I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Sakitkan Hati Anak

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan haryz khairuddin :

salam alaika ustaz.
saya mungkin hadapi masalah sama macam laila. mungkin ada yang kata perangai macam tu masih normal. tapi bagi kami sekeluarga, itu dah obses namanya. sebab tak pernah sekalipun mak saya akan puji cara anak2nya mengemas. pasti ada je yang tak bersih di matanya walaupun kami dah puas mengemas sebersih mungkin (sehingga saya rasakan ISO yang mak saya tetapkan terlampau tinggi). dan kadang2 yang buatkan kami tak tahan, hanya disebabkan kotor sedikit saja (mungkin disebabkan habuk di atas meja) habis satu rumah teruk dimarahnya. mungkin sebagai anak, kita tak patut menyindir ibu atau bapa. tak elok mengguris hati mereka. tapi pernah tak ibu bapa terpikir kadang2 ada kata2 mereka yang menyakitkan hati anak2???

Ustaz Love tak berhajat nak sentuh lagi pasal cerita obses kebersihan ni.. rasanya dah cukup dah Ustaz Love ulas dalam entry lalu.. Ustaz Love cuma nak ulas part akhir tu je.. wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?

ย Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.

Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..

Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

Begitu juga dalam bab harta.. anak2 tidak boleh mengambil harta ibu bapa (spt yg banyak berlaku sekarang ni.. harta bapa ditukar nama, kemudian sang bapa dihantar ke rumah orang tua), tetapi bapa boleh mengambil harta anak2nya walaupun tanpa pengetahuan anaknya.. Kiranya untuk bapa ini, hartanya adalah hartanya, harta anaknya juga adalah hartanya.. Ustaz Love tak berhajat nak panjangkan huraian tentang perkara ini.. sekadar nak menunjukkan, bahawa melakukan perbandingan antara anak dan ibu bapa merupakan suatu perbandingan yang salah.

Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.

Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.. Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb? Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?

Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita.. mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..

Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri.. padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.

Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..

Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.

Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..

Bila mak marah, apa kata terus pergi peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah buang tebiat?”.. kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

211 Comments

Add a Comment
  1. betullah Ustaz, tapi kadang2 perasaan ni tak mampu nak dikawal, ada juga waktu kena marah, datangnya sakit hati, kat ibu, Astagfirullah….waktu kecik2 dululah ustaz, sekarang ibu dah tak ada

    1. seorang anak yang banyak bersabar dengan karenah ibu bapanya, insyaAllah, Allah akan berikan banyak keberkatan dalam hidupnya.. ๐Ÿ˜‰

      1. Ibu bapa aku kerap kali membanding aku dengan anak2 jiran dan anak2 org lain..aku perap je dalam diri ni,tekanan membuak2,apatah lagi tahun ni nak Spm..ibubapa aku tak tahu betapa merudumnya diri aku sekarang..

      2. Assalamulaikum ustaz…sebagai seorang anak apakah peranan anak sekiranye mak dgn ayah saya bergaduh…ayah saya seorang yang suka marah x tentu pasal…mak dan ayah x bercakap antara satu sama lain sekiranya bergaduh….ustaz tlg bagi nasihat

    1. kalau buat selalu, lama2 mak pun dah malas nak berleter.. takut kena peluk banyak2 kali.. kihkih ๐Ÿ˜€

  2. betul tu ustaz. saya sebelum kahwin, ada juga rasa macam tu. selalu berkecil hati. tapi sekarang bila saya tngah mengandung, saya imbau kembali apa yg saya pernah buat pada mak dulu membuatkan saya dapat rasa perasaan mak saya dulu bila tak buat kerja rumah, jarang-jarang tolong bersihkan laman rumah dan sebagainya lah. ibu bapa mana tak sayangkan anak. saya sokong dengan ustaz, kita kena sedar tahap kita sebagai anak terhadap ibu bapa. tak perlu berkecil hati atau rasa tak puas hati. psikologi memainkan peranan. kenapa lebih hormat pada bos mungkin sebab bos adalah orang baru dlm kehidupan kita dan ibu bapa org lama dalam kehidupan kita. kita memang sayang dan suka akan benda baru berbanding yg lama walaupun yg lama telah berkorban byk utk kita sampai nak putus nyawa.utamakan ibu bapa dalam segala hal. byk berkatnya. jgn kemudian hari, menyesal tak sudah pada yg suka kecik2 kan hati tu..

    1. terima kasih kepada puan kerana sudi berkongsi pandangan dan pengalaman.. semoga ianya menjadi pengajaran yg berguna buat kita semua ๐Ÿ˜‰

  3. ustaz kadang2 saya juga kecil hati dgn ibu saya sbbnya bila saya ckp suara rendah ibu saya silap tafsir pula dan bila ckp suara kuat sikit ,dia kata pada saya marah pula pd dia. mcm mana ni ustaz?

    1. begitulah kadang2 sikap orang tua.. kita sebagai anak kena terima baik buruk mereka.. sbb mereka satu2nya yg kita ada.. jadi, bersabarlah.. banyakkan senyum.. insyaAllah, ia akan menenangkan hati kita ๐Ÿ˜‰

    2. stuju kdg2 ustz bila sy balas apa yg mak sy ckp biar lah sy ckp slow pon die ckp sy melawan sy ni jenis sensitif lg pon kt umh kakak sy slalu cari kesalahan sy ps2 report kat mak dh la dpn sppu n mak sedara malu x terkata setiap hari kene cm tu nk kluar bilik spt mkn ke nonton ke mesti kene mrh skrg sy jrg kluar bilik mlslah nk dengar cemuhan mak

          1. mmg betul ibu banyak berkorban pada anak, tp ibu jugak kena ingat anak jugak manusia mcm ibu ada mempunyai hati dan perasaan, jgn lh mentang2 kita ibu kita cakap sedap mulut jer, kadang tu anak dah jadi mak org pun ada lg ibu jerekah kat anak marah cucu mcm x suka kat cucu, itu tidak wajar berlaku

          2. wajar tak wajar, itu no 2.. konsepnya mudah.. taraf ibu lebih tinggi daripada kita.. maka, kita la yg kena terima segala perangai ibu dan bersabar.. kalau nak tegur atau nasihat pun, kena guna kaedah yg paling baik..

            lain la kalau kita rasa tahap kita lebih tinggi daripada ibu.. sbb tu takde rasa bersalah pun bila menengking2 ibu sendiri, dengan alasan “dah memang salah ibu” ๐Ÿ˜‰

          3. sy berumur 29 tahun, mempunyai 2 org anak perempuan, 5 tahun dan 2 tahun, ibu sy mmg pilih kasih diantara kami 4 beradik itu sy tidak kisah sbb sy dah lali dr kecik mesti kena megalah dgn abg dan adik2 sy, walaupun bukan salah sy, cara ibu sy bercakap dgn sy pun selalunya nada nak marah walaupun benda biasa, apabila suami sy out station sy tido di rumah ibu sy, anak2 sy masih budak dan aktif anak2 sy sering di marah depan sy, walaupun sy hanya diam tp sy terasa sbb itu anak sy, kalu marah biasa tak per ni sekadar tutup tv pun ibu sy marah mcm org besar bukan sekali dua, sudah banyak kali tp sy hanya membisu, sy tak minta tolong ibu sy jaga anak atau kerja apa pun semua sy buat sendiri, sy hanya tumpang jika suami sy out station itu saja, sehingga suatu hari sy di suruh balik ke rumah sbb ibu sy bosan dgn peragai anak sy cucu sendiri, utk pegetahuan ustaz love cucu ibu sy baru 2 org ini anak sy lah, tp kenapa depan suami sy ayah sy ibu layan baik anak2 sy, sehingga kan sy rasa seperti anak tiri, tp bila ibu sy demam tidak sihat sy lah anak pertama yg datang melawat, masak utk ibu, sy beli mcm2 utk ibu, tp ibu sy x hargai tambahan kutuk perberian sy depan sy, anak2 yg lain jgn kata kan nak bg hadiah duit pun tak bg, tp sy bg duit tiap2 bulan, sy sedih sgt tp sy tetap syg ibu sy

          4. Ustaz Love cuma boleh bantu setakat bagi nasihat.. puan mintalah bantuan Allah.. insyaAllah, Allah akan bantu menunjukkan jalan yg terbaik buat puan ๐Ÿ˜‰

          5. ustaz love sy nak tanya 1 soalan andai kata mertua guna kan sihir atau bomoh pada menantu supaya menantu ni sakit atau dibenci suami, perlu ker menantu ini balik lg rumah mertuanya? dan suami jugak kesal dgn perbuatan ibunya dan turut tidak balik jugak rumah ibu bapanya? mcm mana tu ustaz love???

          6. soalan ni memerlukan penjelasan yg panjang.. cewahh.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry jawapan ๐Ÿ˜‰

    1. salam jassnida..

      Ustaz Love jawab soalan ikut queue.. 1st come 1st served.. kecuali yg agak kritikal.. itu belum masuk time sibuk lagi.. terima kasih kerana memahami ๐Ÿ˜‰

        1. salam jassnida..

          kebetulan turn soalan saudari dah sampai.. Ustaz Love dah jawab kat entry terbaru ๐Ÿ˜‰

        2. As salam ustaz. saya menghadapi krisis keluarga yang telah lama. Namun baru-baru ini ayah saya sakit dan telah mengamanatkan adik-adik saya supaya jangan membenarkan saya melawatnya. Saya tetap datang melawat ayah saya walaupun adik-adik marah dan membenci saya. Ustaz, saya tau saya mungkin telah banyak buat kesalahan dengan ayah tapi saya benar-benar telah meminta maaf darinya sebelum ini dan ayah saya memang telah dengan gembiranya menerima saya dalam hidupnya semula. tetapi bagaimana saya hendak uruskan hal adik adik saya pula? Mereka sangat membenci saya. Ibu saya hanya mendiamkan diri.

          1. Air dicincang takkan putus. Percayalah, dengan berlalunya masa, hubungan adik beradik akan dapat dipulihkan kembali. Yang penting, saudara tak berputus asa dan mudah kecil hati. Macam mana degilnya saudara melawat ayah yang sedang sakit, sehingga akhirnya ayah saudara telah menerima saudara kembali, begitulah sepatutnya sikap saudara untuk kembali memulihkan perhubungan dengan adik beradik yang lain.

    2. sis jassnida sy rs situasi sy mcm sis je..cuma bezanya sy blm berkeluarga.kdg2 terasa jugak sebab apa2 kita yg tlg dlu..sy xpernah nk berkira bab duit..duit sy byk hbs pd fmly.adik bradik yg lain tlg hbiskan duit mak lg ada la.sy nak apa2 sy usaha gna duit sndri.adk bradik lain xkiralah yg dah kawen atau blm kalo nk ssuatu mintak je.tu pn sy xberkecil hati.yg sy berkcil hati bila ada ramai adk bradik berkumpul mulalah sy jd mgsa kutukan mereka.apa yg sy buat semua serba tak kena.smpaikan bila sy masak utk dibawa ke ofis kena tuduh sy xikhlas sbb nk menunjuk.kalo adk bradik yg kata sy xkisah tp ni mak sy.bila sy masak kt rumah dorg xmakan pn smpai sudah buang je dlm tong smpah.mmg sedih sgt2.hari tu sy putus tunang tiada siapa pun support dgn kata2 smgt..healing sndiri sbb sy tahu cukuplah ada Allah..tp yg sy sdih bila mak sndri tuduh sy macam2 dan sy xmmpu utk thn hati sy dri terasa dgn kata2 dia.kalo dia terasa mestilah sy anak derhaka..bila sy diam sbb sy dah terasa dia ckp sy melawan..macam mana tu?padahal kalau sy ckp mgkn lg terasa.sy cuma nk jaga hati saya pula.:( mohon pencerahan juga.

    1. jangan menangis baca entry Ustaz Love ni.. lebih baik simpan dulu air mata dan dihamburkan di tikar sembahyang.. cewahhh ๐Ÿ˜‰

  4. salam ustaz.
    macam mana kalau bapa saya sering abaikan saya. menyebabkan saya terpaksa bersusah lagi2 hak kewangan.
    saya masih belajar dan kadang kala bergantung duit dari bapa.
    tapi bapa sering bagi alasan untuk tak hulurkan duit belanja. tapi untuk benda lain beliau boleh keluarkan duit.
    beliau kadang2 lebih pentingkan hal2 lain dari mengambil berat tentang anak2.
    saya mengaku saya kecik hati dengan apa yang dia lakukan.
    saya kadang2 terpaksa bersusah payah meminjam duit dari rakan2 sebab kesempitan tapi ayah langsung taknak ambil tau.

    1. salam aini..

      seorang bapa yg tak bertanggungjawab, akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. itu memang dah jelas.. cuma sebagai seorang anak, saudari jangan jadikan itu sebagai sebab untuk tidak taat kepadanya.. sbb mentaati ibu bapa dan menghormati mereka adalah tanggungjawab anak2.

      jadi, daripada memendam perasaan yg mungkin akan mencetuskan dendam, ada baiknya saudari berterus-terang dengan bapa.. gunakan masa yg sesuai dan bahasa yang paling sopan.. sekurang2nya saudari telah mencuba.. jika beliau masih lagi tidak berubah, tiada apa yg mampu saudari lakukan melainkan berdoa kepada Allah, semoga Allah melembutkan hatinya dan mengubah sikapnya.

      Banyakkan bersabar, kerana setiap kejadian yg berlaku itu ada hikmahnya ๐Ÿ˜‰

  5. assalamualaikum….ustaz, nak tanye sikit….Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

    boleh sy tahu yang ni dari mazhab mane ustaz??

  6. memang kita kena patuh dan sabar dengan mereka. tapi dlm kes saya ni..saya umur 20 tahun.selama saya hidup boleh dikira hari yang mak saya tak marah.. nak dipendekkan cerita, saya ni selalu jadi mangsa marah mak saya. saya ada seorng kakak dan seorng adik lelaki. walau macam2 kesalahan yang kakak & adik saya buat, saya juga yang kena marah. tak tahu lah kenapa mak saya dan saya macam ada badi. kakak saya dan adik pernah suruh saya melawan cakap mak saya. tapi saya bukan seorng yang suka melawan. betul atau salah saya tetap berdiam diri. tapi lama kelamaan hati dan perasaan saya terguris juga.sampai satu tahap saya rasa mak saya melampau sangat. cuba difikirkan kakak saya bawa saya jalan2 dan balik rumah pkul 11 mlm. saya yang dimarah sedangkan kakak saya x dimarah langsung. kakak saya yg bawa kete saya ikut jea..adil ke tu??? adik saya kurang ajar dengan saya, saya x usik atau sentuh adik saya, saya hanya nasihat. nasihat pun dengan nada yang rendah..adik saya mengadu pada mak saya, mak saya tiba2 tampar saya..adil ke 2?? dulu ada arwah nenek, ada tempat saya mngadu nasib. sekarang nenek dah tak ada, saya tanggung lah nasib saya sendiri. nak dicarita apa yang mak saya buat memang tak cukup box comment ni. ustaz tolonglah doakan semoga saya sabar je dengan kerenah mak saya…mudah-mudahan sabar saya ni dibalas dengan kebaikan dari Allah..

    1. insyaAllah.. bila kita sabar, Allah akan balas kesabaran kita suatu masa nanti.. mungkin hasil kesabaran kita, Allah kurniakan anak2 yang taat, perkahwinan yang berkat, harta yang melimpah ruah dsb.. kita takkan tahu apa yg terjadi pada masa depan.. ๐Ÿ˜‰

      1. tu lah…sy sntiasa sabar shj..mudah-mudahan kesabaran saya berbaloi. saya bersyukur kerana saya msih tidak melawan ibu saya. sekurang-kurangnye kita dapat mengelakkan satu dosa dan insyaallah diberi pahala. terima kasih ustaz.

  7. aslmkm . . ustaz ,, sye pent kumpol duet unt0k kegunaan sye .. tp ,, bile sye blik rumh sye tgok duet sye dh hilg dr pndgn .. ble sye tnye ibu sye ,, ibu sye kte ,, die da pkai duet tu .. sye pent kump0l .. tp kalau sye melwn ,, nati org ckp sye ni kurg ajar .. tp sye sket haty ngn ibu sye .. nape ibu sye boleh gune duet sye sesuke hati die ? pdhl lau sye mntak 5.00 sen untok beli barg ,, die xnk bg p0n .. tp duet sye yg hmpir 200.00 inggi tu die ambik ?!!

  8. salam ustaz . apa hukum jika seorang anak melawan percakapan seorang ibu yang sering menuturkan kata kata yang tidak patut seorang ibu berkata pada seorang anak . dan ibu tersebut sering mendoakan perkara2 yang tidak baik untuk anaknya . apa hukum jika anak tersebut menegur dan meluahkan rasa kesal pada ibunya . namun tindakan tersebut menyebabkan seorang ibu tersebut tersinggung dan rasa sakit hati lalu menambah lagi doa2 yang buruk pada anaknya.
    adakah anak tersebut dikira sebagai anak derhaka ?

    1. anak2 walau apa juga keadaan tidak boleh berlawan cakap dengan ibu bapa.. kena berlemah lembut dengan mereka sekalipun mereka bersalah.. tegurlah dengan baik.. jangan ikutkan sangat perasaan.. sebanyak mana pun salah mereka terhadap anak, tak dapat menandingi pengorbanan yg mereka curahkan terhadap anak2.

      jika dengan segala kelembutan semasa menegur itu, ibu berasa tersinggung, maka anak2 tidak berdosa dan terlepaslah tanggungjawabnya untuk menegur..

      WA

      1. Slm ustz, wktu kcil sy mmg nakal.n mak sy pn salu ckp sy anak durhaka. Sy jenis yg salu menyuarakan pndapat. Bila dh besar ni even sy suarakn pndpt sy elok2 pn mak sy ckp sy anak durhaka… Die tuduh sy mcm2.. Even sy dh kawen pn mak sy ckp die sbnrnya xnk sy kawen awl dn xnk kawenkn sy dgn org jauh..pdhal laki sy mmg ckup baek.salu solat masjid, baik, and penyabar dan mmg lain dr famili sy.sy selalu terasa dgn ibu bapa sy..teringat lg wktu sy di peringkat remaja dn sy baru sj mengenakan hijab… Ayah sy marah… Dan bila sy berdiri dgn pndpt sy sndiri yg pmpuan harus mengenakan hijab ..die makin melenting…dn tuduh sy durhaka…die ckp die lebeh tahu ap yg baik sbb die dh hidup lama.. Fmili sy jgk materiaisitk…disbbkn suami sy bdk kpg.. Die memarahi sy kerana mmbenarkan suami sy memakai kain pelekat bila singgah di tmpt kerja.. Die marah sgt2 smpai ckp suami sy mcm bangla….tp bkn slh suami sy sbb die x taw bnda tu boleh memalukan ayah sy..sbb die dikira sbgai org bsr.. Tp bila adek lelaki sy yg x ttp aurat pakai sloa pndek… Tidak pula die pernah mrh…kdg2 sy hairan..terbaliknya dunia sy… Sy sedeh sbb ibu bapa sy mementingkan harapta dan darjat utk menantunya…sedgkn sy nak yg berperilaku baek dn yg beragama.. Sy dn suami sy dua2 doktor.. Ada satu hr.. Ibu sy scr x sngaja tahu ttg impian suami sy utk jd bisnesman satu hr nnt. Ibu sy mrh2 n maki sy..die ckp kalau die taw suami sy xnak smbng belaja utk jd doktor pakar die takkan benarkan sy kawen.. Die kutuk sy lg.. Dan bila sy ckp dgn baek..x ma… Itu hanya perancangn.. Xslh kan utk miliki cita2 sndiri..dan saya defend tanpa menengking dia.. Sy ckp elok2.. Lepas tu die ungkit mcm2 psl sy yg sy ni anak yg slalu sakitkan hati die dr kecik lg.. Mmg sy akui wktu sy muda sy agak nakal dn salu melawan…dan sy dh pun minta maaf..tp dia marah sgt… Sy dh ckp mintak maaf.. Tp die ckp utk masa ni die takkan maafkan sy..sy sedeh..sy dh ckp elok2 pn bgtu lah jdnya.. Sy cuma menyatakan kebenaran.. Dan bukan mbuat apa2 yg boleh mnyakitkan hati dia.. Lalu dia doakn sy bnda x elok… Die doakn spy sy akn dpt blsn drpd anak2 sy nnt. Terkabul ka doa yg x elok utk sy itu? Sy dh cuba yg terbaik tp xtaw lah.. ;(

  9. Ustaz saya selalu melawan cakap ibu dan ayah saya tapi mereka tak pernah marah seteruknya tapi saya rasa bersalah dan saya tak tahu kenapa dia tak marah seteruknya . Kenapa ustaz

    1. Itu kena tanya sendiri dengan ibu dan ayah saudari.. mungkin juga mereka terlalu sayangkan saudari sampai tak sanggup nak marah apatah lagi nak pukul.. akhirnya jadilah saudari seorang anak yg derhaka kepada ibu dan ayah..

  10. Salam ustaz love.. Walaupun apa yg ustaz love tulis tu benar, tapi anak mana yg kecil hati bila mak ayah sakitkan hati kita. Hati ini perih ustaz love, perih sgt, keyword nya bersabar, tapi sbg ank juga ada perasaan, di akhirnya perasan meledak jua…. Air mata menitis di pipi ustaz love. Anak ini hormat mereka, dengar ckp mereka, tapi…. apakan daya. Bukankah mereka juga patut layan anak dgn baik ustaz love, jika mereka ibu bapa yg baik mereka pasti menitikberatkan hati anak2 mereka. Mengapa mak ayah muslim tidak boleh lakukan sebagaimana org barat, bertimbang rasa dengan perasaan mereka, memita maaf sekiranya menyakiti perasaan mereka? Benar, mereka itu bukan muslim tetapi mereka mempunyai morality yg tinggi. People want to have kids but they dont know how to be parents. Hati ini perih, perih sungguh. Direndahkan oleh org parent sndiri, dilayan bgai pengemis di hujung kaki….

  11. assalamualaikum , ustaz . macam mane pulak jika ibu kita melarang kita untuk pegi ke majlis contohnya majlis hari jadi rakan kite ?

  12. Salam,bagai mana pula dgn bapa yg rampas hak anak cara zalim.masa kecil tidak dibela nafkah tidak diberi(becerai) ada kemampuan brkahwin lain ada zuriat 4 org dgn isteri baru,sdgkn saya dua beradik terabai.itu sudah 37thn brlalu.brkhwin kali ketiga,hubungn saya sklrga dgn isteri ketiga bapa(ibu tiri) sgt baik hingga ibu tiri beri pinjam nama utk beli rumh(hnya nama) berikutan gaji saya tak layak utk pnjmn bank.bapa buat saya skluarga mcm ank tiri,sdgkn ibu tiri buat mcm ank sdri.bpuluh thn hubungn saya dingin dgn bapa krna diabaikn,baru ini nk brbaik.itupun krna ibu tiri yg baru ini.ttp..hubungn kami x pnjg ibu tiri mnggl dunia.bapa yg slama ini bkira dgn bmcm hal mula tunjuk taring dgn mrampas hak sbahgian rumah dgn alasan setengah bahgian geran itu ada nama arwah isterinya.sedangkn tidak ada 1sen pun saya pinjam duit arwah atau duit bapa utk beli rumah.hingga bapa dgn bongkak mhantar surat peguam utk mnuntut hak diatas nama tersebut.dalm telefon mmaki saya mnuntut saya serahkn geran.tidak dpt cara itu dia mohon mkmh dgn hibbah bsama saksi palsu bahwa arwh sblum hidup ada hibbahkn pada dia.sdgkn masa arwh hidup sudah bpesan dgn semua rumah saya adalah hak saya jgn ssiapa ganggu hak saya.bapa tipu saya stlh kematian arwh dia meminta maklumat geran dan copy dgn alasan nk tukar kpada nama saya semuanya tp sbalik nya dia rampas secara zalim.sudah lah nafkah smasa kecil tidak dberi,da besar rampas pulak hak anak yg dia x pernah kluar duit walau sesen pun.saya sgt marah..saya sanggup bermandi darah utk pertahan hak saya walau hakikatnya kalah dgn kputusan mkmh.saya tetap akan tggu dia dtg halau saya dri rumah itu dan masa itu akan tepapar dlm akhbar anak bermandi darah bperang dgn bapa.saya tertekan diperlaku sebegini ditindas oleh sedarah dging sdri yg tidak perikemanusiaan.

  13. Assalamualaikum
    Saya nak tanya..kenapa ye sesetengah manusia..Bila seseorang tu pernah wat kejahatan/khilaf..Die tetap akan ungkit benda yang sama sedangkan orang itu sedang berusaha untuk berubah walaupun amal ibadatnya tak sempurna…Saya ambik contoh..sesetengah mak ayah bila die dapat tahu pilihan anaknya tu dulu pernah pergi kelab,minum arak,permainkan perempuan,guna duit perempuan…Mereka xkan terima lelaki camtu sedangkan waktu itu lelaki itu dah tinggalkan benda2 silam..Kenapa mereka menghukum camtu sekali?.

  14. Alhamdulillah. lega rasenye lepas baca cerita2 semua org kat sini. baru sedar bkn diri sendiri je yg ada experience terok. sabar je lah walaupun sakit gila99 hati ni. sabar tu selalu ada hasilnya.

  15. Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya. Adakah seorang anak itu derhaka kalau mak dia mengatakan dia derhaka?

    1. tak semestinya.. kena tgk juga apa perbuatan anak yg dikatakan derhaka oleh maknya.. kalau anak korek hidung masa makan pun dikatakan derhaka, maka ia sesuatu yg tak munasabah.

  16. Salam. Saya pun rase lega sbb rupanya bkn saya sorang je yg mendpt layanan teruk drpd mak saya. Sedgkan saya la yg selalu bg duit kt mak n ayah wlupun sikit. X penh nk nyusahkn mak n ayah

    1. ye ke tak pernah? jangan terlalu takjub dengan diri sendiri sehingga tak nampak kebaikan ibu bapa dan terlupa kelemahan diri sendiri.

      1. salam.ustaz,ayah saya berkahwin 2 dan ibu saya merupakan isteri pertama.dahulu hubungan kami semua baik dan rapat tapi sejak kebelakangan ini ibu tiri saya mula membuat onar dengan memfitnah saya agar hubungan saya dan ayah saya renggang.ayah saya pula mengabaikan tanggungjawab die terhadap ibu saya dan saya yang terpaksa menanggung keluarga sedangkan saya juga mempunyai keluarga.ayah saya telah erpindah ke kuala lumpur bersama iateri muda nya dan jarang2 pulang ke rumah,saya berkecil hati dengan sikap ayah saya.ayah saya juga selalu menyalahkan saya bila saya membetulkan segala fitnah dari isteri mudanya dan anak2 mereka.ustaz,baru baru ini saya juga mendapat tahu ayah saya juga memfitnah saya kepada sanak saudara,hanya Tuhan yang tahu perasaan saya bila mendapat tahu orang yang kite hormati telah memburukkan nama kita.setiap hari saya mendengar luahan perasaan ibu saya tentang sikap ayah dan ibu tiri,hanya air mata kami yang mengalir.ibu saya pula semakin uzur,ayah saya pula tidak menghiraukan nafkah untuk ibu saya.sejak kejadian ini,saya membenci ibu dan adik beradik tiri saya,saya tidak maafkan umpatan dan fitnah mereka.saya juga berkecil hati dengan sikap bapa saya yang tidak adil dan menindas anak sendiri.salahakn saya kerana bersikap begini:'(

  17. bapa saya seolah2 benci pada saya,walau saya da besar asyik pukul,sedangkan masalah timul dari kakak n abg saya,tiap kali ayh sy marah kan saya msti dia akan halau saya,terbaru dia haram kan saya menyentuh harta benda dia sperti kereta,dan berulang2 kali menyatakan bahawa dia menyesali wujudkan saya di dunia ni,malah turut mendoakan kan saya mati cpt dlm bahasa kasar mampos dia kata,ayh saya baran,tapi dgn saya dia benci sgt2,bila abg n kakak lain diberi kemudahan n wang,tp sy diabaikan,saya sbgai ank perempuan yg bongsu kecewa dgn dia..saya xpnh mngamal kan masalah2 sosial pun,.kesan dari segala2 ni sy jadi seperti alzhemir kadang2 sampai tahap cmtu..sy jd seorang pemara,tension selalu,dan bertanya pada diri sy apenasib saya n knp jd begini ustaz..

    1. biasanya Allah akan uji hambaNya sebab nak berikan sesuatu yg lebih baik dan berharga kepadanya.. kena banyak bersabar dan dekatkan diri dengan Allah.. setiap hari jangan lupa baca al-Quran, solat tahajjud, zikir dan doa.. doa dan menangis sungguh2 di tikar sejadah.. insyaAllah, Allah akan mendengar permintaan hambaNya yang teraniaya.

      yang penting, saudari jangan menyimpan dendam kepada ayah.. sbb dendam itu akan semakin menjadikan saudari sakit dari dalam..

  18. Saya selalu Ada masalah dengan ibu Saya. Take sah lah klau tak bergaduh mulut, walaupun benda yang Saya buat bukan salah saya tapi ibu Saya tetap akan salahkan saya. Jadi saya decided tak cakap dgn dia sampai sekarang. Dah hampir 1 minggu saya tak ckp dgn dia untuk menggelakkan bergaduh. Tapi dlm Islam berdosa tak?

    1. Ibu ni jangan bergaduh mulut, sbb kita takkan menang punya.. berdosa kita bertengkar dengan ibu dan berdosa juga kita tak bertegur sapa dengan ibu.. ada baiknya kalau masa ibu tengah membebel2 tu, peluk dia kuat2 pastu cakap “i love u”.. lepas tu lari jauh2.. lama2 mesti dia malas nak bertengkar dah ๐Ÿ˜€

    2. Sy sayang kpd ibu bapa sy, tp sy pun dr sejak azali mmg ade problem ngn mak sy… mak sy org yg berpelajaran tinggi dan cara pemikiran, perbuatan dan perangai mmg orang luar tgk, mcm sombong dan bongkak (org luar yg tgk).. org berjawatan tinggi (gred M54) dlm sektor kerajaan dan telah berpencen 2011 lepas…

      Sy anak sulung dan of cos selalu dimarahi la… apa yg sy buat mmg semua tak di approve oleh mak sy. ayah sy pula jenis yg ikut je ckp mak sy.

      Perangai mak sy yg sy tak bleh terima ialah dia selalu merendahkan sy… dia malu dgn pencapaian akademik : Degree sy yg blaja di kolej yang takde nama… adik2 sy yg lain semua berjaya dgn cemerlang (U)…

      Mak sy jenis ambil berat tentang pandangan orang sekeliling (tak mahu nmpk kelemahan kpd org lain)

      Paling sy tak bleh terima,
      Mak sy akan/lebih percayakan info negatif / fitnah daripada orang lain terhadap sy daripada cerita benar yang sy jelaskan kpdnya. (beberapa kes dh terjadi)

      Mak sy suka mengatakan sy ini “tiada otak” banyak kali setiap kali membebel dan bukankah itu DOA dr mulut dia…? (dr kecil)

      So, sy yg tidak mempunyai kesabaran ni mmg akan melawan dn selalu menegakkan keadilan… sy tahu mak sy takkan berubah… sebab she’s always rite… kn?

      Sbnrnya sy ni anak angkat (susuan) berbintikan kpd bapa angkat sy… sy baru tahu perkara ini 3 thn lps… sy mendpt tahu dr org lain dan bukan dr mulut ibubapa sy sendiri.. sy amat terkilan… sedih… tp mereka tak anggap perkara ini serius… sy diabaikan… nasib ada bf utk memujuk…

      Lebih teruk semasa pertunangan saya, dia kata hari itu adalah hari yg paling memalukan dia sehingga dia sanggup mati drpd berdepan dgn org ramai/jiran…
      padahal al kisahnye xde la teruk sgt smpi memalukan pun… tp disebabkan ada “batu api”@makcik sy… dia begitu marah pada sy dan tunang sy… sampaikan keluarga tunang & tunang sy tidak mahu lg menjejak kaki ke rumah kami kerana tersinggung dgn perbuatan mak dan ayah sy terhadap mereka. makcik sy buat fitnah dan mak sy of cos terus percaya drpd penerangan sy/tunang sy itu… hari yg sepatutnya bahagia tp kesedihan yg dtg…
      siap ckp, “kami dh buat majlis ini utk kyong secara free & kyong tak kuar duit sesen pun…! lg nk malukan keluarga”
      mmm ntahlah…

      2 thn berlalu…

      igt dah ok… sehingga kini kalo bergaduh, dia masih lagi mengungkit semua perkara yg telah dia dilakukan dan kisah yg memalukan semasa hari pertunangan sy yg dh lama tu…

      sebelum raya thn 2012, satu lg fitnah yg dilakukan terhadap sy dn cousin oleh 1 lg makcik di Kg. Hal cousin nk hantar balik dulang…

      tp mak sy terus percayakan makcik “adik kesayangan dia” dan terus memarahi sy dan cousin mase sampai umah. mcm biasa ungkit lg perkara2 lepas… sy tension dan sblm sy membuat perkara yg menyalahi undang2 islam / dunia… oleh kerana merajuk dan terasa hati thdp mak, sy ambil keputusan utk tidak bercakap dengan mak & bapa sy lagi bg mengelakkan perbalahan dan kurang ajar… kini genap setahun tidak berbicara dan tidak bertegur…

      Dalam setahun ini, mak sy tidak memujuk dan tidak menghiraukan sy, mak sy tidak lagi memanggil nama sy, tidak lg memanggil utk makan2 bersama-sama… hanya pangil adik2 sy shj… tidak lg mengajak sy balik ke kampung utk berjumpa atok…
      mak sy dah tidak mahu mengambil tahu pasal sy lg… dn kadang-kadang dia ada tetiba marah2/menengking… tp sy tidak melawan dn terus masuk ke bilik…

      Sy ada berfikir utk pindah keluar dr rumah itu… lgpun sy dh nak kahwin akhir thn 2013 ini… eloklah cari umah… tapi sy fikirkan sygkan adik2 sy dan sy tidak mahu berjauhan dengan mereka kerana kami adik beradik tiada permasalahan… nnti sy rindu…

      maaf lah ceritanya panjang… sekarang ini, selalin beribadah kpd Allah SWT, En.Tunang sy lah tempat sy utk mendptkan kasih syg… dia sentiasa ada dgn sy bila memerlukan… tmpt menghiburkan hati yg duka lara ni…. tmpt meluahkan perasaan… mendptkn advice…

      Even masa majlis perkahwinan sy nanti, sy tak mahu membebani mak/bapa angkat sy… sy takkan guna duit mereka sesen pun… sy tak mahu menyusahkan mereka / saudara mara yg lain… mereka hanya dtg sebagai tetamu VVIP shj… hanya adik2 shj yg perlu menolong…

      Dh setahun, sy rasa janggal kalo tetiba nak bercakap balik dgn mak & bapa angkat sy ni. patutkah sy keluar rumah? sy rasa mmg tak boleh nk berbaik dgn mak sy lg… pandang muka sy pun dia xnak… sy ada surgery sebelum raya ni, pasti dia takkan dtg melawat/menjaga sy di hospital…

      Ustaz… apa patut sy lakukan?

      1. Mulakan kembali.. tak salah untuk mengalah.. orang yg tak sanggup nak mengalah ni, kena tengok balik betapa tinggi dia punya ego.. sekalipun banyak kesalahan yg dilakukan oleh ibu bapa, dah tentu mereka lebih banyak jasanya berbanding tunang yg saudari baru kenal beberapa tahun..

        Banyakkan berdoa kepada Allah untuk kebaikan buat ibu bapa, juga berdoalah semoga Allah melembutkan hati mereka untuk berubah.. perbuatan mereka, biarlah mereka saja yg menanggung kesan dosa dan baik buruknya, jangan pula kita menempah satu bahagian dosa daripada dosa yg mereka lakukan..

        WA

  19. saya ashik2 kena buli dengan adik .lepastu mak saya salahkan saya aja saya menangis dia buat tak tahu aja ………

    1. adik kena banyak bersabar ye.. biasa la tu bergaduh adik beradik.. adik kena rajin tolong mak, baru mak sayang adik lebih sikit ๐Ÿ˜‰

      1. salm ustaz,
        Saya ada masalah yang berat dan perlu email peribadi ke ustaz.macam mana ye.boleh tak ustaz email kepada saya suapaya saya boleh reply semula?

        Diharap ustaz dapat membantu memandangkan saya pernak email kepada beberapa ahli agam tapi soalan saya tiada berbalas..terima kasih di atas kesudian ustaz membaca.

  20. Salam ustaz. Saya ingin tanya ustaz tntg situasi saya. Sama spt sesetengah komen, saya anak tgh yg slalu kena mrh walaupun adik-beradik lain yg buat slh. Saya bibik kt rmh, sy slalu buat krja rmh. Pernah bbrpa kali sy trlupa utk buat suatu krja, sy akn dimrh dgn teruk, mak sy ckp sy xkn dpt suami, suami sy akn lari dr sy, sy ank derhaka, hidup sy x berkat, dia doakn ank2 sy nnti brperangai teruk mcm sy ktnya, dn mcm2 lagi.. Pd awalnya sy mlawan, tp lm2 sy senyap dn trima tegurn, bljr utk brsabar. Tp sy rs sgguh takut, sy takut kt2nya akn trkabul, krn kata2 itu doa, dn doa ibu bp akn dikabulkn, spt bla dia ckp sy derhaka dn xkn berjaya dlm hidup, sdgkn sy hnya pelupa sm mcm mak, trlupa buat sstgh krja, lgpun sy akn trus buat kalau disuruh atau ditegur. Adik beradik lain ada tp x prnh disuruh buat krja, jarang skali kena mrh. Diorg jarang skali nk ambil penyapu atau memasak nasi atau mencuci tandas sdgkn sm2 pakai. Tetiba semua ni jd tggjwb sy sorg. Bla sy ckp dgn mak x blhkh suruh beradik lain tlg buat ni, dia ckp xpat tggu org lain buat, kena buat sendiri. Tp sy sedih mereka yg lain blh plak tggu sy buat, tp sy xblh mnta bantuan diorg. Sy sedar ini mgkin satu ujian bg sy, sbb tu sy msh blh brsabar, tp kdg2 air mata ni jatuh jugak sbb sy rs sgguh letih dgn semua ni dn sy xdpt buat apa2 pun. Sy x prnh mrh menengking ibu bapa sy.. sy xtau knpa mrka brsikap mcm tu dgn sy. Sy fikir smua ni demi kbaikn sy,tp hati ini tewas juga krn sy manusia biasa, hati sy akn terasa, terutamanya apabila mak ckp sy malas nk tlg kt rmh, sdgkn sy lh yg buat krja, dn sy xprnh nk doakn diorg, sy kecil hati sbb sy xprnh x doakn diorg, stp kali smbhyg sy akn doakn utk diorg. Bla sy ckp mcm tu mak sy ckp dia x prnh pun mrasa doa sy dimakbulkn.. mksdnya sy x doakn diorg lh. Sy ckp mgkin kt dunia ni dia x nmpk hasil doa sy, insyaallah kt akhirat nnti akn ada hasil tp mak ckp dia xprlukn doa yg xda hasil skrg ni. Sy rs sgt sedih, tp sy ttp truskn brdoa utk diorg. Buknkh Islam melarang kta menyakitkn hati org lain, tp knpa ibu sy sngaja menyakitkn hati sy sorg mcm ini? Sudh brtahun mcm ni dn tiada org tahu perasaan sy.

      1. perkongsian ilmu yg sangat bermanafaat.buat yg masih ada ibubapa sayangilah keduanya kerana manusia lazimnya sukar untuk menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya….

  21. Assalamualaikum uztad….saya ingin bertanya apa saya berdosa kerana membenci pada bapa saya kerana meninggalkan ibu dan saya semasa saya masih lagi didlm kandungan ibu,selepas ibu melahirkan saya genap setahun ibu meninggal dunia…tapi smpai skrng bapa saya tak pernah ambik peduli tentang saya….semasa ibu meninggal saya di serahkan pada keluarga angkat,.saya amat sedih dan tertekan kerana bapa saya tak pernah ambil tahu,saya sebatang kara hanya menumpang kasih sayang dari suami dan anak2,saya amat benci pada bapa saya kerana saya pernah meminta pertolongan apabila ditimpa kesusahan namun bapa saya ingin menolong dng mengambil kesempatan utk menolong dng ada niat yg tak baik….ustad saya benar2 tertekan,berilah saya nasihat apa harus saya lakukan…wasalaam

    1. Ustaz Love tak pasti apa yg puan maksudkan dengan niat tak baik sang bapa tu.. sebaiknya, puan hormati beliau selayaknya sebagai seorang bapa (sekalipun beliau tidak bertanggungjawab). Letih sebenarnya hidup berdendam ni..

  22. Assalamualaikum ustaz ,
    Kenapa ye ustaz ayah saya susah nak bagi saya duit belanja dkt saya..lepas macam skrg saya nak tunang bulan 8..satu persediaan ayah saya x wat ..saya sedih..bila saya tanya ayah saya,ayah saya marah saya..hati saya r isau..padahal ayah saya sebelum ni mcm2 janji tapi bila dpt duit epf dia lupa..saya selalu minta nak booking pelamin..tapi ayah saya wat x kisah..apa patut saya buat?setiap hari air mata saya mengalir..kata dia booking awal lagi..saya mcm minta sedekah plak rasa..kalau ikutkan hati..saya nak pakai duit saya sendiri..tapi sebab sebelum ni saya cr kerja susah..banyak tempat saya anta resume..2 bulan baru saya dapat panggilan untuk di interview..kenapa ayah saya wat saya mcm ni..

    1. cuba berbincang dengan dia atau risik2 dengan mak.. mungkin dia ada masalah tersendiri.. nak kena bayar hutang ke, atau ada nak guna duit untuk perkara lebih penting ke.. jangan terus cop ayah tu bukan2.. dia dah banyak berkorban untuk saudari, jadi tak salah rasanya jika saudari pun berikan sikit pengorbanan dengan mengorbankan perasaan untuk bermewah2 dalam majlis pertunangan. Kita kena ukur baju di badan sendiri.. kalau dah takde duit, buat apa susah2 nak berpelamin bagai? jangan ikut orang lain, sbb situasi mereka tak sama dengan kita.

      Syukurlah saudari punya ayah yg merestui hubungan dengan bakal tunang.. betapa ramai orang yg punya segala2nya, tapi wali tak merestui perhubungan mereka.. restu ibu bapa tak boleh dibeli dengan wang ringgit..

      Banyakkan bersabar dan berdoa.. semoga Allah mudahkan urusan saudari..

  23. salam ustaz,

    saya runsing dengan amasalah yang berlaku dalam keluarga saya…saya merupakan anak bongsu dri 2 beradik…usia dlm 20-an.

    Ya, benar 20 tahun boleh berfikiran matang tapi masalah yg saya hadapi xtertahan rasanya…berkaitan Ayah saya yang baru2 ini tertangkap akibat menipu kami sekeluarga. Ayah saya sudah 7 bulan pencen, dia byk menghabiskan masa melayari laman sosial…pada mulanya kami tidak mengambil berat apa yang dilakukannya. tapi baru2 ini tertangkap oleh ibu saya, rupa2 nya ayah berkenalan dengan ramai wanita di laman sosial dan menipu mereka (ibarat budak2 sekolah) menipu dari segi umur, status & pekerjaan. ibu mula berhubung dengan salah seorang kenalan ayah kerana sikap ayah yang kuat berahsia membuatkan ibu tertanya2 dan mahu siasat apa yg sebenarnya. seorang kenal yang ibu hubungi merupakan wanita berusia 30-an…beliau menceritakan pada ibu bahwa ayah tidak pernah memberitahu yang ayah sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak & seorg cucu. ibu bertanya kan tentang hidup wanita tersebut, lalu wanita itu menceritakan dia seorang isi yg kurang kasih syg suami…suami selalu outstation…dan sudah lama berkenalan dengan ayah saya…sudah 4 kali keluar bersama…timbul pula rasa cinta dia pada ayah…ayah turut memberikan cincin dia pada wanita tersebut, cincin yg diberi pada wanita tersebut dibeli oleh ibu utk ayah. apabila mendengar luahan hati ibu tak sy nafikan perasaan sy marah & sedih bercampur baur…kenapa ayah sanggup buat begini…xpernah kami larang niat nya kalau mahu berkenalan…tapi biar jujur…ini tidak, sikap & tingkah laku mengalahkan anak remaja…saya & abg berasa malu dengan sikap ayah…mungkin ibu dapat memaafkan beliau tapi sukar bagi saya…saya tahu berdosanya saya kerana turutkan marah & sedih dalam hati sehingga xmampu memaafkan beliau.

    baru2 ini niat dihati ingin bergurau dengan ibu tepi tak sangka gurauan saya mampu menguris perasaan beliau…hanya kerana saya kata “comel lah tuh?”…ibu menyifatkan saya memperli beliau…sedangkan itu bukan niat saya…niat saya hanya mahu bergurau dengan ibu…ketika pulang kerja ibu langsung tidak pandang muka atau bercakap dengan saya…adakala saya rasa elok jika Allah itu pekak kan telinga saya…bisu kan saya…supaya x menyakiti sesiapa…apa saja saya cakap atau buat mesti x kena…mmg sebagai anak sy harus menjaga hati kedua org tua…tapi hati sy tiada siapa jaga…saat sy sedih tiada tempat untuk sy mengadu…semua salah saya…pernah seorg rakan sekerja punya masalah keluarga sehinggakan dia pernah menyatakan “dah datang keje ni, rasa malas nak balik rumah…”…sekarang baru saya tahu akan perasaan beliau.

    semua salah saya…

  24. Tpi klw jenis mak yg suke maki maki cm ne??… sye salu kne maki klw x wat kje dia surh.. saye dh mlz. Saye buat pun cm xde perubhan bg dye… ad je modal dye nk marah..

  25. Assalamualaikum ustaz. saya saya satu pertanyaan disini. saya boleh terima penerangan ustaz tentang peranan seorang ibu mengandungkan kita sembilan bulan, membesarkan kita, menjaga kita dan sebagainya. tapi bagaimana seorang ayah pula? jika seorang ayah tidak memberi nafkah terhadap anak nafkah kasih sayang, nafkah makanan, nafkah rumah, nafkah pakaian dan segala nafkah. sehinggakan anak itu terasa ayahnya langsung tidak mengendahkan dia bahkan ayah tersebut memukul anaknya apabila marah dan baran tanpa memberi sebrang nasihat dahulu pada anaknya sehinggakan seorang anak itu membesar dengan membenci ayahnya kerana diperlakukan sedemikian rupa. sehingga anak itu memusuhi bapa secara tidak langsung, bayangkan si bapa boleh bertepuk tampar mesra dengan anak buah dia tetapi tidak pernah tanya khabar langsung pada anak sejak anak kecil sehingga anak tidak pernah merasa kasih sayang seorang bapa langsung. saya perlukan penerangan ustaz dalam situasi tersebut. terima kasih jika ustaz sanggup membaca penerangan panjang lebar saya.

  26. hmmm..assalamuailaikum ustaz love..baru terbaca tentang entry ni..rupa-rupanye ramai org yg punye masalah yg same mcm sy..mak sy seorg yg kuat mengungkit..semuanye nak di ungkit..paling terasa bila dia ungkit tentang memasak..dia ungkit yang dia penat nak masak pagi2..mcm2 yg dia maki pada sy..bukan sy xnk msk..tp bila sy msk dia komen..ari2 makan bergoreng..ps2 sy x masak la..hahahaha..ustaz..bukan memasak 2 besar pahalanye..sy langsung xrase yg memasak itu satu beban..memandangkan sy bekerja..sy sanggup bgn 4.oo pagi sbb xnk bagi dia bgn lg awal dr sy..klu dia bgn awl dr sy nanti dia masak dulu,,pstu dia marah-marah..ungit macam-macam..semua kerja umh sy da bereskan..tinggal dia masukkan baju dia, adk, ank saudara sy yg tggl dlm mesin..tu pun dia marah..baju sy, sy bsh sndri tiap hjg mggu..dia selalu cakap sy pemalas..kadg2 sy fikir cmne lg la nak bwt2 rajin..sy x pernah bersungut kne wt sume kerja sbb sy ikhlas..tp sy x suke sikap mk sy yg suke mengungkit..memaki hamun..nenek sy (mak kepada mak sy) punye perangai same mcm mak sy..suke memaki hamun anak menantu..cucu2..xde pon cucu yg syg dia sbb dia pilih kasih…sy harap jgnla sy jd mcm nenek dan mak sy..amin..sekarang sy tengah perang dingin dgn mak sy..dkt 2 mggu da x bertegur sape..sy tau..sy mmg keras kepala

    1. kebanyakan kes2 begini(ibu sumpah seranah anak) adalah datang dari golongan bawahan(low profile) yang mana ekonomi golongan ini tidak stabil maka mereka tidak betah menghadapinya. maka anak2 jadi mangsa melepaskan tension mereka tanpa berpikir panjang akan akibat perbuatan tidak bermoral itu. justeru itu tingkatkan ekonomi masing2 agar institusi keluarga menjadi teguh dan tidak ada lagi sang ibu memaki hamun anak2.

    2. tau takpe.. cuba try hantuk kepala tu kat dinding, tengok mana yg lagi keras? kita hidup ni nak cari redha Allah, bukan nak buat Allah murka. Tahan je la sikit dengan perangai ibu yang tak seberapa tu. Bukan dia suruh basuhkan berak dia, suruh susukan dia, suruh kita berjaga malam sampai tak tido.. Dia dah alami semua tu bertahun2 masa nak membesarkan kita. Malulah sikit dengan diri kita yang sanggup buat ibu sendiri jadi musuh. Jangan lupa, suatu masa nanti kita pun akan jadi ibu juga (saudari la, sbb Ustaz Love jadi bapa tak bleh jadi ibu.. kiki)

  27. ustad tak mengalami apa yang kami alami ibarat berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…kebanyakan jawapan ustad berat sebelah lebih memihak pada ibubapa. maseh menyalah kami sebagai anak. tahukah ustad berapa banyak ibu yang tak berkualiti diakhir zaman ini? nak marah tuhan takut masuk neraka so lepaskan tension pada anak2 yang tak berdosa. mentang2lah syurga itu ditelapak kaki IBU??? Mereka ini gunakan kuasa vito itu melepaskan geram pada anak2. kasihan anak2 akhir zaman ini mempunyai ibu yang tak berkualiti..

    1. ibu tak berkualiti, anak pulak berkuali.. nak marah sangat ibu ni, saudari tu siapa? sedar diri sikit tahap tu ada kat mana.. nanti saudari dah jadi ibu nanti, jadilah ibu berkualiti, jangan menyambung perangai tak berkualiti ibu saudari tu..

    2. Betul tu.. kebanyakan ibu yg suka maki hamun anak ni sbb bagi dia syurga di bawah tapak kaki ibu.. so dia rasa KUNCI SYURGA ada dalam tangan dia.. tapi dia tak tau yang dia pun belum tentu masuk syurga disebabkan oleh sikapnya yg suka maki hamun anak sendiri.. kalau nk kata ibu dh banyak berkorban semasa kita kecil.. mana2 ibu pun akan buat perkara yg sama sbb dah pandai buat anak, so pandai2 la jaga kan.. kalau ibu itu ikhlas jaga anak kerana Allah dia takkan sesekali maki hamun anak dan ungkit segala yg dia dah beri kepada anak kerana itu dh mmg tanggungjawab dia kan.. sapa suruh lahirkan anak.. sedap buat anak sbb nafsu, tapi tanggungjawab menjaga anak tk buat betul2.. tu yg jadi kes ibu suka memaki hamun anak2 ikut sedap mulut dia jer.. kalau dia faham konsep tanggungjawab menjaga anak kerana anak adalah amanah Allah, pasti dia takkan tergamak memaki hamun anak sendiri.. Jika dia maki hamun anak sendiri dan menggelarkan anak dgn perkataan yg buruk2.. sebenarnya dia menepuk air di dalam dulang.. sbb anak2 adalah umpama cermin dirinya sendiri.. jika anak2 kurang ajar, semuanya disebabkan oleh didikan ibu bapa itu sendiri.. anak2 takkan tergamak melawan cakap ibu jika si ibu itu seorang ibu yang lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang.. Sekian

      1. pandainya beliau ni bercakap.. tunggu la nanti bila dah beranak-pinak esok.. jangan jilat balik ludah dah le..

        1. ada satu kisah kawan saya dia mempunyai anak 7 tahun, ayah dia marah die salalu memberi apa anaknya minta. dia memberi ikut keperluan dan kepentingan,dan ukur baju di badan sndri.. kawan saya tu mampu luahkan perasan dia kat saya dan mengatakan die bukan nk lawan ckp ayah atau ibu dia, dia hnya memberi anak dia rasa apa yg die xmampun rase ketika dia budak, ketika budak dia anak ketiga dan selalu diabaikan,kerana mungkin anak pertama dan kedua lebih cemerlang, sedangkan dia cuba jadi terbaik tapi ada je tidak kena, ada je jadi bualan, macam mane tu ustat

        2. Sy dah beranak pinak dan sy akan didik anak2 sy dgn kasih sayang. Orng yg tak duduk di tempat sy mmg tk kan faham kerana sy yg kena dera dan dimaki selalu oleh mak saya hingga sy murung dan hampir bunuh diri..!!!!!!

          1. Assalamualaikum semua ,
            ala benda ini kan ujian , mana ada semua benda kat dunia nak ikut kehendak kita . . .
            Yelah saya pun mengalami benda yang sama , kekadang sakit jugak lah hati , sampai nak minta mak ayah lain .
            Relax semua , bukan kita seorang je yang lalui , ramai lagi yang lalui .

            Saya tak berapa berkenan lah , terutama bab parenting .
            Kekadang nak marah , tapi kita cuma pangkat ANAK .
            Kekadang nak lari , tak nak balik tak nak pandang , tapi ada tanggungjawab . Tak boleh nak lari .

            Dah lama-lama fikir balik , tak apa lah biar kita tanggung . . . lepas ini bila dah ada anak , kita tahu apa kita nak buat .

            Yang penting pengalaman tuh hah , menyebabkan kita lagi matang .

            Kalian nak cakap apa cakaplah , I don’t care .
            Kalian sebenarnya kuat , kalau tidak Allah tak bagi ujian macam ini kat kita . Just think positive .

            Memang tak senang , tapi apa boleh buat . Kita doa yang terbaik pada masa yang sama belajar dong belajar . . .

            Tak guna nak marah sampai sakit jantung nanti sendiri susah .

            Watlek watpeace okay . . .

          2. ingatkan saya seorang saja yang mengalami masalah ni. saya dgn mak slalu gaduh dan semasa kecik saya selalu dipukul dan dimaki hamun sehingga saya sekolah menengah. slps sy masuk U xkena pukul dah kena tampar je tp gaduh2 makanan rutin. tp depan org dan sedara mara org ingat mak saya ni sayang sgt kat saya dan xjentik saya sebab anak perempuan sorang padahal dorg xtahu perangai sebenar mak sy mcm mana. kesannya saya mengalami kemurungan, dan ingin bunuh diri berkali2 sejak sekolah hingga dah tua bangka ni. ada satu masa tu bergaduh saya geram sangat dan bertanya kenapa dia pukul2 saya, dera mental saya, hantuk kepala saya dengan besi semasa saya kecil (sebahagian saja, macam2 cara/alat dia pukul saya). mak saya mengamuk dan berkata aku ni mak aku boleh buat apa saja kat ko. mcm nak kata dia mak dia sangat berkuasa and dia ungkit dari kecik dia dah jaga saya berabis duit bla..bla.. anak lelaki kesayangan dia xkeje dah bertahun bini yg tanggung dia punya sorok backup depan orang ckp abg saya buat bisnes tp saya diburuk2kan, apa2 perkara yg saya minta jgn cerita kpd org krn sy rs ia perkara yg memalukan, dia x jaga aib saya. lepas balik umrah makin berlagak saya tgk konon kat sana xde kena musibah apa2, perasan diri bagus sgt. Saya setuju dengan apa yang saudari kata pada komen bertarikh 26/12/2013. tp Alhamdulillah sejak beberapa bulan ini saya diberi kesabaran/kekuatan jadi bila dia ckp/buat apa2 sekarang saya hanya diam dan bersabar dan berharap Allah akan bantu saya

  28. assalammualaikum ustaz..seorg bapa tanggung jwbnya besar..tp bapa saya dr saya darjah 3 dia x bekerja..duduk rumah. Main no ekor..hinggalah saya dah bernikah dan mempunyai cahaya mata..bapa saya masih x bekerja..di tanggung sepenuhnya ibu saya yg bekerja sana sini..lama sudah ustaz…perangainya masih x berubah..makan minum pakai..rumah semuanya ibu saya uruskan. .sampai sakit sekarang ada kalanya bapa saya halau ibu saya kerana penat menjaga. .ustaz..dah banyak kali di tegur…anak2..saudara mara..tp x berubah juga..baiknya ibu saya x minta diceraikan kerana anak2..bapa ayh sakit pun dicucikan beraknya..tp. ..sembahnyang pun usahkan nampak tikarnya…apa kah iktiarnya lg ustaz. .mohon pertolongan

    1. ikhtiarnya adalah memperbanyakkan doa. Kita tak mampu nak ubah seseorang itu, melainkan beliau sendiri yang ada keinginan dan berusaha untuk berubah. Semoga Allah berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Yang penting, sebagai anak kita jangan sekali2 berkelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai derhaka kepada beliau. Alangkan ibu bapa yang kafir pun anaknya disuruh untuk taat kepada keduanya (dalam perkara bukan maksiat), inikan pula seorang bapa yang Muslim tetapi fasiq.

      WA

    1. jika kita diam tanya mendengar leterannya, maka tiada masalah.. sbb ada jenis diam yang nampak memberontak. Mulut diam, tapi muka macam tak puas hati.. itu yang biasanya menyakiti hati mak sbb mak tahu kita tak puas hati, tapi tak dapat baca apa yang ada dalam hati kita. Sebaiknya selepas mak dah sejuk sikit, pergi jumpa mak dan minta maaf pada mak. Ketika itu barulah kita nyatakan isi hati kita secara lembut.

    1. anak2 kena lebih banyak bersabar walaupun jelas perbuatan emak itu adalah salah. Banyakkan berdoa dan cari jalan supaya perbuatan mak yg suka mencaci itu akan berubah kepada suka memuji.

  29. terima kasih ustaz love. saya da lame nak search pasal topik ni. tapi baru hari nie tergerakhati nak search.

  30. Assalamualaikum ust. Sy bukan nak meratapi nasib tapi sy dah setahun lebih cari kerja tak dpt2. Sy dah berusaha. Usaha sy ni dah tahap max smpai sy dah tak tahu nak buat ape dah. Mak sy hari2 marah sy meleter kat sy ckp sy tak usaha. Mak slalu salagkan sy dgn prkara yg sy tak buat. Cthnye dah penat sy jaga anak buah sy mak kate sy tak jaga die. Padahal sy dah penat kejar2 baby tu sana sini tanak.bagi die jtuh. Mak sy kata tak guna smayang trtonggeng2 pon tp tak dpt keja jgk. Dan mak mnyalahkn og tanak amek sy bkerja sbb brtdg lbuh kot. Mak mgkin dah lupa rezki allah yg bagi bkn mnusia. Beri sy kata2 smgt ust. Sy sedih kenapa susah sgt sy nak dpt keja. Mak sy asyik mnyalahkn tkdir. Mak sy tu lain ust. Benda yg kecil pun die akn perbesarkn. Mak sy tak prnah minta mf wlupun die tahu salahnya dan tak pernah puji sy dgn kebaikn dn prkara yg sy buat. Bila gaduh skit mak suh doa supaya dia cepat mati. Sy takde pun nak mlukakan hati die tp itula yg sy ckp td, prkra yg kcil mak sy akan prbesarkn. Cthnya bila interview ditukar tarikh, mak sy msti akn marah. Pdahal bkn sy yg mintk nak tuka trikh. Hal ni trjadi ptg td. Hny disebbkn itu mak sy kecil.hati. sy dah brusaha jdi anak yg baik tp susah istiqomh bila org skeliling kite yg jadikn kita mcmni.

    1. Banyakkan bersabar dan berdoalah sungguh2 semoga Allah mengubah hati ibu. Jangan bergaduh dengan beliau.. insyaAllah, nanti saudari dapat kerja nanti, mungkin beliau akan berubah sikap. Sabar banyak2 ok..

  31. Ibu sy baru2 nie mrhkan sy .. kata2 nya sungguh membuat sy terkilan .. dia cakap ” tngoklah la khdupan awak suatu hari nnti ,, kena buli mgkn “.. sblum tu sy ckp dgn lemah lembut , tba2 naik marah . sy takut kata2 dia boleh jadi nyata . sy anak tunggal kpa ibu bapa sy . apa prlu sy buat ?? Sy takut jika dia mksdkan kata2 dia .

  32. sa pulak lain ustaz… isteri kasi buruk nama sa kepada anak2… sampai anak perempuan sa tidak tegur dan bercakap dgn ayah nya…. awal ada keburuk sa.. mesti isteri apa btau kepada anak2 sa….

  33. salam ustaz. indahnya hidup jika hati kita sebaik dan sebersih seperti ustaz bagitahu. tapi sayang, saya sebagai anak pun selalu berkecil hati dengan ibu saya dari kecil sampai besar. saya buat perbandingan ye di antara layanan saya dengan ibu saya dan arwah ayah saya adalah berbeza. kenapa? sebab sewaktu kecil saya bukan mudah dapat apa yang saya nak dari ibu saya berbanding apa yang saya dapat dari arwah ayah saya. setiap sen yang ibu saya kasi pasti akan dibebelnya tetapi tidak sama macam arwah ayah saya. jika arwah ayah saya minta buat itu ini, mudah saya mahu melakukannya. tetapi jika ibu saya minta itu ini, berat hati saya ingin melakukannya. mungkin cara layanan mereka terhadap saya tak sama. dalam adik beradik saya banyak diam. tak banyak cakap. apa yang diminta saya akan buat. tapi saya susah nak meminta. jika saya tak buat, pasti akan dibebelnya, tapi jika saya buat, ada je yang tak kena. daripada ikhlas nak buat, bertukar tak ikhlas. bukan sebab apa, sebab dari kata-kata mereka juga. bukan nak kata saya ni bagus sangat, tapi kata-kata tu mencorakkan diri sendiri tu apa. dari kecil sampai besar saya memang selalu kecewa dan kecil hati tapi saya tak suka tunjuk, tapi saya hanya senyum dan diamkan diri je.

  34. Btul ke awak nie ustaz? Smpai bole mnagatakan orng takjub bgai. Mnjdi sorng ustaz bkn bgini cara nya. Baik awak tukar nama ustaz ke dr. Tde lah wat mlu shja dn mnjatuhkan maruah integriti sorng ustaz. Hahaha sian lah tngom awak nie. Even reply komen pun mcm tak bernas je. Terima kasih jgn mrah ustaz kn sorng yg sbar .huhu

  35. Cinta laura-situasi tu jadi kat sye jugak,tapi nak wat camne kan..kite kene terus bersabar dan redha..semua ini hanyalah ujian

  36. ustaz, harap balas. ustaz,kalau kita sudah minta maaf,mahu salam tangannya,tetapi ibu kita tidak pandang muka kita langsung lantas berkata hah! itu je. reaksi muka biasa sahaja . macam mana ustaz,adakah kita masih boleh digelar anak derrhaka. tidak bertegur pun. hanya sepatah.

  37. ustaz love kalau ibu bapa cakap dekat anaknya bodoh,setan,bengon dan apa semuala berdosa ke ibu bapa tu

  38. Ustaz; sy bukan lah anak yg hebat tp sejak sy dilahirkan sy tahu pengorbanan dan laluan sukar yg di lalui oleh ibu sy..seperti terpaksa mengahadapi sikap ayah yg x bertanggungjwb, mempunyai mertua yg sukar dan sebagainya..sy faham keadaan yg beliau tempuhi dan bila sudah menginjak dewasa, sikap abang sy yang sentiasa melawan menyebabkan sy berjanji tidak akan pernah engkar pd ibu sy atau buat dia menangis..sy cuba menjadi sehabis baik anak yg ibu sy inginkan..semenjak sy habis belar;sy bekerja keras menanggung perbelanjaan harian keluarga dr segi byrn rumah/kereta/sara diri/makan dan segala bil yg ada semua di atas bahu sy..sy tidak mengeluh kerana itu adalah tanggungjwb sy..apabila menginjak usia 27 sy mula mengenal erti cinta, tp kerana beliau bukan satu negeri dimana ibu sy tidak setuju serta masalah lain, akhirnya hbgn kami selama 3 tahun terputus dan perkataan pertama dr ibu sy “lega”..sy teruskan kehidupan dan mula mengenal cinta baru namun ada saja yg x kena dimata nya “kerja biasa saja”, “xde kereta lagi?”, “dia ada diploma je?” Dan seterusnya sehingga bila sy mengenali rakan sekolah lama ketika usia 32tahun..hbgn selama 2 tahun ingin di ikat dgn ikatan yg sah tp syg ianya ditentang hebat bila ibu tau rakan sy seorang duda tanpa anak..semenjak itu sikap ibu sgt keterlaluan..selama ni ketika remaja atau menginjak dewasa, beliau kerap memarahi sy dgn kata kata nista..seperti anak sial, anak babi, dan lebih byk lagi..kerana tidak tahan sbb tu sy lepaskan hbgn hbgn terdahulu kerana menjaga hati ibu..tp apabila dgn hbgn skrg, ibu masih berkeras..membenarkan sy keluar seperti seorang remaja yg dibenarkan keluar tidak lebih 4 jam..jika sy lmbt atau tidak mengangkat telefon(bukan niat tidak mengangkat tp tidak kedengaran), ibu akan menggila dan memaki hamun sesuka hatinya pd sy..dn beliau senyap bila sy berkata “sy dh putus” dan kemudian ibu spt xde apa apa dgn sy…hati sy remuk setiap kali digelar sundal, babi, anak sial..seperti satu doa utk sy dr nya..ramai sahabat mengatakan ibu sy mengunakan emotional threat pd sy dan sy akan selalu mengalah dgn nya..skrg sy blum lg putus dgn kekasih sy dan kami jmpa secara sembunyi sembunyi hanya kerana ingin menjaga hatinya..sy jd buntu dan ingin sahaja lari dr rumah tp sy masih risau dgn keadaan ibu..apa yg ptt sy lakukan? Sy x pnb boleh bercakap dgn nya dr hati ke hati kerana hatinya sgt keras dan x akan dgr apa ckp anak anaknya..putih katanya putih laa..hitam katanya hitam laam..sy jd buntu hati terlalu ingin melarikan diri tp x sanggup digelar anak derhaka kerana cinta..sy hanya ingin ibu mendoakan kebahgiaan sy dan menjadi gembira jika sy genbira tp sy ttp terasa ibu seperti tidak akan bahagia jika melihat sy bahagia..sy sgt sgt buntu..

  39. Asalam…Ustaz Saya Ada Tersilap Cakap Dengan Ibu Saudara Saya…So ibu saya menegur saya sampai nak memukul saya..saya agak terkilan dengan perkataan yang ibu saya keluarkan….Saya Selalu tersilap cakap…..Saya Juga selalu marahkan diri saya sebab selalu tak bahagiakan ibu bapa saya…

  40. assalam ustaz. nak tny…. umi marahkan saya hny disebabkan prkara kecil. dan perkara kecil tu mnjd besar hny disebabkan sy ikut maklong sy ke kl dan x ikut mak ayh sy ke melaka. mrk ckp pd sy yg sy x nak ikut mrk sbb sy x nak jg adik2 dan mrk ckp sy ni mcm dah xde mak bapak dah. sy rasa terkilan. lpstu umi sy ckp kat sy jgn ckp apa2 dgn umi,jgn minta apa2 dr umi.. mrk ckp sy x de otak,bangang dan mrk menyampah tgk muka sy…

    sy diam je. dah sebulan sy x ckp dgn umi abah sy. lps balik sklh sy terus masuk bilik. takut nak jmpa dan ckp dgn mrk… bila sy ddk dlm bilik derang ckp sy ni anak kurang ajar dan terus ckp sy anak derhaka. sdgkan time mrk marah sy,sy x pernak pun melawan or buat muka masam. sy hny diam je. sy sedih ust bila umi abah sy ckp mcm tu kat sy.ckp bnd2 yg x elok. hal kecik jd bsr

    jd sy nak tny, apa yg patut sy buat ust? mohon reply ye ust love

  41. assalamualaikum ustat, saya hendak tanya satu pekara, macam mana kalau seorang kakak no 2 cuba nasihati ibu bapanya tentag cara mengajar yang ibu bapa nya buat kepada adiknya agar mengubah sedikit sebab caranya sama mcm yg kakak no 2 kena dan masa mudanya dipenuhi rasa marah sebab ibu bapanya lebih kepada bergntung kepada sesuatu benda dan asyik melebihkan anak no 1 serta menganggap anaknya yg kecil boleh belajar sendiri, tetapi ibu bapanya marah balik dan mengatakan dia tahu apa yg die buat.

  42. assalamualaikum ustat,
    saya nak tnya…apa hukumnya kalau anak no 1 melawan maknya ,maknya dah malas nk layan layan mcm biasa.. tpi anak no 2 ckp sikit benda yg die terasa.. xmenengking pon mak terus nagis, sedangkan anak no 1 kurang ajar mak dia xkesah pon,tapi bila anak no 2,maknya xnk bercakap langsung,menagis..

  43. salam alaik ya ustaz. ana nk tanya , bagaimana cara untuk menyayangi, menghormati ibubapa dengan ikhlas walau apa pun diri mereka,walau apa pun mereka lakukan. saya minta penjelasan dari pihak ustaz. wassalam

  44. assalamualaikum ustaz.

    saya menjaga ibu bapa ssya kerana adik beradik yang lain tidak mahu memikul tanggungjawab itu atau pun sebenarnya mereka merasa ti dak perlu kerana saya seorang sahaja yg berpelajaran tinggi dan bergaji besar sedikit.

    tetapi sebenarnya saya seorang yg kurang sabar mungkin disebabkn tiada siapa yang membantu saya selama 20 tahun menjaga ibu bapa. sehingga pada suatu ketika ayah, mak, dan adik saya mendapat sakit iaitu kanser, dialisis, kanser. bermula hidup saya yang tidak tentu hala menjaga dan semuanya ke atas saya dari segi fizikal dan kewangan. saya selalu marah2 tetapi sebenarnya sata tertekan dengan keaadaan hidup namaun jauh di susut hati saya , saya sedih melihat hidup kedua ibu bapa saya begitu. pernah samapai satu tahap sy memeohon Allah ambil lah nyawa ayah saya jika itu yang terbaik untuknya kerana tidak sanggup melihat dia sakit dan saya yang tidak dpt bersabar byk dengan nya. adakah itu membuat saya derhaka? saya pernah menengking arwah ayah saya dan saya ego untuk meminta maaf kerana arwah ayah mengatakan saya anak tak guna setelah apa yg saya buat untuk menjaga mereka. saya kecil hati sangat2 lalu menengkingnya. ketika arwah ayah saya masuk hospital di akhir waktunya saya pergi memegang tangannya dan memeinta maa tetapi ayah dalam koma. adakah saya derhaka? penyesalan yang terhingga memang sehingga kini. saya sekarang menegur ibu sebaik mungkin dan menjaga ibu sebaik mungkin walaupun kadg2 ibu juga mengata saya di belakang …sebab pengajaran dengan arwah saya…say redha je dan ambil x peduli je kata2 ibu dan teruskan mengaja nya sebaik2 yg sy boleh. soalan saya…tentang arwah ayah saya…adakah dosa saya dapat diampunksn?

  45. Bagaimana kalau anda punyai anak2 yg patuh,baik,tapi sibuk cari rezeki dn banyak menolong teman rapat tapi xdisukai sikap baik ni olih sorang Ayahnya??Ayah marah dn xsuka dan suruh Ibu yg beritahu kerana terpaksa dn anak jadi kecik hati dn merajuk membawa diri tapi Ayah masih xmelihat kelemahan sendri masih ego dgn status ayah?Ibu tertekan dgn sikap siayah dn konflik anak dlukai hati tidak langsung dpedulikn ayah ni?Ibu yg terus memendam rasa dn terus Redha dn menerimanya sbagai UJIAN Allah semata.Apakah betul tindakan Ibu ni Ustaz?

  46. Assalam ustaz saya ingin betanya kan apakah hukum anak minta ibu kandungnye bercerai dengan ayah tirinya atas sebab yang wajar tetapi si ibu tidak tahu berbuat ape kerana berbelah bahagi antara anak kandungya atau suami nya. si anak tidak meredhai akan hubungan itu pada mulanya saya terpkse terima ingin beri peluang pada ayah tiri saya dalam masa 4tahun sehingga sekarang masih tidak ade perubahan perangai tiada apa yang dapat membantu saya dan mak saya sekarang mak saya menganggur di rumah dan ayah tiri saya bekerja sebagai guard . saya seorang anak tunggal jadi takde mslh utk menampung kami tetapi masih mengharap ibu saya bekrja kerana tidak cukup perbelanjaan.sekarang saya terpkse tngguhkan masa depan saya. saya rasa lagi baik ibu saya tak berkahwin utk kali kedua kalau macam ini jadinya . ayah tiri saya control mak saya saya rasa terpinggir sedangkan dari kecil saya bersama dengan ibusaya . jadi ustaz ape saya patut lakukan? perkara ini bila dibawak bincang ibu saya berdiamkan diri tidak mmpu berkata ape. saya makin pendam rasa ini saya lebih membara . jadi saya ingin tahu seorang anak ade hak tidak utk berbuat demikian?

  47. Facing the same problem. Ayah saya sakit, and tidak boleh berkata kata. tp mak saya selalu marah marah time jaga ayah saya. saya selalu igtkkn dia sabar byk2 pastuh nnt mak saya kuarkan perkataan yg pedas utk tembak saya pulak. penat sbb kadang2 tuh bile dia over sgt sy pon akan menjawab. saya rasa bersalah, tp tuh la kadang2 mak saya ni mcm mana org ckp pasal kebersihan level max sy rasa mama saya ni yg training org lain punye mak kot. saya sayang mak saya,nk tegur supaya berubah mmg payah. menangis hati ni takde sapa tau. hari hari dkt suami je la saya nangis. tp tuhla, apa plak hukum kite bile kite dh menjawab dgn mak kite.sedangkan kite dh cuba sedaya upaya kurangkan beban dia.

  48. ni ustad pling bodo prnah aku tgk.jwapan berat sblah.klu ko kna bunuh ngan bapak ko kira bole bebas la ye.elok ko tutup blog ko ni jela ustad.dasar ustad sial.

  49. ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. org yang melalui penderitaan dan kesengsaraan dalam hidupnya saja tahu betapa seksanya jika diberi ujian yg adakalanya tidak mampu ditanggungnya. org yg melihat tanpa melaluinya memg mudah utk berkata’ sabar..ini semua dugaan Allah..bykan bedoa..itulah kata2 semangat yg selalu diucap. namun sejauhmana mereka yg hanya ‘melihat’ dan ‘mendengar’ mampu merasai keperitan yg dilalui insan2 yg diuji dengan ujian yg hebat???empati??.nasihat..kata2 semangat dan bla2 memg mudah diungkapkan semudah ABC.

  50. Kdg2 bile kita luahkn perasaan pd sesorg yg tidak pernah mengalami spt apa yg kita alami, mudah utk dia ungkapkan itu dan ini..sbb itu pd perkiraan sy hanya Allah jua ‘kaunselor’ yg terbaik bkn manusia..mengadu la pd Allah, tak perlu mengadu pd manusia..Ingatlah jga di luar sna ada manusia yg lebih berat ujiannya..ada yg dapat bapa yg menuntut ilmu sesat lalu sggup menyihir anak2 n cucu sndiri seawal bayi, sggup meniduri anak2 sendiri n snggup m’hntr sihir pelalu pd anak2 prmpuan spya tidak berkahwin lantaran ingin memuaskn hawa nafsu..sometimes we wonder; how can they call themselves as parents?? how can human be this cruel? ingatlah seberat2 mna pn tggjwb anak pd ibu & bapa, ibu bapa juga pikul tggjwb yg berat pd anak2 krn mereka adalah amanah Allah..di akhirat nnt segala tggjwb mereka pd anak2 akan dipersoalkn..

  51. Let me tell u one story; ada seorg bapa yg menuntut ilmu sesat krn inginkn kekayaan..antara syarat menuntut ilmu tersebut adalah dgn menodai anak2 prempuan..anak prempuan yg sulung di hantar sihir pelalau supaya tidak berkahwin shgga kini umur sudah 31thn. anak prempuan kedua (otak jd lembam sbb demam panas) dihantar sihir sehingga jd spt hilang akal – gelak sorg2 ketawa, menangis berpnjangan, mengamuk n pernah hmpir mencederakn ibunya sendiri n kini dihantar ke sebuah rumah jgaan mnakala anak prempuan bongsu dihantar sihir plg teruk shngga sakit selama 10thn wlupn msh mampu bljr hgga ke pringkat tggi wlupn ujian itu sggp berat.ketiga2 anak prempuan dipukau msa tido lalu dijadikn pemuas nafsu..rahsia yg disimpan selama berpuluh2 tahun akhirnya terbongkar dgn izin Allah..n lbih teruk bile mngetahui yg semua anak2 dan cucu2 telah di sihir sejak kanak2 lg..pdn la selama ini anak dicaci maki hamun, pernah dipijak kepala byk kali, xhormat isteri n buat endah xendah hal keluarga, rupa2 nya meyimpan satu rahsia yg telah tersimpan lama hingga akhirnya dibuka oleh Allah azza wajjala yg Maha Adil lg saksama..jawab la di hadapan Allah wahai ibu bapa sekalian sekiranya anda gagal menjalankn tggjwb anda dgn sebaiknya..n bg di luar sna yg dpt ibu bapa yg kurang menyenangkn, ada lg manusia yg lebih malang dan berat dugaannya drpd anda..
    didi recently posted..Fungsi Baru Di BlogMy Profile

    1. haram hukumnya menyakiti makhluk Allah tanpa sebab. Mungkin kawan sekelas tu minat dengan adik ni, tu yang dia sibuk dok kacau tu. Biasa la budak2 nak tarik perhatian.

  52. Assalamualaikum uztaz,
    saya nak tanya.. apa hukumnya ada perasaan sakit hati dan tidak suka kepada bapa?
    Saya sangat sayangkan ibu saya, dia sangat banyak berkorban dalam keluarga kami..
    Tetapi ayah saya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan sebagai seorang bapa, jarang balik rumah, membiarkan ibu saya bekerja sorang-sorang, tidak memberi nafkah kepada keluarga kami, dia bagai tidak wujud dalam kehidupan keluarga kami kerana dia sangat jarang balik rumah, dalam seminggu dua tiga kali sahaja, itupun lewat tengah-tengah malam, pagi-pagi buta sudah hilang ntah kemana.
    keluarga kami sekarang mempunyai masalah kewangan dan dia masih tidak mahu membantu. ibu saya hanya mampu bersabar.
    ayah saya sering membuat ibu saya menangis.. saya tidak boleh melihat ibu saya menangis, rasanya pedih sangat… dari situlah perasaan tidak puas hati dan tidak suka kepada ayah sendiri itu datang.

    adakah saya anak derhaka kerana saya tidak sayang dan tidak suka kepada bapa sendiri ? saya tak mahu digolongkan dalam golongan anak derhaka, tetapi sangat susah untuk kawal perasaan yang datang secara semulajadi ini.. walaubagaimanapun saya tidak pernah berlaku kurang ajar depan ayah saya, hanya perasaan sakit hati saya yang terpendam.

  53. assalamualaikum ustaz, saya dalam dilema.., saya merupa anak sulung dari 4 adik beradik.., sejak dibangku sekolah saya membantu ibu mencari rezeki untuk kami sekeluarga, ayah saya ketika itu bersikap lepas tanggungjawab kepada ibu saya, kerja ikut mood dan ada kalanya malas. saya anak yang tidak pernah melawan kedua orang tua, sabar dengan mereka. saya ketika belajar universiti, saya tinggalkan ia untuk membantu keluarga kerana ayah mengalami sakit. adik2 masih belajar, sebagai anak sulung saya tidak boleh pentingkan diri dan abaikan mereka. alhamdullilah saya dikurniakan pekerjaan yang baik. saya membantu ringankan hutang hutang ayah dan membuat pinjaman untuk kurang hutang ayah. setelah hampir 6 tahun, alhamdulillah saya berkahwin dan dikurnia isteri yang memahami saya, pendapatan kami sekeluarga bertambah, saya membeli sebuah kereta untuk kegunaan ayah ibu di kampung. sejak saya membeli rumah, tanggungjawab saya bertambah, kewangan dan kadang2 saya jarang balik kg. ibubapa selalu memaksa saya apa2 utamakan sebelah ibubapa, saya ada isteri, tidak adil bagi saya pisahkan isteri dengan keluarga. ayah saya bersikap kebudak budakan., saya kini sering kecik hati dengan ibu bapa sebab mereka kecik hati dengan saya. saya masih hormat mereka, tidak melawan walaupun mereka marah saya buta2.., saya tiada tempat mengadu, kalau mengadu kepada isteri takut salah faham, kalau adik beradik, mereka macam kacang lupakan kulit bila dah senang.., saya hanya mengadu kepada Illahi.., memohon ampun jika berdosa.., sebagai seorang muslim apa perlu saya lakukan untuk betulkan keadaan.

  54. ustaz, sya tiap2x ari kna maki dgn ibu bpa sya semua sya buat semua x btul ,kekadang kerana kesalahan kecil mereka menghukum saya dengan hukum yang tak adil dengan kesalahan yang sya lakukan,ayah sya prnah tumph kn air scara tidak sngja tapi dye just gelak jee,bla sya tumpahkn air dye maki sya ,adilkah ustaz ? wktu sya drjah 4 sya nkal dn x siapkn krja skolah dirng maki sya kat sya sial,babi,bodo,bengap,anjing dan bnykkali diorng kta diorng x syng sya dn diorng kta klu skrng sya msih kecil diorng nk picit hidung sya biar mati.sya cuba ambl hati tpi diorng ego lngsung x memikirkan ank ank .sya x heran la klu skrng ada kes bnuh ibu bpa, ustz sya nie bkn baik sngt kekadnd sya gaduh juga dg ibupaba sya sbb nk prthnkan jwpn sya ,last kali pnampar ,rotan maki jugk yg sya kna .ustz mcmmna nk lmbutkn hati ibubapa sya yg dikuasai ego diorng???

  55. Assalamualaikum ustaz love. Br jumpa entry ni. Saya search sbb nk bg adik beradik serta sy sendiri sedar betapa penting buat baik kt mak ayah.Alhamdulillah, hubungan sy dgn mak ayah ok, wlupun sesekali kena marah atau masam muka. Mak sy sgt sensitif, so adik beradik yg lain musah kecik hati. Sy ni jenis pendiam. Pd yg mengadu mslh2 ngan ibu bapa, tips sy ialah bykkan berdoa pd Allah, diam lebih baik dr berkata buruk dan bersabar byk2. Hehe…sy pulak bg tips..ok, terima kasih ustaz sbb bg pencerahan. Jazakumullah khairan.

  56. Argh. Saya tak suka ape apa hal berkaitan mak saya. Apa yang saya buat semuanya salah. Sehingga mengatakan saya anak babi,anjing,bodoh sial semua nya disebut. Kalau dia jata saya anak babi maknanya dia babi la? Macam tu? Saya sudah mula menengking mak saya srbab saya tak tahan. Selama ni saya diam je kalau dia tengking saya. Ape sahaja lah kesalahan yang saya buat masa kecil dulu sehingga sanggup membabikan saya. Depan ayah saya dia tak berani nak tengking. Dia mak kandung saya. Tapi entahlah saya rasa macam saya bukan anak dia. Sekarang pulak saya patah kaki. Dia slalu marah saya sampai saya takda semangat nak jalan balik. Nak pergi hospital pun dia tknk hantarkan. Saya tak tahu nak buat ape dah. Apabila saya nak berlatih berjalan sendiri guna tongkat. Dia campak tongkat saya. Siapa je nak jadi budak jahat? Siapa je yg nak masuk neraka? Saya nak jadi budak baik. Tapi mak saya slalu mencabar kesabaran saya. Haih srjujurnya saya dah jadi anak derhaka skang. Sebab saya slalu melawan ckp mak saya. Bila dengar mak saya membebel saya akan tutup telinga dengan earphone. Tapi saya tak pasang lagu. Saya dengar jugk ape dia ckp. Entahlah. Sakit hati bila jiran kata saya anak derhaka. Takkan pula saya nak citer kat dorg yg mak saya slalu babikan saya pe semua. Kalau tknk jaga saya. Jangan jaga. Saya nak duk asrama dia tak kasi. Ape masalah dia la. Haduhai. Astaghfirullah

  57. saya nak straight to the point. ini bukan kira terasa sikit atau banyak tetapi saya dah muak dengan semua ni. bapa saya tidak boleh dijadikan idola oleh sesiapa, semenjak saya dari kecil saya dididik dengan sifat buruk bapa, suka membebel, ego, panas baran, tidak mengambil tahu pasal anak, memandang rendah terhadap org lain trmasuk anak, dan sentiasa berfikiran negatif. saya lebih rapat dengan bapa tiri saya dari bapa kandung. senang ustazlove berkata daripada melakukannnya sebab ilmu rasa tu ustaz tiada. makin lama hidup makin banyak masalah saya. ibadah bermacam2 saya buat tetapi tetap sama. hidup ni 1 je saya impikan, saya merindui menjumpai Ilahi.

  58. tidak kira bapa atau anak, klau bunuh dihukum bunuh. senang buat anak senang bunuh. bapa saya tidak menjalankan tanggungjwb dgn baik, baik suami atau sebagai bapa. saya melihat ibu selama ini sebagai ketua keluarga bkn bapa. kalau hendak diikutkan darah yang mengalir dalam diri ini memang darah dia tapi darah ni lah darah nabi adam. nak tanya, agak2 ibubapa boleh bahagia selepas mati sekiranya tidak mendapat keredhaan anak?

  59. assalamualaikum ustaz,saya bakal menduduki spm pada thun ni.
    saya tak bertegur sapa dengan ibu saya selama 4 hari.ibu saya selalu salah faham dengan saya dan slalu ckp saya x belajar.saya bukan jenis yang suka melakukan kerja depan ibu saya.saya mengambil tindakan mendiamkan diri kerana saya takut tersalah cakap…apa patut saya buat ustaz

  60. Alhamdulillah. Informasi yg sgt brguna. :3 I’ll love my mother no matter what. As I should know, my soul is so small compare to any microscopy things. No matter what I heard, I’ll think it important.
    #Please pray for me.

  61. Bagaimana pula jika ibu xpernah mnjga kita dan apabila besar mnegur sikap kita yg kurang mesra dengan ibu…dan mbandingkan kemesraan kita.dengan ibu saudara… sedangkan kita membesar dengan ibu saudara dan lebih rapat.dengan ibu saudara… adakah wajar kita dipersalahkan… dan kadang-kadang… saya terkasar bahasa dengan ibu sendiri kerana tiada keserasian.. namun saya cuba membawa.ibu tinggal bersama… memandangkan die adalah ibu kita… walau seteruk.mane pun die lakukan pada kita…

  62. ustad macam mana kalau adik yang berumur 10 tahun tidak membuat kerja, ibu bapa pula yang memarahi kakak yang menegur adik untuk membuat kerja. adakah itu maksudnya ibu bapa memilih kasih.

    1. Tak.. ibu bapa mungkin nak kakak yg buat kerja tersebut. Mungkin masa kakak umur 10 tahun dulu, ibu bapa tak suruh pun buat apa2 kerja..

  63. ustaz saya nak tanya,saya menghadapi beberapa masalah dalam keluarga.ceritanya begini saya sebagai seorang anak bersekolah di sekolah asrama.saya tak nak bersekolah di sekolah asrama.jadi saya rayu dekat ayah saya agar saya dapat pindah.mula-mula ayah kata bulan 6,lepas tu setahun.lah-lah sekarang ni saya tak dapat pindah.apa patut saya buat ustaz

    1. Ini bukan masalah keluarga.. ini masalah saudara tak nak masuk sekolah asrama. Sebaiknya saudara tanyakan pada ayah secara terus-terang. Mungkin ayah ada jawapannya yang tersendiri. Apa pun keputusannya, saudara terimalah dengan hati yang tenang, kerana tiada ayah di dunia ini yang mahu menyusahkan anak2nya, melainkan mahu melihat mereka berjaya. Sebab itu mereka membuat pilihan tertentu yang mungkin nampak kejam pada pandangan mata anak2.

  64. salam ustaz..kalau ibu sy marah ats kesalahn kecil or xda kaitan
    dgn perkara yg dimarah, sy kdg2 mnjwab..tp dh besar ni sy terus msuk bilik or keluar..sy nak elak dri menjawab or berdosa..bole ke ustaz..
    n kalau ayah x bertanggungjwab pda anak, bila besar nk tuntut kasih syg, mcmna nak handle?

    1. Dilarang menyakiti hati ibu dengan lisan dan perbuatan. Sekalipun saudari nak mengelakkan daripada menyakiti ibu dengan perkataan, jangan sampai saudari menyakiti hatinya melalui perbuatan. Perbuatan masuk bilik dan keluar rumah disebabkan nak mengelak daripada menjawab itu juga tak betul. Sebaiknya saudari tadah saja telinga dan mohon maaf kepadanya sekalipun saudari tiada apa2 kesalahan. Itu lebih memudahkan dan mendamaikan.

      Soal tanggungjawab ayah, biarlah itu urusan dia dengan Tuhan. Tapi seorang anak, tak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap ayahnya, walaupun macam mana buruk dan busuk ayahnya sekalipun. Belajarlah menyayangi ayah, insyaAllah, kebaikan akan datang dalam kehidupan saudari.

  65. Salam, ustaz sy nak tanya skit. Sy sering kene marah dengan parent sy and slalu pggil sy ‘ ANAK KURANG AJAR OR SYMBOLIKNYA ANAK DURHAKA’ padahal setiap kali keslahan kecil depan mata sy, parents sy terus sound sy, stiap hari sy sabar and one day tu sy dh tak tahan sgt sy terlontar kuat suara tp tak pernah mencarut tp bila adik2 sy mencarut dekat parents sy tk prnh marah. diam je. tp dgn sy selalu kene marah pastu still panggil anak derhaka. sy selalu kecik hati and ade satu masa tu mama sy ckp mama tak maafkan sy and trus ckp msuk Neraka. Sumpah ustaz sy tkde maksud nak kecik kan hati mama sy tp bila dgr je dri mulut mama sy trus tk bertegur dh. memang kecik hati sgt.

  66. Askm ustaz, macam mana kalau seorang ibu yg mempunyai 5 org anak tapi menyayangi yg bongsu saja, pada masa yang sama saya yang sulung dianak tirikan, saya Bila bawa kawan kerumah salah, saudara yang rapat dengan saya menjadi musuh keluarga saya, kesemua tanggungjawab saya terhadap keluarga semua saya sempurnakan.sedangkan adik adik saya tak pernah mengambil tahu hal Rumah termasuk hal adik perempuan Dan ibu sending,tapi did tetap jadi anak kesayang ibu,ibu saya tak suka org puji saya atau menghormati saya pasti jadi musuh keluarga.tapi pada masa yang sama tanggungjawab saya sebagai anak sulung perlu dipatuhi kalau tidak padah jadinya, saya betul betul rindu kasih sayang ibu saya, saya begitu merindui keinginan saya untuk tidur diriba ibu saya. Tapi ibu saya menganggap saya ini menyusah dia, dia kata sebagai anak sulung tidak Bermakna saya perlu beri Keutamaan, tapi saya bukan minta beri Keutamaan kepada saya. Saya hanya nak kasih sayang seorang ibu kepada anak itu saja.saya rasa hidup saya semakin gelap kerana kesemua adik-beradik saya anggap saya ini tak guna kerana tidak dapat sokongan dari ibu saya. AYAH saya 9 tahun meninggal deniz.tolong ustaz apa perlu saya lakukan untuk mendapatkan kasih sayang ibu saya tolonglah ustaz beri nasihat kpd saya

  67. Askm ustaz.mak saya hidap kencing manis saya hendak bawa dia ke hospital kerajaan dia tidak mahu dia hendak pergi hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, bila saya cakap tidak mampu dia kecil hati dengan saya..adakah berdosa kalau saya berkata begitu?

    1. Tak berdosa.. orang tua dan ada penyakit pula, memang hatinya sedikit sensitif. Kena banyak bersabar dan sentiasa melayan beliau dengan baik. Rawatlah beliau ikut kemampuan saudara.

  68. assaslamualaikum ustaz love, sy ada bnda nk tnya.. adakah salah jika seseorang anak itu tidak membantu ayahnya hanya kerana mahu ayahnya berusaha sendiri,.. bukan tidak mahu menolong tetapi bila menolongnya beliau suka mengambil kesempatan dengan tidak bekerja dan hanya fikir yang anak dan isterinya bekerja dan beliau tidak perlu bekerja dan hanya melepak.. bila si anak menegur ayahnya dengan cara baik si ayah akan melenting dan mengeluarkan kata2 kesat dan sering menghalau si anak keluar.. dan pernah mengaku menyesal mempunyai si anak, sedangkan si anak banyak membantu isterinya dalam menguruskan hal rumah, bil2 dan anak2 yang lain.. sering kali juga si anak terfikir untk lari dari rumah.. tp memikirkan kesihatan si ibu tidak jadi la akan niat itu.. si anak bekerja dan selalu pulang lewat kerna bekerja lebih masa si ayah akan menuduh si anak melakukan perkara tidak senonoh dan sebagainya.. apabila diterangkan keadaan sebenar akan kelewatannya pulang si ayah tidak akan pernah mempercayainya.. sedangkan dalam hati si anak niatnya bekerja hanyalah untuk membantu keluarganya dari susah tetapi si ayah tidak pernah menghargai dan kdg kala membuatkan si anak tertekan dan kadng kala melwan kata .. tp itu bukanlah niat nya untuk melwan kata..itu juga membuatkan si anak memberontak dan lebih suka menyepi.. bolehkah ustaz beri cdgn dan nasihat kpd si anak untuk dia terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.. terima kasih ๐Ÿ™‚

    1. Ibu bapa bukan maksum, bukan juga dijamin syurga..tapi selalu menyalahgunakan “kuasa” dan keramat atas dasar syurga di bawah tapak kaki ibu.

      Jikalau seorang wanita or lelaki itu tidaka baik, maka akan jadi ibu bapa yg tidak baik juga..bukannya otomatik bila jadi “ibu bapa syurga”.

      Bagi “ibu bapa derhaka kepada anak”, jangan harap akan dapat doa dan ingatan tulus ikhlas dari anak2.

      Ok tak camtu? He he

      Doa dari anak yg soleh? Hanya layak untuk ibubapa yg soleh. Jangan expect lebih dari anak…macam tak ikhlas pula melahirkan dan membesarkan anak..mengungkit.

  69. Assalamualaikum ustaz..
    Ustaz sya nk share crita n bertyakn pd ustaz…critanya mcm ni,stahun yg lps sy ada mslh dgn suami sy,kmi bergaduh berselisih fhm,smpaikn sy pulang kermh bpa sy di kedah,tnpa pengetahuan suami sy,dn mengakibatkn sy dijatuhkn talak 1 dlm msj yg berbunyi “umi..abh jatuhkn talak 1 thdp umi,sy amt terkejut dgn apa yg tlh terjd,dn xmenyangka dgn tindakn sy pulg ke kg org tua sy tnpa izinnya,mgkin selama ini suami sy memendam perasaan mrh thdp sikap sy yg suka mrh2…
    Dlm perasaan sdih yg amt,sy mbritahu hal ini kpd ayh sy,utk pengetahuan ustaz,ayh sy teramatlh garang,bleh diktakn pns baran orgnya,sy dh xtahu apa nk buat pd mlm tu,seolh2 hdup sy kosong,adk bradik sy slhkn sy diats semua yg terjd,smpaikn sy dimarahi oleh kakak sy sbb pd keesokkn harinya sy meminta pertolongan dri kakak sy utk bwa sy pulg ke perlis,tp dia enggan menolong krna takut pd ayh sy,kta kakak sy…sy kini bkn lg milik suami sy,sy dibwh jagaan ayh,apa2 pun kna minta pndt ayh,smpaikn kakak sy mengatakn sy sudah gila talak,mmg sy terasa hati dgn kata2nya…pdahal ustaz sy masih siuman bleh berfikir baik dn buruk,bknlh tindakn sy bla pulang berjumpa dgn suami,sy akn buat perkara yg memalukn,sy cuma nkkan penjelasan dri suami,apa sbb smpai dia jatuhkn talak pd sy,?adakh sdh xsygkn rmhtgga yg dibina hmpir 8thn,sy fhm suami sy terkilan byk hal dlm hubungan kmi suami isteri,berbalik pd crita sy td…
    kakak sy tlh menceritakn ttg keinginan niat dihati sy utk pulg berjumpa dgn suami sy pd ayh,so teruklh pd mlm tu sy kna mrh,sbb ayh sy xizinkn sy pulg berjumpa dgn suami,pdhal awl2 lg sy berpesan pd kakak jgn critakn hal ini pd ayh takut ayh pns baran,takut sy dimarahi..sy mmg xsgka perbuatan kakak sy tu mgakibatkn impact yg sgt kuat smpai skrg ni utk pengetahuan ustaz sdh sethn sy tidak pulang ke rmh bpa sy,gara2 mulut lidah kakak sy yg terlalu lntang menyuarakn apa2 pun thdp ayh sy,utk pengetahuan ustaz kakak sy itu bleh diktakn ank emas jgklh bg ayh sy,apa yg kakak sy ckpkn semuanya betul,mmg sy terkilan dgn apa yg tlh terjd ustaz,wpun kini suami dn sy tlh rujuk kmbali dn hdup kmi amn tiada lg berselisih fhm mcm dlu,tp mslh sy skrg adlh dgn ayh sy plak ustaz,mmg sy terasa hati dgn sikap ayh dn kakak sy ustaz,bermcm hal dn persoalan yg bermain difikiran sy ustaz,cuma apa yg sy ingin tyakn pd ustaz,berdosakah sy sbgai seorg ank xblik ziarah n bertyakn khabar ayh sy ustaz?krna bg sy buat apa sy pulg kalau ianya lg membuatkn hati sy sakit,dgn tomahan adk bradik sy yg lain,bg sy syurga sy adalh dibwh telapak kaki suami sy,bkn sy xsygkn ayh sy ustaz,sy sygkn ayh sy,cuma ayh sy xnmpk kasih dn syg yg slma ni sy dn suami berikn,sy bknlh anknya yg berADA spt ank2 ayh sy yg lain,wpun sy xberkemampuan spt yg lain ,atleast sy cuba dri segi lain utk meringankn masalah ayh sy,sukar utk sy jelaskn 1 per 1 pd ustaz,krna mslh sy terlalu complicated utk diceritakn,sy mohon jasa baik ustaz utk mberikn pnjelasan yg lbh terhdp permasalahan sy…terima kasih ustaz…

  70. maaf ustaz tp sy tak bersetuju… pada saya ibu bapa tak patut buat begitu kat anak2… mcm mana sy sekrang ni sbg seorang ibu pun still sy rasa sy tak patut untuk simply menyakiti hati anak dgn alasan kuasa sy sbg ibu lbh besar sedangkan mendidik dan menjaga anak2 tu adalah tanggungjwb dan amanah dari Allah..

    sy percaya walaupn ibu bapa buat salah atau menyakiti hati anak ttp dapat dosa.. dah hidup dari muda ke tua pun takkan tak paham lagi kot menyakiti hati manusi tu berdosa…

    ooo kalau mcm tu boleh la ye sy nanti simply je cakap anak sy bodoh bagai,arahkan anak buat itu ini smpai tak fikir letih penat anak(sy tak berdosa kan sb sy ni seorg ibu). soalnya,patut ke mcm tu…

    1. Ada baiknya puan baca balik entry tersebut dan komen2 yang Ustaz Love jawab di bawahnya sebelum membuat apa2 telahan. Jangan terlalu beremosi.

  71. salahkah kalau saya membenci ayah saya kerana dia menganggap seperti ibu dan adik-beradik saya tidak wujud melainkan keluarganya? kerana dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa? kerana tidak pedulikan seluruh keluarga padahal dia lah ketua keluarga?

    1. Membenci ibu bapa adalah suatu kesalahan, tak kira sama ada mereka bersalah atau tidak.. bencilah perbuatan buruk mereka, tetapi jangan membenci batang tubuh mereka.

  72. Camne saya sgt bengang coz mak cakap better my hubby bwk kakak saya gi dinner, drpd bwk sy coz kakak lagi pandai melawa.Padahal dulu hubby pangkat kecik diorang x pandang.
    Saya x mekap tebal coz nak mudah solat.
    mak dr dulu anggap sy x de apa2 coz pendek dan x lawa. Dpt hadiah cemerlang akademik pun mak bwk kakak utk replace sy terima hadiah kat tempat kerjanya.
    skrg nak suruh replace sy utk g dinner dgn laki saya pulak?

  73. Kepada yang ‘kritikal’ tuh , silalah jumpa kaunselor2 yang ada di luar sana . . . Jangan tibai buat benda yang tak sepatutnya . . .
    Pesanan ikhlas daripada saya .

    Be strong .

  74. salam ustaz .. saya ank bongsu dlm klrga .. kata org ank bongsu mnja tp hanya tuhan saja tahu .. mak saya sakit n uzur .. saya mnjaga n mencari nafkah dengan mniaga .. tp mak selalu lbhkan abg dan abaikn saya . sakit pon masih boleh bangun untuk siapkan makanan untuk abg .. apa yang paling saya kecil hati setiap perbuatan saya semua d pndang salah .. saya sering mngis .. sedih dengan perilaku ibu .. saya nak dia layan saya macam yang lain .. jika nk cerita kisah saya x ckup satu box .. ustaz saya nk tny andai saya keluar dari rumah ni dan pergi jauh adakah bdosa ? sebab slama ni saya yg jga ibu n kakak yg lain x pernah pduli .. kini masa saya nk biar mreka yg jga dan saya nk pergi jauh untuk mulakan hdup baru .. mohon jwpn dr ustaz

    1. Jika saudari sudah tahu yang tiada siapa yg akan menjaga ibu, tetapi saudari mengambil keputusan untuk keluar juga dari rumah, maka saudari berdosa kerana bakal membiarkan ibu tanpa penjagaan sepatutnya.

      Buat masa ini, saudari kena banyakkan bersabar dan telan saja segala karenah ibu. Orang sakit memang kadang2 kita tak mampu nak faham emosinya. InsyaAllah, banyak kebaikan yang Allah akan kurniakan jika saudari dapat bersabar, asbab menjaga ibu yang sedang sakit.

  75. Salam ustaz, kalau sekiranya seorang anak berdendam dengan bapanya yang tidak mahu rapat dengan anak ketika remaja dan bila si anak sudah dewasa lalu bekerja dia pula menjarakkan diri daripada bapanya yang ketika itu sudah tua dan uzur,apakah motif si anak untuk menunjukkan keadilan itu dibolehkan, ustaz??

    1. tak dibolehkan.. apa saja kejahatan yg dilakukan oleh bapa, tidak boleh dibalas oleh anak2. waktu inilah sepatutnya anak2 mengambil peluang untuk berbakti kepada bapa, semoga beliau insaf dan mendoakan kebaikan untuk kita.

    1. Ibu itu berdosa sebab membuat tuduhan. Tetapi, lebih mulia sekiranya saudari mengampunkan keterlanjuran ibu. Dan doakan semoga ibu berubah. Itu lebih baik

      1. Easier said than done…
        Hati bergetar penuh dendam sakit dan rasa terhina.. kerana tohmahan dari ibu tercinta.. tuduhan demi tuduhan dilemparkan tanpa usul periksa hanya kerana mencintai insan y tidak disukainya.. sedang insan itu lah y menguatkan hati untuk memaafkan ibu… benarlah diam itu lebih baik lebih2 bike berhadapan dengan ibu… wanita y sentiasa ingin menang walaupun jelas silapnya…moge Allah menunjukkan ku jalan yang lurus dan diredhai… ampunkan la aku

  76. slm ustaz. nak Tanya pendapat. salahkan saya sebagai anak menyuruh ibu saya tinggal berasingan dari keluarga saya. kerana tidak tahan peragai ibu yang suka mengumpat pasal org sekeliling dia dan suka maki hamun saya dan sekeluarga. saya selalu menegur beliau. tapi bila di tegur beliau akan marah. jadi jalan terbaik saya telah berbicang bersama adik beradik yang lain setuju untuk beliau tinggal berasingan dr kami sekeluarga. bagi saya biar jauh lebih baik dari dekat. ini kerana akan membawa perkara2 yang kita tidak suka.

    1. jangan putus asa dalam menegur. biarlah dia nak marah berkali2 pun, setiap kali dia mengumpat dan maki hamun, saudari kena tegur dengan baik. lama2 nanti, insyaAllah beliau akan berhenti melakukannya.

      jangan halau ibu keluar daripada rumahnya sendiri. jagalah beliau baik2 semasa hidupnya, sekalipun buruk akhlaknya.

  77. Assalamuakaikum ustaz..
    Macam mana kalau saya dibesarkan oleh nenek saya..dan pengorbanan tu bg kami adik beradik mak kurang arwah nenek yg lebih..dan bagi kami yang pandai mendidik kami buat kerja semua nenek kami.. selepas nenek kami meninggal mak kami selalu meyuruh buat ini buat itu yg pada asalnya nenek kami yg selalu melakukan kerja2 itu..mak kami tak pandai untuk buat kerja..kami bnyak diajar oleh nenek kami untuk mengemas semua tetapi bila sampai turn mak kami jaga kami sepenuhnya..dia hanya menyuruh..sampaikan sampah-sampah pinggan mangkuk semua dibiarkan kerana dia tahu ada yang akan tolong kemaskan..apakah hukum itu ustaz..salahkan kami anak-anak mengukit hal itu..kerana kami semakin hari semakin dewasa..sampaikan tahap tolong itu kami merasakan seperti dibuli..and kalau kami penat untuk membuat semua tu..dia akan menangis walaupun kami rasa tidak ada sebab..kerana nenek kami tidak pernah buat begitu pada kami..di hanya mengajar kami buat kerja kerana Allah ..bebelan dia kami boleh terima kerana kami nampak and rasa perlu dicontohi perangai dia..mak kami tidak ada contoh yg perlu dicontohi..sebab itu kami rasa dibuli..dan kami rasa marah bila mak kami buat perangai..apakah hukum itu ustaz..??

    1. Tak kira la sebaik mana pun orang lain yg menjaga kita, takkan sama dengan ganjaran berbakti kepada ibu kandung. Jangan sesekali menderhakai ibu, walaupun bukan ibu yang menjaga kita.

  78. Salam ustaz. Saya ada masalah. Saya sudah berkahwin hampir setahun dan baru dikurniakan seorang anak. Anak saya pun baru nak masuk sebulan dan saya masih dalam tempoh pantang. Sekarang saya berpantang dirumah ibu bapa saya sendiri. Masalahnya, baru-baru ini ibu saya bertanya, bila saya mula bekerja, siapa nak jaga anak saya? Saya beritahu yang saya perlu berbincang dengan suami dulu. Suami dan saya bercadang mahu hantar anak di taska berdekatan dengan tempat kerja kami selepas saya mula bekerja memandangkan rumah ibu bapa saya agak jauh dari rumah kami. Sekarang ni pun suami saya berulang alik dari tempat kerjanya ke rumah ibu bapa saya dalam tempoh saya berpantang. Bila saya beritahu yang saya nak hantar anak ke taska, ibu saya marah saya. Dia cakap dia nak jaga anak saya. Saya kesiankan ibu saya sebab dia ada sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Mana mungkin dia larat untuk jaga anak saya yang kuat merengek dan asyik menangis. Dalam tempoh pantang ni, saya tengok ibu saya letih sebab jaga anak saya sampaikan dua hari lepas, dia terjatuh di atas saya disebabkan dia pening kepala kerana keletihan. Bila saya beritahu kenapa saya taknak ibu saya jaga anak saya kerana saya kesiankan dia dan takut dia jatuh sakit, dia marahkan saya dan menengking saya. Mulalah mengungkit pasal suami saya & kata saya ni takut suami la, asyik patuh je cakap suami saya. Ibu saya cakap buat apa nak patuh cakap suami, ibu bapa sendiri lagi penting. Kata-kata dia seolah-olah mahu kami bercerai. Malah, ibu saya cakap kalau tahu dulu, dia tak bagi saya berkahwin dengan suami saya sebab suami saya tak ikut telunjuk ibu saya. Saya faham suami saya mahu berdikari selepas berkahwin dengan saya tetapi ibu saya terlalu mengongkong kami berdua sehinggalah saya ada anak. Mula-mula kahwin dulu, suami ada beli rumah dan ajak saya berpindah, tetapi ditentang oleh ibu saya dengan alasan saya mengandung. Suami bertolak ansur dengan membenarkan saya tinggal di rumah ibu bapa saya sehingga bersalin. Jadi selepas pantang memang kami bercadang untuk balik semula ke rumah kami, tetapi sekali lagi ditentang oleh ibu saya. Malah ibu saya bersumpah, kalau kami tak ikut cakap dia, jangan harap dia nak ambil tahu pasal saya, suami dan anak kami lagi. Setiap kali orang datang ke rumah, dia mesti cerita yang buruk-buruk pasal saya. Ada pernah sekali ayah saya tolong mandikan anak saya dan mintak tolong ibu saya ambilkan barang untuk mandi, ibu saya marah ayah saya kerana asyik minta barang. Kesian juga pada ayah saya. Bila saya bersuara, ibu saya cakap dia lebih makan garam dan banyak pengalaman. Saya buntu dengan perangai ibu saya. Apa yang perlu saya buat ustaz?

  79. Assalammualikum ustaz,

    Saya ad beberapa soalan nak tanya.
    1. Bagaimana nak kawal perasaan marah kepada kedua orang tua?
    2. Apakah yang harus dilakukan oleh seorang anak apabila ibunya merungut bahawa si ayah lebih sayangkan si anak perempuannya sehinggakan si ibu menunjukkan kasih sayangnya yang lebih kepada anak2 nya yang lain?

    1. 1. Banyakkan istighfar dan ambil wuduk.

      2. Maka si anak kena selalu berdamping dengan ibu dan mengambil berat tentang dirinya, supaya dia rasa dihargai dan hubungannya rapat dgn anak tersebut.

  80. Assalammualaikum
    Ustaz sye mmpunyai 5 orang adik beradik… Kdang2 sye rse skit hati sbb apabila kakak dn abg sye buat slah sye pun kena pukul tpi bila sye yg buat slah hnya sye sje yg dipukul… Sye masih ingt lagi masa kakak sye main cermin muka dan emak sye terpijak cermin hngga kaki dye luka… Ayah balik kerumah ayah pukul sye gna sisa cermin tu… Sye brnasib baik sbb sisa kaca tu melekat dekat kulit kpala je…. Sye smakin berdendam sbb mak sye asyik sokong kakak sye… Kakak sye masuk bilik sye dan mngambil barang kesayangan sye semasa sye tiada dirumah… Apabila kami brgaduh mak sye hnya memukul sye seorang mnggunakan guitar sye smpai pecah… Ayah juga bnyk kali memukul sye smpai brdarah… Apabila sye buat prkara yg btul pun masih kena… Masa sye di form 3 kakak prnah buat hal dye rosakkn brang mak mse tu sye bru slesai mndi stelah bsuh pinggan yg bnyk… Tnpa soal ayah pukul sye smpai tuala sye trlucut hngga sye trlanjang… Sye nk lari msuk bilik tpi kakak sye halang… Sye lari kluar krana ayah msih memukul mnggunakan batang kayu… Sye malu krana masa tu rmai org yg mlihat kemaluan sye…apa hukum bagi ibu bapa sye ustaz…

    1. Tak sepatutnya ibu bapa adik buat macam tu. Perbuatan mereka menyakiti adik dengan sengaja, adalah haram hukumnya. Namun, sebagai anak, adik kena banyak bersabar dan berdoa semoga suatu hari nanti Allah ubah hati ibu dan bapa adik. Allah pasti mendengar permintaaan adik.

  81. Mak sye tiap2 hari pantang nampak muka saya nak marah. Semua benda jadi tak kena. Dia kata saya tak tolong dia buat kerja rumah lah,bandingkan saya dengan anak jiran. Dia selalu cakap dia penat dan tak cukup tidur. Dia cakap dia sibuk waktu pagi sampai ke petang buat kerja rumah tapi yang saya nampak pukul 10-1 2-5 7-8 dia hanya menonton tv.. Bila menjelang malam dia Akan mula mencari kesalahan saya kata tidak menolongnya dan menyebabkan rumah semakin semak. Sedangkan saya jemur pakaian,sapu sampah,basuh pinggan.. Dia juga kerap mencari kesalahan ayah saya dan menyebabkan pergaduhan. Dia pun tak teragak2 memarahi saya depan saudara mara yang lain beberapa kali sehingga menjatuhkan air muka saya. Dia juga akan marah apabila ayah menyebelahi saya. Kadang2 saya terfikir apakah salah saya sehingga mak saya selalu buat saya begini? Sekarang saya menuntut di sebuah kolej.. Saya hanya pulang ke rumah pada hari sabtu n ahad tapi bila pulang ke rumah mak saya akan mula mencari kesalahan saya lagi. Apabila saya ingin tegur sesuatu mengenai dirinya, dia akan mula melenting dan mengungkit macam2. Saya paling tidak boleh terima apabila dia mula tinggikan suara terhadap ayah saya dan mula menyangka macam. Saya terasa amat buntu dan stress.

  82. Assalamualaikum ustaz

    “kata-kata seorang ibu tu adalah doa”…mak saya selalu myumpah-nyumpah saya ustaz…bukan hanya saya,anak-anak sy yg tak tau apa pn terbabit sama…dia sumpah sy dan ank2 agar hidup susah smpi bila2,dia sumpah supaya rumahtangga sy hancur, dia sumpah anak2 saya mcm2…saya terasa hati sangat ustaz..Allah jer tau perasaan saya

  83. Assalamualaikum ustaz. Alhamdulillah. Setakat ni saya tiada masalah dengan ibu saya. Walau kadang ada lah tersalah faham sikit. Tapi mudah untuk berbaik dengan ibu saya. Tapi saya ada masalah dengan ayah saya. Dia seorang yang panas baran. Dari kami kecil dia sering memukul kami adik beradik. Menampar kami di khalayak ramai. Kadang sebab dia memukul kami bukan semua nya sebab salah kami sendiri. Tapi lebih kepada dia tak tahu keadaan sebenar tapi dia cuma lepaskan sahaja marah dia dengan memukul kami. Contoh,bila saya dan adik saya selalu mengemas rumah,vacuum rumah dan sapu rumah. Tapi bila dia balik kerja dia menfitnah kami tak lakukan apa apa kerja malah duduk rumah goyang kaki. Kami sebagai anak dari dulu selalu terkecil hati dengan sikap dia. Bukan sahaja kena pukul sampai lebam lebam pergi ke sekolah,malah makian dan macam macam panggilan kurang ajar semua dia bagi. Bukankah kata kata seorang ayah itu satu doa? Dia sering kata kami ni bodoh,takde akal dan sebagainya. Kami jadi stress duduk serumah dengan dia. Bayangkan ustaz,rumah sepatutnya jadi tempat yang selamat utk seseorang. Tapi tidak bagi saya. Lagi lagi kalau ada ayah. Satu hari itu saya sudah tidak tahan dengan semua yang saya dan adik beradik saya pendam. Saya luahkan semua pada dia. Dia marah saya dan memukul menampar saya dengan teruk sampai menghentakkan kepala saya pada kerusi dan lantai. saya begitu marah ketika luahkan semuanya sampai terpanggil dia “setan”. Dan dalam banyak banyak luahan hati saya yang saya mengharapkan dia faham apa yg kami rasakan selama ni. Yang terkesan pada dia hanya lah panggilan tersebut. Saya tak berniat dan saya tak nak pun jadi anak derhaka. Tapi sumpah saya dah tak tahan hidup sebegini lagi ustaz. Tolonglah ustaz.

  84. Maksudnya…
    Kalau Ibu panggil anak dia bodoh dan melayan anaknya macam lembu…
    (Bila marah x diberi makan)..
    Anak dilahirkan semataยฒ untuk belajar Dan tiada sokongan langsung… dari sudut moral mahupun material…
    Ibu bapa dikira baik jugaklah ustaz?

  85. Bila sy sebagai anak dan isteri ttp kena komplain depan pakcik makcik yg lain sy ni tak pandai mengemasla buat kerja dapurla selekeh la..tak berkenan mata aku tgk kerja kau…bila tak tolong ckp anak tak boleh harap…padahal satu rumah bukan tak ada adik beradik lain..ipar pun ada terperap dalam bilik tak buat keje dapur..

  86. salam ustaz, saya ni dah 18tahun. saya 2beradik ja. abg dan saya. mak saya ni solat tak pernah tinggal. saya ni tunggang langgang lg. tp mak saya ni dari saya kecik lg selalu memaki saya mcm dajjal , setan , anak iblis, bodoh, babi,menyesal beranak hang, jgn mkn apa aku masak. kadang tu sbb kecik ja. sbb saya termakan bekal dia . dan bekal saya bg kat mak sya. dia makinya saya. tiap hari saya menangis. kalau dia bergaduh dgn ayah saya. dia lepas kat saya. pernah dia kata “aku tak nak jaga ayah hg biar mati sorangยฒ barudia tau mak sapa” hati saya luluh dengar tu . baru ni ayah saya sakit teruk. saya baru dpt result spm saya buat part time kedai kasut . mak saya call saya kata mlm ni hg jaga ayh esk pon sama mak dah tk nak jaga. hati saya sebagai anak ni. tak tau la. ayah saya baru keluar hospital dia bergaduh dgn ayh saya dia keluar tinggal ayh saya sorangยฒ penat . ayah kena serangan jantung terus time tu. sampai saya berhenti keja 24jam nak jaga ayah saya. mcm mana saya nk ubah mak saya. hati saya dah cukup sakit . tiap hari dia maki saya

    1. Billa..

      Akak seorang penulis novel dan skrip tv. Sedang mencari bahan utk kes seperti adik Billa.

      Mohon adik add akak di FB. Nama pena akak Nurazlinapenulis picisan.

      Salam sayang.

  87. Assalamualaikum, ustaz. Ibubapa saya dh bercerai sejak saya 1thn lgi. Saya tinggal dgn ibu. Setelah tu, ibu kahwin lain dgn duda anak dua(sepasang). Saya selalu sedih sbb ibu sibuk dgn kerja. Ibu tk pnh thu ape yg berlaku dgn saya. Ayah tiri saya tu pernah kurung saya kat luar rumah smpai malam. Dia tk kasi saya masuk. Dia suruh saya tidur luar. Dia pernah tampar saya jgk sbb saya guna perkataan bodoh dengan kawan2 saya. Saya ade makcik pakcik pon yg jenis baran, suka mrh2 dan suka mengarah saya mcm kuli kt rumah. Ibu tkthu. Ibu tk pnh ambil thu. Saya selalu menyorok belakang rumah dan menangis. Ayah kandung saya tk hiraukn saya. Dia tk pnh dtg jengok saya sejak mereka bercerai. Ibu saya mcm tk adil dengan saya. Dia lebihkn anak2 tiri dia berbanding saya. Saya redha jee. Saya pernah hidup sosial dsbbkn mslh keluarga. Saya hidup liar dari saya darjah 6 smpai ting 3. Berkawan dgn org2 yg tk betul. Balik lewat malam. Keluar rumah. Saya tk suka dduk rumah sbb family saya suka jadikan saya kuli dan asyik nk mrh2. Ketika itu, ibu saya dh ada anak dgn ayah tiri saya tu 3 org. Saya tk suka ayah diorg smpaikn saya rasa mrh dgn bdk2 tu. Bila saya ting 4 saya berubah mngkn sbb saya pernah buat ibu nangis. Saya dh jdi anak derhaka. Saya menyesal dan pilih utk berubah. Saya jaga solat. Jaga aurat. Jaga batas pergaulan. Saya doakan ibubpa saya. Saya tknk jdi anak derhaka. Saya tebus setiap kesalahn saya dgn buat mak saya bangga dgn saya. Saya dpt kptsn cemerlang dlm stpm. Saya skrg pon dh 20thn. Segala yg berlaku dlm hidup saya telahpon mematangkn saya. Tapi, adik2 saya tu plk yg makin besar makin biadap. Saya sebagai kakak dan org Islam saya perlu tegur diorg. Adik lelaki saya suka tengking, maki ibu saya bila bapa tiri saya iaitu ayah kndg mereka tkde. Kalau ayah mereka ade, mereka baik. Oijak semut pon tk mati. Saya seorg yg disiplin dan tegas. Saya selalu tegur dan marah diorg bila diorg maki ibu saya. Tapi sebaliknya saya dimarahi oleh ibu saya sndri. Ibu saya tk pernah mrh balik atau tegur anak2 diorg tu. Saya waktu kecik hidup mcm kuli. Skrg bila anak2 dia dh besar ibu saya lgsg tk tegur slh diorg. Malahan diorg hidup mcm raja. Diorg jadikan ibu saya mcm kuli diorg. Ibu saya tu mcm lembu kene cucuk hidung. Ibu dan ayah tiri saya pernah bergaduh. Saya selalu terjmpe tangkal kt rumah. Selalu nmpk bnde kt rumah. Selalu jmpe kertas2 yg ade tulis ayat2 pelik. Mcm Allah bgi saya petunjuk. Saya mmg tk pernah percayakn ayah saya dri dlu smpai sekarang. Tkthu knpe. Saya tengok ibu saya tk boleh dekat dengan saya. Saya tegur anak2 dia, nnti ibu marah saya balik. Saya sedih. Saya pernah nmpk masa saya kecik yg ayah saya mntk ibu saya duit beribu2 tk thu utk apa. Ibu saya bgi semuanya yg dia ade utk ayah tiri saya. Saya tk thu utk ape. Saya pernah nmpk depan mata saya ibu jual semua emas yg dia ada utk bgi ayah duit. Sekarang ibu saya hidup susah sbb nk kne byr hutang semua. Kereta pon kene tarik. Ibu ade rumah kt sg. Buloh itu pon ibu nk bgi ayah. Pakcik saya semua perasan cara mak saya tu lain. Saya tk mntk harta dia. Saya nk belajar tinggi2 pon utk masa depan ibu saya. Saya nk byr semua hutang ibu saya. Saya tk thu cmne nk tegur ibu saya. Cara ibu ajar adik2 mcm tk kene. Ayah lepas tangan cmtu jee. Rasa tk suka saya terhadap ayah tiri saya tu makin tinggi. Saya sabar aje dgn keluarga niy. Kekadang saya terpk knpe saya? Boleh saya thu ustaz, apa hukumnye bila saya lgsg tk jenguk ayah saya sbb diapon lgsg tk jengok saya?
    Dan,
    Salah ke ustaz jika saya tegur adik2 saya klu mereka buat salah? Yela, mereka suka maki dan tengking ibu saya depan saya.
    Dan,
    Ibu saya suka ckp belakang2 pasal saya dgn adik2 saya. Diorg tk suka saya sbb saya niy tegas. Saya suka tegur diorg smpai mncetuskn pergdhn. Sedangkn anak2 dia yg menengking dan tk reti hormat org. Apa pendapat ustaz? Salahkah saya? Sedih saya bila dengar mereka berckp tntg saya. Yela. Ibu saya kot. Mohon pencerahan ustaz.

  88. Tp sya nk tnye Ustadz mcm mne klu sya ank lelaki sulong yg miskin susah tak stabil sudah berkeluarga ank 4 org sedangkan org tua sya idup snang kaya idup cnang …tp hnye mmbantu kmi skluarga ala kadar je,adik adik yang berjaya dlm idup ni dan yg x ptut ditlg kerna ckup sume yg dibantu dan dimanjakan sebab kmi slalu mnyushkn, apakah hak kmi..adakah tanggungjawab ibubapa sya dh lepas mmbesarkn ank dia ini sedangkn mreka mmpu mmbantu kmi tp memilih utk tidak mmbantu kmi.

  89. Assalamualaikum ustaz, macammana ustaz kalau hari2 ibu sendiri asyik menyakitkan hati anak dan memilih kasih ? Setiap hari ade je point utk mencari salah sy dan sy mmg tak boleh tahan cube pertahankan hak sy. Sy seorang anak perempuan dlm kalangan 5 beradik, dan saya juga berbintikan Abdullah berbanding adik2 yg lain berbinkan nama ayah sebenar. Kdg2 sy nak luahkan ape sebabnya sy dilayan mcmni.. Sy belajar sy nak mntk duit pon kena mrh dan mmg taknak menyusahkan dia. After graduate sy terus kerja n belom smpy setahun sy kluar kereta ats kehendak dia, sy buat mcm2, sy bwk die duduk ngn sy, kemana-mana pergi bawa die tak pernah tinggal… tapi ap yg sy dpt sia2…die lebih membela adik2 lelaki sy wlpon adik2 sy tersesat ke jalan hitam tapi msih membela dan tdk marah kalau adk2 lelaki sy menengking dia.. Tp kalau sy berbnyi, terus mcm2 perkataan keluar pd sy? Semua ni dsbabkan status sy lain dr yg lain ke ustaz?? sy nk berkahwin, dia xbg dan terus menyumpah-nyumpah sy kalau sy berkata tntg niat utk berkahwin… Sy sgt stress uztaz, ap sy perlu buat????? ๐Ÿ™

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme