Khas Untuk Wanita Bertudung!!

Jom Tengok Kereta Proton Iriz Yang Awesome!!

Pasukan Yang Paling Teruk Kena Troll Abad Ini!!

Soal Jawab : Hukum Minum Berdiri

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Muhammad Salahuddin :

“Ustaz saya nak tentang adap makan ,ini kerana saya keliru bahawa ada kwan saya dari sekolah agama yg menceritakan bahawa ada sahabat nabi ternampak nabi minum sambil berdiri, boleh tak ustaz terangkan tentang hukum nya?. Yang pasti saya pernah terdengar tentang kajian saintifik ada mengatakan minum atau pun makan sambil berdiri akan memudahkan mendapat penyakit batu karang. ini kerana minum ataupun makan sambil berdiri akan menyebabkan saraf atau laluan darah menjadi terganggu. Bah kan selalunya sunah nabi membawa kebaikan yg saya tahu.”

Silap faham selalu terjadi apabila kita memahami hadis secara zahir.. atau mengambil faham maksud hadis tanpa mengkaji hadis yg lain.. sbb itu, nak memahami agama ni memerlukan panduan ulamak.. bukan terus cedok kefahaman sendiri.. sbb banyak perkara yg nak kena teliti sebelum memutuskan sesuatu hukum daripada hadis mahupun ayat al-Quran.

Sains mungkin tersilap.. tetapi sunnah Nabi s.a.w. tak mungkin silap.. kerana Sains adalah kajian manusia biasa, sedangkan sunnah Nabi s.a.w. adalah wahyu daripada Allah..

Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan¬† menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” (An-Najm : 3 dan 4)

Berbalik kepada persoalan di atas, benarkah sunnah Nabi s.a.w. itu minum berdiri? Jawapan Ustaz Love, ianya memang benar..

Ibn. Abbas r.anhuma berkata : “Aku memberi minum kepada Rasulullah s.a.w. dari air zam-zam, lalu Baginda minum sambil berdiri.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Benarkah Nabi s.a.w. melarang minum berdiri? Jawapan Ustaz Love, ianya memang benar juga..

“Dari Abu Hurairah r.anhu berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : “Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kamu minum sambil berdiri. Apabila dia lupa maka hendaknya dia muntahkan.” (HR. Muslim)

Kedua2nya hadis sahih.. walaupun mengikut keutamaan dalam ilmu hadis, hadis2 riwayat al-Bukhari dan Muslim (dikenali juga dengan Syaikhan, Muttafaq ‘Alaih) itu lebih utama.. kemudian diikuti oleh hadis2 riwayat Imam al-Bukhari seorang.. kemudian baru Imam Muslim seorang.. tetapi, dari sudut fiqhnya, hadis2 riwayat kedua2 Imam ini tetap dinilaikan sahih dan menjadi hujjah untuk istinbat (mengeluarkan) hukum.

Sebenarnya, banyak lagi hadis2 yg menyatakan Nabi s.a.w. pernah minum berdiri.. dan banyak lagi hadis2 Nabi s.a.w. yang melarang minum berdiri.. Ustaz Love tak nak letak semua kat sini.. kang jadi panjang plak.. nampak macam hadis ini saling berlawanan.. sebenarnya bukan itu maksudnya.. Nabi s.a.w. larang, tapi dalam pada masa yg sama Nabi s.a.w. buat..

Dalam hal ini, kita boleh mengambil iktibar bahawa selalunya perkataan Nabi s.a.w. itu lebih diutamakan berbanding perbuatan Baginda s.a.w.. Hadis2 yang melarang minum berdiri ini adalah hadis qauli (perkataan).. Nabi s.a.w. sendiri melarang.. sedangkan hadis2 yg menyatakan bahawa Nabi s.a.w. minum berdiri adalah hadis fi’li (hadis yg menceritakan perbuatan Nabi s.a.w.). Untuk lebih faham, kita amik situasi poligami.. Nabi s.a.w. menyampaikan ayat Allah yg menyatakan bahawa lelaki hanya boleh berkahwin dengan 4 orang wanita pada satu masa.. sedangkan Nabi s.a.w. berkahwin dgn lebih drp 4 orang isteri pada satu masa.. bermakna, perkara itu (poligami lebih drp 4 org pada satu masa) adalah khusus untuk Nabi s.a.w..

Dalam bab makan atau minum berdiri ini, sesetengah ulamak menyatakan bahawa minum berdiri itu adalah khusus untuk Nabi s.a.w. (sbb Nabi s.a.w. buat, tapi melarang orang lain buat).. tetapi ada athar (kata2 sahabat) yg menyatakan bahawa mereka pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri ketika bersama Nabi s.a.w.. Bermakna, amalan minum berdiri ini bukanlah khusus (khususiyyat) untuk Nabi s.a.w..

Kebanyakan ulamak Hanafi termasuk Mullah Ali Qari rahimahullah berpendapat bahawa yang dibenarkan untuk minum berdiri hanyalah air zam zam.. air minuman lain kena minum duduk.. air lebihan wuduk juga sunnah minum berdiri (tapi air lebihan wuduk bukan sejenis minuman.. dan takde dijual di restoran).

Ada juga ulamak yg berpendapat bahawa telah berlaku nasakh mansukh (hadis larangan memansuhkan hukum hadis membenarkan minum berdiri dan sebaliknya).

Memang banyak pendapat ulamak.. kerana mereka berijtihad berdasarkan ilmu mereka.. tetapi, sebaik2nya kita mengikut pendapat kebanyakan ulamak (jumhur ulamak). Dalam hal minum berdiri ini, jumhur ulamak menggunakan pendekatan al-Jam’u wa at-Taufiq (menggabungkan kedua2 hadis).

Jadi, dapat difahami bahawa hukum minum berdiri adalah makruh (Imam Nawawi menyatakan bahawa ianya makruh tanzihi.. iaitu makruh yg lebih ringan dan hampir kepada harus) dalam kebanyakan keadaan.. tetapi dalam keadaan2 tertentu (spt takde tempat duduk ke, terlalu dahaga dsb), maka diharuskan minum berdiri. Tetapi yg terbaik adalah minum secara duduk.

Manakala bagi air zam zam pula, ianya hukum yg khusus iaitu sunnah minum berdiri.. dan menurut kajian pakar, galian yg ada dalam air zam zam adalah berkali ganda lebih tinggi daripada biasa.. dan digalakkan minum secara berdiri untuk meneutralkan asid hidroklorik dan mengurangkan pedih ulu hati (tak payah nak makan gaviscon yg ada bomba pancut2 air tu.. kihkih).

Jadi, minumlah dengan cara duduk.. ia lebih menepati sunnah dan uruf masyarakat Melayu ;)

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

Add a Comment
    1. baca molek-molek ye. moga dapat faham dengan baik.
      ape pun minum dengan cara duduk adalah lebih baik

  1. betulkan ustaz, hal2 agama ini kita perlu orang yang lebih arif mentafsirkannya, terutama dalam hukum hakam ni…..

    yatie faham apa yang ustaz terangkan….tapi tak nak bohonglah ngan ustaz, kadang2 yatie sendiri pun minum berdiri, nak cepat katakan….hehehe

    1. takde masalah.. Tapi Ustaz Love teringat satu kisah perjalanan seorang Maulana dgn anak muridnya naik keretapi di India.. Maulana tu minum air zam zam, tapi dia minum dalam keadaan duduk.. Lalu anak murid dia pun tegur, kenapa tak minum berdiri? Sedangkan sunnah minum air zam zam adalah dengan berdiri.. Lalu Maulana cakap, takut orang tengok.. Murid dia jawab, biar la orang tengok.. sekurang2nya orang boleh belajar sunnah.. Tapi jawab Maulana tu : “Adakah mereka tahu yg aku ni minum air zam zam atau air biasa?”..

      Maksudnya, walaupun minum berdiri itu juga sunnah (untuk air zam zam), tetapi dgn minum secara berdiri dpn orang ramai, ia akan menyebabkan fitnah.. terutama kepada orang alim.. sbb itu, orang alim ni kena berhikmah, bukan semata2 berhujjah ;)

  2. Kesimpulan… Klu ada kawan korang tegur jangan minum berdiri sbb mcm syaitan (aku slalu kena huh…) Korang leh lah tegur dia balik… Minum berdiri ni tak bagus dan makruh tapi tak sampai tahap minum mcm syaitan.

    Lepas tu… ucap terima kasih pada dia. Dan cari kerusi tuk duduk. :)

  3. Salam ustaz,

    Soalan lari dari tajuk, hehe…

    Kalau orang perempuan ambil wuduk hanya berkemban maksudnya lepas mandi pakai towel je dan terus ambil wuduk…. sah ke wuduk tu. Malu nak tanya sebenarnya. Terima kasih.

    1. Salam Bunga..

      Oleh sebab malu, maka Ustaz Love jawab kat sini je la.. takde masalah nak amik wuduk berkemban ke.. kalau nak berbogel pun takde masalah.. wuduk itu sah.. sbb berpakaian sempurna itu tiada kaitan dgn syarat sah wuduk ;)

      1. btul ke ustaz.. sya dah dgr ceramah ustaz bahwa ambil wuduk dlm keadaan bogel adalah haram..cuba ustaz ulas hadith2 yg berkaitan sbgai bukti?

        1. Dalam kaedah usul, setiap sesuatu itu asalnya adalah harus sehingga adanya dalil yg menjadikannya wajib, sunat, makruh ataupun haram.. Jd, oleh krn ustaz tersebut mengatakan haram berwuduk dlm keadaan berbogel, maka lebih wajar saudara bertanyakan ustaz tersebut akan dalilnya.. WA

    1. jika wanita itu menyanyi di atas pentas, dan penontonnya juga adalah wanita, hukumnya harus.. jika penontonnya bercampur lelaki perempuan, maka hukumnya haram ;)

    1. Waalaikumussalam…

      Jika mengikut zahir hadis itu, begitulah kira2 maksudnya.. tetapi tak perlu la sampai muntahkan.. sbb hukumnya adalah makruh saja ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


six + = 7

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site