannya…apa2 pn..terima kasih bnyak2 tntang nasihat ustaz…

    1. salam lia…

      alhamdulillah, Allah dah mudahkan urusan dan selesaikan masalah yg membelenggu.. inilah berkat sokongan keluarga.. tak kira la walau macam mana sekalipun kesilapan yg dilakukan oleh ahli keluarga, bantulah mereka untuk bangun kembali setelah kejatuhan.. insyaAllah, itu lebih baik drp terus buang drp keluarga.. tahniah juga buat keluarga lia yang tak putus asa dalam mencari punca masalah ni.. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup lia sekeluarga.. insyaAllah, amin 😉

    1. akhir zaman ini, dosa dianggap seperti lalat yg hinggap di hidung.. boleh ditepis begitu saja.. sbb itu amat memerlukan kepada kekuatan iman dan amal untuk menghalangnya 😉

      1. btl ustaz..blog ustaz tlh byk mbntu sy mrwt jiwa dlm mcari redha Allah..mperoleh taubat nasuha..

        1. Ustaz Love cuma boleh membantu sekadar termampu.. selebihnya bergantung kepada kekuatan azam kita juga untuk berubah 😉

      2. salam ustaz.pertama skali trima kasih krn blog ustaz tlh byk mbantu mrawat jiwa sy dlm mcari redha Allah..berusaha taubat nasuha..ksh sy krg lbh mcm lia..mnta ustaz tlg bntu beri cara mperoleh ktenangan jiwa..spy x dhntui dosa2 lalu..adakh slagi taubat sy msh blm ditrima Allah,sy xkn mperoleh ktenangan?tlg bantu ustaz..

  7. salam ustaz…
    masalah sy ialah sy ada berkawan dgn sorang perempuan dan sy mahu mengahwininya. tetapi sy sudah beristeri. isteri sy tahu akan hal ni dan dia menghalang. isteri sy menyuruh sy berjanji supaya tidak berhubung lg dgn perempuan tu. isteri sy suruh brjanji agar tidak berhubung lg dgn perempuan tu..kalau sy berhubung juga maka hubungan sy dgn isteri sudah tidak ad apa-apa lg. sy pom brjnji la seperti yg di suruhnya..tp sy tetap berhubung lg dgn perempuan tu. adakah itu 1 lafaz taklik?? dan apa status hubungan sy dgn isteri setelah sy brjanji spt y d suruhnya??

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme